Part 21
Kelihatan pelajar beransur-ansur meninggalkan kawasan sekolah.
Namjoon masih tercegat di pintu pagar. Sejak motorbike nya rosak, terpaksa lah dia berjalan kaki.
"Jom lah tumpang aku." pelawa Hoseok.
Baru sahaja Namjoon hendak membuka mulut, matanya tertancap pada seseorang yang baru sahaja keluar dari pintu pagar tidak jauh darinya.
"Takpe lah hope, aku balik sendiri. Bye." lantas Namjoon meninggalkan Hoseok dan mengekori seseorang tersebut.
Chorong ketika itu sedang berjalan sambil bermain telefon, dia tidak sedar Namjoon mengikut dia dari belakang.
~
Tiba di suatu lorong, Chorong menyimpan telefonnya. Rasa takut menerjah dirinya apabila menyedari hanya dia seorang yang melalui kawasan itu.
Sudah lah kawasan itu terkenal dengan seorang pakcik tidak waras yang dikenali sebagai flasher.
Dengan beraninya, Chorong melalui kawasan itu dalam hati berdoa semoga tiada makhluk lahanat mengganggunya.
Tiba-tiba Chorong terasa seperti bahunya dicuit. Dia menoleh ke belakang,
"Ya?" soal Chorong, namun reaksinya berubah apabila melihat gerangan tersebut.
Gyaaa keluar dahh!! Dia dah muncul!! Flasher!!
Flasher tersebut memegang pergelangan tangan Chorong. Gadis itu cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Lelaki miang tu mulai ketawa keseronokkan.
Macam mana ni? Kalau jerit, lagilah dia seronok. Sakit! Macam mana ni?
Tangan flasher itu makin lama makin merayap turun ke bahagian dada Chorong.
"SESIAPA TOLONG!!!" jerit Chorong dalam ketakutan.
"Pakcik, buat apa tu?" soal satu suara. Chorong tersentak, dia berpaling.
Namjoon?
Namjoon memegang baju bahagian belakang flasher itu. Flasher itu langsung melepaskan Chorong, gadis itu terduduk atas tanah dengan perasaan shock sebab kehadiran Namjoon secara tiba-tiba.
"Eleh, kecil je." ujar Namjoon.
Belum sempat flasher itu meminta dilepaskan, Namjoon terus melibasnya. Hanya dengan sekali libas, flasher itu tersungkur atas tanah.
"Ku..kuatnya." kata Chorong perlahan.
Namjoon dengan perlahan berpaling ke arah Chorong, pandangan mereka bertaut.
Gadis itu terpana seketika. Jantungnya tiba² berdegup melihat renungan Namjoon.
"Nasib malang?" soal Namjoon, sambil mendekati gadis itu.
"Tak sangka pula kau tolong aku." tutur Chorong sambil cuba berdiri dalam keadaan menggigil. Mungkin masih terkejut dengan kedatangan flasher tadi.
Tanpa dipinta, Namjoon menarik tangan gadis itu untuk membantunya berdiri. Sekali lagi Chorong terpana.
"Boleh berdiri tak?" soal Namjoon serius, tangannya masih memegang tangan gadis itu.
Chorong hanya mengangguk.
"Bagus." terus Namjoon melepaskan tangannya dan beredar.
"Bye." ucap Namjoon sebelum beransur hilang dari pandangan Chorong.
Macam mana dia boleh ada kat sini? He saved me.
***
Seokjin menaikkan kaki atas meja belajar sambil tangannya ligat bertarung melalui aplikasi permainan pada telefonnya.
"Jin, bila awak nak start belajar ni?" soal Taeyeon, sudah setengah jam dia duduk di sana tanpa membuat apa-apa. Lelaki itu pula hanya sibuk bermain game dan tidak menghiraukan kewujudhan gadis itu.
Seokjin berhenti dari perbuatannya, dia memandang Taeyeon.
"Hmm aku lapar lah, boleh tak kau masakkan aku? Memandangkan ahjumma takde kat rumah." ujar Seokjin selamba. Rahang Taeyeon jatuh hampir ke lantai, boleh pula dia arahkan aku?!
"Aku janji lepas aku makan, aku belajar." ujar Seokjin lagi. Taeyeon berdiri,
"Okey saya masakkan, make sure awak tepati janji awak tu." seraya itu Taeyeon meninggalkan bilik tersebut.
~
Sepuluh minit berlalu, namun Taeyeon masih belum selesai bertarung di dapur. Akhirnya Seokjin memilih untuk turun melihat gadis itu.
Setibanya di dapur, dilihatnya Taeyeon sudah siap dengan hidangannya.
"Omelette je?" soal Seokjin. Taeyeon tersentak.
"Kira okey lah saya dah masakkan. Awak patut bersyukur." balas Taeyeon. (muka dia lebih kurang macam gif kat bawah😂)
"Ke kau memang tak pandai masak?" soal Seokjin sambil smirk.
"Tch kalau awak terer sangat, masak lah sendiri." jawab Taeyeon.
"So kau cabar aku?"
"Ya." Taeyeon menyilangkan tangan.
"Fine." Seokjin lantas mengambil apron yang tersangkut. Usai memakai apron dia memulakan sesi pemasakan. Sementara Taeyeon sudah terlopong melihat aksi Seokjin seperti professional itu.
Satu per satu bahan dimasukkan ke dalam pan.
"Macam ni cara orang pro masak. Watch and learn." kata Seokjin dengan bangganya. Taeyeon hanya membuat muka menyampah.
Setengah jam kemudian, Seokjin sudah siap dengan naengmyeon. Dia meletakkan naengmyeon tersebut atas meja makan.
Taeyeon sudah terliur melihat masakkan Seokjin, dia tidak sangka lelaki itu jaguh memasak.
Baru sahaja Taeyeon hendak memakan naengmyeon itu, Seokjin terlebih dahulu menjauhkan hidangan tersebut.
"Ni makanan aku, makanan kau omelette yang kau masak tadi." Seokjin sengaja hendak mengusik gadis itu. Taeyeon cemberut.
"Aku gurau je lah. Nah rasa lah, ni pertama kali aku memasak untuk perempuan selain omma aku." tutur Seokjin. Memang betul, Taeyeon merupakan perempuan pertama yang merasai masakannya selain puan Kim.
Taeyeon menyuakan sedikit naengmyeon ke dalam mulut, sementara Seokjin menanti reaksi gadis itu dengan penuh debaran.
"Wah sedapnyaaa!!" jerit Taeyeon.
"Dah agak dah." ucap Seokjin sambil menepuk-nepuk dadanya dengan bangga.
"Tak sangka awak pandai masak."
"Itulah orang kata don't judge a book by its cover."
"Dari mana awak belajar?"
"Omma aku. Masa aku kecil dulu, kami banyak luangkan masa bersama. Dah banyak resepi yang aku tau." jawab Seokjin sambil tersenyum. Buat pertama kalinya Taeyeon melihat senyuman ikhlas lelaki itu.
"Wah daebak. Boleh lah awak jadi chef nanti." kata Taeyeon.
Air muka Seokjin berubah selepas mendengar kata² Taeyeon itu.
"Memang cita-cita aku nak jadi chef tapi kau pun kenal kan bapa aku tu macam mana." ujar Seokjin, dia mengambil tempat duduk di hadapan gadis itu.
"Uncle Kim tak benarkan?"
Seokjin mengangguk.
"Bapa aku tu strict sangat. Dia nak aku teruskan business dia memandang aku anak tunggal. Masalahnya aku tak minat langsung." luah Seokjin.
"Dia buat semua tu untuk kebaikan awak. Saya pun macam awak juga, kena paksa belajar course yang saya tak minat, tapi bila dah lama-lama, semuanya okey. Tak lah teruk sangat."
"Yeke okey? Macam tak okey je aku tengok kau." Seokjin tersengih.
"Betul lah. Dah lah, makan cepat lepastu belajar, awak dah janji kan tadi."
"Eh itu kalau kau yang masak, tapi memandangkan aku yang masak, kelas hari ni cancel. Dan kau bersihkan dapur, bye." ujar Seokjin lalu dia beredar dengan senyuman jahat di bibir.
"Yah Kim Seokjin!" panggil Taeyeon, namun panggilannya diabaikan.
Seokjin hanya tersenyum kecil sambil menuju ke biliknya. Dia jarang bercakap tentang keluarganya kepada orang lain namun dia sendiri tidak tahu kenapa dia selesa meluah kepada gadis itu.
Dia perempuan pertama yang buat aku rasa selesa bersama.
***
Hoseok berhenti seketika di farmasi untuk membelikan encik Jung ubat. Usai membeli ubat, dia melangkah keluar dari farmasi dan menaiki keretanya. Belum sempat enjin dihidupkan, dia terlihat tanpa sengaja seorang Momo sedang berjalan masuk ke sebuah lorong.
"Perempuan tu bukan sepatutnya kat rumah ke? Dia buat apa kat luar."
Enjin dihidupkan, Hoseok memandu keretanya mengekori gadis itu. Dia memperlahankan kenderaan apabila tiba dilorong tersebut.
Dia memfollow gadis itu sehingga tiba di suatu tempat berpapan tanda,
Rumah Anak Yatim
Momo masuk ke perkarangan rumah anak yatim tersebut.
Hoseok memberhentikan keretanya di tepi jalan, berhati-hati dia keluar dari kereta.
Dia memerhatikan Momo dari jauh. Ramai kanak-kanak mendekati gadis itu. Wajah Momo juga kelihatan sangat gembira melayan karenah bebudak tu.
Huh jadi maknanya dia selalu datang kat sini?
Dia tak lah sekejam yang aku sangkakan tapi ahh dia berlakon je tu. Mungkin ni plan dia, dalam kepala dia mungkin tengah fikir macam mana nak dapatkan perhatian aku.
Segera Hoseok beredar dari situ.
---
TBC
P/S : part Namjoon based on Kotoyu Tamura's Manga.
See ya on the next saturday xoxo.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top