Part 38
KTHyung
Hey
_Jichuu🐧
Hey?
KTHyung
buat apa?
_Jichuu🐧
lying on my bed. wae?
KTHyung
ani, can i ask something?
_Jichuu🐧
what?
KTHyung
macam mana rasanya jatuh cinta?
_Jichuu🐧
eh? knp tnya? cik abg dah jatuh cinta ke 👀
KTHyung
saja tanya. ada sorg prmpuan ni tarik perhatian aku
_Jichuu🐧
OMG nuguya? 😱
KTHyung
no need to know
_Jichuu🐧
hmm u feel like there are butterflies in your stomach
KTHyung
apa mksud kau ada rama-rama kat dlm perut aku?!
_Jichuu🐧
perumpaan aje lah, nanti2 kau tau lah tu macam mana rasanya:)
KTHyung
kau dah nk tidur ke?
_Jichuu🐧
ya
KTHyung
kau dgn bf kau apa cer?
_Jichuu🐧
we will break up soon:)
Taehyung mematikan data.
Betul apa yang Hoseok cakap, cinta sesuatu yang tidak kekal. Hadirnya cinta hanya untuk pergi.
***
Alunan bunyi piano memenuhi setiap ruang bilik muzik tersebut. Sejak dua hari lalu, Jimin berusaha keras untuk menguasai sebuah lagu menggunakan piano. Semua ini kerana surprise yang akan dibuatnya ketika hari jadi Seulgi.
Jimin tersenyum setelah memainkan sebuah lagu dengan lancar. Dia berpuas hati. Harap sahaja rancangannya berjaya.
"Jimin, kau dah angau ni. Tak pernah-pernah kau buat macam ni kat perempuan." ujarnya kepada diri sendiri.
***
Namjoon dan Taehyung sedang dalam perjalanan hendak menuju ke sebuah gerai, mereka baru balik dari sekolah dan merancang untuk makan tengahari bersama.
Setelah mendapatkan tempat duduk, telefon Namjoon bergetar menandakan panggilan masuk.
Chorong? Buat apa dia call.
Segera panggilan itu dijawab.
"Hello, ada dua pelajar lelaki ganggu Sowon kat jalan gyeonggi, kau boleh datang tak?"
"Okey aku ke sana sekarang. Tapi kenapa kau-"
Tutt.. talian dimatikan. Namjoon memandang pelik telefon bimbitnya.
"Siapa call?" soal Taehyung.
"Chorong. Aku jalan kejap, nanti aku datang balik."
Taehyung hanya mengangguk. Namjoon segera beredar untuk pergi ke tempat yang dimention oleh Chorong tadi.
Setelah tiba di gyeonggi street,
Namjoon nampak dua lelaki sedang mengacau Sowon, jelas wajah perempuan itu tidak selesa. Segera dia mendekati mereka.
"Woi jangan kacau dia." tegur Namjoon.
"Namjoon." Sowon berlari mendapatkan Namjoon.
"Korang berambus, jangan menggatal dengan dia kalau tak nak muka melekat atas tar."
Kedua lelaki itu menjeling.
"Siapa lah dia tu? Kacau daun betul." gumam salah seorang dari mereka.
"Entah, jom lah pergi dari sini." kata seorang lagi dan mereka pun berganjak.
Setelah dua orang lelaki tersebut beredar, Namjoon memerhatikan sekeliling seperti sedang mencari seseorang.
"Namjoon? Kenapa? Kau macam cari sesuatu?" soal Sowon.
Wajah Sowon dipandang,
"Hmm, Chorong bukan dengan kau ke tadi?" soal Namjoon kembali.
Sowon tersentak. Bila masa pula Chorong ada kat sini?
"Dia takde kat sini."
"Pelik, tadi dia call aku suruh datang sini." gumam Namjoon.
"Apa-apa pun kau okey tak ni?" sambung Namjoon.
Sowon hanya mengangguk tanda dia okey.
Tanpa mereka sedar, dari jauh sepasang mata memerhatikan mereka. Gadis itu mengehela nafas lega.
Aku tau Sowon penting bagi Namjoon, sebab tu aku tak boleh biarkan Sowon kena ganggu.
Chorong mengeluh kecil sebelum beredar.
***
Seokjin hanya merenung wajah Taeyeon ketika gadis itu menerangkan sesuatu.
Taeyeon yang perasaan akan tenungan lelaki itu segera menegurnya,
"Awak dengar ke tak ni?" soal Taeyeon, macam lah dia tidak perasaan lelaki itu asyik merenungnya dari tadi.
"Aku nak bagitau sesuatu pasal boyfriend kau." ujar Seokjin serius.
"Pasal Jiyong? Apa dia?"
"Kalau dia curang dengan kau, apa kau akan buat?"
Taeyeon ketawa,
"Awak nak cakap apa sebenarnya ni?"
"Aku nampak Jiyong dengan perempuan lain hari tu, siap pegang tangan bagai."
Tambah kuat Taeyeon ketawa,
"Awak merepek apa ni? Jiyong tu lelaki baik lah, dia takkan curang dengan saya. Lagipun hubungan kami dah lama."
"Aku serius ni, dia curang depan mata aku. Kau masih nak percaya lelaki macam tu? Bodoh lah kau ni."
Riak Taeyeon berubah, kali ini dia serius.
"Kalau awak tak suka dengan dia sekali pun, tak perlulah buat cerita macam tu." Taeyeon masih mempertahankan Jiyong.
"Aku tak buat cerita. Kau nampak muka aku main-main ke? Tak kan?" Seokjin masih tidak mengalah.
"Dah lah, saya tak nak dengar apa-apa tentang dia dari mulut awak. Saya percayakan dia so tak perlu burukkan dia macam tu sekali."
"Masalahnya aku cuma tak nak kau kecewa bila-"
"Jin, stop it!" jerit Taeyeon, membuatkan Seokjin tersentak.
"Kalau awak tak suka Jiyong sekalipun, awak tak perlu lah buat cerita yang tak baik pasal dia." sambung Taeyeon. Geram hatinya bila Seokjin bercerita buruk mengenai Jiyong.
"Tapi-"
"Enough, saya dah tak nak dengar apa-apa dari awak. Mulai dari sekarang, saya berhenti jadi guru peribadi awak." tekad Taeyeon, dia lantas berdiri dan menyusun buku-bukunya.
"Baiklah terserah kau nak percaya atau tak. Jangan pula cari aku bila kau kecewa nanti!" balas Seokjin. Taeyeon tidak mengendahkan kata-kata Seokjin, dia terus melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Aish shit!" Seokjin menendang kerusi. Dia kecewa kerana Taeyeon tidak mempercaya dirinya dan lebih teruk, gadis itu mungkin tidak akan kembali lagi.
***
"Mianhae, oppa lambat." ujar Jungkook lalu memegang tangan kiri 'kekasih' nya, Kim Dahyun. Entah kekasih ke berapa, author pun tidak tahu. Maklum sahaja Jungkook seorang playboy.
"Gwenchana, kajja pergi shopping." kata Dahyun, mereka segera pergi ke shopping mall.
~
Dari satu kedai ke satu kedai mereka berbelanja. Jungkook ikutkan sahaja kemahuan Dahyun. Baginya Dahyun bukan siapa-siapa cuma sekadar menghilangkan bosan.
"Oppa, jom pergi kedai tu." ajak Dahyun. Jungkook turutkan saja.
Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dimaksudkan, mereka secara tidak sengaja terlanggar seseorang.
"Woi buta ke?" tegur orang tersebut.
Jungkook terkejut,
Time macam ni pula aku boleh terserempak dengan dia. Kacau daun betul minah ni.
"Eh Jungkook?" soal Nayeon, dialah yang terlanggar dengan Jungkook tadi. Kebetulan pula kan.
"Siapa ni? Oppa kenal dia ke?" soal Dahyun.
"Entah, tak kenal." selamba Jungkook berkata.
Nayeon naik angin, boleh pula dia kata tak kenal.
"Kau dah kena amnesia ke sial? Aku ni tunang kau takkan kau dah lupa?" soal Nayeon.
"Tunang? Betul ke oppa?" Dahyun memandang Jungkook.
"Actually, dia ni ex girlfriend oppa. Maybe dia tak puas hati sebab oppa tinggalkan dia sebab tu lah dia buat-buat cerita." Jungkook senyum sinis.
Sakit pula hati Nayeon mendengar kata-kata Jungkook itu
"Kau! Lebih baik kau balik siapkan homework daripada layan betina ni." Nayeon menarik tangan Jungkook.
Namun, Jungkook dengan gah nya menarik tangannya semula.
"Jangan masuk campur hal aku lah!" tengking Jungkook, dia tidak sengaja menolak Nayeon membuatkan gadis itu terjatuh atas tanah.
Nayeon terkejut, juga Jungkook.
"Padan muka, jom oppa. Jangan dilayan sangat perempuan gila ni." Dahyun menarik tangan Jungkook untuk pergi dari situ. Mereka beredar meninggalkan Nayeon sendirian.
Nayeon masih terduduk. Dia tidak sangka Jungkook sanggup menolaknya.
Kau layan aku macam sampah. Tak cukup lagi ke buat aku rasa teruk?
***
Awal Hoseok pulang ke rumah hari ini semata-mata ingin berjumpa Momo.
Hoseok lah yang menjaga Momo selepas sahaja gadis itu keluar dari hospital kemarin.
Namun hampa, setelah tiba di rumah. Encik Jung memberitahu bahawa Momo keluar bersama Kai.
"Kai bawa dia pergi mana?" soal Hoseok.
"Appa tak tau, tapi baguslah tu, ada juga orang sudi bawa Momo keluar rumah."
Hoseok mendengus.
Entah kenapa,
Hati aku,
Rasa cemburu,
Apakah tandanya ni?
~
Beberapa jam kemudian,
Pintu rumah dibuka, terpancar wajah ceria Momo bersama Kai mengikutnya dari belakang.
Hoseok ketika itu sedang duduk sambil menyilangkan tangan.
"Korang dari mana?" soal Hoseok, dia berdiri merapati Kai dan Momo.
"Eh Jhope, aku baru lepas bawa Momo jalan-jalan kat pekan. Asal kau jahat sangat tak bagi Momo keluar rumah sebelum ni?" Kai menumbuk lengan Hoseok.
"Pasal tu, aku sibuk lah. Takde masa. Hmm seronok keluar dengan Kai?" soal Hoseok kepada Momo.
"Mestilah seronok! Momo habiskan 3 mangkuk kimchi hari ni." Kai menjawab bagi mewakili Momo.
Aku bukan tanya kau bahlol.
"Oh yelah. Aku rasa kau dah kena pulang ni Kai, mesti kau sibuk dengan jadual kau kan?"
"Eh mana ada, demi Momo aku sanggup kosongkan jadual aku hari ni."
"Oh iya? Sweet nya, okey kau balik lah dulu. Momo mesti penat kan sebab banyak jalan hari ni?" Hoseok mencari alasan lain pula.
"Kau ni macam menghalau pula."
Memang pun.
"Tak lah, cuma risau kan kau je."
"Okey lah, kalau macam tu aku balik dulu. Momo, jalga, jumpa lagi." Kai tersenyum manis sebelum ditolak keluar oleh Hoseok.
"Jaga Momo baik-baik tau. Aku pulang dulu."
"Tau lah. Bye."
BAMM
Pintu ditutup.
Hoseok berpaling menghadap Momo.
"Lain kali kalau nak keluar, bagitau aku. Tak payah suruh Kai datang."
"Tapi tadi dia yang ajak saya keluar."
"Kalau dia ajak kau keluar lagi bagitau dia, Jhope tak suruh. Nanti aku sendiri akan bawa kau ke mana je yang kau nak. Arasso?"
Momo mengerutkan dahi. What's wrong with him?
"Jhope, awak jeles ke?" soal Momo. Hoseok bagaikan baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap tadi.
"Tak lah, kalau dia ajak keluar, kau ikut je lah. Suka hati kau." ujar Hoseok sambil memandang tempat lain.
Nampak sangat yang aku cemburu. Bangang lah kau ni tak pandai nak cover.
"Aku naik dulu, penat baru balik dari sekolah." Hoseok terus sahaja naik ke biliknya. Menyembunyikan rasa malunya.
Momo cuma tersenyum. Comel jer perangai.
---
TBC
Cameo ;
TWICE - Dahyun
upcoming chapter :
"Eh takpe, aku paling dekat dengan Sowon masa tu jadi-"
"Bukan, maaf sebab tak dapat lindungi kau hari tu. Tu yang aku maksudkan." Namjoon merenung mata Chorong.
Chorong terkedu seketika,
Aku rasa iri hati kat Sowon yang selalu Namjoon lindungi. Tapi tanpa sedar, Namjoon pun cuba lindungi aku. Aku keliru dengan perasaan dia terhadap aku. Cuma satu cara yang aku boleh buat untuk pastikan, ialah bagitau perasaan aku kat dia.
"Namjoon, aku suka kau."
~
"Jangan buka langsir tu!" jerit Jungkook apabila terasa cahaya matahari menusuk matanya. Dia menaikkan selimut sehingga menutupi kepalanya.
"Ireona, dah tengahari." ujar Nayeon. Jungkook tersentak setelah mendengar suara gadis itu. Selimut diturunkan.
"Kau buat apa kat sini?!" soal Jungkook dengan nada tinggi. Dia mahu berdiri tetapi badannya terlalu lemah untuk berbuat demikian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top