Part 22
Perlahan pintu rumah dikuak oleh Momo. Dia baru sahaja balik dari melawat rumah anak yatim, sejak dia tinggal di Korea, tempat itulah dia sering kunjungi. Memandangnya ibunya telah lama meninggal, jadi dia amat faham perasaan orang yang telah kehilangan ibu bapa.
"Kau dari mana?" soal satu suara dengan serius. Momo menelan air liur, wajah bengis Hoseok dipandang.
"Err."
"Kau fikir kau siapa sesuka hati keluar rumah?" Hoseok menyilangkan tangannya.
Momo menundukkan kepala, rimas pula Hoseok melihat muka innocent gadis itu.
"Kau tak yah lah berlagak baik! Kau tau tak aku rimas lihat kau? Bila kau nak keluar dari rumah aku arh?!" ujar Hoseok dengan nada tinggi.
Momo mengetap bibir, air matanya sudah bertakung.
"Bisu ke? Asal kau diam?"
Momo menarik nafas dalam,
"Baiklah saya keluar." lantas gadis itu meninggalkan rumah tersebut dengan linangan air mata. Hoseok hanya memandang tingkah Momo tanpa niat untuk menghalangnya.
Ceh, keluar konon, tau-tau nanti dia balik semula kat sini. Tak tau malu.
***
"Tu kat sana kereta biru tiga."
"Kereta merah empat."
"Biru empat."
"Merah lima."
"Eh tu oren lah bukan merah, tak kira!" protest SinB.
"Kau ada masalah penglihatan ke? Merah tu." Yoongi tidak mengalah.
"Kau yang buta warna. Oren lah!"
"Merah!"
"Oren!"
"Merah!"
"Oren!"
"Oren."
"Merah. Ehh."
"Yeahhh merah, kau pun mengaku merah." Yoongi ketawa manakala SinB menggulingkan bebola matanya ke atas selepas tersedar dia sudah diperdaya.
"Tch. Yelah kau lah menang, oren lah tu." Yoongi akhirnya mengalah apabila melihat wajah cemberut gadis itu.
"Memang oren pun, bluerk!" SinB menjelir.
"Jelir jelir, potong kang lidah tu."
"Potong lah."
"Aik betul ni?" Yoongi sudah bersedia dengan gaya memegang guntingnya.
"Ehh tak lah, kang tak dapat cakap."
"Tu yang bagus supaya telinga aku tak penat dengar kau potpet potpet."
"Eleh, kalau aku takde kau rindu juga, kan, kan, kan?" SinB menyiku Yoongi. Yoongi hanya diam dan tersengih. Betul lah aku rindu.
Diam seketika,
"Sedar tak sedar hari ni last kita dapat lepak." ujar Yoongi sedikit sedih.
"Heh ye kan. Hari ni last day kita dapat jumpa." kata SinB, hatinya mulai sebak.
Terasa tempoh seminggu tu pendek pula bila mereka bersama. Minggu depan mereka masing-masing akan kembali ke sekolah semula. Dan hal itu membuatkan mereka agak sedih kerana sudah tidak boleh melepak bersama lagi.
"Tapi kita still boleh contact kan lepas ni?" soal Yoongi, perlahan suaranya.
"Tengok lah tapi aku dah rasa muak lihat muka kau." gurau SinB sambil ketawa.
"Heh, muak konon. Nanti muka ni juga kau selalu terbayang."
"Ehh takde maknanya nak terbayang. Bukannya kacak sangat." balas SinB. Okey jujur yang ni aku tipu, sudah pasti aku akan rindukan muka dia yang sentiasa nak control cool.
Yoongi hanya tersengih.
"Btw, kau tak sedih ke?" soal SinB.
"Tak."
"Ceh jahat."
"Buat pe nak sedih, bukannya tak boleh jumpa pun." jawab Yoongi.
"Ya bukannya tak boleh jumpa lagi pun, kan?" mendatar suara SinB. Aku tak pasti bila kita akan jumpa lagi, atau mungkin kita takkan jumpa lagi?
"Kau asal sedih-sedih ni? Alah nanti ada masa aku lawat lah kau, aku takkan lupakan kau lah." Yoongi memaut bahu gadis itu. Tersentak SinB dengan tindakan lelaki itu, namun dia cuna mengawal riak wajahnya.
Yoongi pula bagaikan berombak jantungnya apabila dekat seperti itu dengan SinB. Dia sendiri terkejut dengan tindakannya.
"Tak boleh ke kalau kita stay macam ni selamanya?" soal Yoongi, pandangannya dihalakan ke depan.
"Tak sebab aku kena balik rumah, karang bapa aku marah." jawab SinB dengan polos.
Yoongi membuat pokerface, tangannya dialihkan dari bahu gadis itu.
Tch, baru nak sweet sikit.
***
"Hoseok, ada nampak Momo tak?" soal encik Jung kepada Hoseok yang sedang bermain ps4.
"Tak." jawab Hoseok ringkas.
"Pelik, kenapa lama betul dia keluar? Tak pernah pula Momo balik lewat." encik Jung mula risau, dia melihat ke luar rumah melalui jendela. Kemudian wheelchair dibawa mendekati Hoseok.
"Ke Hoseok gaduh dengan Momo lagi?" soal encik Jung. Dia mula mengesyaki sesuatu.
Hoseok sudah menelan air liur.
"Tak lah, mana ada kami gaduh." jawab Hoseok tenang, matanya masih tertumpu pada skrin TV.
"Pandang appa bila bercakap." arah encik Jung. Hoseok mengalihkan pandangan, wajah tua ayahnya dipandang.
"Jawab dengan jujur, kamu marah Momo lagi kan?"
"Err." Hoseok gugup seketika, matanya bergetar memikirkan alasan.
"Jangan tipu appa."
Ughh. Hoseok mengeluh.
"Yelah, tadi ada lah Hoseok tengking dia sikit lepastu dia merajuk dan keluar rumah."
"Apa?!! Habis tu tak reti nak kejar dia?"
"Alah, nanti-nanti dia balik lah."
"No! Appa nak kamu cari dia sekarang. Kalau terjadi apa-apa kat dia, appa takkan maafkan kamu." tegas encik Jung.
Hoseok mengeluh sekali lagi. Kalau bukan sebab appa, aku tak kan cari dia, menyusahkan betul.
Dengan langkah malas Hoseok mencapai kunci kereta dan lantas menaiki keretanya.
Tapi kat mana aku nak cari dia?
~
Sudah hampir setengah jam Hoseok meronda kawasan tersebut namun kelibat Momo belum dijumpainya.
Fikir Hoseok, kat mana dia selalu pergi. Hmm
"Ah rumah anak yatim!"
Kenapa aku tak terfikir dari awal? Bodoh.
Segera dia menuju ke destinasi tersebut.
Setibanya di sana...
Hoseok menolak pintu pagar, kelihatan beberapa kanak-kanak sedang berkejaran.
Seorang wanita menghampiri Hoseok,
"Encik nak cari siapa?" soal wanita lingkungan 50-an tersebut.
"Ada Momo?"
"Dia dah balik, baru saja tadi."
"Oh okey gomawo."
"Cheonma. Kamu ni siapa?"
"Saya Jung Hoseok."
"Oh, kamu ni teman lelaki Momo ke?"
"Eh tak lah, bila masa?"
"Oh ingatkan kamu ni teman lelaki dia. Kalau ya, kamu lah lelaki paling bertuah kat dunia ni."
Heh bertuah? Hoseok hanya tersengih. Bertuah apanya? Lol.
"Bertuah apanya? Dia tu menyusahkan saya je."
Wajah wanita tersebut kelihatan sedikit terkejut namun dicuba kawalnya.
"Bertuah sebab jarang jumpa perempuan baik seperti dia zaman sekarang ni."
Agaknya Momo tu perempuan dari zaman bila erk?
"Yelah. Dia memang lah terlebih bertuah LAH SANGAT. Saya gerak dulu. Annyeong." Hoseok tunduk hormat sebelum berlalu pergi.
Kalau dia baru pergi maknanya dia tak jauh dari sini lah kan.
Segera Hoseok memandu keretanya, dengam perlahan dan berhati-hati dia memandang sekeliling.
Ahh jumpaa!
Hoseok berasa lega apabila melihat gadis itu sedang duduk di kerusi tepi jalan. Dia keluar dari kereta dan langsung menghampiri Momo.
"Kau ni tak boleh ke kalau tak menyusahkan aku?" soalan lelaki itu mengalihkan perhatian Momo.
"Jhope." perlahan panggilan itu keluar dari mulut Momo.
Hoseok tersentak seketika, dia panggil aku Jhope? Dia masih ingat nama panggilan tu. Jap kenapa aku rasa awkward ni? Bebal.
"Dah jom balik."
Momo masih tidak berganjak.
"Kau nak tidur sini ke?"
"Awak juga yang suruh saya keluar dari rumah." jawab Momo, pandangannya masih ke bawah.
"Ya memang aku suruh tapi masalahnya bapa aku nak kau balik. Dah jom balik." jelas Hoseok. Namun gadis itu masih tidak berganjak.
"Kalau kau nak tidur sini cakap lah awal-awal. Nanti aku bagitau bapa aku." ujar Hoseok sambil mencekak pinggang sebiji ibu-ibu yang menyuruh anaknya pulang ke rumah kerana hari sudah senja.
"Kenapa awak benci sangat kat saya?" soal Momo, dia memandang tepat ke dalam mata Hoseok.
"Sebab aku tak suka perempuan acah innocent macam kau ni. Dah balik jom." jawab Hoseok, namun dia tidak sanggup menatap kembali mata redup gadis itu.
"Saya tak sangka awak dah berubah." kata Momo perlahan tetapi masih mampu menyapa telinga Hoseok.
"Manusia berubah kau tau? Lagi-lagi selepas terluka." Hoseok tersenyum sinis.
Senyuman kecil terbit dari bibir Momo kemudian dia mengangguk. Setuju dengan ayat Hoseok.
Ya manusia berubah, dan kebanyakkannya berubah selepas disakiti. Begitu juga dengan aku. Momo, kau kena kuat.
Hoseok sudah hairan melihat reaksi gadis tersebut, fikirnya gadis itu akan menentang sebaliknya dia bersetuju lah pula.
"Jom lah balik." ujar Momo lalu berdiri. Hoseok masih kaku.
"Awak nak tidur sini ke?" Momo memulangkan paku buah keras.
"Err jom."
Mereka pun menaiki kereta Hoseok dan kereta dipandu laju menuju ke rumah.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top