Part 36

"Nah pakai cepat." Taehyung menghulurkan helmet kepada Jisoo.

"Nak gi mana?" soal Jisoo, dia mengerutkan dahi. Baru sahaja dia tiba di hadapan kafe tersebut, Taehyung sudah ingin membawanya pergi.

"Jangan banyak tanya. Kajja."

Jisoo segera memakai helmet, Taehyung naik atas motorbikenya diikuti dengan Jisoo dibelakang.

~

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di Yongpyeong, tempat yang terkenal dengan aktiviti Paragliding.

Jisoo membuka helmet, dia kelihatan teruja.

"Patutlah awak suruh saya pakai sportswear, rupanya nak ajak ke sini." ujar Jisoo.

"Ya, dah jom daftar." segera Taehyung masuk ke dalam bersama Jisoo.

~

Permandangan di hadapan ditatap penuh kegembiraan. Dia tidak pernah ikut aktiviti paragliding. Ini pertama kali buatnya.

"Teruja tak? Kalau kau naik benda ni, rasa macam terbang tau." kata Taehyung, dia tengah siap-siap untuk 'terbang', selepas ini giliran mereka.

"Er tapi saya takut lah oppa."

"Eh kata nak terbang tapi takut, apa kes? Tak perlu takut lah, teda apa jua tu." ujar Taehyung, dia cuba menenangkan gadis itu.

"Kamu dua dah bersedia?" soal guide yang bertugas mengurus mereka.

Taehyung menangguk manakala Jisoo masih gugup.

"Tak bahaya ke? Macam mana kalau jatuh?" soal Jisoo ketakutan.

"Hey listen! Aku ada untuk pastikan kau tak terjatuh. Pegang je tangan aku okey?" Taehyung meletakkan tangannya ke atas bahu Jisoo. Mata Jisoo ditatap.

Kenapa aku berdebar ni?!!

"Nae arasso." Jisoo tersenyum.

"Kami dah bersedia."

~

"Dalam kiraan 3 saya akan lepaskan korang berdua."

Taehyung memegang erat tangan kiri Jisoo manakala tangan kanannya mengawal break.

Jisoo memperbetulkan helmetnya. Dia menarik nafas panjang dan kemudian dihembus.

"1..2...3"

Mereka ditolak, dan payung terjun pun mula terbang di udara. Mereka semakin lama semakin tinggi di udara.

"Whoaa cantik lah permandangan ni!" jerit Taehyung teruja.

Jisoo menutup mata sejak mereka dilepaskan tadi. Dia terasa seluruh badannya disapa dengan angin.

"Hei kau dengar ke? Kau tengok lah permandangan kat bawah." ujar Taehyung.

"Saya tak berani lah."

"Kau yang nak sangat terbang kan? Hah sekarang dah terbang, tak berani pula?"

"Aish yelah." dengan perlahan Jisoo membuka matanya.

"Whoaaa daebakk!!" jerit Jisoo apabila melihat permandangan di depan mereka. Dia berasa seperti benar-benar sedang terbang di udara.

"Best kan?" soal Taehyung.

"Yaa, Kim Taehyung gomawo sebab buat saya terbanggggg!" jerit Jisoo kegembiraan.

Aku harap kita akan kekal seperti ini tapi aku tau mustahil. Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk bersama kau, walaupun hanya sekejap.

Mereka pun mulai lah terjerit-jerit kerana terlalu excited, terutama Jisoo.

***

"Jungkook-ahh, boleh tolong temankan Nana beli barang untuk barbeque malam ni?" soal puan Jeon. Jungkook yang ketika itu sedang minum terus tersedak.

"Ommaaaa, why me?" ujarnya sedikit tinggi.

"Because she is your fiancee."

"Fiancee je pun, belum wife."

"Sama je, tak lama lagi dia akan jadi wife kamu juga."

"No, I don't want. Full stop." Jungkook mengangkat kakinya untuk berlalu.

"But she's heading to get here. So, nak tak nak Kookie kena pergi." puan Jeon senyum mengejek.

Jungkook mengetap bibirnya. Tagunaaaa.

~

Perjalanan menuju ke pasar raya dihiasi dengan kesunyian antara Jungkook dan Nayeon, masing-masing diam seribu bahasa.

"Sampai." ujar Jungkook setelah tiba ke destinasi mereka. Nayeon segera turun, diikuti dengan Jungkook.

Nayeon mengambil troli dan segera mencari bahagian yang menempatkan barang-barang yang hendak dibeli. Jungkook hanya mengikut Nayeon dari belakang.

Takpe, bukan selalu pergi pasar raya ni. Semua ni sebab omma lah aku terpaksa pijak tempat ni.

Jungkook hanya memerhatikan Nayeon yang sibuk memilih barang.

"Yah aku rasa benda tu dah banyak kat rumah. So tak perlu beli." kata Jungkook. Nayeon berpaling memandang lelaki itu.

"Kau apa tau? Benda ni perlu banyak lah." balas Nayeon seraya memasukkan sos tersebut.

Jungkook hanya menggulingkan bebola matanya ke atas.

Setengah jam berlalu,

"Wei lama lagi ke? Aku penat dah." keluh Jungkook.

"Eh takkan tupun dah penat? Lelaki ke lagi? Lek lah." balas Nayeon.

Amboii.

"Menyesal aku ikut kau tadi." rungut Jungkook.

"Siapa suruh ikut? Aku tak paksa pun."

Jungkook menggumam perlahan.

"Kalau bukan sebab omma dan appa, tak ingin lah aku nak keluar dengan kau!" Jungkook mendengus. Kenapa lah omma dan appanya rajin sangat nak mengadakan barbeque dengan keluarga Nayeon malam ni.

"Kau fikir aku pun nak sangat ke keluar dengan kau?" balas Nayeon dengan kencang.

"Tch, kau tu kena ingat sikit. Kalau aku tak selamatkan kau hari tu, entah apa dah jadi kat kau." Jungkook mengingatkan gadis itu pasal perkara di kelab malam tempoh hari.

"Yah! Kau tak perlu lah ungkit benda tu."

"Bukan ungkit, aku cuma nak ingatkan. Kau tu nampak je macam kuat tapi kena serang dengan lelaki mabuk dah tumbang." Jungkook membuat memek muka mengejek.

"Amboi amboi amboi mulut tu jaga sikit. Kalau aku cili mulut kau ni sedap gak." Ujar Nayeon geram sambil mencekak pinggang.

"Kau-"

"Nayeon-sshi?" perbualan mereka terhenti apabila seseorang memanggil nama gadis itu. Serentak mereka berpaling ke arah suara tersebut.

Terbeliak mata Nayeon. Mulutnya yang tadinya becok terus terdiam.

"Eunwoo." panggil Nayeon agak perlahan namun masih dapat didengari.

Eunwoo dan seorang gadis disisinya mendekati Nayeon dan Jungkook.

"Hey apa khabar?" soal Eunwoo sambil tersenyum. Gadis yang berada di sebelahnya hanya smirk.

"A..ku sihat. Kau a..pa khabar?" Nayeon gugup. Dia bertentang mata dengan gadis di sebelah Eunwoo. Keadaan mereka agak tegang.

"Nampaknya kau dah jumpa pengganti, are you?" soal gadis sebelah Eunwoo itu.

"Ya nampaknya macam tu lah, Tzuyu." balas Nayeon. Dia perlu kuat untuk hadapi mereka berdua. Cukuplah selama ini dia asyik mengelak.

"Baguslah tu, saya harap korang berdua kekal bahagia." kata Eunwoo.

Ucapan itu langsung tidak menggembirakan Nayeon malah hatinya terasa sakit.

"Gomawo, korang berdua pun semoga berkekalan." balas Nayeon acuh tak acuh.

"Ya mestilah. Eunwoo oppa ialah teman lelaki terbaik kat dunia ni." sengaja Tzuyu ingin mencabar Nayeon. Jungkook pula hanya diam, dia tiada niat hendak menyibuk.

Nayeon hanya tersenyum.

"Baiklah kalau macam tu. Kami kena pergi dulu. Kajja jagi." sengaja Nayeon bersikap manis terhadap Jungkook. Dia memaut lengan Jungkook dan beredar menjauhi pasangan tersebut.

Tzuyu tersenyum sinis manakala Eunwoo hanya memerhatikan Nayeon dan Jungkook yang sudah jauh meninggalkan mereka.

Beberapa langkah kemudian, langkah Nayeon terhenti. Dia tidak sangka akan bertemu pasangan itu, matanya berlinangan dengan air jernih.

Shit kenapa aku ni? Bilang dah move on? Please hati mohon tabah.

"Kau napa?" soal Jungkook selepas menyedari perubahan gadis itu.

Tanpa menjawab soalan Jungkook, Nayeon melarikan diri, troli dibiarkan bersama Jungkook.

Lelaki itu sedikit terkejut. Dah kenapa lagi minah ni. Jungkook segera menjejaki gadis itu.

Nayeon keluar dari pasar raya tersebut.

"Wei minah pelik, tunggu lah!" Jungkook mengejar Nayeon yang sudah jauh di depan. Dia tidak tahu apa hubungan gadis itu dengan lelaki tadi, yang dia pasti gadis itu sedang tersakit.

Jungkook berjaya meraih tangan Nayeon.

"Lepas lah." pinta Nayeon, dia cuba menarik tangannya dari genggaman Jungkook.

"Tak, kau dah kenapa erk? Emo bagai, lek lah. Siapa lelaki tu?" soal Jungkook. Nayeon terdiam, air matanya tumpah juga akhirnya.

Gadis itu tanpa segan terus memeluk Jungkook. Manakala Jungkook sudah terpana.

Jungkook masih diam, perlahan tangannya naik untuk membalas pelukan gadis itu.

"Takpelah, aku bagi kebenaran kau peluk aku. Untuk kali ni je." gumam Jungkook.

***

"Jihoonie, Daniel datang tak hari ni?" soal Jimin kepada adiknya, mereka kini berada di ruang tamu tingkat atas.

"Ada kat bawah. Dan lagi satu, jangan panggil Jihoonie boleh? Geli siot."

"Ceh kau kan adik hyung paling comel. Apa salahnya?"

"Salah lah. Dah lah, aku nak gi bersiap. Kejap lagi nak keluar dengan Daniel." Jihoon segera menuju ke bilik. Jimin hanya tergelak kecil.

Aih comel sungguh adik aku ni.

Setelah itu Jimin menuju ke tingkat bawah ingin berjumpa Daniel.

Sampai sahaja di tingkat bawah, dilihatnya Daniel sedang berdiri di pintu masuk. Sedang menunggu Jihoon.

Jimin mendekati Daniel.

"Hyung." Daniel tunduk hormat apabila terlihat Jimin.

"Eh tak perlu lah hormat, macam tak biasa dengan hyung." Jimin memegang bahu Daniel.

Daniel hanya tersenyum, menampakkan gigi arnabnya.

"Daniel, sabtu depan free?" soal Jimin. Dia sudah rancang semuanya. Dia akan pertemukan Daniel dengan kakaknya semasa hari jadi gadis itu pada hari sabtu depan.


Dia juga bercadang untuk luahkan perasaannya.

"Free, kenapa?" balas Daniel.

"Ikut hyung pergi majlis hari jadi seseorang." jawab Jimin

"Seseorang siapa? Kawan hyung?"

"Ya kawan."

"Er Jihoon pergi sekali ke? Kalau dia pergi saya ikut."

"Ya dia pun pergi."

"Kalau macam tu baiklah." Daniel akhirnya bersetuju.

Jimin tersenyum, harap-harap rancangan aku berjalan dengan lancar.

---

TBC

Cameo ;

ASTRO - Eunwoo

TWICE - Tzuyu

upcoming chapter :

Hoseok tidak datang sendirian, dia membawa seorang lelaki agak kacak dan tinggi sebelahnya.

"Momo, ni Kai. Kau masih ingat dia kan?" soal Hoseok.

Sebuah senyuman terbit pada bibir Momo menandakan yang dia masih ingat pada lelaki itu.

"Momo, oraemaniyeyo." ujar Kai sambil tersenyum manis.

~

"Saya rasa saya dah kena balik ni." ujar Jisoo selepas talian dimatikan. Dia meletakkan telefonnya atas meja.

Taehyung tidak sengaja terlihat skrin telefon gadis tersebut. Wallpaper lock skrin telefon Jisoo gambar penguin.

Penguin? Mengingatkan aku pada seseorang.

Taehyung termenung seketika.

"Oppa?" panggil Jisoo apabila perasan lelaki itu hanya diam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top