Part 24
Taehyung memberhentikan motorbikenya setelah tiba di hadapan sebuah cafe. Helmet dibuka, dia melilau mencari kelibat seseorang.
Sebuah sengihan terbit apabila gadis yang dicarinya telah dijumpai. Perlahan dia menapak ke arah gadis tersebut.
"Woi." tegur Taehyung. Lantas gadis itu menoleh. Terpana seketika Taehyung setelah melihat penampilan gadis tersebut. Sungguh cantik dan serba biru(?)
"Awak ni buat saya terkejut lah." kata Jisoo sambil mengurut dadanya. Taehyung masih seperti tadi.
"Hello?" gadis itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Taehyung.
Taehyung berdehem setelah menyedari perbuatannya.
"Macam mana penampilan saya? Okey tak?" soal Jisoo dengan teruja.
"Er boleh lah." balas Taehyung sambil berpura-pura menilik penampilan Jisoo.
"Saya pakai mekap, cantik tak?" soal Jisoo lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Taehyung.
"Inda payah lah sampai pakai mekap segala, lagipun kau inda sesuai. Dah jom." tanpa sedar Taehyung meraih tangan gadis itu menuju ke motorbikenya.
Taehyung memakaikan Jisoo helmet, Jisoo hanya tersenyum melihat kelakuan lelaki itu yang agak berubah dari sebelum ini.
Jika sebelum ini dia sering diabaikan tapi kini dia telah mendapat perhatian dari lelaki bernama Kim Taehyung. Bukan senang okay?
~
Mereka tiba di hadapan rumah agam milik keluarga Taehyung.
Taehyung menarik nafas dalam dan menghembus kuat, dia pula yang terlebih nervous sedangkan Jisoo hanya tenang di sisinya.
"Oppa, awak okey tak?" soal Jisoo.
"Aku okey. Jadi kau dah sedia?"
"Saya dah lama sedia, jangan risau lah." Jisoo tersenyum.
Taehyung dengan perlahan memulas tombol pintu. Setelah pintu dibuka, mereka menapak masuk.
Taehyung membawa Jisoo ke ruang tamu di mana ibu dan abangnya sedang berehat.
"Omma, hyung." panggilan dari Taehyung mengalihkan perhatian puan Kim dan Suho. Lantas kedua beranak itu berdiri.
"Annyeonghaseyo." ujar Jisoo sambil tunduk hormat.
"Tae bawa balik siapa ni?" soal puan Kim dalam ketidakpercayaan. Matanya tidak lekang dari melihat Jisoo.
"Kenalkan ni Jisoo, girlfriend Tae." kata Taehyung sambil menguntum senyuman ceria.
Suho terlopong, sangkanya Taehyung berbohong tetapi apa yang dilihatnya kini menjelaskan segalanya. Fuhh syukur adik aku tak gay.
"Jagi, ni omma saya dan ni hyung saya, Suho." ujar Taehyung, dia tersenyum sinis memandang Suho.
Jisoo dengan ramahnya memeluk puan Kim.
"Sekarang hyung dah percayakan aku ada gf?" soal Taehyung kepada Suho.
"Tch, perempuan mana kau upah ni?" Suho tidak mengalah. Taehyung terkedu seketika, takkan dia tau?
"Hyung main-main je lah. Btw, cantik gf kau. Sama padan, I like." Suho menunjukkan thumbs up.
Taehyung mengeluh lega. Penyamaran mereka berhasil!
"Tengok lah adik hyung ni macam mana, siapa yang tak nak." tutur Taehyung bangga.
"Cantiknya Jisoo. Untung Taehyung dapat kamu." soal puan Kim. Dia dan Jisoo sudah pun duduk di sofa.
"Gomawo, aunty pun apa kurangnya, awet muda."
Puan Kim tersipu malu mendengar pujian dari Jisoo.
"Ada-ada aje kamu ni. Dah berapa lama hubungan kamu?"
"Setahun lebih." jawab Jisoo tanpa ragu-ragu.
"Lama tu, tapi kenapa Taehyung tak pernah buka cerita pasal kamu selama ni?"
"Sebenarnya saya yang tak suruh. Saya nak dia fokus study dulu, lagipun hubungan kami ni tertutup. Tulah tak heboh sangat." lancar jawapan itu keluar dari mulut mungil Jisoo.
"Oh macam tu." dan mereka pun mulai berhuhuhu.
~
"Hyung tengok omma macam suka je kat gf kau tu." ujar Suho sambil memandang puan Kim dan Jisoo yang tengah syok berborak, kadang-kadang kedengaran tawa mereka.
"Jisoo tu memang, peramah sangat." balas Taehyung, dia juha turut memandang ke arah yang sama.
"Alamatlah kau kahwin awal dari hyung."
Taehyung terbatuk mendengar ayat Suho itu.
"Kau apesal tiba-tiba batuk?"
"Kahwin? Ugh hyung dulu kahwin baru aku." ujar Taehyung gelabah.
"Cakap pasal kahwin pun gelabah. Chill lah, dah ada calon kut." Suho tersengih.
Taehyung hanya menunjukkan toothless smile nya.
Masalahnya Jisoo tu bukannya gf real aku, dan dia sama sekali tak masuk dalam list calon isteri aku. No and never!
~
"Nanti datang lagi tau. Lain kali kita masak sesama." kata puan Kim sambil memeluk Jisoo dengan erat. Sedar tan sedar, masa terus berlalu dan gadis itu perlu balik ke rumah.
"Ya nanti Jisoo datang lagi kalau ada masa." pelukan dileraikan.
Jisoo segera menaiki motobike Taehyung. Jisoo melambai ke arah puan Kim sebelum motorbike mula digerakkan.
Setibanya di rumah Jisoo,
"Bukan main rapat lagi kau dengan omma aku erk." ujar Taehyung selepas gadis itu turun dari pemboncengan.
"Ya omma oppa tu baik sangat. Untung dapat omma macam tu." tutur Jisoo sambil tersenyum.
"Tch yelah. Thanks untuk hari ni, kau buat kerja dengan baik. Diorang percaya betul yang kita ni couple."
Jisoo hanya tersenyum.
"Tapi saya masih tak puas hati sebab tak dapat jumpa appa awak."
"Kau nak jumpa bapa aku? Hahaha dia balik sebulan sekali je. Rasanya tak sempat pun kau nak berkenalan dengan dia."
"Tak sempat wae?"
"Sebab maybe time tu kita dah tak ada apa-apa. Ingat sikit, kontrak kita dua minggu je." jelas Taehyung.
Jisoo diam seketika, wajahnya langsung tidak menunjukkan reaksi apa-apa.
"Takpelah, 2 minggu pun sudah cukup bagi saya." ujar Jisoo dengan nada gembira.
"Saya masuk dulu. Jalgaa." Jisoo melambai tangan sebelum masuk ke dalam rumahnya.
"Jalga." ucap Taehyung perlahan lalu memecut laju motorbikenya.
***
"Min Yoongi!!!" bergema satu rumah dek jeritan itu.
Yoongi yang ketika itu sedang menikmati muzik terganggu dengan jeritan tersebut.
Dia keluar dari biliknya, belum sempat dia berbuat apa-apa, satu tamparan kuat melayang pada pipinya.
"Kau cakap baik² dengan aku, kau kena gantung sekolah kan?!!" jerkah encik Min.
Yoongi memegang pipinya yang perit. Wajah bengis encik Min dipandang.
"Kenapa kau tak bagitau appa yang kau kena gantung sekolah?" soal encik Min serius.
Yoongi kelu. Dia sendiri tidak tahu bagaimana appanya boleh tahu.
"Kawan sekerja appa nampak kau merayau kat pekan dengan entah perempuan mana. Kau nak jadi apa arh?!" marah encik Min. Dia mencekak pinggang.
Punya lah kemarahan dia meningkat maksimum bila dimaklum oleh rakannya bahawa anaknya sorang itu sering dilihat merayau dipekan pada waktu sekolah, dengan perempuan pula tu!
"Appa hantar kau pergi sekolah untuk belajar, bukan jadi samseng!!"
Yoongi masih diam.
"Kenapa kau diam? Appa pun tak tahu lah macam mana nak ajar kau. Baik aku bunuh je kau masa kecik dulu. Dah besar menyusahkan."
Dush, ayat appanya betul-betul menusuk dalam hati Yoongi. Dia cuba mengawal emosi, air jernih mulai bertakung di tubir matanya. Bukan pertama kali dia bergaduh dengan ayahnya, tapi kali ini entah mengapa dia terlebih emosi.
"Anak tak guna!"
Kerana sudah tidak tahan, Yoongi berlari keluar dari rumah. Air matanya tumpah juga akhirnya.
Ya aku memang tak guna pun. Hidup di dunia menyusahkan orang lain. Aku tak minta pun hidup macam ni, tak minta pun hidup dalam keluarga susah tak minta pun jadi samseng tapi aku cuma nak minta satu sja, BAHAGIA.
~
Yoongi berhenti disebuah taman. Dengan bertemankan cahaya lampu jalan, dia menangis teresak-esak.
Dia mengeluarkan telefon dan ingin menghantar pesanan di group chat BTS, tapi malangnya dia sudah left group tersebut dan lebih malang lagi, dia tidak save satupun nombor rakannya.
Bodoh! Kenapa lah aku tak save number diorang. Aku perlukan seseorang sekarang.
Dia membuka contact, hanya terdapat 4 nombor. Ibu, bapa, adik bongsu nya dan,
"SinBeautiful?" sejak bila aku save number minah ni? Mesti dia punya pasal.
Tanpa banyak fikir, dia mendail nombor tersebut.
"Hello?"
"SinB, aku nak jumpa kau kat taman Butterfly sekarang."
"Ada apa? Kejap kau nangis ke? Suara kau."
"Jebal, I need U."
Talian dimatikan.
~
"Suga, apa dah jadi kat kau?" soalan pertama yang keluar dari mulut SinB selepas melihat keadaan Yoongi.
SinB mengambil tempat duduk dia sebelah Yoongi. Lantas Yoongi memeluk gadis itu. SinB terpana, jantungnya mula berdegup laju.
First time dia melihat Yoongi yang selalunya cool dan swag menangis seperti itu.
Perlahan SinB membalas pelukan lelaki itu. Terasa air mata lelaki itu terkena bahu SinB.
"Okey, aku takkan tanya sebab kau jadi macam ni, bukan sekarang. Kau bertenang lah dulu." ujar SinB.
Diam seketika..
"Aku ni memang tak guna." ujar Yoongi tersedu-sedan.
"Aku hidup menyusahkan orang lain." sambung Yoongi lagi.
"Aku rasa macam tak nak hidup lagi." okey kali ni SinB sudah tidak boleh diam.
"Woo jangan cakap macam tu. Kau kena kuat, walau apapun yang kau lalui, kau kena terus tabah. Hidup ni memang lah kadang-kadang kau akan rasa down tapi trust me, kalau kau hargai setiap saat indah dalam hidup kau, semuanya akan berjalan lancar."
Kali ini Yoongi pula terdiam.
"Ramai kat luar sana lebih susah dari kau, tapi mereka tetap teruskan hidup diorang. Kau takkan bahagia selagi masih fokus pada problem kau. Jadi tolong, ketepikan semua tu dan teruskan hidup dengan gembira sementara kau masih bernafas." sayu kedengaran suara gadis itu.
"Bak kata pepatah, 'love yourself, love myself'." sambil bercakap, SinB membelai lembut rambut Yoongi. Terasa tenang seketika dalam dakapan gadis itu.
"Tapi pepatah tu datangnya dari mana?" soal Yoongi.
"Shh kau tak pernah dengar tentang Beyond The Scene, diam je okay?"
Yoongi hanya mengangguk faham.
"Kau dah lega?" soal SinB. Yoongi tidak membalas.
"Kalau dah lega, lepaskan please." perlahan pelukan dilepaskan.
"HAHAHAHAHA." pecah tawa gadis itu melihat wajah sembab Yoongi.
"Asal kau ketawa?"
"Muka kau, dah macam hantu cina aku tengok."
"Jahat, orang tengah sedih." Yoongi memuncungkan bibir.
"Alah kau ni, lek lah. Aku minta maaf okey?" SinB menyiku lelaki itu.
"Btw, apa masalah kau sebenarnya? Mind to tell me?"
Yoongi tunduk, dia menarik nafas dalam sebelum membuka mulut.
"Aku gaduh dengan bapa aku. Dia dah dapat tahu aku kena gantung."
"Mesti gaduh besar sampai kau menangis kan?"
"Tak lah besar sangat. Cuma entah lah, aku emo sangat hari ni."
"Kau tu tak pernah tak emo. Tapi bagus lah, dapat juga aku tengok Suga yang cool dan swag ni mengalirkan air mata." SinB ketawa lagi.
"Not funny." ujar Yoongi serius.
SinB berhenti ketawa setelah mendengar jawapan lelaki itu.
"Dengar sini, hidup ni memang tak kan pernah lari dari masalah. Cuma bergantung dari kau macam mana nak selesaikan masalah tu. Ambil jalan mudah, buang ego jauh-jauh." SinB memulakan sesi kaunselingnya.
"Ya, aku takkan ego lagi dah."
"Suga, janji dengan aku yang kau akan hidup bahagia."
"Walaupun aku tak layak?"
"Semua orang layak dapat bahagia, walaupun hanya sekali."
"Tapi aku takde kebahagiaan."
"Find it. Mesti ada perkara yang buat kau bahagia."
Yoongi terdiam, lama wajah SinB direnung. Setiap kali aku pandang kau, aku rasa bahagia. Kau lah kebahagiaan aku SinB.
"Kau."
"Aku apa?"
"Kau kebahagiaan aku."
"Hahaha apa kau merepek ni?"
"Betul lah, setiap kali aku bersama kau, aku rasa bahagia." ujar Yoongi dengan ikhlas, dia merenung ke dalam mata gadis itu.
"Tak lucu lah." SinB melarikan pandangannya ke arah lain. Tolong jangan buat aku jatuh hati dengan kau. Aku takut, kau yang akan merana nanti.
"Aku tak buat lawak pun, aku-"
"Aku balik dulu. Nanti appa aku cari, dah lah aku keluar tak minta izin." SinB segera berdiri. Terbatal niat Yoongi untuk meluahkan perasaan nya yang sebenar. Takpe, next time kan ada.
"Aku hantar kau."
"Takpe, aku boleh jalan sendiri. Tak jauh pun rumah aku."
"Yelah, hati-hati."
SinB mengangguk dan berpaling, tapi dia teringat sesuatu. Dia berpaling menghadap Yoongi semula.
"Kau belum janji lagi."
"Janji?"
"Janji yang kau akan hidup bahagia."
"Aku janji, selagi kau ada bersama aku."
SinB tersenyum. Dia berpaling,
"Tolong jangan jatuh cinta dengan aku." ucap SinB perlahan, namun masih jelas didengari Yoongi.
Baru sahaja Yoongi ingin bertanya, kelibat gadis itu sudah semakin jauh meninggalkan dia.
Apa maksud kau?
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top