Part 12

Namjoon segera mendongak apabila kelibat Chorong keluar dari tandas perempuan. Pandangan mereka bertaut. Pantas Chorong melarikan pandangan. Dia berjalan melepasi Namjoon, mengabaikan pandangan yang diberi lelaki itu.

"Chorong tunggu!" panggil Namjoon. Chorong tidak berhenti, dia meneruskan perjalanannya. Namjoon mengejar gadis itu.

"Tunggu lah!" kata Namjoon, dia meraih tangan gadis itu. Chorong terhenti, dia berpaling.

"Apa lagi?!" soal gadis itu kasar sambil menarik lengannya.

"Kau asal marah-marah? Bulan datang?" soal Namjoon. Chorong menjeling tajam.

"Tak, bulan pergi. Sudah! jangan tegur aku lagi." tutur Chorong tegas seraya meninggalkan Namjoon.

"Okey aku minta maaf!" jerit Namjoon. Langkah Chorong terhenti. Tidak pernah pula lelaki itu minta maaf kepadanya.

"Jinjja mianhae." ujar Namjoon perlahan namun masih boleh didengar oleh Chorong. Gadis itu berpaling, wajah ikhlas Namjoon dipandang.

"Sorry aku salah dengar ke apa? Kau minta maaf? Hahahaha." Chorong ketawa kuat.

"Aishhh." Namjoon merengus, tak pasal-pasal jatuh maruah sebab minta maaf.

"Dah lah, aku blah dulu." ujar Namjoon, dia cuba berlagak cool.

Namjoon mengatur langkah untuk ke tingkat bawah. Malangnya apabila dia tiba di tangga, grill tangga sudah dikunci.

"Takkan lah dah kunci?" Namjoon cuba membuka kunci tersebut tetapi gagal.

"Shit!" jerit Namjoon.

"Kau kenapa?" soal Chorong sebaik sahaja melihat lelaki itu masih tercegat di sana.

"Grill dah kunci." ujar Namjoon. Mata Chorong membesar.

"Seriously? Gila tak boleh lah macam ni." Chorong menolak-nolak grill tersebut.

"Sesiapa tolong kami! Kami masih kat sini! Ahjumma! Cikgu Ha!" jerit Chorong. Namun tiada sesiapa menyahut. Chorong mendengus.

"Aish macam mana ni? Dah lah hari nak malam. Aku nak balik." Chorong panik sementara Namjoon hanya beriak tenang.

"Jangan risau lah, nanti ada lah tu orang datang cari kita." Namjoon cuba menenangkan Chorong.

"Habis tu sekarang kita nak buat apa?" soal Chorong masih panik.

"Tunggu lah, apa lagi? Tch." Namjoon smirk. Kemudian dia berlalu.

"Kau nak pergi mana? Jangan tinggalkan aku sorang-sorang kat sini." ujar Chorong.

"Ikut lah kalau tak nak sorang-sorang." balas Namjoon tanpa memandang Chorong. Segera gadis itu menyusul di belakang.

Mereka berjalan ke hujung tingkat 3 dan berhenti di hadapan sebuah pintu bilik yang agak terasing di sekolah itu.

"Bilik apa ni?" soal Chorong.

"Masuk je lah." Namjoon membuka pintu tersebut dan masuk ke dalam. Chorong masih ragu-ragu. Diperhatinya bilik itu sebelum masuk, terdapat sebuah meja, 2 buah sofa panjang, sebuah tv, 2 almari dan banyak kotak berselerak. Tempat apa ni? Sepanjang aku kat sini, aku tak perasan pun kewujudhan bilik ni.

"Masuklah. Ni tempat aku dan kawan-kawan aku lepak." ujar Namjoon. Dia membuka laci dari salah satu almari di sana, dia membawa keluar sekotak rokok. Kemudian sebatang rokok dikeluarkan dari kotak tersebut. Rokok tersebut dibawa ke mulut. Lighter dikeluarkan, baru sahaja dia hendak membakar hujung rokok, Chorong terlebih dahulu merebut rokok tersebut.

"No, kau tak boleh merokok." kata Chorong tegas.

"Asal pula? Mak aku pun tak larang aku merokok."

"Tak boleh depan aku, aku tak nak mati awal terhidu asap rokok. Kalau aku mati pun, bukannya kau nak bertanggungjawab kan? So please, no smoking here." bebel Chorong. Namjoon terkedu, kemudian dia ketawa kuat.

"Asal kau ketawa?" soal Chorong hairan.

"Rupanya kau ni kuat membebel juga kan?"

"Hello? Aku ni perempuan kut."

"Yalah aku tak cakap kau lelaki pun."

"Whatever." Chorong merollingkan matanya.

Dia berpaling untuk melihat sekeliling bilik tersebut. Dia tertarik pada sebuah gambar yang tertampal pada dinding di salah satu sudut bilik itu. Gambar 7 orang lelaki sedang memandang ke arah kamera lain. Comel juga Namjoon dalam gambar ni.

Tanpa sedar, Chorong tersenyum kecil.

"Tu masa kitaorang bercuti kat pulau Jeju tahun lepas." Namjoon membuka bicara.

"Tak tanya pun." balas Chorong perlahan.

"Tapi kitaorang comel kan dalam gambar tu? Terutama aku."

"Tch, kuat perasan." balas Chorong. Tapi memang betul pun, dia comel sangat dalam gambar ni. Apa aku fikir ni? Erghh.

"Betul lah, kalau tak, takkan kau tenung gambar tu lama-lama."

"Yelah tapi aku tak tengok kau pun, aku tengok err Jin, sebab dia hensem sangat dalam gambar ni." bohong Chorong.

Namjoon berdiri, dia mendekati Chorong dan berdiri di sebelah gadis itu.

"Jin memang hensem pun, siapa pun yang tengok confirm cair. Betul tak?" ujar Namjoon sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Chorong. Chorong tersentak. Apahal pula mamat ni tiba-tiba dekat?

"Be..tul, ta..pi boleh tak kau jauhkan diri kau sikit?" Chorong sudah gugup. Terkebil-kebil matanya memandang Namjoon sedekat itu.

"Kenapa? Kau gugup?" Namjoon cuba menyakat gadis itu.

"A..ku tak selesa lah." kata Chorong. Namjoon melangkah merapati Chorong, gadis itu berundur ke belakang. Mereka terhenti apabila belakang Chorong melekat pada dinding. Wajah mereka hanya beberapa inci jaraknya.

"Kau dah ke..napa hah?" soal Chorong, dia menelan air liur.

"Kau ni cantik juga rupanya." ujar Namjoon, dia memegang rambut Chorong yang ditocang dua. Ditiliknya wajah gadis itu, minah ni memang cantik.

"A..pa ni? Tepi lah, lepaskan aku." kata Chorong namun Namjoon masih tidak berganjak.

"Kalau kau buat benda tak senonoh kat aku, aku jerit ni." ugut Chorong.

"Jerit lah, takde orang akan dengar." balas Namjoon. Dia cuba menahan tawa melihat wajah Chorong yang ketakutan.

"Namjoon, please jangan buat aku macam ni." rayu Chorong. Matanya sudah bertakung. Namjoon terkedu, sekali lagi dia melihat Chorong seperti itu. Manja betul minah ni, usik sikit dah menangis.

Namjoon menjauhkan diri dari Chorong.

"Aku main-main je lah, tak yah lah sampai nangis. Manja." kata Namjoon selamba, kemudian dia mengambil tempat duduk, kaki dinaikkan atas meja.

Chorong ternganga. Mati-mati dia fikir Namjoon ingin buat benda tak senonoh terhadap dia. Ish lelaki miang, tak guna, benci nya aku kat mamat bengong ni.

"Lagipun kau bukannya cantik sangat pun sampai aku bernafsu, jangan risau." sambung Namjoon. Chorong buat pokerface.

"Kau! Aku benci kau!" jerit Chorong.

"Benci kau juga." balas Namjoon tenang.

"Ergh apa masalah kau ni arh? Kenapa kau asyik ganggu aku? Classmates perempuan yang lain tak pula kau kacau. Dulu sebelum kenal kau hidup aku aman dan tenang, sejak kau muncul semuanya hancur, gred aku down, keluar masuk bilik disiplin, jawatan kena lucut. Semuanya sebab kau! Apa kau nak sebenarnya?" luah Chorong, matanya sudah bertakung. Sungguh dia benci lelaki itu. Namjoon terkedu namun dia cuba mengawal air mukanya.

"Aku tak nak apa-apa pun." balas Namjoon. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia selalu mengacau Chorong. Dia gembira setiap kali melihat wajah annoying gadis itu. Tapi kali ni, bila nampak dia macam tu, kenapa aku rasa sesuatu yang lain? Kesian? Kot?

"Stop lah ganggu aku, I beg you." rayu Chorong, dia tunduk memandang lantai, air matanya tumpah jua akhirnya. Namjoon rasa bersalah. Dia berdiri mendekati Chorong.

Namjoon memeluk gadis itu, Chorong tersentak dengan perbuatan Namjoon. Dia cuba menolak lelaki itu namun rangkulan Namjoon lebih kuat.

"Lepaslah!" Chorong meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Shh, aku tak nak tengok air mata kau." bisik Namjoon. Chorong terhenti, terasa lembut bisikan itu pada telinganya.

"Maafkan aku." sambung Namjoon. Chorong hanya mendiamkan diri. Sedikit tenang apabila berada dalam pelukan lelaki itu.

Namjoon melepaskan pelukan selepas seminit. Dia memandang wajah Chorong. Air mata gadis itu dikesatnya. Chorong hanya membiarkan saja. Dalam hatinya sudahpun berombak kencang, kenapa aku berdebar ni?

"Dah jangan nangis, buruk sangat muka tu." ujar Namjoon. Chorong tersedar, dia menjauh dari Namjoon.

Keadaan menjadi awkward seketika. Lidah masing-masing kelu untuk mengeluarkan kata-kata tidak seperti sebelum ini yang kuat bertekak.

"Hello ada sesiapa kat sini?"

Mereka terdengar satu suara dari luar.

"Hah grill dah kena buka." ujar Chorong, dia menghela nafas lega. Dengan pantas dia keluar dari bilik. Namjoon mengikut jejak gadis itu.

"Chorong dan Namjoon rupanya. Maaf lah, tadi ahjumma ingat dah takde orang tulah ahjumma kunci." kata makcik cleaner dengan wajah bersalah.

"Gwenchana, kami balik dulu ya ahjumma. Kamsahabnida." kata Chorong seraya meninggalkan tempat tersebut. Namjoon masih setia mengikut Chorong dibelakang.

"Hari dah nak gelap." keluh Chorong sambil memandang langit.

"Mari aku hantar kau balik." ujar Namjoon, dia terus memotong Chorong untuk berjalan di depan. Tanpa banyak kata, Chorong hanya mengikut langkah lelaki itu di belakang.

***

Hoseok dan Jungkook keluar dari pusat karaoke setelah sejam berada di sana. Mereka kini sedang berjalan-jalan di mall.

"Jadi hujung minggu ni ada apa-apa plan?" soal Hoseok. Jungkook berfikir seketika.

"Rasanya takde, aku ada hal dengan family aku." tutur Jungkook. Dia baru teringat hujung minggu ni dia akan ditemukan dengan bakal tunangnya.

"Tch, anak manja." sindir Hoseok.

"Kau pun apa kurangnya, anak bapa." balas Jungkook.

"Aku memang anak bapa aku, lainlah kau anak beruk" Hoseok bergurau.

"Dah lah kau." ujar Jungkook sambil menolak bahu Hoseok. Hoseok ketawa, dia melarikan pandangan ke arah lain. Tanpa sengaja, matanya tertangkap kelibat encik Jung dan Momo yang baru sahaja keluar dari sebuah kedai. Encik Jung sedang duduk di atas kerusi roda sementara gadis itu menolaknya di belakang.

Hoseok manarik tangan Jungkook untuk bersembunyi.

"Wae?" soal Jungkook kehairanan. Hoseok meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda menyuruh lelaki itu diam. Jungkook mengangguk faham. Hoseok sedang ligat memerhatikan encik Jung dan Momo. Mereka berbual gembira, gadis itu memegang banyak beg plastik di tangannya.

Tch, konon tak nak membazir duit, dah jelas dia memang ambil kesempatan kat appa. Ish perempuan tak guna. Kau tunggu kat rumah nanti.

"Hope, setau aku itu bapa kau kan? Siapa perempuan bersama appa kau tu?" soal Jungkook namun Hoseok tidak memberi respon.

"Woi jawab lah." ujar Jungkook lagi.

"Dia tu pembantu rumah aku." balas Hoseok, ya perempuan macam tu layak dijadikan pembantu rumah.

"Wow kau tak bagitau aku pun kau ada pembantu rumah yang cun!" kata Jungkook teruja, dia memandang Hoseok.

"Kalau aku bagitau, karang hari-hari kau pergi rumah aku sebab nak mengurat sial." ujar Hoseok serius. Mood nya hilang selepas melihat encik Jung dan Momo.

"Alah kau ni orang gurau je lah. Asal kau tiba-tiba bad mood ni?"

"Takde arh. Aku nak balik dulu lah." tutur Hoseok, dia segera meninggalkan Jungkook.

"Woi habis tu aku nak lepak dengan siapa sekarang?!" jerit Jungkook.

"Pergi lah lepak dengan girlfriend-girlfriend kau!" jawab Hoseok tanpa memandang Jungkook. Apa yang pasti sekarang, dia kena selamatkan encik Jung daripada gadis pisau cukur tu.

---

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top