Part 41
Hankuk High School
Bunyi loceng rehat yang dinanti-nantikan akhirnya berbunyi. Semua pelajar kelas 10-1 menghela nafas lega, setelah penat duduk mengasah otak, mereka berpusu-pusu keluar untuk berehat.
Namjoon memerhatikan Chorong, gadis itu seperti cuba mengelak daripada bertemu dengannya.
Manakan tidak, kemarin Namjoon terus sahaja jalan tanpa memberi apa-apa jawapan kepada confession gadis itu.
Tengok aku pun dia tak nak, mesti dia kecewa. Maaf Chorong, bukannya aku sengaja tak balas confession kau tapi hmm.
Namjoon mengeluh halus.
"Joon, jom kantin!" ajak rakan-rakannya.
Namjoon hanya mengangguk.
***
Seperti biasa, Taehyung lebih memilih untuk luangkan masa di rooftop sambil mendengar lagu.
Dia memerhati sekeliling jika ada Jisoo kerana gadis itu selalu mengekorinya di sana.
Takde pula dia kali ni, dah lama dia tak usha aku kat rooftop ni.
Taehyung kembali fokus pada muzik yang didengar nya.
Tiba-tiba Taehyung terasa bahunya dipegang seseorang, pantas Taehyung berpaling untuk melihat orang tersebut.
"Wei V." sapa Jungkook.
Oh Jungkook. Aku fikir Jisoo.
"Kook, buat pe kat sini?" soal Taehyung.
"Saja nak lawat rooftop bapa aku." gurau Jungkook.
"Kepala bana kau, sejak bila rooftop ni bapa kau punya." Taehyung tergelak kecil.
"Gurau okey. Kau dengar lagu apa? Aku nak dengar juga." Jungkook menarik keluar earphone dari telinga Taehyung.
Taehyung hanya membiarkan saja Jungkook. Setahu dia Jungkook hanya akan jejak rooftop jika dia mempunyai masalah.
"Kook, apa khabar tunang kau?" soal Taehyung, Jungkook tersentak.
"Asal tiba-tiba tanya khabar dia? Yang sakitnya aku, bukan dia."
"Kau sihat walafiat je aku tengok. Lama dah kau tak cakap pasal dia."
Jungkook membisu seketika, dia memandang permandangan di hadapan mereka.
"Aku rasa aku dah jumpa pengganti Eunha."
Taehyung memandang Jungkook sekilas. Adakah dia salah dengar? Rakannya itu sudah dapat melupakan bekas teman wanitanya?
"Aku dah agak. Kau dah kalah dalam game yang kau start dulu."
"Aku tak tau V, dia tiba-tiba keluarkan senjata rahsia dia sampai aku tewas."
"Kau dah terpengaruh dengan game ni. Ada baiknya kau berhenti main game, tak lama lagi exam."
Jungkook hanya ketawa. Boleh pula mereka berbual benda mengarut.
"Kau dengan budak junior tu macam mana pula?" Jungkook mengalihkan topik, dia juga sudah lama tidak dengar khabar pasal Jisoo.
"Kau masih ingat dulu aku pernah cakap cinta tak bawa apa-apa makna bagi aku?"
"Ingat, wae?"
"Aku rasa aku dah tau makna cinta." ujar Taehyung perlahan, dia tunduk sambil tersengih.
"Wei kau Taehyung ke masih ni? Kalau tak, aku nak cakap dengan Taehyung yang sebenar."
Jungkook mencubit kedua belah pipi Taehyung. Takkan dia dah lupa prinsip dia.
"Sakit lah bengap, aku lah ni Kim Taehyung." tangan Jungkook ditepis.
"What happened to 'no girlfriend no problem' principle?"
"Dah lupus kot." ujar Taehyung selamba.
"Kalau member yang lain tau ni, mesti diorang gelakkan kau."
"Aku tak kisah. Kau pun sama." Taehyung menumbuk lengan Jungkook.
"Libatkan aku?"
"Yalah, kau pun dah suka dengan tunang kau kan?"
"Jaga sikit mulut kau tu."
"Betul lah."
"Apa yang betul?"
"Kau suka Naye-"
"Jungkook suka siapa?" soal satu suara membuatkan Jungkook dan Taehyung terdiam.
Jimin berjalan mendekati mereka.
"Kat sini korang lepak rupanya." ujar Jimin.
"Kau ni buat kejut lah." kata Taehyung. Jimin cuma tersengih.
"Kau belum jawab soalan aku tadi, sape Jungkook suka? Siapa pula mangsa dia kali ni?"
"Bukan mangsa tapi-"
Jungkook menekup mulut Taehyung, tergantung terus kata-kata lelaki itu.
"Kau sembunyi sesuatu dari aku erk?" Jimin memaut bahu Jungkook.
"Mana ada." dalih Jungkook.
"Dia tipu." gumam Taehyung.
"Bagitau cepat!" Jimin menumbuk perlahan perut Jungkook.
Meraung Jungkook meminta dilepaskan. Taehyung pula tidak membantu langsung, dia tolong ketawa sahaja.
"Okey aku bagitau, stop lah tumbuk aku bahalol."
Jungkook dilepaskan. Jimin memflip rambutnya,
"Teruskan." ujar Jimin.
"Kau kenal Nayeon, tunang aku tu."
"Oh kenal, korang masih bertunang ke?"
"Masih lah doh."
"Kenapa dengan dia?"
"Aku rasa aku dah..err."
"Jungkook dah suka kat tunang dia!" laju Taehyung menyambung ayat Jungkook.
Jimin terkejut, membulat matanya.
"Kau biar betul?"
"Aku tak sure lagi." Jungkook merengus kecil.
"Takpe lah aku faham. Playboy macam kau jatuh cinta, fuhh!"
"Dah lah, aku tak nak cakap pasal ni, buat semak. Aku turun dulu." Jungkook berkira-kira hendak pergi dari situ.
"Kejap, aku datang ni nak ajak korang pergi birthday party Seulgi hari sabtu ni. Pastikan muka korang ada, kalau tak dua-dua hilang teruna." pesan Jimin lalu beredar tanpa menunggu respon Taehyung dan Jungkook.
Jungkook tidak jadi hendak beredar.
"Aku rasa si pendek tu dah jatuh hati kat Seulgi." kata Jungkook setelah Jimin beredar.
"Kan? Tak pernah dia habiskan duit semata-mata nak sambut birthday perempuan." Taehyung bersetuju.
"Selalu nya dia yang kikis duit perempuan."
"Aih harap lah Jimin tak lupa pasal bet dia ngan Hoseok."
"Btw, aku dengar kat arked ada game baru."
"So?"
"Ponteng jom?"
Mereka tersenyum kucing sesama sendiri.
***
Sementara di kantin sekolah, Namjoon, Seokjin, Hoseok dan Yoongi sedang menjamah makanan.
Mata Namjoon tidak lekang daripada melihat Chorong dari jarak jauh. Gadis itu langsung tidak memandang ke arahnya, malah dia sedaya upaya untuk tidak bertembung mata dengan Namjoon.
"Wei Joon, kenapa aku tengok kau dan Chorong dah tak berlayan? Selalunya korang yang kecoh dalam kelas." soal Seokjin dengan mulut yang penuh dengan makanan.
Namjoon tersentak dengan soalan yang dilemparkan Seokjin.
"Kalau ya pun leklok lah makan tu, habis kan dulu dalam mulut. Teruk." tegur Hoseok.
Seokjin hanya tersenyum sumbing, makanan dalam mulutnya segera ditelan.
"Oi Joon jawab lah." desak Seokjin.
"Takde apalah." Namjoon meneruskan suapannya.
"Kau tipu. Bagitau je lah."
"A'ah Joon, kalau ada apa-apa boleh gak kitaorang bantu." celah Hoseok.
Yoongi hanya menjadi pendengar, dia malas hendak masuk campur.
"Panjang ceritanya. Korang takkan faham." Namjoon mengeluh halus.
"Pendekkan lah. Kalau tak faham pun kitaorang pura-pura faham aje lah." ujar Seokjin. Hoseok anggukkan sahaja.
"Dia luah kat aku yang dia suka aku." jujur Namjoon, dia sudah tidak betah memendam seorang diri.
Seokjin dan Hoseok serta Yoongi terkejut. Tersedak Yoongi dibuatnya.
Selama Yoongi jadi tablemate Namjoon, bukan main lagi Namjoon dan gadis itu berperang mulut, ada saja yang tidak puas hati. Selalu bising sampai mengganggu tidur Yoongi. Sekarang dah jatuh suka? Mau muntah Yoongi dibuatnya.
"Biar betul?" soal Yoongi. Namjoon cuba tersengih, dia sudah agak akan mendapat reaksi begitu dari rakan-rakannya.
Kalau Jungkook dan Taehyung tahu ni, pasti dia akan dijadikan bahan lawak oleh mereka.
"Habis tu kau jawab apa?" soal Hoseok.
"Aku tak jawab apa-apa sebab lepas tu Sowon call kata nak jumpa, aku terus blah macam tu je." ujar Namjoon.
"Bangang, yang kau gi jumpa si Sowon tu apehal?" kata Seokjin sedikit geram.
"Sowon tak sihat masa tu, sebab tu lah aku bergegas nak jenguk dia. Lagipun masa tu aku kelu tak tau nak cakap apa." Namjoon cuba membela dirinya.
"Babal lah kau ni."
"Aku bukan apa, first time ada orang mengaku suka kat aku." Namjoon tunduk.
Ya, selama ni peminatnya cuma berani meluahkan perasaan mereka kat chat tapi kalau bersemuka memang tak berani lah. Chorong gadis pertama.
"Jap aku nak tanya, kau pun suka dia juga ke?" soal Hoseok.
"Aku err."
"Jujur je lah bangang."
"I think yes, setiap kali aku dekat dia, hati aku berdebar." jelas Namjoon.
Seokjin memeluk tubuh dan menghela nafas panjang.
"Betul lah orang cakap, jangan terlalu benci lama-lama jadi suka. Ni lah remaja zaman sekarang." Seokjin menggeleng-gelengkan kepalanya, padahal dia pun sama.
"Habis kau tak reti nak jujur dengan dia? Macam mana kalau ada lelaki lain pikat dia?" jerkah Yoongi tiba-tiba.
Kedua Hoseok dan Seokjin terdiam. Jarang betul Yoongi berkelakuan begitu. Dia cuma cakap benda yang penting sahaja.
"RM come on boy, go get your girl selagi kau masih ada peluang, jangan sia-siakan dia." ujar Yoongi, dia menolak lengan Namjoon.
Tersentak Seokjin dan Hoseok apabila mendengar ayat Yoongi itu.
Bagi Hoseok kata-kata Yoongi itu bagaikan satu tamparan buatnya, otaknya tiba-tiba terfikirkan Momo.
Macam mana kalau ada lelaki lain cuba pikat Momo? Sudahlah Kai pun nampak macam berminat dengan gadis itu. Perlukah dia berterus terang tentang perasaan dia?
Seokjin mendekatkan kepalanya dengan kepala Hoseok.
"Kenapa dengan Suga? Tak pernah-pernah dia macam ni." Seokjin berbisik kepada Hoseok.
"Ye, ayat dia power doh. Aku syak ni mesti penangan dari gadis kental tu." balas Hoseok.
"Gadis kental?"
"Alah, gadis yang temankan Suga masa dia kena gantung tu lah."
"Woi babun, aku dengar lah." Yoongi memandang tajam ke arah Seokjin dan Hoseok.
Kedua Seok itu menelan air liur apabila mendapat jelingan maut dari Yoongi.
Seokjin berdehem.
"Aku dah kenyang lah, Jhope jom gerak."
"Akupun kenyang, rasanya dah bunyi loceng tadi." ujar Hoseok sambil pura-pura melihat jam tangannya.
"Ya aku pun dengar, jom lah masuk kelas." bohong Seokjin. Walhal loceng belum berbunyi pun.
Perlahan mereka berdua berdiri.
"Kitaorang gerak luk, ampun maaf dipinta." ujar Seokjin, lalu dengan pantas dia dan Hoseok memboloskan diri dari pandangan Yoongi.
Yoongi hanya berdecit sementara Namjoon ketawa kecil, geli hatinya melihat gelagat rakan-rakannya itu.
"Hmm Suga, pasal Chorong tu, nanti aku fikir-fikir kan. Thanks." Namjoon membentuk senyuman kecil.
"Aku bukan apa, aku cuma nak tengok kau bahagia bersama orang yang kau... cintai." tutur Yoongi, dia membalas senyuman Namjoon dengan pandangan redup.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top