Part 35
"Pembelajaran kita sampai sini sahaja. Pelajar boleh pergi rehat." puan Bae menamatkan kelasnya setelah loceng rehat berbunyi. Dia segera melangkah keluar dari kelas tersebut.
Sebahagian pelajar dalam kelas tersebut mula berpusu-pusu untuk keluar.
Yoongi mengeluh lalu meletakkan kepala atas meja. Dia merasakan masa bagaikan lambat berlalu, kalau boleh dia mahu escape lepas ini.
"Suga kau pi kantin?" soal Namjoon. Yoongi menggeleng.
"K, guys jom kantin." ajak Namjoon kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka berenam segera berganjak meninggalkan Yoongi sendirian.
"Aish kenapa aku asyik fikir pasal dia?" keluh Yoongi. Dia menghentak perlahan kepalanya atas meja.
Ni tak boleh jadi, aku kena dapatkan keterangan dari dia. Tapi macam mana aku nak jumpa dia?
SinB, kenapa kau buat aku macam ni?
***
"Aku gi rooftop dulu, kau jalan lah dengan yang lain." ujar Taehyung kepada Jimin.
Lelaki itu hanya mengangguk dan memandang Taehyung yang sudah jauh meninggalkan dia. Setelah itu dia meneruskan langkah mengejar rakan-rakannya yang lain.
Beberapa langkah kemudian, dia terlihat beberapa pelajar berkumpul sedang menyaksikan sesuatu. Kebanyakan mereka ketawa dan ada juga yang berbisik-bisik.
"Apa yang diorang heboh ni?" soal Seokjin. Rakannya yang lain mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Yang pastinya aku tak nak ambil kisah." ujar Jungkook lalu berganjak untuk pergi ke kantin.
"Aku pun." kata Namjoon pula, dia segera mengikut Jungkook.
"Korang pula?" soal Seokjin kepada Hoseok dan Jimin.
Tanpa membalas pertanyaan Seokjin, Jimin cuba berjalan di tengah-tengah kesesakkan pelajar tersebut.
"Aku ikut Jimin. Kau pi lah kantin." ujar Hoseok lalu juga turut masuk ke dalam kesesakan tersebut. Seokjin pula terus sahaja beredar ke kantin.
"poor her, siapa suruh cari pasal dengan Jennie."
"dia tak kenal Jennie tu siapa, memang patut pun kena macam tu."
"such a nerd."
itu antara perbualan yang dapat ditangkap oleh telinga Jimin semasa melalui kesesakan itu.
Dia terkejut apabila melihat situasi yang sedang berlaku di depan matanya.
"Seulgi!" jerit Jimin, dengan pantas dia mendapatkan gadis itu yang dalam keadaan basah seluruh badan.
"Kenapa basah ni?" soal Jimin, agak serius. mesti ada orang cuba kenakan gadis itu.
Seulgi hanya diam, matanya berlinangan air mata.
"Siapa buat awak macam ni? Cakap cepat!" keras sahaja suara itu dilontarkan. Namun gadis itu masih diam.
Pelajar-pelajar yang tadinya bising kini semakin reda. Terkejut mungkin sebab budak hot seperti Jimin membela Seulgi.
Jimin mengetap giginya, geram pula dia Seulgi diperlakukan seperti itu. Dari jauh Jimin dapat menangkap suara perempuan ketawa dan dia tahu perempuan itu lah punca Seulgi jadi seperti itu.
Jimin menarik tangan Seulgi untuk mendekati perempuan yang dimaksud kan tadi.
"Jennie, aku tau kau yang buat dia macam ni kan?" soal Jimin tegang.
Jennie berdecit.
"Kalau ya pun kenapa? Aku cuma nak bagi dia pengajaran sikit." balas Jennie sambil tersenyum sinis.
"Aku bagi amaran, sekali lagi kau kacau dia, nahas kau!" tengking Jimin lalu segera beredar bersama Seulgi. Jennie tersentak.
"Apesal dia back up budak nerd tu?" kata Jennie tidak berpuas hati.
"Aku rasa Jimin tu dah kena buat-buat dengan budak nerd tu." jawab Lisa yang berada disebelahnya.
"Jimin buat macam tu sebab bet aje lah." Hoseok tiba-tiba menyampuk perbualan mereka.
Jennie dan Lisa lantas memandang Hoseok yang berada di belakang mereka. Entah dari mana pula datangnya mamat itu.
"Bet? Maksud kau?"
"Aku bet Jimin supaya buat Seulgi cakap 'i love you' dekat dia." selamba Hoseok cakap.
Jennie ketawa,
"Patutlah, mustahil sangat Jimin suka gadis macam tu." Jennie tersengih. Dalam kepala otaknya sudah tersedia rapi rancangan yang bakal dibuatnya.
***
Jimin menghulurkan air tin kepada Seulgi setelah gadis itu selesai menukar pakaian kepada pakaian sukan.
"Minum dulu." arah Jimin. Seulgi menerima air tersebut, dia meneguk sedikit air dalam tin itu.
Jimin mengambil tempat duduk di sebelah Seulgi.
"Awak jangan risau, lepasni Jennie takkan ganggu awak lagi." kata Jimin.
"Kenapa awak selamatkan saya?"
"Sebab kita kawan, dan kawan kena saling melindungi." ujar Jimin ikhlas sambil tersenyum. Dia sakit hati bila melihat Seulgi diperlakukan sebegitu.
Kalau boleh, dia mahu lindungi gadis itu.
Am I fall in love? Atau aku cuma rasa kesian kat dia?
***
Perlahan Hoseok menolak pintu wad yang menempatkan Momo. Lega dia apabila melihat gadis itu sudah menyedarkan diri.
Momo ketika itu sedang termenung, dia tersedar apabila melihat Hoseok melangkah masuk ke dalam wad tersebut.
"Kau sihat?" soal Hoseok, sambil tangannya meletakkan seplastik buahan di atas meja kecil tepi katil.
Momo tidak membalas. Dia berpaling tidak mahu bersemuka dengan Hoseok.
Suasana sepi seketika.
"Kau tak sepatutnya buat benda gila tu." ujar Hoseok memecahkan kesunyian.
"Saya tak nak hidup lagi. Saya dah takde sesiapa kat dunia ni." kata Momo sambil menangis.
Secara spontan Hoseok terus memeluk tubuh Momo. Gadis itu terkejut dengan perbuatan Hoseok.
"Aniyo, aku ada untuk kau. Aku akan jaga kau selagi aku masih hidup. Momo-ahh jebal, teruskan jadi kuat. Mana Momo yang aku kenal selama ni? Aku perlukan kau." lembut sahaja ayat itu diutarkan.
Momo yang mendengar ayat itu tersentuh hatinya.
Situasi itu mengingatkan dia kembali kepada masa lalu mereka. Dimana ketika itu mereka masih kecil dan bersahabat baik.
~
[flashback]
Momo menangis kerana jatuh semasa cuba mengejar rakan-rakannya. Jhope dan Kai.
"Eleh tu pun nak nangis, baru sikit." kata Kai sambil ketawa.
Jhope yang merasa kasihan segera memeluk gadis itu.
"Uljima, teruskan jadi kuat." ujar Jhope. Tingkahnya seperti dewasa walaupun hakikatnya dia baru berusia 6 tahun ketika itu.
Momo berhenti menangis setelah dipujuk Jhope. Pelukan segera dilepaskan.
"Jangan nangis lagi tau, lepas ni aku jaga kau supaya tak jatuh lagi." ujar Jhope sambil tersenyum manis. Momo juga turut tersenyum menampakkan giginya yang tidak penuh.
"Macam tu lah. Jom main!" mereka bertiga segera sambung bermain kejar-kejar.
[flashback end]
~
Tangisan Momo terhenti. Hoseok melepaskan pelukan, dengan lembut dia menyeka air mata Momo.
"Dah jangan nangis lagi. Aku ada untuk jaga kau." ujar Hoseok sambil tersenyum.
"Jhope. Awak masih ingat masa kita kecil dulu?" soal Momo.
Hoseok mengerutkan dahinya, memorinya kurang jelas.
"Dulu awak pernah cakap macam tu juga. Awak kata akan jaga saya dan takkan biarkan saya jatuh. Tapi, bila kita jumpa balik saya tak sangka awak berubah." jelas Momo.
Hoseok tersentak, ya dia ingat sedikit tentang janjinya itu dahulu.
"Momo, hati manusia berubah. Macam aku pernah cakap hari tu, hati manusia berubah lagi-lagi lepas disakiti. Itu apa yang aku rasa. Omma aku tinggalkan kami sebab nak bersama lelaki lain yang lebih kaya dari appa. Sebab tu lah aku benci perempuan. Aku fikir kau sama je dengan perempuan lain tapi aku silap. Kau lain Momo, kau masih kawan aku yang aku kenal dulu. Aku minta maaf sebab sakitkan hati kau sebelum ni. Jadi biarkan aku betulkan kesilapan aku dan laksanakan janji aku untuk jaga kau." panjang sahaja ayat itu diutarkan. Matanya tepat memandang ke dalam mata Momo berharap agar gadis itu akan berlembut hati.
Gadis itu tersenyum.
***
Chorong masih kaku berdiri di depan pintu apartment Namjoon.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengetuk pintu. Berdebar dia menunggu.
Beberapa saat kemudian pintu dibuka.
"Aku dah sampai!" ujar Chorong.
Namun lain yang diharapkan lain yang jadi, bukan Namjoon yang membuka pintu itu sebaliknya Sowon.
Sowon???!
"Siapa datang tu?" soal Namjoon yang baru tiba di pintu.
"Oh Chorong, masuklah." ajak Namjoon. Chorong memalsukan senyuman dan lantas masuk.
"Sowon pun ada juga." kata Chorong kepada Sowon.
"Ya ada juga." balas Sowon sambil tersengih.
~
"Jom mula ulang kaji ujian." kata Namjoon. Dia menyelak buku satu per satu. Mereka kini berada di meja ruang tamu.
Bagi Chorong pula, dia terlalu gembira bila dapat meluangkan masa bersama Namjoon sampai dia terlupa kwujudhan Sowon di situ.
Kesian pula budak Sowon ni tak kena peduli.
"Sekolah Sowon pun ada ujian ke?" soal Chorong cuba berbaik dengan gadis itu.
Sowon tidak membalas, dia pusing menghadap Namjoon.
"Joon, habis sampai pukul berapa?" soalnya. Chorong tersentak, naik pula darahnya bila soalannya diabaikan begitu.
Minah ni memang sengaja.
"Chorong, kau dah buat latihan ni?" soal Namjoon sambil menunjukkan soalan tersebut.
"Maaf, yang tu aku tertinggal kat rumah. Yang lain aku bawa." ujar Chorong.
"Apalah kau ni, tak boleh pakai." jawab Namjoon. Chorong hanya tersengih.
Mereka kembali melihat soalan-soalan yang lain.
"Susah lah soalan ni, jom buat sama-sama." kata Chorong.
"Tak nak. Bila kau dah siap baru bagi aku." ujar Namjoon lalu dia kembali membaca komik.
Dan begitu lah selanjutnya, sampai lah Chorong sedar yang Namjoon sebenarnya telah memperdayakan dia. Lelaki itu sengaja menyuruh Chorong membuat semua latihan dan dia hanya perlu copy-paste jawapan.
"Aku dah tau muslihat kau. Jangan harap aku jawab semua soalan lepas ni!!" tengking Chorong.
Namjoon tersentak. Dia tersenyum toothless.
"Manada lah, apalah kau ni."
"Kau tak payah nak cover lah."
"Jangan merepek lah. Cepat siapkan."
"Kau suruh aku buat semua, kau pula cuma baca komik. Mana adil."
"Eh tak lah. Mana ada aku baca komik. Cepat buat latihan."
"Tak faham bahasa ke? Aku-"
Sowon yang hanya menjadi pemerhati cuba menyampuk perbualan mereka. Dia tidak betah melihat Namjoon bersama gadis lain.
"Rasa tak sihatlah." ujar Sowon. Perang mulut antara Namjoon dan Chorong terhenti.
"Kenapa? Demam ke?" soal Namjoon risau.
"Hmm tak tau lah pula." balas Sowon. Dia memegang kepalanya. Lagaknya seperti orang sakit.
"Kan aku dah suruh makan betul-betul."
"Aku takde selera nak makan tadi."
Kali ini Chorong pula yang menjadi pemerhati.
Alamak apa nak buat ni?
Namjoon meletakkan kepala Sowon atas bahu kirinya.
"Pening?"
"Sikit."
Chorong terasa janggal kerana tidak tahu hendak buat apa. Dalam masa yang sama dia jeles melihat keadaan itu.
"Tolong ambil air." pinta Namjoon.
"Huh?"
"Nak bagi Sowon makan ubat." kata Namjoon lagi tanpa melihat Chorong.
"Hm okey." Chorong segera beredar ke dapur.
"Perasaan kat Sowon memang takdelah." ayat itu kembali bermain dalam fikiran Chorong.
Setibanya di dapur.
Tangan Chorong membuka peti sejuk.
Eh kalau dia sakit, aku patut bagi dia air suam. Dia menutup semula peti sejuk lalu pergi ke sinki.
Pili air dibuka, air disambut ke dalam gelas.
Dia langsung tak pandang aku pun tadi.
Kalau ikutkan, sesiapa pun boleh ajar dia, kalau setakat nak bagi dia tiru, baik aku tak payah datang hari ni.
"Aku tak nak air pun." ujar Sowon yang kini sudah berada di dapur. Chorong tersentak, tak sedar pula dia kedatangan gadis itu.
"Sowon."
"Lagi satu, jangan panggil Sowon, boleh tak? Geli rasa."
"Habis tu? Si Kaki Panjang?" ejek Chorong.
Sowon tersengih sinis. Dia merampas cawan yang berada di tangan Chorong lalu membuang air itu ke dalam sinki.
"Hei apa kau buat ni, penat je aku ambilkan untuk kau." kata Chorong geram.
"Kau tak faham lagi ke?" soal Sowon.
"Apanya?"
"Kan dah nampak tadi? Tak mungkin Namjoon pilih kau dari aku." Sowon senyum sinis.
Chorong hanya diam. Dia malas hendak melayan budak tidak matang itu.
Mereka saling berpandangan. Chorong akhirnya ketawa.
"Kenapa kau ketawa?"
"Kalau macam tu, kenapa kau yang beria sangat? Kalau kau yakin sangat, biar je lah aku." ujar Chorong. Sowon terdiam.
Ada betulnya juga kata Chorong, kalau dia yakin Namjoon pilih dia, dia tidak perlu risau jika Chorong mahu dekati lelaki itu.
Sowon terasa kepalanya pusing, dia berundur ke belakang.
"Sowon kau okey tak?" soal Chorong apabila perasan perubahan riak wajah Sowon.
Sowon tidak menghiraukan pertanyaan Chorong, dia terus melangkah ke belakang sehinggalah dia secara tidak sengaja terlanggar peti sejuk. Agak malang, hentakan yang kuat membuatkan pasu yang berada atas peti sejuk terjatuh dan hampir terkena Sowon.
"Bahaya!" jerit Chorong, dengan sepantas kilat Chorong melindungi Sowon daripada pasu tersebut.
"Chorong!" jerit Namjoon yang baru menapak ke dapur tersebut. Matanya membulat melihat pasu tersebut betul-betul terkena belakang badan gadis itu.
Namjoon dengan pantas mendapatkan Chorong. Sowon pula cuba memproses kejadian yang baru berlaku. Chorong telah menyelamatkan dia dari pasu itu!
~
"Auch sakitlah!" jerit Chorong kepada Sowon yang menyapa ubat di belakang badannya.
"Baru sikit. Nasib baik pasu tu tak besar." balas Sowon.
Chorong berdiri, dia menurunkan bajunya yang separuh terbuka.
"Kan? Macam mana kalau pasu tu kena kepala aku? Kalau diingatkan balik, sekarang pun masih seriau."
"Kau ni lembab lah." kata Sowon.
"Ha?! Tu ke cara layan orang yang dah selamatkan kau?" sebal pula Chorong dibuatnya. Sowon bagaikan tidak menghargai dia.
"Biar aku bagitau kau sesuatu." riak Sowon menjadi serius.
"Aku.. pernah kena reject oleh Namjoon sekali.
Chorong tersentak. Dia tidak sangka mendapat pengakuan Sowon.
"Namjoon dan ayah aku sangat rapat. Kalau ada apa-apa, diorang dua pasti akan selamatkan aku. Tapi ayah aku meninggal awal, dan disaat-saat akhirnya, dia minta Namjoon jagakan aku. Dia buat janji macam tu." terang Sowon.
Oh jadi macam tu, sebab tulah Namjoon selalu lindungi Sowon.
"Bagi Namjoon, aku di kedudukan pelik dalam hidup dia. Tapi dia reject aku masa gred 6. Bila dah besar, pemikiran pun berubah. Sepatutnya aku tunggu dia agar sukakan aku." sambung Sowon lagi.
"Sepatutnya?"
Sowon memandang ke bawah.
"Ni pertama kali sebenarnya.. Namjoon ajak perempuan datang rumah."
Chorong tersentak sekali lagi. Pertama kali?
Sowon berasa pening sekali lagi dan hampir terjatuh. Mujur Chorong sempat memaut lengannya.
Panas, entah-entah dia betul-betul demam.
Pantas Sowon menepis tangan Chorong.
"Sekarang ni, aku dah putuskan. Aku akan berusaha sedaya upaya." ujar Sowon dengan tegas, ditatapnya mata Chorong dengan tajam.
entah-entah dari awal lagi dia memang rasa tak sihat. tapi dia tak boleh duduk diam dan berehat. dia dah berusaha dari tadi, aku pula? apa yang aku dah buat hari ni?
~
"Namjoon, untuk hari ni. Terima kasih sebab jemput aku datang." ujar Chorong sambil menunduk. Mereka kini berada di pintu keluar.
"Betul ke? Aku pula rasa tak sedap hati sebab kena marah tadi."
"Maaflah pasal tu. Balik dulu." Chorong melangkah keluar.
"Okey."
BAMM
pintu ditutup. Chorong mengeluh.
Dia selalu macam tu, lepas kasar-kasar mesti akhirnya cakap elok-elok.
Macam hari tu,
"Boleh berdiri tak?"
---
TBC
upcoming chapter :
"Whoaaa daebakk!!" jerit Jisoo sambil melihat permandangan dari atas. Dia berasa seperti benar-benar sedang terbang di udara.
"Best kan?" soal Taehyung.
"Yaa, Kim Taehyung gomawo sebab buat saya terbanggggg!" jerit Jisoo kegembiraan.
Aku harap kita akan kekal seperti ini tapi aku tau mustahil. Aku bersyukur sebab diberi peluang untuk bersama kau, walaupun hanya sekejap.
~
"Wei minah pelik, tunggu lah!" Jungkook mengejar Nayeon yang sudah jauh di depan. Dia tidak tahu apa hubungan gadis itu dengan lelaki tadi, yang dia pasti gadis itu sedang tersakit sekarang.
Jungkook berjaya meraih tangan Nayeon.
"Lepas lah." pinta Nayeon, dia cuba menarik tangannya dari genggaman Jungkook.
"Tak, kau dah kenapa erk? Emo bagai, lek lah. Siapa lelaki tu?" soal Jungkook. Nayeon terdiam, air matanya tumpah juga akhirnya.
Gadis itu tanpa segan terus memeluk Jungkook. Manakala Jungkook sudah terpana.
~
"Daniel, sabtu depan free?" soal Jimin. Dia sudah rancang semuanya. Dia akan pertemukan Daniel dengan kakaknya semasa hari jadi gadis itu pada hari sabtu depan.
Dia juga bercadang untuk luahkan perasaannya.
"Free, kenapa?" balas Daniel.
"Ikut hyung pergi majlis hari jadi seseorang." jawab Jimin
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top