Part 27

"Kau buat pe kat rumah aku?" soal Jungkook sebaik sahaja terlihat Nayeon terpacak di ruang tamu rumahnya.

Nayeon berdiri, baru sahaja dia ingin membalas kata-kata Jungkook, puan Jeon mencelah.

"Omma yang ajak dia datang, lagipun dia tunang kamu, apa salah nya?" puan Jeon menyilangkan tangan.

Nayeon menjelir tanda mengejek lelaki itu. Jungkook hanya menggulingkan bola matanya ke atas.

"Sebenarnya omma nak Kookie bawa Nana pergi lantern festival hari ni."

Jungkook ternganga,

"Whut? Tapi-"

"Takde tapi-tapi, pergi lah luangkan masa bersama, kenal diri masing-masing baru lah senang nak hidup bersama lepas ni."

Jungkook kematian kata-kata. Aku dan dia? No way!

***

Hoseok menuruni tangga sambil bersiul riang. Jam dikerling, sudah jam 7 pm. Dia berjanji dengan rakan-rakannya akan berkumpul di Jongno street pada pukul 7.30 pm.

"Hoseok-ah." panggil encik Jung dari ruang tamu.

Hoseok yang baru ingin melangkah keluar berpaling,

"Nae?"

"Hoseok nak pergi lantern festival kan?"

Hoseok hanya mengangguk.

"Bawa Momo sekali, boleh?"

Habis lah, soalan yang aku tak boleh kata 'tidak'.

Wajah Momo yang berada disebelah encik Jung dipandang tajam.

"Bawalah Momo sekali, dia kan tak pernah pergi lagi festival tu."

Alah macam lah kat Jepun tu takde lantern.

"Sekurang-kurangnya dia tak bosan asyik terperuk kat rumah." sambung encik Jung lagi.

"Arasso, kajja Momo." akhirnya Hoseok mengalah, mukanya terpaksa dimaniskan.

***

"Min Suga!" panggil SinB sambil berlari anak mendekati Yoongi.

Yoongi tersenyum kecil setelah melihat gadis itu.

"Kau tau tak betapa payah nya aku nak tipu appa aku tadi? Nasib baik dia percaya." ujar SinB tercungap-cungap.

"Heh mianhae sebab paksa kau datang."

"Jap, kau demam ke?" sinB meletakkan tapak tangannya atas dahi Yoongi.

"Mana ada lah." Yoongi menepis tangan gadis itu.

"Sejak bila kau pandai minta maaf ni? Kau ni masih Suga kan?" hairan SinB melihat perangai lelaki itu yang sudah berubah 360 darjah.

Yoongi hanya tertawa kecil.

"Mengarut. Dah lah, jom jalan."

"Kau nak bawa aku gi mana?"

"Rahsia." kata Yoongi seraya menaiki motorbike nya.

"Yahh bagitau lah." SinB mengikut jejak langkah lelaki itu.

Tanpa menjawab soalan SinB, Yoongi memakaikan gadis itu helmet.

"Untuk keselamatan. Naik cepat." Yoongi menghidupkan enjin.

SinB hanya memuncung dan turutkan saja arahan Yoongi.

***

Lama Jimin menunggu seseorang, batu-batu kecil diatas jalan ditendang perlahan. Sesekali jam dikilas.

Setelah beberapa minit berlalu, Seulgi keluar dengan tergesa-gesa.

"Mianhae saya lewat." ujar Seulgi sambil tunduk berkali-kali.

"Takpe, saya tak kisah." ujar Jimin. Tak kisah lah sangat, lenguh doh kaki aku tunggu kau.

Jimin menilik penampilan gadis itu dari atas ke bawah. Dia hanya memakai long sleeve bergambar minnie mouse dan jeans ketat.

Rambutnya dibiar tidak berikat. Dan paling menarik perhatiannya, gadis itu tidak memakai cermin mata bulat yang selalu dipakainya.

Hmm she is quite pretty.

"You look simple and pretty tonight." puji Jimin sambil tersenyum manis. Seulgi tersenyum malu.

"Gomawo. You too, good-looking." ucap Seulgi.

"Saya memang selalu good-looking pun." ceh perasan lebih.

"Kajja." ajak Jimin seraya mereka menaiki kereta yang dipandu Jimin.

(Jimin pinjam kereta bapa dia 😂)

***

Kereta diberhentikan, Hoseok memandang Momo disebelahnya.

"Kau ingat sini, aku nak enjoy malam ni dan aku harap kau tak timbulkan apa-apa masalah. Ingat erk, jangan nak asyik menyusahkan aku." Hoseok memberi peringatan lantas dia keluar dari kereta.

"Aku nak jumpa kawan² aku dulu, jangan pergi jauh sangat." pesan Hoseok sebelum hilang dalam kesesakan manusia di festival itu. Momo mengeluh perlahan.

Aku tak tahu nak pergi mana.

***

"Woi Joon!" laung Seokjin setelah terlihat kelibat rakannya itu. Dia segera mendekati Namjoon yang ketika itu sedang bersama seorang perempuan. Perempuan tersebut memaut lengan Namjoon.

"Eh Sowon pun ada sekali." ujar Seokjin, dia tersenyum mesra ke arah Sowon.

(she's so cute, isn't she? 😂)

"Hai Jin, awak nampak kacak macam selalu." ujar Sowon mesra.

"Heh saya tau." Seokjin membuat flying kiss.

"Dah-dah lah tu dengan flying kiss kau. Jangan cuba-cuba nak mengurat Sowon kalau tak, hancur muka kacak kau tu aku kerjakan." kata Namjoon separa bergurau.

"Alah lek lah. Kau ni kan tak payah lah overprotect sangat." Seokjin merungut.

"Mestilah, Sowon ni tanggungjawab aku. So aku kena jaga dia elok-elok." Namjoon menjeling.

"Yelah aku faham. Dah jom cari yang lain."

Mereka bertiga jalan bersama-sama untuk mencari rakan mereka yang lain.

~

Chorong membetulkan rambutnya yang sedikit kusut. Akibat kelam kabut tadi, dia tidak sempat mendandan rambutnya dengan sempurna.

"Alah kau ni, biasanya kau tak peduli pun." ujar Naeun yang berdiri disampingnya. Chorong hanya mendiamkan diri. Aku kisah sebab... manatau terjumpa dia kat sini.

"Ah tu kan Namjoon." kata-kata Naeun itu membuatkan jantung Chorong berdegup kencang. Perlahan dia mendongak.

Dia dapat melihat Namjoon bersama seorang gadis yang tak dikenalinya. Dan paling buat hatinya sakit, gadis itu memegang tangan Namjoon.

Semasa mereka berselisih, mata Namjoon dan Chorong bertaut seketika. Chorong dapat dengar dengan jelas perbualan mereka.

"Kau kenal diorang ke, Joon?" soal gadis tersebut.

"Hmm, budak kelas aku." jawab Namjoon.

Siapa perempuan tu?

Kulit dia putih mulus. Tu je pun aku dah tewas. Tak berapa gemuk, tak berapa kurus, dari kepala sampai kaki cantik je. Dada pun besar, mungkin F cup.

Chorong tertunduk sambil tangannya disilangkan ke dada.

"Tu pose apa?" soal satu suara mengejutkan Chorong.

Chorong menelan air liur, sejak bila pula lelaki itu ada dia tidak perasan!

"Firaun." jawab Chorong spontan.

"Kelakar betul." ujar Namjoon namun riaknya serius.

"Kau-"

"Namjoon!" celah gadis yang bersama Namjoon tadi.

Chorong mengetap bibir, spoil betul perempuan ni.

Gadis itu memeluk lengan kiri Namjoon dengan gediknya.

Nampak mesra semacam je diorang ni.

"Jom cari makan." ujar gadis itu dengan manja.

"Aku tengah cakap dengan kawan aku ni, kejap lah." kata Namjoon.

"Er takpe lah, kau pergi lah makan dengan dia dulu." Chorong memberi senyuman palsu, terketar-ketar dia apabila menerima jelingan tajam dari gadis itu.

"Btw, kenalkan ni Sowon, kawan lama aku." Namjoon memperkenalkan Sowon kepada Chorong. Mereka bertentang mata seketika.

"Annyeong, nice to meet you." ujar Chorong dengan mesra.

Sowon tidak membalas sebaliknya dia menjeling. Ish bukan saja gedik tapi bapak sombong! Sah dia memang bencikan aku.

"Joon, jom lah." Sowon menarik lengan lelaki itu untuk berganjak.

Namun sebaik sahaja Sowon melangkah secara tidak sengaja dia terpijak lopak air menyebabkan sedikit air terpecik mengenai kakinya.

"Alaa kotor dah." kata Sowon perlahan.

"Ish! Apa kau buat ni?" ujar Namjoon sambil mengesat kesan air pada kaki gadis itu kemudian dia berdiri semula.

"Dah bersih."

"Terima kasih." Sowon tersenyum, dia memaut semula lengan Namjoon.

"Jangan dekat sangat, nanti merecik kat aku pula bila kau pijak lopak."

Dan perlahan-lahan kelibat mereka hilang dari pandangan Chorong.

Tu perkara biasa ke walaupun kawan lama? Dia kata aku perempuan dia tapi dia dengan perempuan lain ataupun aku ni sebenarnya perempuan yang keberapa untuk dia?

Jap, aku jeles ke?

***

"Aku gi tandas dulu lah." ujar Seokjin kepada Hoseok.

"Pergilah, jangan lama sangat. Kesian aku duk sorang-sorang."

"Dah aku suruh cari gf tak nak."

"Kau diam."

"Hahahaha." Seokjin segera berlalu ke tandas.

Kini tinggal lah Hoseok seorang diri. Marah betul dia dengan rakan-rakannya yang lain kerana mereka semua keluar dengan gadis masing-masing kecuali dia dan Seokjin. Nasib orang single.

"Jangan lah ganggu saya."

"Awak tau tak awak ni cantik? Terasa nak miliki awak pula."

"Tolong lepaskan saya."

Perbualan itu jelas menyapa telinga Hoseok. Tapi suara tu, aku kenal suara tu. Hoseok memandang ke arah suara tersebut. Terkejut dia melihat Momo sedang dikelilingi dua namja. Tanpa membuang masa dia mendekati mereka.

"Woi sial, jangan ganggu dia!" terjah Hoseok. Pantas dua namja itu berpaling,

"Kau sape arh?" soal salah seorang namja itu.

"Kau tak perlu tau. Lepaskan dia sekarang!" arah Hoseok, wajahnya kelihatan bengis.

"Pergi berambus lah kau, jangan sibuk hal orang."

Hoseok sudah naik angin. Dia memberi penumbuk tepat pada pipi salah seorang namja itu.

"Taguna kau!" dan aksi tumbuk menumbuk pun bermula.

Momo hanya menjadi pemerhati. Rasa bersalah menyapa dirinya, kerana dia Hoseok terlibat dalam pergaduhan.

Dua lawan satu? Bagi Hoseok kacang je. Setelah dibelasah teruk oleh Hoseok, dua namja itu beredar dalam kesakitan yang tak terkata.

Hoseok memegang hujung bibirnya yang berdarah. Dia tersenyum sinis, kemudian pandangan dialihkan ke Momo.

"Jhope." panggil Momo perlahan, baru sahaja dia ingin menyentuh kesan calar yang terdapat pada wajah lelaki itu, tangannya ditepis kasar.

"Aku dah kata jangan timbulkan masalah! Apesal kau degil sangat?! Kau ni kalau sehari tak menyusahkan tak boleh ke? Tengok apa dah jadi kat aku, kau memang pembawa sial!"

Dushh

Air mata Momo mengalir. Memang lah sebelum ni Hoseok selalu kasar dengannya tapi malam ini, lelaki itu sudah melampau.

Momo beredar dari situ dengan hati yang prakprak.

"Kau nak pergi mana lagi tu? Aish bodohhh!!"

Hoseok mengeluh berat.

***

Seokjin melilau sekeliling, mana pula si Jhope ni pergi. Aku pergi sekejap dia dah hilang. Bengap, lupa kawan.

Seokjin mengeluarkan telefon bimbitnya. Chat dihantar kepada group nya.

Sebaik sahaja dia mendongak, matanya tertancap pada seseorang yang dia kenal.

Taeyeon?

Tapi, dia dengan siapa tu?

Entah kenapa dia sakit hati melihat Taeyeon berjalan berdua dengan seorang lelaki. Mesra pulak tu, siap pegang tangan.

"Taeyeon!" panggil Seokjin seraya mendekati mereka. Taeyeon sedikit tersentak.

"Hai Jin." sapa Taeyeon kembali.

"Jagi, siapa dia ni?" soal lelaki yang bersama Taeyeon perlahan.

"Dia ni pelajar saya, yang saya ceritakan kat awak tu." jelas Taeyeon. Lelaki itu membuat mulut 'oh'.

"Hai aku Kwon Jiyong, teman lelaki Taeyeon." Jiyong menghulurkan tangan untuk bersalam. Perkataan 'teman lelaki' itu sengaja ditekankannya.

Teman lelaki? Dia dah ada teman lelaki?

"Kim Seokjin." dia membalas salam Jiyong. Mereka bertentang mata seketika.

Taeyeon yang perasaan akan keadaan yang janggal itu terus bersuara.

"Er Jin, awak datang dengan siapa?" soal Taeyeon.

"Sorang."

"Oh, kalau macam tu marilah join kitaorang." ajak Taeyeon sambil tersenyum.

"Bagus juga. Kajja!" ujar Seokjin lalu menarik tangan gadis itu untuk berjalan disebelahnya. Jiyong sudah pun terlopong, woi tu gf aku wey T^T

---

TBC

sebenarnya banyak lagi part ni tapi aku sambung kat part seterusnya lah ye hoho.

Btw, kalau aku rajin aku update. Kalau tak, tunggu next week lah yer. Xoxo💋

## btw aku tukar Baekhyun jdi Jiyong (gdragon) sbb bru aku prasan yg watak Baekhyun dah ada dkt part 9##

Cameo ;

GFRIEND - Sowon

BIGBANG - GDragon

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top