Part 33
Yoongi meninjau-ninjau kawasan rumah SinB. Mujur dia masih ingat jalan ke rumah gadis itu. Direnungnya punat loceng rumah tersebut.
Nak tekan ke tak? Otaknya kata tidak tetapi tangannya kata lain pula, tanpa dia sedar loceng sudah ditekannya. Berdebar dia menunggu.
Beberapa saat kemudian pintu dibuka. Terpancar wajah encik Hwang. Tegang.
"Kamu nak apa?" soal encik Hwang serius.
"Ada SinB?"
"Ada apa cari dia?" masih serius.
"Ada nak cakap sikit dengan dia."
"Dia takde kat rumah. Dan tolong jauhkan diri dari anak aku. Aku tak nak tengok kau datang sini lagi."
Bukk
Pintu ditutup, Yoongi tersentak. Dehel? Aku nak jumpa SinB bukannya dia, yang dia over pehal?
Yoongi mengeluh kecil. Dia melangkah pergi meninggalkan rumah gadis itu dengan kecewa.
Kau memang dah tak nak jumpa aku lagi ke?
***
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Seperti biasa, Jungkook cuba untuk menyelinap keluar dari rumah. Perlahan dia membuka pintu utama dan akhirnya dia berjaya keluar tanpa ditangkap.
Next destination, night club!
~
Bunyi muzik yang kuat menyapa disetiap ruang kelab mewah tersebut. Jungkook sedang duduk di bar sambil berbual dengan dua orang gadis. Dengan wajah yang kacak, sesiapa pun akan tertarik.
Sedang dia bermesraan dengan gadis-gadis tersebut, tiba-tiba seseorang menjerit namanya dengan kuat.
"Yahh Jun Jungguk!!!" jerit suara tersebut. Jungkook berdecit, dia sudah dapat agak siapa pemilik suara nyaring itu.
"Nayeon? Kau buat apa kat sini?"
Nayeon menyilangkan tangan.
"Aku yang patut tanya kau, apa kau buat kat sini tengah-tengah malam ni? Bukannya kau sekolah ke esok?"
Jungkook tersengih sinis, dia berdiri mendekati Nayeon. Mereka saling bertentangan. Tajam.
"Kau tak payah sibuk. Balik aje lah." balas Jungkook.
"Eh amboi, parents kau yang call aku suruh kau balik. Kau ni memang takde kerja ke? Umur pun belum cukup, dah acah masuk kelab malam."
"Ya memang aku takde kerja, sekolah pun belum tamat macam mana nak kerja?" loyar Jungkook.
"Hah lawak. Dah jom pulang." Nayeon menyambar tangan Jungkook untuk beredar namun lelaki itu menarik tangannya dengan kasar.
"Kau sape? Kau tak layak atur hidup aku. Parents aku sendiri pun aku lawan, apatah lagi kau."
"Aku ni tunang kau, ingat aku nak sangat atur kau? Kalau bukan sebab tanggungjawab aku tak hingin nak hadap muka kau."
"Kalau macam tu pergi lah balik. Tak payah nak acah bertanggungjawab bagai. Dah pergi, pergi." Jungkook menolak badan Nayeon sehingga tiba di pintu keluar.
Nayeon juga tidak melawan. Kali ini dia biarkan saja budak tak cukup umur itu.
"Yahh tak guna!" jerit Nayeon, namun Jungkook sudah pun meninggalkan dia.
"Dia ingat dia tu bagus sangat ke?" bebel Nayeon sendirian.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, tiba-tiba seorang lelaki mabuk menarik Nayeon dan membawa gadis itu masuk semula ke dalam kelab.
"Yahhhh lepas kan lah bodoh!" jerit Nayeon.
~
Jungkook berjalan semula ke bar dengan perasaan geram. Macam mana minah tu boleh jumpa aku kat sini? Penyibuk betul.
Jungkook sambung kembali melayan dua gadis seksi tadi.
"Yah lepaskan, aku kata lepaskan anj*ng."
"Kau kena layan aku malam ni. hahaha."
"Kau fikir aku takde maruah ke? Kau ni dah lah buruk, buncit. Lepas lah!"
Perhatian Jungkook teralih dengan perbualan tersebut. Terkejut dia melihat Nayeon sedang bergelut dengan seorang lelaki stranger.
Darahnya naik melihat Nayeon diperlakukan sebegitu. Dengan pantas, dia mendekati mereka.
"Wei lepaskan dia." Jungkook menghadiahkan sebuah tumbukan tepat pada wajah lelaki mabuk itu. Nayeon yang tidak menjangka Jungkook akan membantunya hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya bersyukur kerana Jungkook menyelamatkan dia.
Nayeon terduduk, kakinya terseliuh semasa cuba melepaskan diri dari lelaki gila itu tadi.
"Kau jangan berani sentuh dia lagi, puik!" jerit Jungkook. lelaki mabuk tadi sudahpun rebah dibelasah Jungkook.
Jungkook memandang Nayeon. Kesian pula dia melihat keadaan gadis itu.
"Kau boleh berdiri?" soal Jungkook. Nayeon cuba sedaya untuk berdiri tetapi tidak berjaya.
"Aish, naik belakang aku." Jungkook mencangkung membelakangi Nayeon. Dengan teragak-agak dia naik dibelakang Jungkook. Leher Jungkook dipeluk.
Jungkook berdiri dengan mengangkat Nayeon dibelakangnya. Tak pasal-pasal dia pula yang susah.
"Berat sangat lah kau ni."
"Ma..na ada, jalan je lag cepat."
"Sabar lah, dah kira baik lah ni aku tolong kau."
"Aku tak minta tolong pun."
"Kalau macam tu kau balik sendiri."
"Ehh tak tak tak, sakit doh kaki aku."
"Tau pun, so duk diam je."
Nayeon tidak membalas. Suasana sepi antara mereka sehingga tiba di motorbike Jungkook.
~
Setibanya di perkarangan rumah Nayeon, Jungkook terlebih dahulu turun dan menyuruh Nayeon naik ke belakangnya semula.
"Lain kali hati-hati." nasihat Jungkook.
Dia risau ke?
"Aku tak risau, aku cuba tak nak susah disebabkan kau. Jangan salah faham pula."
Ceh macam tau je apa yang aku fikir.
Pintu rumah terbuka, wajah pembantu rumah Nayeon kelihatan.
"Omo apa dah jadi kat cik muda?" soal pembantu rumah itu dengan risau.
Jungkook menurunkan Nayeon dan diserahkan kepada pembantu rumah.
"Jungkook-ahh gomawo." ujar Nayeon dengan ikhlas.
Jungkook tersentak seketika. Dia mengangguk dan beredar dari situ.
***
Hoseok masih berdiri di hadapan pintu bilik Momo. Sudah tengah malam, pasti masa-masa macam ni gadis itu akan keluar. Dan tekaannya betul apabila pintu bilik terkuak.
Momo sedikit tersentak melihat Hoseok bersama dulang ditangannya sedang berdiri betul-betul di hadapannya.
"Aku bawa makanan ni, makan lah." pujuk Hoseok.
"Awak dah lama berdiri kat sini?"
"Adalah dalam setengah jam." tipu Hoseok.
"Mianhae sebab buat awak susah." Momo menunduk. Hoseok rasa bersalah setiap kali gadis itu meminta maaf.
"Ani, kau tak perlu minta maaf. Boleh tak mulai dari sekarang kau tak payah minta maaf? Kau takde salah apa-apa pun."
"Tapi-"
"Jebal Momo-ahh, kau buat aku risau. Mohon kali ni, ikut apa aku cakap." Hoseok merenung mata bundar Momo.
"Awak yang cakap saya ni-"
"Lupakan apa yang aku dah cakap kat kau selama ni! Aku dah janji akan jaga kau kan? So, please kita mulakan semula." ujar Hoseok dengan nada sedikit tinggi. Dia tak faham ke aku cuba nak berbaik dengan dia?
Momo tersentak. Nampaknya dia dah buat Hoseok marah lagi.
"Give me some space." balas Momo seraya menutup pintu. Dia berlari ke katil lalu duduk sambil memeluk kakinya. Dia betul-betul rasa kesunyian. Kenapa hidup aku seteruk ni?
Di sudut yang lain pula, Hoseok memaki dirinya kerana tidak dapat mengawal nadanya. Bukan niat dia untuk memarahi gadis itu. Dia sudah banyak buat salah dan dia perlu membaiki kesalahannya semula.
---
TBC
upcoming chapter ;
"Jimin, ni dia gambar adik saya." sekeping gambar dihulurkan kepada Jimin.
Jimin meneliti gambar tersebut. Dia terkejut, amat! Dia kenal orang itu.
"Nama dia Kang Euigeon."
Sah! Gerak hati dia benar selama ini.
~
"SinB? Kau ke tu? Puas aku cari kau, kenapa kau tak angkat call aku?" soal Yoongi, gembira benar hatinya akhirnya dapat bertemu gadis itu.
Gadis itu hanya senyap.
"Siapa lelaki bersama kau ni?" Yoongi beralih pula pada lelaki di sisi SinB sedari tadi.
"Suga, aku dah cakap tak nak jumpa kau. Kau tak faham bahasa ke?"
"Tapi-"
"Dengar! Mulai dari sekarang anggap je kita tak pernah kenal."
~
"Woi jangan kacau girlfriend aku." jerit Seokjin kepada lelaki-lelaki yang mengganggu Taeyeon.
"Gf kau ke? Mianhae." lelaki-lelaki tersebut terus beredar.
"Yah sejak bila saya jadi gf awak?" soal Taeyeon, suka suki je dia cakap aku ni gf dia.
"Tak lama lagi." jawab Seokjin selamba.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top