Part 34
Setelah lengkap beruniform sekolah, Hoseok menyandang begnya kemudian dia melangkah keluar dari bilik tidur.
Dia terhenti seketika di hadapan bilik Momo.
Agaknya dia dah bangun ke belum?
Hoseok mengeluh sebelum meneruskan langkahnya untuk ke tingkat bawah.
Setibanya di dapur,
Pembantu rumah mereka iaitu ahjumma Kyu sedang menyiapkan sarapan, manakala encik Jung sudah bersedia di meja makan.
"Hoseok-ah, hantar makanan ni kat Momo." arah encik Jung. Tanpa buang masa Hoseok mengangkat dulang berisi bokkeumbap dan terus ke bilik Momo.
Pintu diketuk,
"Momo, aku bawakan sarapan. Keluar lah makan."
Tiada sahutan.
"Momo?"
Masih tiada sahutan.
"Takpe lah, aku tinggalkan makanan ni depan bilik."
Baru sahaja Hoseok ingin meletakkan dulang tersebut, dia terdengar bunyi kaca pecah dari bilik gadis itu. Apa lagi panik Hoseok dibuatnya. Dulang diketepikan.
"Bunyi apa tu Momo?" Hoseok mengetuk pintu berulang kali.
"Buka pintu ni!" jerit Hoseok cemas.
Namun pintu langsung tidak dikuak. Hoseok tiada pilihan lain, dia memecahkan tombol pintu dengan menendang tombol tersebut. Beberapa saat kemudian pintu dapat dibuka. Dengan langkah pantas dia masuk ke dalam.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat tubuh Momo terbaring lemah dengan darah mengalir dari pergelangan tangan gadis itu.
"Yahh bangun, apa kau dah buat ni?" Hoseok memegang lengan Momo yang dipenuhi darah.
Momo yang separuh sedar hanya mengalirkan air mata,
"Ap..pa saya..nak jum..pa appa." ujar Momo tersekat-sekat.
"Ish pehal kau buat benda bodoh ni!" marah Hoseok tetapi dalam masa yang sama dia amat risau.
Momo hanya diam, wajahnya pucat lesi. Matanya hampir tertutup.
Tanpa melengahkan masa Hoseok mengangkat tubuh Momo.
"Please bertahan." ujar Hoseok lalu membawa Momo turun ke bawah.
Encik Jung dan ahjumma Kyu yang sedang bersarapan tiba-tiba terhenti selepas melihat Hoseok menggendong Momo yang sudsh tidak sedarkan diri.
"Hoseok apa dah jadi?" soal encik Jung terkejut.
"Dia cuba bunuh diri, saya nak bawa dia pergi hospital. Ahjumma tolong jaga appa." setelah itu Hoseok segera menuju ke keretanya. Momo di letakkan di seat penumpang sebelahnya.
"Momo-ahh bertahan." ujar Hoseok. Dan tanpa dia sedar, air mata mengalir di pipinya.
***
Bangtan Bad Boys Squad 🔫💣
Jay_Hope : aku tak skolah hari ni
Jin : wae?
RMoon : asal lak?
Jay_Hope : aku kt hospital skrg
Jin : appa kau sakit ke?
Jjjimin : jarang kau tak hdir ni
Jay_Hope : bagitau pengetua aku kirim salam
RMoon : ahaha okee
Jin : @Jay_Hope wei kau blom jwab soalan aku
Suga : @Jay_Hope aku dtg lawat nanti
Jjjimin : @Suga kau pun tak skolah ke?
Suga : skolah tak swag
Jjjimin : ceh
RMoon : 😂😂😂
***
"Park Jimin!" panggil Seulgi, dia segera mendapatkan Jimin yang sedang berdiri di hadapan locker. Jimin tersenyum.
"Jimin, ni gambar adik saya." sekeping gambar dihulurkan kepada Jimin.
Jimin meneliti gambar tersebut. Dia terkejut, amat! Dia kenal lelaki dalam gambar itu.
"Nama dia Kang Euigeon." beritahu Seulgi.
Sah! Gerak hati dia benar selama ini. Seulgi ialah kakak kepada Daniel!
Hari tu Jimin secara tidak sengaja terbaca buku catatan Seulgi dengan nama tertulis Kang Daniella, dan tag nama Daniel juga bertulis Kang Euigeon.
Diorang ada dua nama, nama inggeris dan korea. Seulgi pernah beritahu bahawa ibunya berasal dari luar negara. Dan itu membuatkan dia yakin kedua mereka adalah adik beradik.
Dalam bab macam ni, kau memang bijak Park Jimin!
"Wae? Awak nampak macam terkejut je?" soal Seulgi.
"A..ni, nanti saya akan cari dia."
Buat masa ni aku kena rahsiakan dulu. Aku kena dapatkan kepastian dari Daniel dulu.
"Gomawoyo." ucap Seulgi lalu melemparkan senyuman manis. Entah kenapa hati Jimin berdebar melihat senyuman itu.
Tapi adakah kau akan tersenyum kepada aku lagi kalau kau tau perkara yang sebenar?
Tanpa mereka sedar, dari jauh seseorang sedang memerhatikan kemesraan mereka dengan perasaan marah dan cemburu.
"Dasar budak nerd, kau tak layak untuk Jimin. Kau tunggu apa aku akan buat kat kau." dia smirk.
***
Hampir separuh dari penduduk perpustakaan itu memandang hairan ke arah Taehyung apabila lelaki itu berjalan melepasi mereka.
Macam mana tak hairan, jarang betul Taehyung pergi ke tempat seperti itu, bukan lagi jarang malah tidak pernah kecuali semasa dia dan Jisoo ditugaskan menyusun buku.
Dia sendiri tidak tahu apa moodnya tiba-tiba menyinggah ke sana.
"Aish ni kerja gila. Kenapa kaki aku tiba-tiba bawa aku kat sini pula." ujar Taehyung sambil mengetuk kepalanya.
Baik aku keluar sebelum tersebar satu sekolah. Baru sahaja Taehyung berpaling, dia terlihat Jisoo sedang duduk sambil mengulangkaji di meja tidak jauh dari tempatnya.
Taehyung tersenyum. Ya sebenarnya itu tujuan sebenar dia ke sana. Lama dia tidak lihat gadis itu selepas festival tempoh hari. (lama lah sangat)
Adakah dia rindu? Ceh.
"Jisoo boleh ajar aku benda ni." seorang lelaki datang mendekati Jisoo.
Taehyung hanya menjadi pemerhati, perlahan kakinya mendekati Jisoo dan lelaki itu sambil cuba mencuri dengar perbualan mereka.
"Senang je. First buat yang ni dulu, baru awak darab dengan nombor ni."
"Oh okey saya dah dapat. Kamsahabnida."
"Nae cheonma."
"By the way, hujung minggu ni awak free tak?"
"Hmm tak tau lagi, why?"
"Kiranya nak ajak awak keluar, boleh ulangkaji sama-sama."
Taehyung yang menjadi pendengar setia tetiba naik angin.
Ish sengaja lah tu nak minta ajar, tapi niat nak ngorat. Dasar jantan kurg kasih sayang!
"Nak ke?" soal lelaki itu masih menunggu jawapan Jisoo.
"Sorry hujung minggu ni dia keluar date dengan aku." sampuk Taehyung, entah sejak bila pula dia muncul di sana. Ajaib.
Jisoo terkejut dengan kehadiran Taehyung, namun dia sedikit bersyukur kerana dia memang tidak menyukai lelaki yang mengajaknya keluar itu.
"Betul ke Jisoo?" soal lelaki itu tidak berpuas hati.
"Kau ingat aku tipu? Kau tak tau lagi ke kitaorang ni couple?" soal Taehyung mengancam.
Lelaki tadi mengeluh dan terus beredar. Jisoo memandang Taehyung.
"Oppa buat apa kat sini?" soal Jisoo.
"Cari buku lah takkan siram bunga."
"Yeke?"
"Inda percaya sudah."
"Yela, saya percaya."
"Apapun, aku maksudkan apa yang aku cakap tadi. Hujung minggu ni tunggu kat kafe macam biasa."
"Nak buat apa?"
"Eh kau dah lupa ingatan? Nak tunaikan permintaan kau lah." ujar Taehyung lalu menjentik dahi Jisoo.
Jisoo mengeluh kesakitan sambil mengusap dahinya. Taehyung segera beredar dengan senyuman yang lebar.
Panggilan Jisoo langsung tidak dihiraukan. Dia saja jual mahal, mana ada orang mengaku dia rindu. Lagi-lagi kalau orang itu Kim Taehyung.
***
"Dia anak kepada kawan appa aku. Sebenarnya dah lama juga dia tinggal bersama kami. Tapi aku tak nak bagitau korang sebab bagi aku dia tu tak penting." jelas Hoseok kepada Yoongi.
Yoongi sengaja mencari alasan untuk ponteng sekolah. Namun begitu, dalam hati dia sedikit risau akan Hoseok.
"Oh jadi dialah yang Kook asyik gelar pembantu rumah cun tu." lega dia bila dapat tau bukan Hoseok atau encik Jung yang dimasukkan ke wad kecemasan.
"Ya."
"Habis tu sekarang kenapa aku tengok kau risau sangat?" soal Yoongi.
"Sebab aku dah janji akan jaga dia selepas appa dia meninggal dunia." jawab Hoseok sayu. Momo masih belum sedarkan diri.
"Oh aku faham perasaan kau."
Diam seketika,
"Kau nak air? Aku belikan."
"Boleh gak." balas Hoseok.
"Duit?"
"Eh aku ingat kau belanja."
"Aku takde duit."
"Hampehh." -..-
~
Setelah mendapatkan dua botol cola dari vending machine, Yoongi segera beredar.
Beberapa langkah kemudian, dia terserempak dengan seseorang yang sudah lama dicarinya. Yoongi terkaku seketika.
"SinB!" panggil Yoongi, gadis itu berpaling. Namun dia bukan sendirian, di sisinya terdapat seorang lelaki.
Jelas wajah gadis itu terkejut.
"SinB? Puas aku cari kau, kenapa kau tak angkat call aku? soal Yoongi, gembira benar hatinya akhirnya dapat bertemu gadis itu.
Gadis itu hanya senyap.
"Siapa lelaki bersama kau ni?" Yoongi beralih pula pada lelaki di sisi SinB sedari tadi.
"Suga, aku dah cakap tak nak jumpa kau. Kau tak faham bahasa ke?"
"Tapi-"
"Dengar! Mulai dari sekarang anggap je kita tak pernah kenal."
SinB menolak tubuh Yoongi ke tepi. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Kau tolak aku sebab lelaki ni ke? Kau ada hubungan dengan dia?!" Yoongi menunjuk lelaki tersebut.
"Dia takde kena mengena langsung."
"Habis tu apa? Kenapa kau mengelak dari aku? Takkan sebab confession aku hari tu kau dah tak nak layan aku."
SinB memegang kepalanya, tiba-tiba pula dia pening.
"Maaf, dia dah kata tak nak layan kau, tak payah lah paksa." akhirnya lelaki yang bersama SinB itu bersuara.
"Kau jangan masuk campur!" terjah Yoongi.
Bukkk!!
Sebuah penumbuk mendarat di pipi Yoongi.
"Aku bagi kau warning, jangan cari SinB lagi kalau tak siap kau aku kerjakan." kata lelaki itu sinis, lalu dia membawa SinB pergi dari situ. Yoongi memegang pipinya, dia tersenyum sinis.
Bukan selalu dapat tumbukan percuma.
"Aish sial!" Yoongi membaling cola tadi ke lantai, lalu meramas kasar rambutnya.
***
"Aish krem kaki aku!" rungut Seokjin. Sudah hampir 2 jam dia duduk sambil membuat latihan yang diberi oleh Taeyeon.
"Kenapa pula?"
"Sebab belajar lah. Aku dah tak tahan, jammed otak." Seokjin melempar pen ke tepi.
"Setengah jam lagi lah, sabar lah." pujuk Taeyeon.
"Aku ni manusia kot, bukannya robot. Hmm apa kata kita ambil angin kat luar kejap?" cadang Seokjin.
~
Taeyeon duduk di bangku taman sementara menunggu Seokjin membeli aiskrim. Selepas pertelingkahan yang agak panjang, akhirnya dia setuju untuk keluar mengambil angin di taman berdekatan dengan rumah Seokjin.
"Piwwit!" seorang lelaki menegur Taeyeon.
"Sendiri je ke?" kata seorang lagi.
"Nak oppa temankan?" dan seorang lagi.
Taeyeon hanya mendiamkan diri, terlalu malas hendak melayan lelaki-lelaki gatal itu.
Ketiga lelaki itu semakin mendekati Taeyeon.
"Gadis cantik macam aw-"
"Woi! Jangan kacau girlfriend aku." jerit Seokjin kepada lelaki-lelaki yang mengganggu Taeyeon.
"Gf kau ke? Mianhae." mereka terus beredar.
"Yah sejak bila saya jadi gf awak?" soal Taeyeon, suka suki je cakap aku ni gf dia.
"Tak lama lagi." jawab Seokjin selamba.
"Maksud awak apa?" soal Taeyeon, dia mengerutkan dahi.
Seokjin tidak membalas sebaliknya menghulurkan aiskrim kepada Taeyeon.
Taeyeon mengambil aiskrim tersebut tanpa ragu-ragu.
"Kajja." ajak Seokjin lalu berganjak meninggalkan Taeyeon yang terpinga-pinga.
"Yah tunggu, awak belum jawab soalan saya." Taeyeon segera mengejar Seokjin yang sudah jauh di hadapan.
---
TBC
upcoming chapter :
"Kau tak sepatutnya buat benda gila tu." ujar Hoseok.
"Saya tak nak hidup lagi. Saya dah takde sesiapa kat dunia ni." kata Momo sambil menangis.
Secara spontan Hoseok terus memeluk tubuh Momo. Gadis itu terkejut dengan perbuatan Hoseok.
"Aniyo, aku ada untuk kau. Aku akan jaga kau selagi aku masih hidup. Momo-ahh jebal, teruskan jadi kuat. Mana Momo yang aku kenal selama ni? Aku perlukan kau." lembut sahaja ayat itu diutarkan.
~
"Sowon kau okey tak?" soal Chorong apabila perasan perubahan riak wajah Sowon.
Sowon tidak menghiraukan pertanyaan Chorong, dia terus melangkah ke belakang sehinggalah dia secara tidak sengaja terlanggar peti sejuk. Agak malang, hentakan yang kuat membuatkan pasu yang berada atas peti sejuk terjatuh dan hampir terkena Sowon.
"Bahaya!" jerit Chorong, dengan sepantas kilat Chorong melindungi Sowon daripada pasu tersebut.
"Chorong!" jerit Namjoon yang baru menapak ke dapur tersebut. Matanya membulat melihat pasu tersebut betul-betul terkena belakang badan gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top