Part 29

Mata Seokjin tidak lekang daripada melihat kemesraan antara Taeyeon dan Jiyong. Entah kenapa hatinya bagaikan ditusuk panah melihat gadis itu bersama lelaki lain, padahal hubungan mereka tidak lebih hanya sekadar guru-pelajar.

"Taeyeon, boleh tak hulurkan kicap tu." ujar Seokjin menyebabkan perbualan antara Taeyeon dan Jiyong terhenti.

"Oh nahh." kata Taeyeon sambil menghulurkan kicap yang sebenarnya tidak jauh pun dari lelaki itu.

"Gomawo Taeyeon-ah~" manja kedengaran kata-kata itu. Taeyeon hanya tersenyum manakala Jiyong sudah menjeling tajam ke arah Seokjin.

"So, hubungan korang dah berapa lama erk?" soal Seokjin.

"2 tahun lebih." jawab Jiyong. Seokjin mengangguk faham.

"Kau pun sama tua macam Taeyeon ke?" soalan dari Seokjin itu menyebabkan dia menerima cubitan dari Taeyeon.

"Auch sakitlah." keluh Seokjin

"Apa pula tanya macam tu?" ujar Taeyeon geram.

"Yelah betul lah, kau kan tua serupa nenek. Ada juga nak kat kau." perlahan Seokjin berkata.

"Ish awak-"

"It's okay jagi. Dia kan budak lagi, jadi saya tak kisah sangat." ujar Jiyong, sedikit menyindir. Seokjin lantas memandang tajam lelaki itu.

Dia panggil aku budak? Huh

Seokjin smirk. Kemudian dia sengaja menekan kuat botol kicap yang dipegangnya menyebabkan sedikit kicap terpercik terkena Jiyong yang ketika itu berada dihadapannya.

Automatik Jiyong terberdiri.

"Opss, sorry." kata Seokjin tanpa rasa bersalah.

"Yahh!" ujar Jiyong berang. Dia melihat Seokjin.

"Akukan budak lagi so it was an accident." kata Seokjin sambil mengangkat bahu.

"Kau-"

"Dah lah, dia kan tak sengaja. Pergi cuci baju awak." arah Taeyeon. Dengan langkah berat, Jiyong meninggalkan gerai tersebut. Seokjin sudahpun dengan sengihan nakalnya.

"Jin, kenapa buat macam tu?" soal Taeyeon serius sebaik sahaja Jiyong berlalu.

"As you said, aku tak sengaja." balas Seokjin tenang. Sejujurnya aku pun tak tau kenapa aku buat macam tu, am I jealous? Huh?

***

"Jun Junguk!!" jerit Nayeon

"Jeon Jungkook lah." balas Jungkook. Rimas pula dia bila gadis itu asyik-asyik salah memanggil namanya.

"Tak kira lah. Jom pergi sana!" Nayeon menunjuk ke arah satu food stall.

"Untuk kesejuta kalinya aku cakap, tak boleh! Kau baru je lepas makan. Dalam perut kau tu ada anjing ke balik² nak makan?"

Nayeon menjuihkan bibir. Hobi aku makan, macam mana nak berhenti makan kalau kiri kanan penuh dengan makanan.

"Kedekut lah kau ni." gumam Nayeon.

"Apa kedekut? Duit aku dah nak habis disebabkan kau. Macam ni nak buat bini? Buat habis duit je." bebel Jungkook.

"Hah ya, macam ni lah bakal bini kau. Terima je lah kenyataan."

"Hell no, aku akan pastikan pertunangan kita ni putus." tekad Jungkook.

"Ka-"

"Jungkook oppa!" panggil seseorang. Kedua pasangan itu pantas mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.

"Eh Mina, hai." sapa Jungkook sambil mengukir senyuman.

"Dah lama tak jumpa oppa." kata Mina dengan manja.

"Oppa busy lah akhir-akhir ni. You apa khabar?" soal Jungkook mesra.

Nayeon hanya menjadi pemerhati, dalam hatinya sudah menyampah gila. Bila dengan perempuan lain, boleh pula dia mesra bagai tapi dengan aku kasar nak mampus.

"Eh ni siapa?" Mina memandang Nayeon dari atas ke bawah dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Ni noona oppa." jawab Jungkook selamba. Nayeon sudahpun terlopong, noona? Dia cakap aku noona dia?

"Oh patut lah nampak tua." kata Mina perlahan, tersengih sinis dia.

"Noona? Hehe awak ni suka sangat bergurau." ujar Nayeon dengan suara lembut yang dibuat-buatnya. Dia beralih pula ke arah Mina.

"Saya bukan noona dia, saya ni tunang kepada Jungkook. Maaflah, tunang saya ni suka sangat bergurau, huhu. And now, could you leave us? Sebab saya dah rasa nak muak ni." Nayeon berkata dengan gedik, dia juga sengaja memeluk lengan sasa Jungkook. Mina terdiam.

"Is it true oppa? She's your fiancee?" soal Mina tidak percaya, namun belum sempat Jungkook menjawab, Nayeon menolak gadis itu.

"Hah saya dah kata saya tunang dia, percaya je lah. Dah pergi." ceh menghalau. Dan akhirnya Mina terpaksa mengalah, dia pun meninggalkan mereka dengan rasa kesal.

"Yah pabo!" Jungkook melestik dahi Nayeon. Gadis itu mengerang kesakitan sambil dahinya diusap.

"Apa ni? Sakitlah."

"Apesal kau tiba² menggedik? Babun geli aku."

"Kau kata aku noona kau tadi, sebab tu lah aku nak balas balik. Alah lek lah, kau kan banyak girlfriends bukannya dia sorang je." ujar Nayeon selamba.

"Ugh penyibuk lah kau ni." usai itu Jungkook beredar.

"Yah tunggu lah!" Nayeon mengejar Jungkook sambil tangannya masih mengusap dahinya yang merah.

***

"Chorong, aku pergi tandas dulu." ujar Naeun seraya meninggalkan Chorong sendirian. (aku rasa dah banyak kali scene asyik bgitau nak ke tandas je 😂 aku memang xde idea lain dah haha)

Chorong mengeluh sebelum mengambil tempat duduk yang tidak jauh dari tandas.

Tidak sampai seminit, seseorang melabuhkan punggung beberapa meter(?) disebelah Chorong.

"Hai." tegur satu suara familiar. Chorong mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara tersebut.

Namjoon?

"Kau nak apa?" soal Chorong. Namjoon tidak membalas. Gadis itu memandang bawah, dia cuba untuk mengawal perasaan nervous.

Namjoon hanya memerhatikan gadis itu, entah apa yang bermain dalam fikirannya.

Sementara jantung Chorong sudahpun dup..dap..dup..dap

Dia perhatikan aku, ada benda dia nak cakap ke?

"Hari ni rambut kau kusut-masai." Namjoon memecahkan kesunyian dengan memberi komen rambut Chorong.

"Biasa-biasa je, janganlah bandingkan aku dengan Sowon pula." ujar Chorong sambil membuat pokerface. Jap nampak sangat ke aku cemburu?

"Kau jeles ke?" soal Namjoon sambil tersengih.

"Jeles? Hell no." dalih Chorong.

"Hmm."

Kesunyian menyapa mereka sekali lagi,

"Kau dan Sowon, mesti korang lebih dari kawan lama, kan?" soal Chorong setelah lama berdiam diri. Chorong memerhatikan orang yang lalu-lalang dihadapan mereka sementara menunggu jawapan lelaki itu.

Namjoon memandang Chorong tajam sebelum membuka mulut,

"Dia penting bagi aku." jawab Namjoon. Hati Chorong bagaikan retak mendengar jawapan Namjoon.

Dah agak dah..

Dalam masa yang sama Chorong melihat salah seorang manusia yang lalu lalang di sana tidak sengaja terjatuhkan kunci.

Lagipun aku ni..

Chorong berdiri untuk mengutip kunci tersebut.

...tak cantik

Chorong segera menuju ke arah lelaki tersebut untuk mengembalikan kunci itu semula.

"Encik, barang encik jatuh." ujar Chorong seraya memberi kunci tersebut kepada lelaki itu. Lelaki itu berterima kasih dan berlalu pergi.

..tak kira aku berusaha mcm mana pun, aku masih tak terlawan Sowon.

Tiba-tiba seseorang melanggar Chorong menyebabkan gadis itu terjatuh, dan lebih teruk lagi, dia terjatuh atas lopak.

Orang sekeliling mulai memandang Chorong sambil berbisik-bisik.

"Eh budak tu, jatuh atas lopak."
"Kesiannya. Hahaha."
"Memalukan betul lah."

Kejadian tadi kembali bermain dalam fikiran Chorong. Kejadian di mana Sowon terpijak lopak dan Namjoon membersihkan kaki gadis itu.

Mereka buat seolah-olah aku tak wujud masa tu.

Air mata Chorong tiba-tiba turun ke pipi. Kenapa aku nangis? Aku tak sepatutnya macam ni. Dia tu bukan siapa-siapa bagi aku.

Chorong mengelap air matanya, dia terhenti apabila tiba-tiba satu tangan menggenggam tangan kanannya. Chorong mendongak untuk melihat owner tangan tersebut.

Namjoon?

Lelaki itu menarik tangan Chorong agar gadis itu berdiri. Lebih kurang macam dia bantu Chorong berdiri lah.

Untuk seketika, mereka berpandangan. Chorong baru sahaja hendak melayan perasaan, lelaki itu lantas melepaskan tangannya dengan kasar.

"Berapa kali nak buat benda sama?" ujar Namjoon sedikit mengeluh, kali terakhir dia membantu Chorong berdiri semasa gadis itu diserang flasher tempoh hari. Chorong hanya tersengih kecil.

"Menyusahkan betul." gumam Namjoon.

"Aku baru je nak-"

"Apa?"

Layan perasaan.

Chorong mengeluh.

"Kalau macam ni, sampai bila-bilapun kau takkan dapat girlfriend!!" tengking Chorong. Namjoon tersentak apabila gadis itu tiba-tiba menengkingnya.

"Tak nak pun." balas Namjoon kembali beriak tenang.

"Mak..sud kau?"

"Kau kan dah ada sebagai gadis aku so buat apa nak ada girlfriend?"

Chorong diam seribu bahasa, cuba memahami ayat Namjoon itu.

"Kau ni misteri betul lah, suka buat aku tertanya-tanya." Chorong menunduk.

"Apa yang kau tertanya-tanya tu?"

"Kau takde perasaan dekat Sowon?" dan aku nak tau sangat apa sebenarnya perasaan kau terhadap aku.

"Perasaan kat Sowon memang takde lah." jawab Namjoon.

"Tapi.."

"Apa?"

"Kau baik sangat kat dia."

"Tu mestilah, dia dah macam adik-beradik aku."

Chorong terdiam. Jadi maknanya tadi tu macam buat baik kat keluarga sendiri. Bukan seperti apa yang aku fikirkan?

"Cepat pergi bersihkan pakaian kau. Lagipun kau nampak cantik malam ni." ujar Namjoon sebelum dia berlalu pergi. Sekali lagi Chorong tergamam.

Dia cakap aku cantik? Omaigash.

"Belum putus asa lagi ke?" tiba-tiba satu suara menyapa telinga Chorong. Sekali lagi gadis itu terkejut. Dia berpaling, wajah serius Sowon dipandang.

"Aku bagitau awal-awal, jangan buang masa. Hanya kawan sekelas, dan kawan lama yang dianggap penting. Tak perlu bandingkan pun, dah tau jawapannya." ujar Sowon megah.

"Tak tau." Chorong buat bodoh. Dia tak tau lagi ke aku ni gadis Namjoon?!

Tapi kalau macam tu, kita tengok siapa dapat menangi hati Namjoon dulu. Aku akan lawan sedaya upaya! Ceh.

---

TBC

Fyi, part Namjoon bukan idea aku. Itu based on satu manga ni tak tau tajuk apa tapi pelukis&penulisnya Kotoyu Tamura. Dan aku ada edit sikit jalan cerita dia.

Cameo ;

TWICE - Mina

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top