Part 2

Namjoon bergegas menuju ke pagar sekolah apabila melihat pagar itu hampir separuh ditutup oleh pengawas yang bertugas.

Nasibnya baik apabila dia sempat melepasi pagar tersebut.

"Tunggu!!" jerit seorang gadis beberapa meter di luar pagar sekolah, dia berlari sepantas yang boleh menuju ke pagar.

Namjoon sudah dengan sengihan nakalnya. Sebelum sempat gadis itu melangkah masuk perkarangan sekolah, Namjoon menutup pintu pagar. Gadis itu tercengeng.

"Kau!!" jerit gadis itu sambil jari telunjuknya diarahkan ke Namjoon. Namjoon smirk.

"Pengawas! Chorong lewat, aku nak kau tulis nama dia sekarang." arah Namjoon, pengawas yang bertugas itu hanya menurut kata Namjoon. Lelaki itu pun berlalu dengan selamba.

"Woi apa ni?! Kalau bukan sebab kau tutup pagar ni, aku sempat lagi lah!" jerit Chorong, kelibat Namjoon sudah jauh dari pandangannya. Gadis itu mendengus geram apabila Namjoon tidak menghiraukan laungannya.

***

"Pala hotak kau, mana boleh main tipu sial." carut Jungkook, dia tidak berpuas hati apabila Jimin menipu dalam permainan kad yang sedang berlangsung.

"Betul lah, kau yang lembab ngok." ujar Jimin, dia mengambil duit taruhan.

"Eeii dah lah, aku menyampah main dengan cheater macam kau ni." Jungkook menghempaskan kad yang dipegangkan atas meja. Jimin ketawa kuat melihat perlakuan Jungkook.

"Takkan mengalah kot." kata Jimin. Jungkook hanya memutarkan bola matanya ke atas.

Tidak lama kemudian, datang Hoseok dan Seokjin menyapa mereka.

"Wassup guys." Hoseok mengambil tempat duduk sebelah Jimin. Seokjin pula sebelah Jungkook.

"Wew, hidup rupanya kau masih Kook, aku pikir dah mampus kena belasah kemarin." ujar Hoseok.

"Eh mestilah, akukan kebal. Silap haribulan budak tu yang nahas aku kerjakan." Jungkook berkata selamba.

"Hahaha budak tu silap orang lah nak bawa main, puikk!" kali ini Jimin mencelah.

"Wei tapikan, hari ni ada budak sekolah seberang nak test power." Seokjin membuka bicara.

Ketiga pasang mata tertumpu pada Seokjin.

"Siapa lagi orang berani mati ni?" soal Jungkook.

"Korang kenal kan group Got7? Alah budak kononnya hot tu. Diorang cabar aku nak race malam ni." terang Seokjin.

(mianhae got7 fans 😂)

"Wow interesting! Aku on je." Jimin tersengih.

"Akupun." serentak Hoseok dan Jungkook berkata.

"Btw, mana V dan RM?" soal Seokjin mengubah topik.

"Alah kau pun kenal kan perangai diorang tu, selalu datang lambat. Lagi-lagi V, sejam lepas kelas mula baru dia sampai." jawab Jimin.

"Suga?" soal Seokjin lagi.

Mereka berpandangan kemudian serentak empat pasang mata itu memandang tempat duduk Yoongi.

"Tidur rupanya -__-"

***

Namjoon yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke kelas terhenti apabila dipanggil guru kelas mereka, puan Bae.

"Apa cikgu?"

"Inform ketua kelas, yang cikgu lambat sikit masuk kelas. Cikgu perlu urus sesuatu. Jangan buat bising tau." pesan puan Bae.

"Urus apa?" soal Namjoon menyibuk. Entah sejak bila pula dia ambil berat pasal urusan guru mahupun sekolah.

"Ada pelajar baru masuk." jawab puan Bae sambil tersenyum.

"Girl or boy?"

"Girl."

Dengan pantas Namjoon berlalu tanpa meminta pamit terlebih dahulu. Pelajar yang menghalang jalannya di tolak kasar.

"Bagi laluan, orang hensem nak lalu ni." ujarnya semasa melalui pelajar-pelajar yang sesak itu.

Setibanya di hadapan kelas, pintu ditolak kasar.

"Hoi aku ada berita hot!" jerit Namjoon. Semua mata fokus ke arah Namjoon.

"Kaurang apa pandang-pandang? Aku cakap dengan group aku lah bodoh!" jerkah Namjoon seraya meluru ke meja dimana gengnya sedang melepak.

"Kau pehal tiba-tiba berita hot?" soal Yoongi, dia terbangun apabila mendengar jeritan Namjoon tadi.

"First of all, sorry buat kau terbangun Yoongi. Dan aku nak cakap yang ada pelajar baru masuk kelas kita." Namjoon berkata dengan teruja namun geng nya mempamerkan wajah tidak berminat dan tidak kisah.

"So?" soal Jungkook. Kening kiri dinaikkan.

"Budak tu perempuan." kata Namjoon. Bersinar mata Jungkook. Dia memang pantang kalau berkaitan perempuan, maklumlah playboy.

"Seriously? Cantik ke?" soal Jungkook.

"Meh tak tau lagi. Aku belum nampak lagi. Kau tengok lah sendiri nanti." kata Namjoon.

"Sorry lah kalau bab perempuan, aku tak berminat." ujar Hoseok.

"Alah not all girls are the same. Try lah cari satu dan kau akan faham." kata Jungkook

"Satu konon, yang aku tengok kau ni perempuan keliling pinggang pehal?" sindir Hoseok.

"Erk yang semua tu saja je nak hilangkan bosan. Don't take it serious." Jungkook senyum kambing.

"Bagus lah tu, mainkan lagi perasaan perempuan. Nanti kau yang kena balik, padan muka." Jimin mencelah.

"Kau macam lah tak pernah? Kau yang selalu main bet dengan Hoseok untuk pikat perempuan kat sekolah ni. Hampir semua perempuan dalam sekolah ni kau bolot." Jungkook membalas semula.

"Okey enough." Jimin mengangkat tangan tanda mengalah. Jungkook ketawa kuat.

Tidak lama selepas itu pintu kelas dikuak. Semua pelajar dalam kelas tersebut berpusu-pusu mengambil tempat duduk masing-masing.

Semua berdiri untuk menyapa hormat puan Bae, kecuali 6 lelaki yang digelar 'bad boys', siapa lagi kalau bukan BTS. Semua guru sudah masak dengan perangai mereka.

"Okey duduk."

Namjoon dengan nakalnya menarik kerusi Chorong yang berada di hadapannya membuatkan punggung Chorong tercium lantai dan bukannya kerusi.

"Aduhh." Chorong mengeluh kesakitan. Dia lantas berdiri dan berpaling ke belakang. Dipandangnya Namjoon yang sedang tersengih.

"Woi apa masalah kau arh? Tak boleh ke kalau kau biarkan aku aman untuk hari ni je?!" tengking Chorong.

"Aku-"

"Apa bising-bising ni Namjoon, Chorong?" puan Bae menegur.

"Namjoon tarik kerusi saya cikgu!" ujar Chorong, dia cuba meraih simpati puan Bae.

"Dah, korang berdua sama je. Hari-hari bertekak. Tak pernah cikgu nampak korang tak gaduh. Lepasni kalau buat masalah lagi, cikgu tahan lepas pulang." puan Bae memberi warning.

Chorong terlopong, bukan kali pertama baginya. Sudah banyak kali dia dan Namjoon didenda bersama kerana sering bergaduh dalam kelas, dan semuanya gara-gara Namjoon yang suka sangat menyakat.

Chorong memberi jelingan maut kepada Namjoon sebelum duduk. Namjoon hanya smirk.

"Baiklah. Hari ni kelas kita akan menerima pelajar baru. Sila masuk." ujar puan Bae. Serentak itu seorang gadis berkaca mata besar, bertocang satu memasuki kelas tersebut.

"Pft budak nerd." kata satu suara.

"Sila perkenalkan diri kamu." pinta puan Bae.

"Anyeonghaseyo, Kang Seulgi imnida. Harap kamu semua boleh beri tunjuk ajar dan kerjasama." gadis itu memperkenalkan dirinya lalu menunduk hormat.

"Jimin, jom buat bet." Hoseok berbisik kepada Jimin.

"Bet apa?" soal Jimin.

"Kalau kau berjaya buat Seulgi cakap 'i love you' dekat kau, aku buat apa je yang kau suruh." cadang Hoseok. Jimin tersengih sinis. Dia memandang tajam ke wajah Seulgi. Setakat perempuan nerd macam tu, petik jari pun aku boleh dapat.

"Deal." tekad Jimin.

***

"Taehyung oppa!" panggil Jisoo, dia melajukan langkahnya untuk mendapatkan lelaki pujaannya itu.

"Aishh, pe?" Taehyung berpaling ke arah gadis kecil itu. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Awak baru datang sekolah ke?" soal Jisoo.

"Tak lah, baru nak balik." jawab Taehyung. Jisoo tersenyum kelat.

"Kalau takde apa-apa lagi, aku nak blah." Taehyung mengambil langkah untuk pergi dari situ. Jisoo sudah mencebik apabila ditinggalkan begitu sahaja.

Taehyung selamba menolak pintu kelas, encik Han yang sedang mengajar dibuat seperti halimunan. Dia terus menuju ke tempat duduknya.

"Kim Taehyung!" panggil encik Han.

"Wae?"

"Dah 2 jam waktu sekolah, kamu baru datang sekolah?"

"Okey lah daripada tak datang." jawab Taehyung selamba. Dia meletakkan beg dan mengeluarkan buku tanpa rasa bersalah langsung.

Encik Han hanya menggeleng melihat perangai Taehyung itu.

---

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top