Part 37

Hoseok memberhentikan kereta di hadapan sebuah banglo yang agak besar. Segera dia keluar dan masuk ke dalam banglo tersebut.

"Hoseok-ah, jemput lah duduk." ujar seorang wanita separuh usia dengan lembut.

Hoseok mengambil tempat duduk di atas sofa besar.

"Lama Hoseok tak datang sini." kata wanita itu lagi.

"Kebelakangan ni saya agak sibuk. Baru ada masa lawat aunty. Btw, Kai dah balik dari oversea kan?"

Tujuan sebenar Hoseok adalah untuk bertemu Kai. Rakan baiknya semasa zaman kanak-kanak dahulu.

"Ye, baru semalam dia balik. Nak aunty panggilkan?"

Hoseok mengangguk. Aunty Kim segera naik ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki tinggi dan berkulit agak gelap mendekati Hoseok dengan muka ceria. Hoseok berdiri untuk mendapatkan rakannya itu.

"Jayyy hopeeee!!" jerit Kai lalu memeluk Hoseok.

"Wei, pa khabar?" Hoseok mmbalas pelukan Kai.

"Hah baik. Kau pehal datang rumah aku ni?" soal Kai.

"Asal? Tak boleh? Aku balik lah kalau macam tu." gurau Hoseok.

"Eh tak lah. Aku tau lah kau rindu aku."

"Takde maknanya aku nak rindu kau. Tapi ada seseorang yang tengah rindu kan kau."

Kai mengerutkan dahi.

"Seseorang?"

"Kau free tak lepas ni?"

Kai berfikir seketika. Kai merupakan seorang idol. Jadi jadualnya agak sibuk. Inipun dia baru balik dari buat concert di Hongkong.

"Free lah jugak. Kenapa?"

"Aku nak kau jumpa seseorang. Kat hospital." Hoseok tersenyum.

"Siapa?"

"Our childhood friend."

Mata Kai membesar.

***

Yoongi berdiri tegak di hadapan rumah SinB. Dia masih belum berputus asa. Dia perlukan keterangan dari gadis itu. Keterangan tentang semuanya.

Punat loceng ditekan.

Beberapa saat kemudian, seorang lelaki membuka pintu. Yoongi agak terkejut melihat lelaki tersebut.

Lelaki itu merupakan lelaki yang bersama SinB di hospital tempoh hari. Apa hubungan diorang sebenarnya?

"Kau siapa? Apa kau buat sini?" soal Yoongi.

"Aku yang patut tanya, apa kau buat kat sini?"

"Mana SinB? Aku nak cakap sesuatu dengan dia."

"Kau lupa ke apa aku cakap hari tu, jangan ganggu dia lagi." ujar lelaki itu kasar.

"Aku tak nak gaduh dengan kau. Sekarang ni aku cuma nak cari SinB."

"Dia tak nak jumpa kau lagi. Kau tak faham bahasa ke?"

"Aku tau dia ada kat dalam! SinB keluar lah, aku perluakan explanation dari kau!" jerit Yoongi seperti dirasuk. Sementara lelaki tadi menolak Yoongi untuk beredar. Yoongi masih tidak mengalah.

"SinB jebal! Keluar cepat, aku minta maaf pasal hari tu. Tolong lah bagi aku peluang!" jerit Yoongi lagi. Air matanya bertakung.

"Dia tak nak jumpa kau! Baik kau berambus sebelum aku panggil polis." ugut lelaki itu

"Panggil lah, kau fikir aku kisah?!" tengking Yoongi.

Tanpa sebarang amaran, pipi Yoongi ditumbuk. Yoongi terdiam, dia memegang pipinya yang bengkak.

"Amaran terakhir dari aku, sekali lagi kau kacau dia. Kau akan dapat lebih dari ni."

BAMM!

Pintu dihempas kuat. Yoongi merenung pintu tersebut dengan pandangan tajam.

Aku cuma nak jumpa kau, kenapa kau sanggup buat aku macam ni SinB?

Dengan langkah kesal, Yoongi meninggalkan rumah tersebut.

Tanpa Yoongi sedar, seseorang memerhatikan lelaki itu di sebalik jendela rumah dengan linangan air mata.

Maaf Suga, aku terpaksa buat macam ni dekat kau. Jinjja mianhae.

***

Momo termenung ke luar jendela hospital. Keadaan dia yang masih lemah belum memberi keizinan dia untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar. Momo tersedar dari lamunannya. Dia membuang pandangan ke arah pintu, wajah ceria Hoseok dipandang.

Hoseok tidak datang sendirian, dia membawa seorang lelaki agak kacak dan tinggi sebelahnya.

"Momo, ni Kai. Kau masih ingat dia kan?" soal Hoseok.

Sebuah senyuman terbit pada bibir Momo menandakan yang dia masih ingat pada lelaki itu.

"Momo, oraemaniyeyo." ujar Kai sambil tersenyum manis.

"Kim Jongin, mannaseo bangawoyo." kata Momo sambil membalas senyuman Kai.

Hoseok dan Kai mendekati Momo.

"Eotteoke jineseyo?" soal Kai lagi.

"Sihat. Awak?" soal Momo kembali.

"Saya sihat dan makin kacak macam yang awak nampak."

Momo tertawa kecil.

"Awak makin cantik lah Momo. Dah lama kita tak jumpa, awak tak cakap pun yang awak kat Korea dah lama." Kai membuat muka merajuk.

"Mianhae Kai, saya takde simpan contact awak. Lagipun saya tau yang awak busy, maklumlah dah jadi idol."

"Macam mana awak tau saya idol?"

"Kat Jepun tu nama awak famous merata tempat, takkan lah saya tak tau."

"Jinjja? Awak pun ada dengar lagu-lagu saya?"

"Ye, saya ada kirim awak hadiah juga tapi tak tau lah kalau sampai kat awak."

"Wah i guess awak ni mesti fan saya kan?"

"Mestilah, I am your number 1 fan."

Kai tersenyum lebar, mereka terus menerus bertukar cerita sehingga lupa bahawa Hoseok juga ada di sana.

Bagi Hoseok pula, dia berasa cemburu melihat kemesraan antara Momo dan Kai. Momo tidak pernah pula melayan dirinya semesra itu.

Kenapa pula aku tiba-tiba cemburu ni? Diorang dua kan kawan aku juga.

"Enough guys, sekarang jom makan. Aku ada bawakan makanan ni!" Hoseok menyampuk, perbualan yang tadinya rancak kini terhenti.

"Momo, awak makan erk? Saya suapkan." kata Kai mesra.

Hoseok menjeling ke arah Kai. Dah suap bagai ni apehal pula? -..-

***

"Maaf sebab tak dapat bawa kau kat restaurant mahal. Makanan kat food stall ni je lah yang mampu aku belanja." ujar Taehyung. Dia ingin melaksanakan permintaa Jisoo yang kedua.

Selepas bermain paragliding dan melawat beberapa tempat, mereka singgah di food stall berdekatan untuk dinner memandangkan hari sudah pun menginjak malam.

"Gwenchana, dinner kat sini pun best juga." balas Jisoo, dia sejujurnya berharap lebih dari itu tapi dia tidak tahu pula Taehyung mempunyai sikap sederhana walaupun lelaki itu berasal dari keluarga berada.

"Bagus, sekarang kita order. Ahjumma! Saya nak tteokbokki, odeng, eomuk dan bbopkki, semua 2 set ya." Taehyung berkata dengan semangat. Dia sudah biasa dengan ahjumma itu.

"Nae!" sahut ahjumma pemilik kedai tersebut.

"Banyaknya awak order."

"Takpe, semuanya untuk kau. Kalau tak habis, jangan risau. Perut aku ada sebagai tong sampah."

Jisoo tertawa.

"Tempat ni lah aku dan kawan-kawan aku selalu singgah. Ahjumma tu pun dah macam mak aku sendiri." ujar Taehyung.

"Ah jeongmal? Mesti ramai ahjumma yang suka kat oppa."

"Memang aish! Diorang siap recommend anak diorang kat aku." Taehyung membuat gaya ala-ala pening.

Jisoo hanya ketawa. Peluang untuk dia memiliki Taehyung sangat tipis, lagi-lagi bila lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya.

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan sudah tiba.

"Kejap, sebelum makan kita nyalakan lilin dulu." ujar Taehyung seraya menyalakan lilin yang dia dapatkan dari ahjumma tadi.

"Buat apa?" soal Jisoo kehairanan.

"Supaya ada aura-aura candlelight dinner gitu." balas Taehyung.

Lilin dihidupkan, keadaan yang gelap menjadi sedikit terang dek cahaya dari lilin tersebut.

"Sekarang dah rasa macam kita candlelight dinner, cuma kedudukan kita je bersebelahan, tapi itu takpe kan?" ujar Taehyung dengan suara yang perlahan. Dia memandang tepat ke dalam mata Jisoo.

Jisoo terkedu. Jantungnya berdebar. Dan tanpa dia tahu, jantung Taehyung juga berdebar.

"Ye, dapat luangkan masa dengan oppa pun saya dah bersyukur. It's like my dream comes true." balas Jisoo juga dengan suara perlahan.

Mereka dua senyap dan merenung wajah satu sama lain.

Jisoo berdehem. Taehyung kembali ke realiti, dia mengalihkan pandangan pada makanan.

Aih macam mana aku boleh renung muka dia pulakk.

"Jom makan!" Taehyung cuba meredakan gemuruhnya.

"Ya, jom makan." ujar Jisoo, dan mereka pun menikmati makanan tersebut.

"Oppa, saya ambil daun bawang ni sebab awak tak suka kan." kata Jisoo sambil mengambil daun bawang dari pinggan Taehyung, lelaki itu belum sempat pun bersuara.

Taehyung hanya membiarkan sahaja. Macam mana dia tau aku tak suka daun bawang?

***

"So how was your education?" soal puan Kim kepada Seokjin.

Mereka baru sahaja balik dari dinner di restaurant terkemuka. Encik Kim hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Good." jawab Seokjin ringkas.

"Taeyeon ajar Jin okey?"

"Hmm okey."

"Baguslah tu, sejak Taeyeon jadi personal teacher Jin, omma tengok Jin pun dah ada peningkatan."

Seokjin hanya tersenyun kelat. Dia tiada mood hendak berbicara, lagi-lagi apabila encik Kim hanya menjeling ke arahnya. Dia membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

Traffic light menunjukkan warna merah. Kereta mereka berhenti. Tanpa sengaja mata Seokjin terlihat figure seseorang yang agak familiar.

Jiyong? Tapi siapa perempuan sebelah dia? Siap pegang tangan bagai. Aku pasti tu bukan Taeyeon.

Jangan cakap yang dia curang?

Seokjin tersenyum sinis, dia sudah agak. Lelaki bernama Jiyong itu bukan boleh dipercayai.

Baru sahaja dia hendak mengeluarkan telefon untuk mengambil gambar Jiyong bersama perempuan itu, kereta mereka sudah bergerak. Seokjin mendengus.

Kalau Taeyeon tau pasal ni, agak-agaknya dia break dengan Jiyong tak? Haha.

***

Jisoo menyambut panggilan telefon dari appa nya.

Taehyung hanya memerhatikan gadis itu yang sedang membuat panggilan telefon.

"Saya rasa saya dah kena balik ni." ujar Jisoo selepas talian dimatikan. Dia meletakkan telefonnya atas meja.

Taehyung tidak sengaja terlihat skrin telefon gadis tersebut. Wallpaper lock skrin telefon Jisoo gambar penguin.

Penguin? Mengingatkan aku pada seseorang.

Taehyung termenung seketika.

"Oppa?" panggil Jisoo apabila perasan lelaki itu hanya diam.

"Nae?"

"Appa suruh saya pulang."

"Oh okey."

Mereka segera meninggalkan gerai tersebut.

"Taehyung oppa, tentang permintaan saya yang ketiga tu. Saya akan bagitau bila saya dah bersedia."

"Baiklah."

~

Setibanya di rumah Jisoo.

"Gomawo untuk hari ni." Jisoo menghulurkan helmet kepada Taehyung.

"My pleasure. Dan jangan lupa pasal permintaan kau yang ketiga tu."

"Nae. Dan lepas je oppa tunaikan permintaan tu, saya janji takkan ganggu oppa lagi." Jisoo senyum kelat lalu beredar.

Taehyung kelu, dia tidak tahu mengapa ayat Jisoo itu membuatkan hati dia sedih.

Padahal memang itu pun yang dia mahukan sejak dulu.

Tapi bila dah kenal rapat dengan Jisoo, dia bukanlah seperti yang aku anggap selama ni.

Perempuan tu tau banyak pasal aku sedangkan aku tak pernah pun bagitau apa-apa pasal diri aku kat dia.

***

Keadaan riuh-rendah dengan suara keluarga Jeon dan Im. Buat pertama kali mereka berkumpul dengan ahli yang lengkap.

Nayeon mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki manakala Jungkook mempunyai seorang noona.

Abang Nayeon sudahpun berkahwin dan keluarga abangnya juga turut menghadiri barbeque tersebut.

"Minta pinggan!" jerit Nayeon, dia sedang sibuk memanggang daging.

"Perangai tu leklok lah sikit." tegur abang Nayeon, Im Hyunsik.

"Kau ganti cepat, aku nak makan." Nayeon mengarahkan Hyunsik.

Dengan terpaksa, Hyunsik menggantikan tempat adiknya untuk memanggang daging.

"Nana, pergilah sediakan makanan untuk Jungkook." arah puan Im.

"Eh kenapa pula mesti saya?"

"Ish pergi ajelah."

Nayeon akhirnya bersetuju. Tak pasal-pasal aku pula.

Nayeon menapak mendekati Jungkook yang ketika itu sedang bercerita bersama adik Nayeon, Im Changkyun.

"Nah omma suruh hantar daging ni." Nayeon menghulurkan sepinggan daging dengan tidak ikhlas.

"Eh daging dah masak ke? Aku pun nak juga. Hyung lepak lah dulu dengan noona." Changkyun segera meninggalkan mereka berdua.

Nayeon memandang sekeliling, yang lain sibuk dengan kerja masing-masing.

"Duduk lah, tercegat buat apa?" tegur Jungkook.

"Ish kau ni, boleh tak hormat sikit? Aku ni lebih tua dari kau." bebel Nayeon sambil melabuhkan punggung beberapa inci dari Jungkook.

"Tua tapi masih menangis."

Wajah Nayeon tiba-tiba rasa panas bila teringat balik peristiwa masa dia menangis dalam pelukan Jungkook.

"Takpe lah, aku sorang je tau perangai manja kau."

"Kau ni suka betul ungkit kisah lalu kan."

"Apa? Aku tak ungkit, memang kenyataan kan." Jungkook tersenyum sinis.

"Pasangan secocok pandang sini!" jerit noona kepada Jungkook, Jeon Jiyoon. Dia mengambil gambar Nayeon dan Jungkook setelah pasangan itu berpaling ke arahnya.

"Senyum okey?"

Nayeon dan Jungkook mengukir senyuman terpaksa.

Klik..klik..klik

Beberapa gambar telah ditangkap.

"Sekarang korang berdua letak tangan kat bahu masing-masing." arah Jiyoon.

Mereka saling berpandangan sebelum membuat apa yang disuruh oleh Jiyoon.

"Wah sweet sangat. Gambar ni noona simpan buat kenangan." setelah itu Jeon Jiyoon beredar.

Nayeon menolak tubuh Jungkook kerana jarak mereka sangat dekat.

"Gambar kenangan konon." gumam Nayeon dan segera beredar. Jungkook hanya menjeling.

---

TBC

Cameo ;

EXO - Kai

BTOB - Hyunsik


MONSTA X - Changkyun (I.M)

4MINUTE - Jiyoon

upcoming chapter :

"Jin, stop it!" jerit Taeyeon, membuatkan Seokjin tersentak.

"Kalau awak tak suka Jiyong sekalipun, awak tak perlu lah buat cerita yang tak baik pasal dia." sambung Taeyeon. Geram hatinya bila Seokjin bercerita buruk mengenai Jiyong.

"Tapi-"

"Enough, saya dah tak nak dengar apa-apa dari awak. Mulai dari sekarang, saya berhenti jadi guru peribadi awak." tekad Taeyeon, dia lantas berdiri dan menyusun buku-bukunya.

"Baiklah terserah kau nak percaya atau tak. Jangan pula cari aku bila kau kecewa nanti!" balas Seokjin.

~

Setelah dua orang lelaki tersebut beredar, Namjoon memerhatikan sekeliling seperti sedang mencari seseorang.

"Namjoon? Kenapa? Kau macam cari sesuatu?" soal Sowon.

Wajah Sowon dipandang,

"Hmm, Chorong bukan dengan kau ke tadi?" soal Namjoon kembali.

Sowon tersentak. Bila masa pula Chorong ada kat sini?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top