Part 10

"Tolong susun buku atas meja tu elok-elok, buku lama kat meja hujung sana cikgu nak kamu buang kat belakang bangunan blok C nanti. Arasso?" arah puan Seo.

Jisoo mengangguk faham sementara Taehyung membuat wajah bosan sambil berpeluk tubuh. Tak pernah-pernah pula dia masuk perpustakaan, tiba-tiba hari ni muka dia terpacak kat sana. Apa kes?!

Puan Seo keluar dari library usai memberi arahan. Jisoo menoleh Taehyung.

"So, boleh kita mula susun sekarang?" soal Jisoo.

"Kita? Hell no, kau sorang je. Aku tak nak susun." balas Taehyung, seraya itu dia pergi ke meja hujung, tempat buku-buku lama diletakkan.

"Mana boleh, oppa pun mesti tolong juga." ujar Jisoo, suaranya sedikit kuat.

"No, kau libatkan aku dalam hal ni. Jadi, kau je yg buat." Taehyung masih berkeras.

Jisoo menjuihkan bibir, dia terpaksa akur. Dengan perlahan dia mengangkat buku-buku tersebut kemudian diletakkan di rak. Sementara Taehyung bermain dengan telefon bimbitnya, mendengar lagu.

Taehyung menguap setelah beberapa minit berlalu, dilihatnya Jisoo masih sibuk mengemas buku. Lelaki itu berdiri dan meregangkan otot. Dia berjalan ke arah papan kenyataan yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya.

Dilihatnya satu per satu information yang terdapat pada papan kenyataan itu. Matanya terhenti pada carta organisasi.

Kim Jisoo - Naib Pengerusi

Tersengih dia apabila terlihat gambar Jisoo juga ada di sana. Orang kuat library rupanya budak ni.

"Oppa tengok apa?" tersentak Taehyung apabila tiba-tiba gadis itu menegurnya. Taehyung berpaling, wajah ceria Jisoo dipandang.

"Kau ni buat terkejut lah." ujar Taehyung geram.

"Mianhae oppa. Btw comel kan saya dalam gambar ni?" soal Jisoo memuji diri, sambil menunjuk gambarnya yang terlekat pada carta organisasi.

"Comel pala hotak hang." nafi Taehyung kemudian dia berlalu.

***

Yoongi membaling bola keranjang ke jaring, bola tersebut tepat termasuk ke dalam jaring.

Yoongi tersenyum bangga.

"Ceh setakat, aku pun boleh." ujar SinB tidak mahu mengalah. Dia mengambil bola tersebut. Kemudian dia menapak ke belakang 5 meter dari jaring. SinB mula mengambil posisi, setelah bersedia, dia membaling bola tersebut. Malangnya bola itu tidak masuk. Dia mengeluh.

"Hahahaha." Yoongi ketawa kuat.

"Aku main-main je, belum lagi betul-betul." SinB cuba cover. Dia sekali lagi mencuba untuk menjaring. Bola di baling, masih tidak masuk. Ketawa Yoongi sekali lagi meletus.

"Loser." ujar Yoongi setelah tawanya reda. SinB menoleh tajam. Dia mengambil bola, lalu dibaling ke arah Yoongi. Bola itu terkena pada bahagian sulit Yoongi.

"Woi sakit lah setan!" jerit Yoongi sambil memegang bahagian sulitnya. Wajahnya yang putih bertukar merah.

"Aku tak sengaja. Siapa suruh kau ketawakan aku. Hahahaha." kali ini SinB pula yang ketawa kuat.

"Kau! Tunggu kau!" Yoongi mengangkat jari telunjuk dan dihalakan ke SinB yang sudahpun melarikan diri sambil ketawa.

***

Pada petang itu, hujan turun membasahi bumi Seoul. Kelihatan ramai pelajar berlari meredah hujan, ada juga yang berteduh di bawah pondok dan pokok.

"Aishh hujan lah pula." rungut Taehyung.

"Dah lah aku bawa motor. Salah timing betul lah hujan ni." rungut Jimin pula.

"Sama lah, babi betul." ujar Taehyung.

"Eh aku pulang dulu, bodyguard aku dah tunggu kat sana." kata Seokjin. Sejak motorbike nya ditarik oleh encik Kim, bodyguard nya lah yang bertanggungjwb menghantar dan mengambil nya dari sekolah.

"Bapak lah ada bodyguard." ujar Taehyung.

"Rimas aku gile, ke mana aku pergi, sana juga diorang ada." ujar Seokjin.

"Langgar lah, macam tak biasa." kata Jimin.

"Aku yang mati kalau langgar." kata Seokjin, serentak itu seorang lelaki berkot hitam mendekati mereka sambil membawa payung.

"Encik Seokjin, kita kena gerak sekarang." ujar lelaki berkot hitam itu.

"Babun dah macam raja kau erk." kata Taehyung. Seokjin hanya tersengih.

"Aku gerak lu, pape roger." ujar Seokjin seraya dia mengikut lelaki berkot hitam tersebut ke kereta.

Jimin dan Taehyung hanya menghantar Seokjin dengan pandangan. Selepas kereta mewah Seokjin hilang dari pandangan, Jimin menoleh ke arah lain. Tanpa sengaja dia terpandang Seulgi. Gadis itu sedang berdiri sambil memandang langit yang gelap, mungkin menunggu bila hujan akan reda. Gadis itu mengeluh.

"Wei V, aku gerak luk. Jumpa esok." ujar Jimin, matanya masih tertancap pada Seulgi.

"Ahh bah pigilah." kata Taehyung. Jimin segera mengatur langkah ke arah Seulgi. Jap, tapi aku takde payung ishh. Jimin memandang sekeliling, terbit senyuman nakal pada bibirnya apabila terlihat Kyungsoo si nerd memegang payung.

"Kyungsoo, pinjam payung kejap." ujar Jimin, tanpa menunggu respon Kyungsoo, Jimin meragut payung dari tangan lelaki itu.

"Tapi-"

"Argh nanti aku pulangkan."

Segera Jimin membuka langkah, meninggalkan Kyungsoo yang terkial-kial.

Jimin perlahan mendekati Seulgi.

"Nah payung." Jimin menghulurkan payung Kyungsoo kepada Seulgi. Gadis itu tersentak. Dia menoleh ke arah Jimin. Payung yang dihulurkan Jimin ditenung seketika.

"Ambil lah, saya bagi pinjam." ujar Jimin. Seulgi mengambil payung tersebut.

"Terima kasih, Jimin." ujar Seulgi perlahan.

"Sama-sama."

"Nanti saya pulangkan payung awak balik."

"Okey, hati-hati berjalan. Jangan sampai demam, risau pula saya nanti." ujar Jimin, walaupun sebenarnya dia tidak kisah. Seulgi hanya tersenyum.

"Jalga."

"Jalga."

Seulgi membuka payung dan mengatur langkah meninggalkan kawasan sekolah. Jimin hanya memandang gadis itu sehinggalah kelibatnya sudah hilang dari mata. Jimin smirk, tak lama lagi aku akan dapatkan kepercayaan dia. Kau tunggu Seulgi.

***

Namjoon dengan selamba menaikkan kaki atas meja sambil memakan lollipop. Guru disiplin encik Ha dipandang bosan.

"Namjoon, sila turunkan kaki dan buang lollipop tu sekarang juga!" arah encik Ha.

"Saya turunkan kaki je lah, lollipop ni sayang pula kalau dibuang." ujar Namjoon sambil menurunkan kakinya.

"Ergh suka hati lah." kata encik Ha, malas sudah dia hendak melayan karenah Namjoon.

Terdapat 6 orang pelajar yang berada dalam kelas tahanan ketika itu. Namjoon dan Chorong serta 4 lelaki nakal dari kelas lain.

"Kamu semua! Dengar baik-baik, cikgu nak bagi-bagi tugasan." lantang suara encik Ha.

"Seungkwan dan Seungcheol bahagian tandas tingkat 1. Wonwoo dan Mingyu tandas tingkat 2 dan terakhir Namjoon dan Chorong bahagian tandas tingkat 3. Sila lakukan tugas dengan sempurna, saya akan perhatikan kamu semua." selesi sahaja encik Ha bercakap, mereka semua keluar dari kelas dan menuju ke tempat yang sudah diarahkan.

Chorong naik ke tingkat atas, Namjoon melanggar bahu gadis itu. Chorong terhenti.

"Apa masalah kau ni?" soal Chorong dengan wajah yang berang. Namjoon hanya menjelirkan lidah dan meninggalkan Chorong di belakang.

~

"Kau cuci tandas lelaki, aku perempuan." ujar Chorong. Kemudian dia mengambil baldi dan mop yang telah disediakan di hadapan tandas. Chorong masuk ke dalam tandas perempuan.

"Huh, nasib lah tak kotor sangat." keluh Chorong perlahan. Dia mengambil mop dan mula membasahkan mop tersebut. Tanpa dia sedar, Namjoon berada di belakangnya, sedang ligat memerhatikan gadis itu sambil berpeluk tubuh.

"Kenapa lah aku kena buat kerja ni, semua ni sebab Namjoon sengal tu lah. Nak je aku pijak-pijak kepala dia yang miring tu." bebel Chorong sambil mengemop lantai.

"Ehem, kau kutuk aku ke?" soal Namjoon. Membesar mata Chorong apabila terdengar suara Namjoon. Dia berpaling ke belakang.

"Kau buat apa kat sini?" soal Chorong.

"Tak boleh ke?"

"Tak."

"Sebab?"

"Ni tandas perempuan."

"Ada aku kisah?"

"Dah lah, pergi buat kerja kau." Chorong menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi. Namjoon tidak berganjak, dia pergi pula ke arah sinki dan duduk di atas sinki tersebut.

"Ya tuhan budak ni, boleh tak kau sambung kerja kau? Cepat siap, cepat lah balik."

"Macam mana nak sambung kalau mula pun tak." ujar Namjoon selamba.

Chorong membuat facepalm.

"Suka hati kau lah." Chorong mengalah. Dia sambung kerjanya tadi. Namjoon turun dari sinki. Dia menapak ke lantai yang sudah dimop oleh Chorong.

"Woi sengal, asal kau pijak lantai tu?! Habis kotor balik. Penat je aku mop tadi. Kau ni menyusahkan lah, bodoh." jerkah Chorong, dia menolak bahu Namjoon.

"Ops, tak sengaja. Jangan marah erk?" Namjoon membuat muka tidak bersalah.

"Erghh dah lah. Aku tak nak layan kau lagi, suka hati kau lah nak buat apa!" Chorong berpaling. Nafas nya turun naik menahan marah. Dia sudah hilang sabar dengan lelaki itu. Cukup lah, abaikan je lelaki sengal tu, Chorong.

Chorong mengambil mop semula dan berpindah ke tempat lain. Namjoon hanya smirk melihat gadis itu, merajuk lah tu.

"Chorong." panggil Namjoon. Chorong tidak menyahut.

"Park Chorong." panggil Namjoon lagi. Gadis itu masih berdiam diri.

"Park Chorong!!" jerit Namjoon, dia mendekati gadis itu. Ditolaknya gadis itu ke dinding. Chorong tersentak. Membesar matanya melihat wajah Namjoon sudah dekat dengan wajahnya.

"Kau nak apa lagi?!" soal Chorong sedikit kuat, entah kenapa dia berasa sedih, dia cuba menahan air matanya daripada gugur. Namjoon tersentak apabila melihat mata gadis itu berkaca. Pertama kali aku tengok dia macam ni sebab aku, selalunya dia tak kisah dan tengking aku balik.

"Kalau takde apa-apa, tolong berambus, aku nak sambung buat kerja." ujar Chorong. Dia mengesat air matanya yang hampir terkeluar. Namjoon terundur, dibiarnya gadis itu berlalu. Kenapa aku rasa bersalah pula?! Ish Namjoon, apa kau dah buat? Kenapa aku rasa tak senang bila nampak dia nangis. Bodoh Namjoon bodoh!

---

TBC

Abaikan typo.

Cameo ;

EXO - D.O

SEVENTEEN - Seungkwan, Seungcheol, Wonwoo, Mingyu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top