Part 42
Taehyung dan Jungkook melangkah keluar dari arcade setelah dua jam berada di sana. Habis duit dibelanjakan semata-mata hendak bermain game.
Masing-masing memandang jam tangan, masih awal lagi untuk balik ke rumah. Sesi persekolahan pun belum tamat lagi.
"Kook, aku lapar lah. Jom makan japchae." ujar Taehyung, boleh terdengar perutnya berkeroncong.
Jungkook hanya mengangguk setuju. Mereka terus menuju ke gerai tempat mereka selalu makan.
Dalam perjalanan, Jungkook secara tidak sengaja terserempak dengan Eunwoo dan Tzuyu. Pada awalnya dia hanya mahu mengabaikan saja pasangan kekasih itu, tapi Eunwoo terlebih dahulu menyapa Jungkook.
"Kau ni boyfriend Nayeon kan?" soal Eunwoo.
Jungkook mengangguk sambil melemparkan pandangan tidak senang hati. Sementara Taehyung hanya menjadi pemerhati. Dia akan tanya Jungkook kemudian.
"Boleh tahan huh." Eunwoo tersengih.
"Hati-hati dengan Nayeon tu, dia tu selalu gedik dengan lelaki lain. Jangan percaya sangat dengan perangai fake dia." tutur Tzuyu dengan muka yang meluat.
Jungkook tersentak, elok sahaja dia tengok perangai Nayeon, boleh pula Tzuyu berkata buruk tentang tunangnya itu.
Sekarang aku dah tau kenapa dia putus dengan Eunwoo.
"Sebenarnya aku terkejut sebab ada juga lelaki yang perca-"
"Cukup!" kata Jungkook sedikit tegas.
Kata-kata Tzuyu tergantung,
"Dia tunang aku, aku kenal lah perangai dia macam mana. Lagi satu, kau ingat aku percaya ke dengan kata-kata yang keluar dari mulut longkang kau tu? Sila meninggal." gerutu Jungkook, pasangan kekasih itu terkesima.
Jungkook segera meninggalkan mereka berdua diikuti dengan Taehyung.
"Wei Kook, siapa diorang tu?" soal Taehyung yang blur dari tadi.
"Ex Nayeon, perempuan tu GF baru ex dia." jawab Jungkook.
"Oh, apa yang perempuan tu cakap pasal Nayeon betul ke?"
"Aku rasa tak, aku kenal Nayeon macam mana. Bitch tu cuma nak fitnah tunang aku." Jungkook mendengus geram.
Kalau aku jadi Nayeon, dah lama aku balas dendam kat setan-setan tu. Kenapalah Nayeon ni baik sangat sampai bestie sendiri pijak kepala dia.
Keluhan kecil keluar dari mulut Jungkook.
***
Hoseok ligat memerhatikan Momo dan Kai yang sedang asyik berbual. Dia baru balik dari sekolah dan seperti sebelum ini, Kai datang lagi ke rumahnya.
Kerap sangat kot dia datang sini, macam dah takde rumah.
Hoseok menyilangkan tangannya. Dia menjeling ke arah lain.
"Jhope, boleh tak malam ni aku ajak Momo pergi dinner?" soal Kai sambil buat muka bersahaja.
Wtf?! Dinner? Akupun tak pernah pergi dinner ngan Momo.
"Makanan kat rumah ni dah habis ke sampai kena makan kat luar?" perli Hoseok.
Kai ketawa,
"Kau ni buat lawak lagi, aku serius ni boleh ke tak?" soal Kai sekali lagi.
Aku pun serius lah bodoh.
Hoseok memandang wajah Momo, gadis itu berharap agar Hoseok benarkan. Tidak sanggup pula Hoseok mengecewakan gadis itu.
"Yelah pergi lah. Jangan balik lewat pula. Dinner aje tau jangan melancong kat tempat lain." ujar Hoseok, ayatnya agak berbaur cemburu.
"Okay, jangan risau. Aku akan jaga Momo." Kai tersenyum lebar.
Hoseok mengukir senyuman palsu dan terus beredar untuk naik ke biliknya.
Aku kena bertindak sebelum Kai dapat Momo dulu. Tapi aku... tak tau macam mana nak ambil hati Momo dan aku tak... berani.
***
Seokjin keluar dari bilik mandi setelah selesai membersihkan diri. Dia memandang wajah kacaknya melalui cermin.
"Worldwide handsome." gumam Seokjin sendiri, kemudian dia tersenyum.
Ceh terlebih perasan pula aku. Dia kemudian mengatur langkah menuju almari untuk berpakaian. Setelah lengkap berpakaian, dia terdengar telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.
Segera Seokjin mendapatkan telefon bimbitnya.
Terkejut dia melihat bahawa orang yang menghantar mesej tersebut ialah Taeyeon. Laju dia membuka mesej dari gadis itu.
From : Halmeoni Pendek
Jin, saya nak jumpa awak kat taman Butterfly sekarang.
Seokjin mengerutkan dahi, setelah beberapa hari tanpa khabar dari Taeyeon akhirnya gadis itu sendiri yang mahu berjumpa dengannya.
Jam dipandang, sudah pukul 8 malam. Mesti ada perkara penting yang Taeyeon ingin sampaikan.
Kenapa agaknya dia nak jumpa aku?
~
Perlahan Seokjin berjalan medekati Taeyeon yang sedang duduk atas bangku sambil menundukkan kepala. Gadis itu nampak sedih.
"Halmeo-"
Taeyeon pantas memeluk Seokjin tanpa sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya. Seokjin tergamam. Dia tidak jangkakan perkara tersebut.
"Jin, saya nak minta maaf."
Sebaris ayat itu menghairankan Seokjin.
"Maaf kenapa?"
"Maaf sebab tak percayakan awak, pasal Jiyong. Dia hmm.." Taeyeon terhenti, air matanya mengalir deras.
Ya, dia sudah dapat tahu yang Jiyong curang. Depan matanya sendiri dia nampak Jiyong bersama gadis lain.
"Saya dapat tau dia cu-"
"Shh. Tak payah cakap, aku kan dah tau. Tu lah kau, aku dah bagitau kau keras kepala tak nak dengar. Sekarang siapa yang sakit? Kau juga kan? Siapa yang kau cari? Aku juga kan?" bebel Seokjin. Dia tidak marah pun dengan gadis itu, lagipun dia sudah agak gadis itu kan mencarinya.
Taeyeon membisu, bertambah deras air matanya keluar. Kedengaran esakkan dari gadis itu. Timbul rasa kasihan Seokjin terhadap Taeyeon.
"Dah lah, tu maknanya Tuhan sayang kau, dia jauhkan kau dari orang yang salah." ujar Seokjin.
Dan dekatkan kau dengan orang yang betul. Aku lah orang yang betul tu.
Kedengaran tangisan gadis itu kian reda. Dia melepaskan pelukan. Wajahnya agak sembab akibat kerap menangis.
"Euw dah serupa langsuir aku tengok kau. Stop lah nangis, bazir air mata je." Seokjin menyeka air mata gadis itu.
Taeyeon terpana seketika. Untuk hal tertentu, dia berdebar bila berhadapan dengan Seokjin.
"Gomawo."
"Untuk?"
"Sebab tak marah dengan saya, walaupun hari tu saya tengking awak."
"Siapa cakap aku tak marah?"
Taeyeon mengerutkan dahi.
"Saya dah minta maaf tadi kan."
"Aku akan maafkan kau kalau kau ikut aku pergi birthday party kawan aku sabtu ni." Seokjin sengaja menegangkan mukanya.
"Okey baiklah, saya ikut."
Seokjin tersenyum lebar.
***
KTHyung
Annyeong?
KTHyung
Busy ke? Lama x chat.
KTHyung
hello mana kau ni? balas lah
_Jichuu🐧
Annyeong, mian baru dpt on:)
KTHyung
gwenchana. busy?
_Jichuu🐧
Boleh lah
KTHyung
asal lama x chat aku? chat aku sbelum ni pun kau x balas hm
_Jichuu🐧
Aku busy sikit
KTHyung
atau kau dah lupakan aku? sedih 😢
_Jichuu🐧
tak lupa lah, cuma takde masa nak on
KTHyung
tapi aktif pula kau update post kat moment. post2 kau pn aku tngok mcm sedih. kau ada masalah ke?
_Jichuu🐧
takde apalah. sbenarnya keluarga aku nak berpindah rumah, tu je lah.
KTHyung
pindah 😱 kat mana?
_Jichuu🐧
pulau jeju. bapa aku dpt tawaran krja kat sana
KTHyung
jauhnyaaa. bila?
_Jichuu🐧
hujung minggu ni.
KTHyung
tapi kita msih dpt chat lagikan?
_Jichuu🐧
tak pasti, tapi jgn risau, aku tetap akan ingat kau:)
_Jichuu🐧
aku tidur dulu, goodnight:)
KTHyung
hmm yelah. goodnight penguin
Telefon dilempar ke tepi, Taehyung merenung siling putih rumahnya.
Dia nak pindah, sedih betul tak dapat jumpa dia. Walau sekali, aku nak sangat jumpa kau penguin.
***
"Ehem best dapat keluar dengan Kai?" soal Hoseok semasa gadis itu melangkah masuk ke dapur untuk minum air.
Gadis itu baru balik dari dinner bersama Kai.
Hoseok menyilangkan tangannya, dia duduk atas meja makan.
"Best." jawab Momo ringkas.
"Aku nak tanya kau." Hoseok berdiri, dia mendekati Momo.
"Apa dia?"
"Kau dengan Kai ada apa-apa hubungan?" soal Hoseok serius.
"Mana ada apa-apa lah. Cuma kawan." Momo tergelak kecil mendengar pertanyaan Hoseok.
Kalau dia ada hubungan dengan Kai pun, buat apa Hoseok nak kisah.
"Kau suka Kai?"
"Apa awak mengarut ni? Kitaorang kawan aje lah." Momo mula mengesyaki sesuatu berdasarkan perubahan wajah Hoseok. Dia dapat rasakan yang Hoseok cemburu.
"Yelah tu. Aku naik dulu, jangan tidur lewat." Hoseok lekas menuju ke tangga untuk pergi ke biliknya di tingkat atas.
Momo mengukir senyuman kecil, tau lah dia yang Hoseok cemburukan kemesraan antara dia dan Kai.
Jhope, kau tetap dalam hati aku,
Sejak dulu.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top