Part 45
Monday's morning
Hankuk High School
Namjoon mengheret kaki masuk ke kelas, awal dia datang hari ini. Entah apa moodnya tiba-tiba sahaja semangat hendak ke sekolah.
Setibanya di kelas, hanya ada Chorong dan dirinya yang baru tiba. Suasana menjadi awkward seketika.
"Awal kau datang." tegur Namjoon. Selalunya mereka berdua datang lewat. Hari ini kebetulan mereka awal.
Chorong tersentak, dia cuba beranikan diri berhadapan dengan lelaki itu.
"Kau pun awal gak." balas Chorong.
Diam sebentar,
"Kenapa kau macam cuba elakkan diri dari aku?" soal Namjoon.
Chorong tidak terus membalas, dia melarikan pandangan.
"Maaf lah sebab aku terus ja-"
"Tak! Takde apa yang perlu dimaafkan. Aku keluar dulu, nak jumpa cikgu Bae." Chorong terus keluar dari kelas dengan gelabah. Dia tidak betah beduaan dengan Namjoon.
Lelaki itu mendengus halus.
***
"Kenapa Yoongi tak datang hari ni?" tanya puan Bae sambil melihat carta kehadiran kelas tersebut.
Keenam rakan baik Yoongi mendongak, masing-masing mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Dia takde cakap apa-apa kat aku." ujar Hoseok.
"A'ah selalunya dia chat kalau dia tak datang." kata Seokjin pula.
"Dia lupa kot." gumam Namjoon sambil memandang tempat kosong disebelahnya.
"Dia ada chat korang?" soal Jungkook kepada Taehyung dan Jimin.
Taehyung menggeleng sebagai jawapan. Begitu juga dengan Jimin.
Pelik.
***
Waktu rehat telah tiba, seperti biasa geng BTS berkumpul untuk ke kantin.
Taehyung meminta diri untuk pergi ke library. Apa lagi kalau bukan mahu jumpa Jisoo.
Setibanya di library, Taehyung melilau sekitar library untuk mencari orang yang dimaksudkan.
"Aih takde pula dia kat sini."
Dia akhirnya ambil keputusan untuk bertanya kepada rakan sekelas Jisoo.
"Jisoo hadir tak hari ni?" soal Taehyung kepada pelajar bernama Sejeong.
"Jisoo? Setahu saya dia dah pindah." jawab Sejeong.
Mata Taehyung membuntang,
"Pindah?!" aku baru je jumpa dia kemarin.
"Ya, minggu lepas dia uruskan perpindahan dia. Hari ni rasanya dia dah kat sekolah baru dia." terang Sejeong kemudian meminta izin untuk berlalu.
Taehyung speechless, terlalu terkejut dengan berita itu.
Kenapa Jisoo tak bagitau aku apa-apa?
Tiba-tiba hati lelaki itu terasa kosong. Jisoo betul-betul pergi tinggalkan dia. Gadis itu sudah tekad untuk berhenti mengejarnya.
Dia masih ingat kali pertama dia terserempak dengan gadis itu. Sejak itu, Jisoo sentiasa mahukan perhatiannya tetapi dia langsung tidak peduli.
[ flashback ]
Seorang lelaki dengan penuh gaya berjalan masuk ke perkarangan sekolah.
Walaupun dia tahu dia sudah lewat untuk ke sekolah, dia tetap beriak selamba. Pengawas yang bertugas pula tidak berani hendak menegurnya.
Kelihatan beberapa pelajar perempuan yang lalu lalang sedang berbisik-bisik memuji kekacakan lelaki itu.
Taehyung hanya tersengih, dia sudah biasa dengan siatusi itu. Maklum sahaja dia antara pelajar lelaki paling hot di sekolah tersebut.
Tiba-tiba seorang perempuan tidak sengaja terlanggar Taehyung. Perempuan itu mulai gelabah, takut jika Taehyung memarahinya.
Tapi sangkaannya meleset apabila lelaki itu langsung tidak memberi reaksi marah sebaliknya dia membengkokkan sedikit lututnya agar wajahnya sama paras dengan gadis tersebut.
"Gwenchana?" tanya Taehyung dengan suara deepnya.
Gadis itu mengangguk, matanya masih bulat memandang Taehyung.
"Lain kali hati-hati." pesan Taehyung sebelum berlalu meninggalkan gadis itu yang masih pegun.
Dan dari situlah gadis itu jatuh hati pada Taehyung, dia menjadi penggemar setia lelaki itu serta selalu berusaha menarik perhatiannya. Tetapi malangnya, dia sering kali di abai oleh lelaki itu.
[ flashback end ]
Dan sekarang aku rindukan dia, aku rindu dia yang selalu kejar aku dan berusaha pikat aku.
Dia, Kim Jisoo, dah berjaya tarik perhatian aku dan... curi hati aku sekali.
***
"Korang masuk dulu lah, aku nak gi locker kejap." kata Jimin kepada lima rakannya yang lain.
Jimin lantas menuju ke locker untuk mengambil barang,
Semasa dia menutup pintu locker, dia secara tidak sengaja menangkap Seulgi sedang berbual dengan Lisa.
Dari jauh Jimin hanya memerhatikan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka berdua.
Sejak bila diorang rapat? Setahu aku Lisa tu geng Jennie dan dua pontianak tu selalu buli Seulgi. Mesti ada sesuatu.
Namun Jimin cuba membuang jauh fikiran negetif itu, mungkin sahaja mereka berdua telah berbaik dan menjadi kawan.
Baguslah kalau Seulgi dah berbaik dengan diorang.
Jimin segera masuk ke dalam kelas.
~
Class 10-1
Kedengaran bunyi bising terhasil dari pelajar-pelajar kelas 10-1, walaupun sudah besar panjang tetapi perangai tak ubah seperti budak sekolah rendah.
Namjoon menyumbat lollipop ke dalam mulutnya sambil kaki dinaikkan atas meja seperti biasa.
Hoseok pula sedang sibuk menconteng papan tulis tanpa rasa bersalah.
Manakala, Taehyung tidak kelihatan sejak bunyi loceng rehat tadi. Dia berada di rooftop sedang mengenangkan orang yang telah pergi jauh darinya.
Di sisi lain, Seokjin dan Jungkook bermain game pada telefon bimbit mereka. Jimin yang baru melangkah masuk segera menyapa kedua lelaki itu.
"Game apa?" tanya Jimin.
"ML."
"Nak join."
"Wait, lepas habis satu battle ni."
Jimin sekadar mengangguk dan mengeluarkan telefon bimbitnya,
Tiba-tiba pintu kelas dibuka,
"Jimin!" laung Seulgi di muka pintu.
Jimin berpaling,
"Nae?"
"Saya ada sesuatu nak cakap." ujar Seulgi, namun keadaan kelas yang terlalu bising menyebabkan Jimin tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Seulgi.
"Apa?!" laung Jimin.
Seulgi tersengih, dia berjalan mendekati Jimin.
Mereka saling berpandangan,
"Pasal confession awak hari tu, saya dah buat keputusan." kata Seulgi sambil tersipu malu. Wajahnya kelihatan gembira.
Jimin serta merta tersenyum lebar. Dia menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu dengan tidak sabar.
"I love you." ucap Seulgi, tetapi tidak sampai ke telinga Jimin dek keadaan yang bising.
"Apa?"
"I LOVE YOU!"
"Congrats the game is over now!" Jennie datang entah dari mana sambil bertepuk tangan. Suasana yang tadinya bising kini kian reda.
Seulgi kelihatan bingung dengan kata-kata gadis tersebut.
Semua pandangan dialihkan ke arah Jennie. Gadis itu tersengih sinis sambil mengorak langkah menuju ke arah Jimin dan Seulgi.
"For your information Kang Seulgi, Hoseok bet Jimin supaya buat kau cakap 'i love you' dekat dia. So, sekarang Jimin dah berjaya dan kau cuma mangsa dia." tutur Jennie dengan sengihan sinis yang tak lekang di bibir.
Seulgi tersentak,
"Apa mak..sud awak?" mata Seulgi bergetar.
"Kau tak faham lagi ke pompuan? Mustahil Jimin nak dekat perempuan nerd macam kau ni." Jennie menolak perlahan bahu Seulgi.
"Jimin, betul ke apa yang Jennie cakap?" Seulgi memandang Jimin dengan harapan lelaki itu akan menentang keras namun hampa, Jimin tidak membantah dengan kata-kata Jennie.
"Jennie, apa kau buat ni?" tanya Jimin dengan suara keras.
"Apa? Betul lah kan pasal bet tu?" Jennie menyilangkan tangannya.
"Listen Seulgi, apa yang dia ca-"
"Betul ke apa yang Jennie cakap tu, Jimin?" soal Seulgi dengan suara mendatar, dia cuba menahan dirinya.
Jimin menundukkan pandangan,
"Seulgi-ah.." lelaki itu ragu-ragu,
"Jujur aje lah." layu kedengaran suara itu.
Rasa bersalah menerjah Jimin, benda yang dia harap tak akan berlaku telah pun berlaku dan semuanya gara-gara Jennie.
"Ya, Hoseok bet saya supaya rapat dengan awak tapi-"
"Enough! Sampai hati awak buat saya macam ni? Saya mati-mati percayakan awak, Jimin." air mata gadis itu mengalir.
Hatinya benar-benar kecewa dengan Jimin.
"Saya boleh explain, saya-"
"Saya dah tak nak dengar apa-apa dari awak. Awak buat saya kecewa, Jimin." selesai itu Seulgi meninggalkan kelas dengan perasaan malu. Malu kerana menjadi bodoh mempercayai lelaki itu bulat-bulat.
"Kau! Jaga kau!" Jimin menghalakan jari telunjuk betul-betul depan muka Jennie, gadis itu tersentak.
Dengan langkah laju, Jimin mengejar Seulgi.
"Seulgi tunggu!" Jimin meraih tangan gadis itu, mereka kini berada di sebuah lorong kosong.
"Apa lagi awak nak?" Seulgi menepis tangan Jimin, dia berpaling memandang Jimin. Entah kenapa dia jadi benci melihat wajah lelaki itu.
"Seulgi dengar dulu. Memang betul pasal bet tu, saya minta maaf sebab permainkan awak. Tapi bila dah lama kenal, saya dah jatuh cinta kat awak. Trust me, please." sayu kedengaran kata-kata yang keluar dari mulut Jimin.
"Tapi sama je, Jimin. Awak dah permainkan saya dari awal. Awak tak ikhlas sama sekali. Dah lah, lupakan saya. Hati saya betul-betul sakit sekarang, awak dah hancurkan kepercayaan saya terhadap awak." tutur gadis itu sedikit tegas, dia menyeka air matanya, tidak mahu kelihatan lemah.
"Hanya untuk kali ni, jebal percayakan aku." rayu Jimin dengan pandangan mata yang redup. Dia betul-betul ikhlas sayangkan gadis itu, kalau sahaja gadis itu tahu isi hatinya.
"Mian, saya dah tak percayakan awak lagi." putus Seulgi, dia segera melarikan diri.
Jimin terkedu. Hati gadis itu keras, tiada guna dia memujuk lagi.
"Arghh bodoh!"
Jimin meraup wajahnya kasar. Semuanya salah dia!
Perlahan, air matanya gugur.
---
TBC
Cameo ;
GUGUDAN - Sejeong
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top