Part 13
Kelihatan hujan yang lebat bertukar menjadi renyai. Yoongi memandang SinB yang sedang duduk berpeluk tubuh di sebelahnya. Ketika ini mereka sedang berteduh di bus stop menanti ketibaan bas.
"Kau okey?" soal Yoongi, risau pula dia melihat wajah SinB yang pucat. SinB hanya mengangguk tanpa menoleh. Tiba-tiba kepala SinB terasa berputar, pandangannya kabur. Dia mengurut kepalanya. Yoongi yang perasan akan perlakuan gadis itu segera menegur,
"Pening?" soalnya, SinB mengangguk. Yoongi mendekati gadis itu, dipegangnya dahi gadis itu. Panas!
"Aku rasa kau demam ni, jom aku bawa kau pergi hospital." ujar Yoongi, dia memaut tangan gadis itu.
"Tak perlu, aku nak balik rumah." ujar SinB, matanya sudah layu, badannya lemas.
Yoongi sudah panik, dia tidak pernah handle orang yang demam lagi-lagi kalau orang tu perempuan. Macam mana ni? Apa patut aku buat? Aku takde pengalaman jaga orang sakit ni, aduii.
Tepat pada masa itu, bas tiba. Yoongi menghela nafas lega.
"Kau boleh berdiri?" soal Yoongi. SinB menggeleng. Kepalanya benar-benar rasa berat.
Dia membantu SinB berdiri lalu mereka masuk ke dalam bas. Yoongi mengambil tempat duduk, di sisinya SinB sedang melentokkan kepala pada bahu lelaki itu. Yoongi mencuri pandang pada SinB. Timbul pula rasa kasihannya. Selalunya dia happy je, kali ni entah kenapa aku rasa sedih bila nampak dia macam ni. Hmm Yoongi sah kau memang dah gila.
***
Taehyung keluar dari kedai runcit setelah membeli barang yang dipesan oleh omma nya. Dia menaiki motorbike nya dan memakai helmet. Sebelum dia menghidupkan enjin, pandangannya terhenti pada kelibat seseorang yang dia kenal di bus stop yang tidak jauh dari tempatnya.
"Yoongi? Dia dengan siapa tu? Siap pegang tangan pula tu. Jangan-jangan.." matanya membesar.
"Perempuan tu nak culik Yoongi!" jerit Taehyung. Tapi takkan lah perempuan nak culik lelaki, lagipun Yoongi tu kuat. Ahh nantilah aku tanya dia, aku tak nak kacau diorang.
Segera Taehyung menaikkan stand dan menghidupkan enjin lalu memecut laju menuju kediamannya.
***
Yoongi mengejutkan SinB setelah bas berhenti. Dia yakin rumah SinB tidak jauh dari sini.
"Wei bangun." tegur Yoongi tetapi gadis itu tidak menyahut. Yoongi menggoncang badan gadis itu tetapi masih tiada respon. Jangan-jangan dia pengsan kot.
"Wei bangun lah, dah sampai."
"Omma...omma.." gadis itu meracau. Nasib dia tak pengsan, fuhh.
Tanpa membuang masa, Yoongi mengangkat SinB dibelakang badannya, mereka turun dari bas.
"Kau tahan okey, sekarang tunjuk kat mana rumah kau." tutur Yoongi, dia pula yang cuak.
"Kat blok pertama, rumah warna coklat." jawab SinB lemah. Yoongi mengangguk faham, lantas dia mengatur langkah mencari rumah gadis itu.
Beberapa langkah kemudian Yoongi terjumpa rumah coklat yang dimaksudkan, rumah tu tidak lah berapa besar, hanya bersaiz sederhana sama seperti rumahnya. Yoongi langsung menolak pagar rumah yang tidak berkunci. Dia berhenti di hadapan pintu.
"Hello!! Ada sesiapa kat dalam, buka pintu cepat!!" laung Yoongi sedikit cemas. Dia sudah tidak larat mengangkat SinB.
"Hello!!!" jerit Yoongi lagi.
"Woi, kau tekan lah loceng tu. Kau jerit kuat-kuat pun diorang takkan dengar." ujar SinB, walaupun dalam keadaan lemah dia masih boleh menegur kebodohan lelaki itu.
"Oh ya, lupa." ujar Yoongi, dia cuba menyembunyikan rasa malunya. Segera dia menekan loceng dengan segala kudrat yang ada. Beberapa saat kemudian muncul wajah seorang lelaki tua. Bapa kepada SinB, encik Hwang.
"Ya tuhan, apa dah jadi dengan kamu Eunbi?" soal encik Hwang risau sambil memandang SinB.
"Encik, boleh tak saya bawa SinB masuk." tutur Yoongi.
"Tak perlu!" jerkah encik Hwang, dia lantas mengambil SinB dari Yoongi. Jelas wajah orang tua itu marah.
Bukk!
Pintu ditutup, Yoongi terkaku lalu dia smirk. Aku yang selamatkan anak dia, dia layan aku macam tu? Kalau bukan sebab aku, silap-silap anak dia dah jadi arwah. Bodoh, tak reti bersyukur. Puikk!
Yoongi meludah sebelum berlalu pergi.
***
"Omma, Tae dah balik!" bergema suara Taehyung. Dia pergi ke dapur dan meletakkan barang yang dibelinya atas meja makan.
"Hah bagus lah kamu yang pergi, kalau nak diharapkan Suho memang lusa baru dia pergi." bebel puan Kim, dia sedang sibuk di dapur. Taehyung hanya tersenyum.
"Saya boleh dengar lah!" jerit Suho dari ruang tamu apabila terdengar namanya kena mention.
"Memang omma nak Suho dengar pun. Kamu tu 24 jam melekat dengan telefon, asyik bergayut dengan girlfriend kamu. Siang dah jumpa, malam masih nak call, tak serik-serik." bebel puam Kim lagi.
"Alah omma, saya bercinta pun salah ke? Yang penting saya tak abaikan omma dan appa, kan?" jawab Suho.
"Eleh alasan. Cuba kamu tengok Taehyung, takde girlfriend. Tak bazir masa, duit pun save. Bukan macam kamu." bebel puan Kim lagi dan lagi.
"Omma, Taehyung tu lain, dia memang takde selera kat perempuan. Life dia tu membosankan, saya tak nak ada life yang bosan macam dia." sindir Suho, dia memandang Taehyung sambil bibirnya menguntum senyuman sinis.
"Amboi sedap mulut hyung mengata aku. Hyung fikir aku ni gay ke? Aku ada nafsu lah dengan perempuan. Lagi satu, life aku tak boring. Hyung tu yang no life 24 jam dengan gf." balas Taehyung, panas pula hatinya bila dengar ayat yang dilontarkan oleh abangnya tadi.
"Kalau macam tu, buktikan lah yang kau tak gay." ujar Suho, dia smirk. Taehyung terdiam seketika.
"A-ku ada girlfriend lah! Kau je yang tak tahu." bohong Taehyung.
"Mwo?!" terkejut puan Kim yang hanya menjadi pendengar setia sedari tadi. Suho hanya senyap, dia tahu bahawa Taehyung berbohong.
"Ya omma, Tae dah ada girlfriend."
"Siapa? Kenapa tak bagitau omma?"
"Someone. Tae baru aje couple dengan dia."
"Dia tipu je tu omma, tak payah lah percaya cerita dia." Suho menyampuk. Taehyung menjeling tajam ke arah Suho.
"Tae tak tipu. Nanti Tae kenalkan dia kat omma dan hyung." ujar Taehyung sambil memandang tajam ke arah Suho seraya itu dia terus naik ke biliknya.
Pintu dihempas kuat. Kunci motorbike dia baling atas meja. Dah jadi satu masalah, aku mana ada girlfriend, macam mana aku nak tunjuk kat omma dan Suho.
"Aish." Taehyung meramas rambutnya. Nanti je lah aku fikir, buat stress je.
Taehyung mencapai telefonnya dan membaringkan tubuh atas katil. Data on. Beratus-ratus mesej masuk. Aplikasi wechat dibuka.
_Jichuu 🐧
Annyeong ^^
KTHyung
Annyeong
_Jichuu 🐧
Baru balik? Lambat balas.
KTHyung
Tak, tadi pergi kedai jap. Rindu ke? 😏
_Jichuu 🐧
Tak langsung.
KTHyung
yelah 😢
_Jichuu 🐧
Hehe, kau buat apa?
KTHyung
baring je. kau?
_Jichuu 🐧
tengok tv. btw aku nak meluah.
KTHyung
Dipersilakan
_Jichuu 🐧
Hehe, tadi aku dan crush aku kena suruh buat kerja sama-sama 😆
KTHyung
wah, jadi kau tengah happy lah ni?
_Jichuu 🐧
Mestilah! Melting aku dibuatnya.
KTHyung
ceh, itu baru dia kalau kau jumpa aku silap-silap dah pengsan kot.
_Jichuu 🐧
Ew perasan 😛
KTHyung
ya aku memang perasan yang aku ni handsome
_Jichuu 🐧
Apa-apa aje lah.
KTHyung
Aku ada masalah ni
_Jichuu 🐧
Masalah? Mind to tell me?
KTHyung
aku kena bawa balik gf tapi yg menjadi masalah aku x de gf 😭
_Jichuu 🐧
Ceh tadi kata handsome sampai bole buat aku pengsan, tapi takde gf, apa kes 😏
KTHyung
ish kau ni, bole x jgn tambah kekusutan aku lagi 🙄
_Jichuu 🐧
Ok mian, asal kau kena bawa balik gf pula?
KTHyung
sbb hyung aku tuduh yg aku ni gay, so aku nak buktikan yg dia salah.
_Jichuu 🐧
Kau gay?! 😱
KTHyung
tak lah, aku tak gay!!!
_Jichuu 🐧
Haha yelah aku pcaya, so kau nak buat apa?
KTHyung
tak tau, kau rasa apa patut aku buat?
_Jichuu 🐧
Mengaku je lah yg kau takde gf
KTHyung
dan biarkan hyung aku anggap aku gay? no way!
_Jichuu 🐧
Yg tu masalah kau lah. aku off dulu, ada kerja. Jalgaa
KTHyung
lahh cepatnya 😭 jalgaaaaa jichuuuuu
Taehyung mengunci telefonnya, dia memandang siling tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman. Tetapi senyuman itu hilang apabila teringat yang dia kena perkenalkan girlfriend nya yang tak wujud kepada omma dan Suho.
"Aishhhhh!!" dengusnya kuat.
---
TBC
Abaikan typo
Cameo ;
EXO - Suho
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top