Part 14
Bangtan Bad Boys Squad 🔫💣
JUNGKOOK : wei jhope ada maid cantik tak bagitahu!!
RMoon : seriously? mcm kau tau?
JUNGKOOK : terserempak kat mall tadi
Jin : @Jay_Hope , dalam diam kau sembunyikan gadis cantik kat rumah kau!!!
Jay_Hope : tak penting pun
JUNGKOOK : penting bagi aku!!
Jay_Hope : @JUNGKOOK dasar playboy
JUNGKOOK : @Jay_Hope, jgn lupa bagi no. tel dia kat aku
Jay_Hope : @JUNGKOOK in your dream Kookie
JUNGKOOK : babun kau @Jay_Hope
Jay_Hope : anjengg kau @JUNGKOOK
RMoon : enough, animals not allowed here.
Jjjimin : @Jin HAHAHAHAHA
KTHyung : aku ada hot story, siapa nak dengar angkat hidung
JUNGKOOK : aku dah angkat hidung
Jin : akupun
KTHyung : ada serupa babi tak?
Jin : kuang ajor 😑
Jay_Hope : nasib baik aku tak angkat hidung
Jjjimin : HAHAHAHA
JUNGKOOK : @KTHyung cepat lah, apa hot story kau tu? ada kaitan dgn perempuan tak?
KTHyung : tadi time aku gi kedai, aku nampak Suga dengan perempuan, siap pegang tangan bagai. kaurang rasa apa maknanya tu?
RMoon : seriously?
Jin : biar betik?!?!?!?!
Jay_Hope : Suga curanggg ngan aku!! 😭
Jjjimin : wah dah pandai dah kawan kita sorang ni 😏
JUNGKOOK : SUGA MANA KAU? CANTIK TAK PEREMPUAN TU?
KTHyung : serius weh, boleh tahan cun juga perempuan tu
Jin : @Jay_Hope , takpe aku kan ada 😋
RMoon : gay detected
Suga : apa korang heboh ni?
Jjjimin : kau ada gf tak roger erk
Suga : bila masa aku ada gf?
KTHyung : jdi prempuan ngan kau kat bus stop tdi siapa? 🤔
Suga : kawan
Jin : jujur je lah @Suga
Suga : kalau korg terus cakap pasal ni, siap korang lepas aku masuk sekolah nanti
KTHyung offline, JUNGKOOK offline, Jjjimin offline, RMoon offline.
Jin : aku tidur dulu guys. night
Jay_Hope : aku pun, sweet dream.
Jin offline, Jay_Hope offline.
***
Hoseok duduk di sofa ruang tamu sambil berpeluk tubuh. Matanya tajam memandang pintu menanti seseorang. Sekali sekala jam dikerling.
Beberapa minit kemudian pintu dikuak, terpancar wajah encik Jung dan Momo. Hoseok segera berdiri. Sakit hatinya melihat tangan Momo yang penuh dengan shopping bag. Entah dah berapa juta dia habiskan duit bapa aku.
"Hoseok, kamu dah balik." ujar encik Jung sambil tersenyum mesra.
"Appa dari mana?" soal Hoseok serius.
"Appa dan Momo pergi beli barang tadi." jawab encik Jung tenang.
"Barang? Barang apa yang appa beli sampai banyak macam tu sekali? Entah-entah perempuan ni ambil kesempatan nak kikis duit appa." kata Hoseok, nadanya sedikit meninggi. Momo tersentak dengan tuduhan itu.
"Kamu dah kenapa? Sampai hati Hoseok tuduh Momo macam tu." ujar encik Jung, hairan dia dengan sikap Hoseok yang asyik melenting kebelakangan ini.
"Hoseok tak tuduh, perangai dia memang macam tu, tumpang rumah orang lepastu kikis semua duit kita." ujar Hoseok lagi.
"Saya tak macam tu lah, saya takde niat pun nak kikis duit keluarga awak." Momo yang berdiam diri dari tadi akhirnya bersuara, dia tidak tahan apabila terus disalah dianggap. Hoseok mengalihkan pandangan ke arah Momo.
"Aku kenal sangatlah perangai perempuan macam kau ni, mata duitan!" jerit Hoseok. Momo terkedu, air matanya hampir mengalir lantas dia naik ke biliknya.
"Hoseok! Tengok apa Hoseok dah buat pada Momo? Appa tak pernah ajar Hoseok biadab dengan orang lain. Hantu mana yang rasuk kamu?!" kali ini encik Jung pula yang memarahi Hoseok.
"Tak masalahnya Hoseok nampak sendiri appa dan perempuan tu masuk shopping mall, dia yang hasut appa supaya belikan dia macam-macam kan?"
"Kejap, Hoseok nampak kami dekat shopping mall? Bukan ke Hoseok cakap hari ni Hoseok kena stay kat sekolah untuk extra class?" encik Jung sudahpun curiga. Hoseok menelan air liur.
"Ah yoboseyo? Ya ada apa? Oh macam tu, arasso." Hoseok berpura-pura bercakap dengan seseorang melalui telefon, sambil berlakon kakinya mengorak langkah menuju ke tangga.
"Jung Hoseok!!!" jerit encik Jung. Hoseok terhenti, gigi diketapnya lalu dia berpaling memandang wajah serius encik Jung.
Gulp!
Aduh terlepas cakap pula, bodoh Hoseok bodoh.
***
Hankuk High School
"Asal kau monyok semacam?" soal Jungkook kepada Hoseok.
"A'ah dari kau jejak kaki kat sekolah sampai sekarang mencuka. Apa kes?" soal Seokjin pula.
Hoseok menghembus nafas kuat sebelum membuka mulut,
"Aku kantoi dengan bapa aku yang aku escape kemarin." ujar Hoseok.
"HAHAHAHAHA." kuat kedengaran tawa rakan-rakannya.
"Patutlah, so apa yang terjadi? Appa kau upah bodyguard untuk jaga kau macam Jin?" soal Namjoon, sedikit memerli Seokjin.
"Kuang ajor." Seokjin menumbuk lengan Namjoon. Namjoon menumbuk lengan Seokjin sebagai balasan.
"Nasib appa aku bagi peluang, kalau aku escape sekali lagi, dia hantar aku pergi asrama." tutur Hoseok sedikit mengeluh, lepasni terpaksa lah jadi budak baik demi appa.
"Kalau aku jadi appa kau dah lama aku halau kau keluar rumah." gurau Jimin.
"Aku mati hidup balik sekali pun tak ingin aku jadi anak kau." kata Hoseok.
"Whatever." balas Jimin sambil menjeling. Hoseok membaling pen ke arah Jimin. Jimin membaling semula pen tadi kepada Hoseok.
"Alright stop. Aku gi tandas jap." ujar Namjoon, dia berdiri dan segera keluar dari kelas.
Dalam perjalanan ke tandas, dia secara tidak sengaja terlihat dua pelajar lelaki sedang mengacau seorang pelajar perempuan.
"Chorong?" ucapnya perlahan. Dia mendekati mereka.
"Woi kaurang apa hal kacau dia?!" jerkah Namjoon kepada dua lelaki tadi.
"Kau asal? Kau pun selalu buli dia kan?" soal Chen. Namjoon tidak menghirau kan soalan Chen, dia menarik tangan Chorong untuk membawa gadis itu pergi. Tetapi dihalang oleh Sehun.
"Woo kejap, kami belum selesai lagi dengan dia." ujar Sehun.
"Blah." kata Namjoon serius. Namun Sehun masih tidak berganjak. Namjoon merenung tajam wajah Sehun.
"Dia perempuan aku, hanya aku saje yang boleh buli dia!" ujar Namjoon tegas, seraya itu dia menolak Sehun ke tepi dan jalan bersama Chorong dibelakangnya. Gadis itu sedikit tersentak dengan ayat yang baru sahaja dilontarkan Namjoon.
Apa maksud dia aku ni perempuan dia? Chorong merenung lelaki itu dari belakang kemudian pandangan dialihkan ke tangan mereka yang bertaut.
Beberapa langkah kemudian, Chorong menarik kasar tangannya. Namjoon berpaling memandang Namjoon.
"Kenapa?" soal Chorong
"Kenapa apa?" soal Namjoon semula
"Kenapa kau selamatkan aku?"
"Sebab takde orang lain yang boleh buli kau selain aku."
"Apa maksud kau?"
Perlahan Namjoon mendekati Chorong.
"Mulai dari sekarang, kau jadi perempuan aku dan aku je yang boleh buli kau, jangan biarkan orang lain buli kau kalau tak orang tu akan mati, remember that." selesai ayat itu dikeluarkan Namjoon terus beredar meninggalkan Chorong yang terpinga-pinga.
***
Yoongi membaling bola keranjang ke jaring, dia mendengus geram apabila bola itu tidak masuk. Akhirnya dia terbaring kepenatan, langit yang mendung dipandang bosan.
Kenapa aku rasa sunyi ni?
Yoongi memejamkan matanya, tiba-tiba otaknya terbayang wajah ceria SinB, pantas dia membuka mata.
"Kenapa aku teringat dia? Tak boleh kalau terus macam ni." ujar Yoongi sambil duduk.
Tapi bosan pula takde dia, kenapa dia tak ada hari ni? Dia masih demam ke?
Ahh no! Yoongi kau dah kenapa kisah pasal dia, lupakan, lupakan, lupakan. Yoongi menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Baik aku suruh kawan-kawan aku datang temankan aku. Segera dia mengeluarkan telefon dan menghantar pesanan di group chat mereka.
---
TBC
Abaikan typo
Cameo ;
EXO - Chen & Sehun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top