Part 40

Buku rujukan di atas meja dipandang kosong oleh Seokjin. Nampaknya Taeyeon memang nekad untuk berhenti jadi guru peribadi lelaki itu.

Seokjin mengeluarkan sebiji gula-gula dari laci meja. Gula-gula tersebut merupakan 'hadiah' yang diberi oleh Taeyeon sebagai ganjaran jika Seokjin belajar.

Dia masih simpan gula-gula itu. Seokjin tersengih,

"Kenapa lah dia tu bodoh sangat percayakan lelaki macam Jiyong." ujar Seokjin sendirian, dia berpeluk tubuh. Rasa sunyi pula tanpa gadis kecil itu.

"Aku lagi hensem kot dari dia. Tapi takpe lah, mata kau tu bukannya boleh diharap sangat."

Angin menyapa seketika,

"Aku rindu kau, Kim Taeyeon." kedengaran keluhan kecil dari mulut lelaki itu.

***

"Kau nak bawa aku pergi mana?" Nayeon memandang Jungkook dengan pandangan hairan. Awal pagi lagi lelaki itu menyuruhnya bersiap.

Jungkook tidak membalas, dia fokus pada jalan raya di depan.

"Jap, kau dah sihat tapi tak gi sekolah apehal?"

"Shhh, doktor bagi aku cuti lah."

Nayeon hanya menjeling dan mendengus perlahan.

~

Kereta diparking kan berdekatan dengan sebuah taman, Jungkook lantas keluar diikuti oleh Nayeon.

"Jom naik basikal." ajak Jungkook. Entah apa moodnya tiba-tiba mahu berbasikal. Nayeon turutkan saja.

Mereka menyewa dua buah basikal.

"Aku nak warna biru!" bentak Nayeon apabila basikal yang tinggal cuma warna biru dan pink.

"Biru untuk lelaki, kau ambil lah pink." Jungkook juga tidak mahu mengalah.

"Kalau macam tu batu kertas gunting." cadang Nayeon.

"Okey." sahut Jungkook.

~

Jungkook mengayuh basikal berwarna pink dengan laju, dia memintas Nayeon yang sejak tadi berada di depan.

"Yah yah yah!" terjerit-jerit Nayeon apabila cuba memintas Jungkook kembali.

"Kejar lah kalau dapat!" cabar Jungkook. Dia menjelirkan lidah sebelum memecut laju basikalnya.

"Yah budak tak cukup umur!! Kalau aku dapat, kau kena belanja aku!!" Nayeon turut memecut basikalnya namun dia masih tidak dapat menandingi kelajuan Jungkook.

Jungkook sudah ketawa berdekah di hadapan. Dia rasa gembira meluangkan masa bersama Nayeon.

Walaupun pada awalnya dia benci tapi gadis itu ada keistimewaan tersendiri yang membuatkan Jungkook tertarik terhadapnya.

~

"Apa makna cinta bagi kau?" soal Nayeon.

Dia dan Jungkook berjalan di persisiran pantai sambil makan choki-choki. Sesekali air laut menenggelami kaki mereka.

"Cinta?"

Nayeon mengangguk,

"Bagi aku cinta tu umpama sebiji bawang."

"Bawang? Hahaha." tergelak besar Nayeon. Adakah samakan cinta dengan bawang.

"Yalah, masa bercinta, kau mencari cinta yang mendalam. Kalau kau nak tau erti cinta, kau harus kupas lapisan-lapisan topeng misteri tu. Tapi kesudahannya, kau akan sedar tiada apa-apa di dalamnya kecuali.. air mata." terang Jungkook. Satu jawapan yang mengejutkan Nayeon.

"Mesti kau sayang sangat kat bekas kekasih kau kan?"

Jungkook melirik senyuman dengan pertanyaan Nayeon itu. Dia tidak terus membalas soalan Nayeon, sebaliknya dia mencangkung untuk merendam tangannya dalam air laut.

"Bagaimana luasnya laut ni, begitu juga sayang aku kat dia."

Serta merta wajah Nayeon berubah, dia kerling Jungkook.

"Tapi tu dulu lah, sekarang perasaan sayang dan cinta tu dah terbenam selepas dia tinggalkan aku." Jungkook berdiri semula. Dipandangnya wajah Nayeon.

"Asal muka kau lain macam? Cemburu ke?" usik Jungkook, dia tersenyum sumbing.

"Ma..na ada, takde masa nak cemburu bagai. Please lah!" Nayeon mengalihkan pandangan.

Sejujurnya, aku agak jeles.

"Dah lah, jom belanja aku makan memandangkan kau kalah tadi." Nayeon bingkas beredar meninggalkan Jungkook.

Jungkook mengukir senyuman kecil.

***

Wajah Kai dipandang sekilas kemudian pandangan dihalakan ke arah Momo. Menyampah pula Hoseok dengan Kai, lepas pulang dari sekolah lelaki itu sudah terjengul di rumah untuk mengajak mereka ke studio tarian miliknya.

Momo pula bukan main excited lagi mahu ikut. Maklum saja ketiga mereka punya hobi yang sama ketika kecil iaitu menari.

"Kalau dah sedia jom lah jalan." kata Kai kepada Momo.

Gadis itu mengangguk tanda dia sudah bersedia.

"Aku tanya sekali lagi ni Jhope, nak ikut ke tak?" Kai meminta kepastian.

"Tak nak lah. Pergi lah korang berdua, aku ada hal." balas Hoseok jual mahal.

"Kalau macam tu kami gerak dulu. Kajja Momo." Kai menarik lengan gadis itu untuk ke pintu keluar.

Hoseok memerhatikan mereka.

Tapi kalau jadi apa-apa kat Momo nanti macam mana?

Dengan pantas Hoseok mengambil jaket dan meluru keluar.

Setibanya di luar rumah, dilihatnya Kai dan Momo sudah berada dalam kereta. Laju dia membuka pintu kereta belakang dan masuk ke dalam.

Kai dan Momo terkejut dengan kehadiran Hoseok.

"Eh tadi kata ada hal?"

"Tak jadi, dibatalkan." tipu Hoseok, padahal dia memang tiada apa-apa hal pun hari ni.

Kai menggeleng-gelengkan kepalanya sementara Momo hanya ketawa kecil.

~

Studio Tarian KJI

Terpegun Momo apabila melihat studio tarian milik Kai. Dari dulu memang lelaki itu berangan-angan hendak buka studio tarian sendiri. Tidak sangka angan-angan kawannya itu tercapai.

Hoseok hanya memandang bosan tempat itu, dia sudah pernah ke sana beberapa kali jadi dia langsung tidak teruja seperti Momo.

Kelihatan beberapa orang sedang berlatih menari, mereka adalah penari-penari yang dilatih Kai.

"Hyung!" panggil salah seorang dari mereka sambil mendekati Kai, Momo dan Hoseok.

"Taeyong, ni kawan-kawan hyung, tu Jhope kau pun kenal kan? Si cantik manis ni pula Momo, dia orang Jepun." jelas Kai.

Taeyong mengukir senyuman manis.

"Annyeong, ada yang boleh saya bantu?" soal Taeyong sopan.

"Takpe, kau teruskan lah practice. Kitaorang nak luangkan masa bertiga."

Taeyong mengangguk faham dan berganjak meninggalkan mereka bertiga.

"Letak lah barang kat atas sofa, lepas tu kita start. Saya ada tarian baru nak tunjukkan." arah Kai.

Momo dan Hoseok segera menuju ke sofa. Momo meletakkan beg nya atas sofa, lain pula Hoseok, satu badan sekali dia lempar atas sofa.

"Eh awak tak nak menari?"

"Takde mood, aku nak duduk je."

"Hm okey lah kalau macam tu, saya pergi dekat Kai dulu." Momo terus beredar.

~

Tajam mata Hoseok memerhatikan Kai dan Momo yang sibuk menari. Sesekali kedengaran tawa mereka dan itu membuatkan Hoseok tidak nyaman duduk.

Rapat betul diorang dua ni, mesti ada sesuatu.

"Jinjja? Macam mana boleh?" Momo buat muka tidak percaya.

"Betul lah, dekat sini saya bisik awak." Kai berbisik kepada Momo, lepastu mereka ketawa.

Hoseok menggetap bibir melihat kelakuan mereka.

Siap berbisik bagai, tengah mengumpat lah tu tch. Hoseok melemparkan pandangan ke arah lain, sakit mata tengok kemesraan mereka.

Kai dan Momo meneruskan tarian mereka, gadis itu kelihatan gigih untuk menangkap setiap step yang diajar Kai.

Tanpa sengaja Momo tersalah langkah menyebabkan dia terjatuh, Hoseok yang dari tadi menjadi pemerhati automatik bangun untuk menolong gadis itu.

Tapi, Kai terlebih dahulu mendapatkan Momo. Langkah Hoseok terhenti, dia hanya mampu melihat Kai menolong gadis tersebut.

"Awak okey tak? Boleh berdiri?" soal Kai, dia memaut bahu Momo.

"Terseliuh sikit ni." ujar Momo, wajahnya jelas menunjukkan yang dia kesakitan.

Aku yang sepatutnya jaga dia, bukan Kai.

Hoseok kembali duduk. Kai memapah Momo menuju ke sofa, gadis itu duduk sebelah Hoseok.

"Taeyong bawa first aid sini!" laung Kai, tangannya masih memegang kaki Momo yang terseliuh.

Tidak sampai seminit Taeyong datang bersama first aid, dia menghulurkan first aid tersebut kepada Kai.

Kai mengeluarkan minyak panas untuk disapu pada kaki Momo.

"Eh apa kau buat ni Kai?"

Kai terhenti seketika, dia memandang Hoseok.

"Nak sapu ubat lah."

"Mana boleh sapu ubat kalau baru lepas terseliuh nanti tambah teruk bengkak dia."

"Habis tu?" Kai mengerutkan dahi.

"Ada ais?" soal Hoseok kepada Taeyong.

"Ada jap ye." Taeyong mengambil ais dalam plastik dan dihulurkan kepada Hoseok.

Hoseok mengambil tempat Kai, terpaksa Kai beralih ke tempat lain. Momo hanya membisu.

Hoseok meletakkan ais berlapis plastik pada kaki Momo yang terseliuh. Lagaknya seperti orang yang berpengalaman.

Selepas beberapa minit, dia membalut pergelangan kaki Momo menggunakan bandage.

"Lepas 2 hari nanti baru boleh urut, pastikan kalau nak jalan ambil posisi yang selesa, kalau boleh kurangkan bergerak." ujar Hoseok sedikit risau.

"Gomawo Jhope." tutur Momo, tidak sangka dia Hoseok begitu mengambil berat terhadapnya.

Hoseok hanya mengangguk. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Sebenarnya dia bangga dapat tolong Momo.

"Jom lah aku hantar korang balik, lagipun dah nak dekat senja." ujar Kai.

Hoseok dan Momo mengangguk dan segera mengemas barang-barang mereka.

"Tak sangka pula kau ambil berat pasal Momo." kata Kai kepada Hoseok semasa Momo sibuk mengemas barangnya.

"Kawan kan, kena lah bantu." Hoseok tersengih.

"Sekadar kawan je ke atau lebih dari tu?" usik Kai.

"Hahaha kau buat lawak ke?"

"No, kau tak rasa dia tu menarik?" soal Kai lagi.

"Menarik apanya? Biasa aje pun." Hoseok melarikan pandangan.

"Baguslah kalau kau rasa biasa je, sebab aku rasa dia dah jadi someone special dalam hidup aku." Kai mengulum senyuman lebar sambil memandang Momo dari jauh.

Hoseok tersentak. Apa maksud Kai? Dia suka Momo ke? Tak boleh jadi ni.

Tapi buat apa aku kisah? Macam lah Momo tu suka dekat aku. Tapi aku suka dekat dia ke? Aish confused!

***

Yoongi bersandar pada pintu pagar rumah berwarna coklat di hadapannya. Setiap kali pulang sekolah, itu lah rutin hariannya.

Menunggu dan terus menunggu tanpa lelah. Dia tahu SinB ada di dalam rumah, sebab itu dia tidak pernah mengalah untuk menanti.

Sesungguhnya penantian suatu penyeksaan.

Tapi kalau orang tu adalah SinB, Yoongi sanggup tunggu walau berapa tahun sekalipun.

Selagi kau tak bagi penjelasan, selagi tu aku akan terus tunggu kau, SinB.

***

Kereta yang dipandu Jungkook tiba di perkarangan rumah Nayeon.

"Aku turun dulu, thank you untuk hari ni. Esok kau wajib sekolah tau!" ujar Nayeon sebelum keluar dari perut kereta.

Jungkook turut keluar,

"Tunggu kejap!" jerit Jungkook, langkah Nayeon terhenti, dia berpaling.

"Apa?" soal Nayeon. Jungkook mengeluarkan seutas rantai dari poket lalu disembunyikan di belakang badannya. Dia mendekati Nayeon.

"Tutup mata." arah Jungkook bersahaja, dia tidak perlu buat secara romantik kalau bersama Nayeon.

"Buat apa?" soal Nayeon.

"Tutup je lah."

Nayeon mengalah, dia buat sahaja apa yang Jungkook suruh.

Semasa menutup mata, Nayeon terasa sesuatu tersangkut pada lehernya. Segera dia membuka mata, terkejut dia melihat seutas rantai kemas terletak di lehernya.

"Apa ni?"

"Rantai kut?"

"Memang lah rantai."

"Habis tu tanya lagi buat apa."

"Maksud aku, kenapa tiba-tiba bagi rantai ni?" hairan Nayeon lelaki itu tiba-tiba sahaja jadi baik.

"Sebagai hadiah for my fiancee." Jungkook mengukir senyuman, kali ini ikhlas. Nayeon terpana seketika.

"Okey thank you then. Aku masuk dulu. Jalga." Nayeon melambai Jungkook.

"Jalgayo, Nayeon-sshi."

---

TBC

Mohon vote kalau nak author update cepat hahaks 😂

Cameo ;

NCT - Taeyong

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top