Part 4
Bangtan Bad Boys Squad 🔫💣
Jin : berita baik, Yoongi kena gantung sekolah
RMoon : berita baik ke tu? Kekeke
Jjjimin : as expected our king of fight
Suga : Bodoh
JUNGKOOK : lek bro
Jin : @JUNGKOOK baru muncul
JUNGKOOK : busy
KTHyung : goodluck @Suga
Suga : ...
Suga offline
***
Dengan perlahan Jungkook membuka pintu rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam tetapi dia tetap berkeras mahu keluar.
"Ehem!!" seseorang berdehem. Jungkook kaku, dia berpaling perlahan ke belakang.
Wajah garang ayahnya dipandang.
"Kookie nak pergi mana malam-malam buta ni?" soal encik Jeon lantang.
"Keluar jap."
"Clubbing?" Jungkook mengangguk.
"Ani, appa tak benarkan. Go to your room now!" tegas encik Jeon.
"Alah tapi esok kan cuti, apa salah nya?" ujar Jungkook masih tidak mengalah.
"Kalau perangai kamu terus macam ni, appa tak boleh biarkan lagi. Kamu tu masih underage, dah pandai-pandai pergi night club." bebel encik Jeon.
"I'm a grown up man, don't treat me like a kid!" bentak Jungkook.
"Son, you're only 18. Jangan berani nak kurang ajar dengan appa." kali ini encik Jeon lebih serius.
"Whatever." kata Jungkook perlahan lalu melangkah keluar dari rumah. Panggilan appanya tidak dihiraukan. Aku bukan budak kecil lagi, aku dah besar, suka hati aku lah nak buat apa. Diorang tu asyik anggap aku ni budak kecik, rimas aku.
***
Seokjin terbangun apabila terdengar ketukan kuat dari pintu.
"Jin bangun sayang!" kedengaran suara puan Kim.
"Kejap lagi lah omma." Jin mendengus, dia menekup wajahnya menggunakan bantal.
"Jin! Bangun lah, nanti appa mengamuk lagi."
Akhirnya Seokjin mengalah. Dia bingkas bangun dari katil dan membuka pintu bilik. Terpacul wajah senyum puan Kim.
"Anak omma ni hensem lah walaupun baru bangun." puji puan Kim, Seokjin hanya tersengih. Aku memang dah handsome sejak lahir pun.
"Ahh kenapa? Hari ni kan cuti, apesal bangunkan Jin awal sangat?" soal Seokjin sambil menguap.
"Appa panggil kat bawah."
"Jin mandi dulu."
Segera Seokjin meluru ke kamar mandi biliknya. Setelah selesai membersihkan diri, dia turun ke bawah. Ruang tamu.
Dilihatnya appa dan omma sedang duduk sambil bersembang dengan seorang wanita yang tidak dikenali. Bukan main lagi gelak tawa diorang.
"Jin, turun pun kamu." ujar omma. Dia menyuruh Seokjin duduk disebelahnya.
"Jin, ni ialah guru peribadi kamu, Kim Taeyeon." encik Kim memperkenalkan gadis yang berada di hadapan mereka.
Gadis digelar Taeyeon itu tersenyum ke arah Seokjin.
Seokjin hanya memerhatikan gadis itu dari atas ke bawah.
Boleh tahan, tapi muka nampak macam tua.
"Taeyeon ni anak kepada rakan appa, dia baru tamat ijazah dan sedang bercuti sebelum cari kerja. Dia pelajar cemerlang waktu sekolah dulu, jadi appa minta tolong dia ajar Jin." jelas encik Kim, tiba-tiba nadanya bertukar lembut.
Seokjin sudah menyampah dengan perangai fake ayahnya. Depan orang lain bukan main lembut, kalau dengan aku sorang kasar nak mampus.
"Huh balik je lah. Aku tak berminat." ujar Seokjin. Dia terus naik ke atas.
Encik Kim sudah terlopong, berani betul Seokjin buat perangai macan tu depan tetamu mereka.
"Ah Taeyeon, maafkan uncle, dia mamai masih tu. Jangan risau, Jin tu baik orangnya. Uncle naik atas dulu." ucap encik Kim.
"Takpe, Taeyeon faham." Taeyeon tersenyum. Segera encik Kim naik ke bilik Seokjin.
Pintu bilik dihempas kuat.
"Dari siapa kau belajar kurang ajar depan tetamu ni?" jerkah encik Kim.
"Dari siapa appa belajar berlakon? Hebat betul lakonan appa." Seokjin smirk.
"Anak tak guna. Mulai dari sekarang kau tak boleh keluar rumah lagi. Duduk rumah, belajar dengan Taeyeon. Motorbike kau aku tarik balik. Kalau kau ingkar juga, merempat lah kau tepi jalan."
Bukk!!
Pintu dihempas lagi.
"Arghhh!!" Seokjin menjerit geram. Dia meramas rambutnya kasar.
Stress aku ada bapa yang tak memahami ni! Fuckk!
***
Hoseok memarking kan kereta di gerej. Setelah kereta dikunci, dia segera masuk ke dalam rumah. Dia baru pulang daripada kelas tuition, kalau bukan sebab appanya, mustahil dia hendak menjejaki pusat tuition itu. Tapi dia menghadiri kelas tuition pun bukannya dia belajar.
Pak!
Telinganya menangkap satu bunyi barang jatuh dari dapur.
Siapa tu? Takkan ahjumma Nam, setau aku dia cuti hari ni.
Dengan langkah berjaga-jaga Hoseok menapak ke dapur.
Dia melihat susuk tubuh seorang gadis, wajah gadis itu tidak kelihatan kerana dia membelakangi Hoseok. Gadis itu sibuk mencari sesuatu di kabinet dapur.
Pencuri!
Tanpa membuang masa, Hoseok menangkap gadis itu, dia mengunci gadis itu dengan memeluknya dari belakang. Gadis itu terjerit.
"Kau siapa? Apa kau buat kat rumah aku arg?!" jerit Hoseok.
"Lepaslah, sakit." ujar gadis itu.
"Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku?!"
"Aku bukan pencuri lah, lepas lah." gadis itu cuba melepaskan diri namun genggaman Hoseok lebih kuat.
"Ah tak payah berdalih. Mari aku report kau kat polis." Hoseok membawa gadis itu ke pintu.
"Hoseok!!" panggil encik Jung dari tingkat atas.
Niat Hoseok terhenti untuk membawa gadis itu keluar.
"Kau ikut aku naik atas." arah Hoseok, dia mengikat kedua belah tangan gadis itu agar dia tidak lari. Yang peliknya, gadis itu hanya menurut sahaja.
Pintu bilik dibuka,
"Appa, ada pencuri." ujar Hoseok, dia menolak gadis itu ke depan.
"Alahai Hoseok, kenapa kamu buat Momo macam tu?" ujar encik Jung hairan. Pelik dia melihat tangan Momo diikat seperti itu.
"Momo? Appa kenal ke dia ni?" soal Hoseok, matanya membuntang.
Encik Jung memgangguk.
"Itu kan Momo, takkan kamu dah lupa?"
Hoseok mengerutkan dahi. Cuba mengenal pasti siapa Momo.
"Anak ahjussi Hirai. Kawan appa dekat Jepun." kata encik Jung lagi.
Hoseok ternganga, dia sudah ingat. Momo! Gadis tu rakan childhood nya. Hoseok memandang Momo yang sudahpun memandang tajam ke arahnya.
"Di..dia buat apa dekat sini?" soal Hoseok memandang ayahnya.
"Momo boleh keluar dulu? Pergi lah sambung kerja Momo, jangan ambil hati sangat dengan Hoseok." ujar encik Jung lembut. Momo hanya mengangguk dan bow sebelum keluar dari bilik.
Hoseok menapak mendekati ayahnya.
"Explain."
"Macam ni, keluarga Momo bankrupt, appa dia terpaksa jual rumah mereka kat Jepun. Momo tak dapat lanjutkan pelajaran dia, jadi ahjussi Hirai minta tolong appa jagakan Momo untuk sementara. Maaf sebab appa tak discuss awal-awal dengan Hoseok."
Hampir jatuh rahang Hoseok mendengar penjelasan ayahnya.
"Tapi kenapa mesti appa? Kenapa ahjussi Hirai tak minta tolong orang lain? Kita pun bukannya kaya sangat nak sara dia." bentak Hoseok.
"Hoseok listen. Walau sesusah manapun kita, masih ada orang lain yang lebih susah dari kita. Jadi kita kena bantu orang yang lebih susah dari kita dengan harta yang kita ada. Be kind Hoseok, remember that."
Hoseok mengeluh. Kenapa lah appa ni terlalu baik sangat? Sebab sikap dia yang tersangat baik tu lah dia ditinggalkan.
"Hoseok, janji dengan appa yang kamu akan jaga Momo selagi dia masih tinggal dengan kita." pinta encik Jung. Pada mulanya Hoseok agak keberatan tetapi melihatkan wajah encik Jung seperti berharap, akhirnya dia bersetuju.
"Hoseok janji."
~
Hoseok keluar dari bilik ayahnya. Dia menuju pula ke bilik tidurnya. Sebelum dia masuk ke bilik, dia terlihat Momo sedang memandangnya dari bilik tetamu tidak jauh dari tempatnya.
"Apa pandang-pandang?" soal Hoseok seperti ingin mengajak bergaduh.
Momo menggeleng laju dan segera menutup pintu bilik.
Hoseok smirk.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top