Part 30

Hoseok mematikan enjin kereta. Dia keluar dari kereta, lalu menutup pintu kereta dengan kuat. Dalam hatinya membebel serta mencaci Momo. Puas dia mencari gadis itu namun tidak berjaya.

Telefonnya pula telah rosak gara-gara bergaduh dengan budak tidak bertauliah di festival tadi.

Perlahan dia menolak pintu rumah. Dilihatnya kasut Momo yang dipakainya tadi sudah berada di rak.

Ahh dia dah balik, mesti appa akan marah aku sebab biarkan dia balik sengsorang.

Hoseok melangkah menuju ke ruang tamu. Dilihatnya appanya sedang duduk dan menangis? Appa menangis?

Hoseok mendekati lelaki tua itu.

"Appa?" panggil Hoseok. encik Jung lantas memalingkan badan ke arah Hoseok. Benar, orang tua itu sedang menangis.

"Kenapa appa nangis?" soal Hoseok kehairanan. Risau pula dibuatnya.

"Hoseok-ahh, Momo.." encik Jung terhenti seketika.

Jantung Hoseok sudah berdebar, kenapa dengan Momo?

"Ayah Momo dah meninggal dunia." ujar encik Jung. Hoseok tersentak. Matanya membulat, dia tidak percaya. Rasa bersalah mula menerjah Hoseok. Bagaimana agaknya keadaan Momo? Sudah lah dia memarahi gadis itu tadi, mesti gadis itu benar-benar sedih sekarang.

"Momo kat atas, boleh Hoseok tolong tengok kan dia?" pinta encik Jung. Tanpa membuang masa Hoseok terus melangkah ke tingkat atas.

Pintu bilik Momo yang tertutup rapat dipandang dengan rasa bersalah. Dia ragu-ragu sama ada hendak mengetuk atau biarkan sahaja gadis itu.

Hoseok melangkah ke belakang, mungkin dia patut biarkan gadis itu tenang dahulu.

Tapi tak boleh! Kau patut minta maaf Jhope, bukan patut tapi WAJIB!

Akhirnya pintu bilik pun diketuk.

Ketukan pertama, tiada sahutan.

Ketukan kedua, masih tiada sahutan.

Begitu juga dengan ketukan ketiga.

Dia dah tidur ke?

"Ehemm, Momo? Kau ada kat dalam ke?" dehek soalan apa aku tanya ni? Memang lah ada bahalol.

Hoseok menarik nafas panjang.

"Momo, aku harap apa yang aku nak cakap ni kau dengar lah. Pertama sekali aku simpati dengan pemergian ayah kau. Hmm kedua, aku nak minta maaf sebab marah kau tadi. Bukan tadi je tapi sebelum-sebelum ni pun aku nak minta maaf. Aku tau aku dah banyak kali sakitkan hati kau. Aku betul-betul minta maaf. Apa kata kita lupakan yang lalu dan kita berbaik?" dengan sekali nafas sahaja kata-kata itu dilafazkan. Berdebar-debar hatinya menunggu respon Momo.

Tiba-tiba pintu dikuak. Jelas kelihatan wajah sembab Momo.

"Apa yang awak cakap memang betul. Semua orang tinggalkan saya sebab saya memang pembawa sial macam yang awak cakap. Saya faham kenapa awak benci saya. Kan bagus kalau saya tak wujud, saya hidup cuma menyusahkan orang. Appa mati pun sebab saya, kenapa bukan saya je yang mati?!" kata Momo dengan sayu. Hoseok sudah tidak terkata apa.

"Momo, sa-"

"Awak tak perlulah rasa simpati dengan saya. Bukan ke awak bencikan saya? Bukan ke awak suka lihat saya merana? Ya saya betul-betul terseksa sekarang. Esok pagi saya akan keluar dari rumah ni, macam yang awak nak. So, awak jangan risau, saya takkan susahkan awak lagi. Maaf sebab wujud depan awak." selesai itu Momo menutup pintu bilik. Hoseok masih kaku, dia benar-benar rasa bersalah dan teruk.

Hoseok kau memang lelaki paling teruk. Aku kena buat sesuatu supaya rasa bersalah ni hilang. Momo, jinjja mianhae.

***

Taehyung melemparkan badan di atas tilam. Ahh rasa selesa, seharian berjalan memang patah mematah pinggang, lagi-lagi bila berjalan bersama Jisoo yang sememangnya banyak songeh.

Tiba-tiba Taehyung tersenyum bila teringat gadis itu.

Terbang? Ceh kuat betul imaginasi budak tu. Adakah patut nak terbang? Ingat dia burung ke. Tapi aku tak boleh nak kutuk sangat, aku kena tunaikan permintaa dia gak.

Taehyung teringat sesuatu, dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

WeChat di buka dan dia menghantar pesanan kepada seseorang.

KTHyung
hey dah tidur?

_Jichuu 🐧
on the way nak tido

KTHyung
malang betul tak dapat jumpa kau tadi

_Jichuu🐧
takde jodoh apa bole buat

KTHyung
macam tu lah. kau tngah chat dgn pakwe kau ke?

_Jichuu🐧
iye tapi rasanya hbungan kami takkan kekal lama

KTHyung
hah 😱 knp plk? korg gaduh ke?

_Jichuu🐧
ani 😊 cuma aku rasa kami tak sesuai

KTHyung
yeke kesiannya. tulah aku suruh kau jmpa aku jual mahal plk

_Jichuu🐧
bukan jual mahal, cuma blum ada masa yg sesuai

KTHyung
maksud kau? bile2 masa je kita boleh jumpa

_Jichuu🐧
takde apa-apa lah. aku cuma nak nasihatkan, hargai lah orang sekeliling kau. bukan selamanya kau dapat bersama diorang.

KTHyung
eh apesal tetiba bagi nasihat plk?

_Jichuu 🐧
aku off dlu lah. chat lain kali. jalga taehyung-ahh :)

telefon diketepikan, siling putih dipandang.

kenapa aku selalu rasa dia selalu dekat dengan aku? siapa kau sebenarnya Jichuu beremojikan penguin?

***

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, Hoseok masih setia menunggu di hadapan pintu bilik Momo. Dia tidak boleh biarkan gadis itu begitu sahaja. Semuanya salah dia, salah dia sebab buat Momo down.

Kalau lah aku tau benda ni akan terjadi, aku takkan tengking dia macam tu.

Luka pada tangannya direnung, dia masih belum bersihkan lagi. Luka pada hujung bibirnya disentuh, kesakitan ni takde rasa apa-apa jika dibanding dengan kesakitan yang Momo rasa sekarang.

Hoseok meramas rambutnya, buat pertama kali dia rasa bersalah sedalam ini terhadap seorang perempuan.

Tiba-tiba pintu dibuka,

Hoseok segera berdiri, lidahnya kelu apabila terlihat wajah pucat Momo.

Aish hilang pula apa yang aku nak cakap tadi.

"Awak nak apa?"

"Aku.. err."

"Jhope?"

"Emm aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku. Aku tau kau dalam keadaan susah sekarang ni. Aku menyesal sebab marah-marah kau selama ni." ujar Hoseok, tidak berani dia bertentang mata dengan Momo.

Momo hanya senyap. Kesian pula dia dengan lelaki itu, sebelum ini bukan main kasar lagi tiba-tiba pula pandai berlembut. Tapi memang patut pun dia minta maaf!

"Aku janji lepas ni aku layan kau dengan baik. Aku akan jaga kau, kau jangan lah keluar dari rumah ni ya? Aku akan tebus balik kesalahan aku selama ni." Hoseok cuba meyakinkan gadis itu.

"Saya cuma akan maafkan awak kalau awak bagitau kenapa awak bencikan saya sangat-sangat." ujar Momo. Hoseok menelan air liur.

~

"Aku benci dengan perempuan mata duitan. Aku fikir kau tinggal dengan kami semata-mata nak kikis duit appa." terang Hoseok, mereka kini sedang duduk di hadapan pintu Momo sambil bersembang. Hoseok sudah menerangkan kenapa dia membenci gadis itu, tetapi dia tidak memberitahu mengenai ibunya.

"Bukan semua perempuan mata duitan, awak tak boleh menilai sesuka hati."

"Ya aku tau, aku mengaku aku silap." ujar Hoseok sambil menggaru lehernya.

Momo hanya tersenyum. Kan bagus jika keadaan mereka seperti ini semasa pertama kali dia menjejaki kaki ke rumah itu.

"Sebenarnya, saya pun tak suka dengan orang yang mata duitan ni. Saya faham apa yang awak rasa." Momo membuka cerita.

diam seketika,

"Omma saya meninggal dunia sebab ada penyakit. Masa tu saya berusia 10 tahun. Appa seorang yang kuat bekerja semata-mata nak dapat duit. Tanpa appa sedar, dia dah abaikan omma sampai omma terpaksa berjuang sorang diri. And the worst part is, akhirnya appa jatuh bankrupt juga. Dan dia tak sedar yang dia telah sakitkan saya dengan meninggalkan saya sorang kat dunia ni." air mata gadis itu tumpah. dia sudah tidak kisah menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Hoseok.

Dia bukannya seperti apa yang aku fikirkan selama ni, dia berbeza. Momo, aku minta maaf

"Momo-ahh lepaskan je semuanya. Aku ada untuk kau. Aku dah janji akan jaga kau." ujar Hoseok, secara spontan dia memeluk Momo. Kepala gadis itu tersandar pada bahu Hoseok. Tenang seketika dirasakannya.

Ya, aku janji akan jaga kau.

---

TBC

hey miss me? ahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top