Part 1
"Wei bodoh, kau main dengan orang yang salah lah! Puikk." tengking seorang lelaki beruniform sekolah sambil menendang perut lelaki yang mencari pasal dengannya.
"Maaf bro, lain kali aku tak cari pasal lagi. Tolong lepaskan aku, aku merayu." rayuan itu tidak dihiraukan, lelaki beruniform sekolah itu masih terus menendang perut lelaki tersebut.
"Wei Kook, sudah lah. Dia dah nazak dah tu." tegur rakannya yang sedari tadi hanya melihat adegan pukul memukul-tendang menendang itu.
Jungkook menghembus nafas kuat. Dia berhenti daripada menendang lelaki malang di hadapannya.
"Dah lah. Jin, jom blah." seraya Jungkook beralih dari situ, diikuti dengan Seokjin yang menegurnya tadi.
"Puas hati?" soal Seokjin sambil senyum sinis.
"Tak selagi dia tak mati." jawab Jungkook bersahaja. Seokjin hanya ketawa mendengar jawapan rakannya itu.
***
Hankuk High School
"Jin dan Kook mana?" soal Hoseok, selepas loceng waktu rehat tamat berbunyi, kelibat rakannya Seokjin dan Jungkook langsung tidak kelihatan.
"Apa lagi ponteng lah." jawab Namjoon yang sedang duduk dengan kaki naik ke atas meja sambil makan gula-gula tangkai.
"Oh mesti diorang tengah uruskan budak sekolah sebelah kan?" ujar Hoseok lagi. Namjoon hanya mengangguk.
"Aku harap budak tu mati je lah terus, menyusahkan." Jimin menyampuk, dia tersenyum sinis.
"V, kau kenapa tak join diorang?" Jimin beralih pula pada Taehyung yang sedang bermain telefon bimbit.
"Takde mood." jawab dia ringkas. Kemudian dia berdiri dan ingin melangkah keluar dari kelas.
"Gi mana?"
"Rooftop."
***
Taehyung dengan perlahan menuju ke rooftop, setibanya dia di sana. Dia mengeluarkan telefon dan menyumbat earphone ke dalam telinganya.
Lagu random diputarkan. Itulah perkara yang menjadi daily routine nya setiap kali waktu sekolah. Dia selalu ponteng kelas untuk berada di rooftop dan menikmati muzik.
Kemudian lelaki itu mengeluarkan paint spray dan mula menconteng tembok, segala bakat seni yang dia ada dikeluarkan. Selain dari dengar lagu, hobi dia melakar grafitti secara haram pada tembok rooftop sekolah.
Sedang Taehyung leka, seorang gadis mendekati dia. Taehyung tidak perasan langsung kehadiran gadis itu.
"Hai Taehyung oppa!" tegur gadis itu membuatkan Taehyung tersentak. Seninya tergendala lalu dia membuka earphonenya sambil memandang tajam ke arah gadis tersebut.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Taehyung serius. Dia meluat melihat gadis yang selalu mengejarnya itu.
Siapa lagi kalau bukan Kim Jisoo. Pelajar junior yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Taehyung tetapi lelaki itu selalu mengabaikan kewujudhan gadis itu.
"Saja nak lepak sini, kebetulan jumpa oppa. Memang jodoh betul kan." ujar Jisoo dengan teruja. Matanya berkilau melihat Taehyung, sementara Taehyung sudah menyampah.
Taehyung tersenyum sinis. Macam aku tak tau dia stalk aku sampai ke sini. Boleh mampus lah dengan kebetulan dia.
Tanpa berkata apa-apa, Taehyung berlalu meninggalkan Jisoo.
Jisoo mengejar Taehyung,
"Oppa tunggu lah kejap!" panggil Jisoo namun Taehyung hanya abaikan panggilan gadis itu dan meninggalkan rooftop.
***
Seokjin menurunkan stand motorbike nya, helmet ditanggalkan dan dilemparkan begitu sahaja. Dia meluru masuk ke dalam banglo agam milik keluarganya.
"Kau dari mana?" lantang suara ayahnya kedengaran setelah Seokjin tiba di ruang tamu.
"Dari sekolah lah." jawab Seokjin selamba.
"Kau jangan ingat aku tak tau yang kau ponteng sekolah hari ni!" bergema suara encik Kim.
Seokjin sudah menunduk. Ni mesti pengetua bodoh tu yang bagitau, shit punya orang tua.
"Pengetua telefon tadi yang kau tak ada selepas rehat. Kau pergi mana? Apa nak jadi dengan kau ni hah?!" tengking encik Kim.
Seokjin hanya berdiam diri. Dibiarnya orang tua itu membebel. Dia sudah biasa ditengking, dibebel dan diceramahi seperti itu.
"Kau memang keras kepala kan? Aku suruh kau pergi sekolah supaya jadi pandai, dapat gred bagus lepastu boleh lah sambung business aku. Yang kau ponteng sekolah buat benda bodoh kenapa?!" wajah encik Kim sudah merah menahan marah.
Seokjin masih diam. Dia menggumpal penumbuknya. Business, business, business! Tu je dalam fikiran dia, dia tak ambil tau pun pasal aku, yang dia kisah semuanya business bodoh dia tu.
"Sekali lagi aku tau kau ponteng, siap kau! Kau jangan ingat aku ni pemilik sekolah tu, kau boleh suka hati tak datang sekolah. Semua keperluan kau aku yang tanggung jadi kau mesti ikut semua arahan aku, arasso?!" habis sahaja ayat itu dilontarkan, encik Kim terus meninggalkan rumah.
Seokjin masih berdiri kaku. Dinding menjadi sasaran penumbuknya sebelum dia naik ke bilik tidur.
***
Hoseok sedang bermain ps4 ketika itu, panggilan dari ayahnya mengalihkan perhatiannya.
"Hoseok!" laung ayahnya dari bilik. Dengan pantas Hoseok memasuki bilik ayahnya.
Wajah encik Jung dipandang, lelaki itu terbaring tidak bermaya. Sudah 3 tahun keadaan ayahnya seperti itu.
Tidak dapat berdiri dan melakukan apa-apa kerja. Semuanya berlaku selepas ibu Hoseok meninggalkan mereka 3 tahun lepas.
"Ya appa, kenapa?" soal Hoseok, dia berdiri di sebelah encik Jung.
"Tolong ambilkan appa air." pinta encik Jung. Tanpa berkata apa-apa Hoseok segera ke dapur.
Selepas mendapatkan segelas air suam, Hoseok kembali ke bilik ayahnya. Disuakan segelas air tersebut kepada ayahnya.
Hoseok kemudian memandang sekeliling bilik ayahnya. Matanya tertancap pada sebuah frame gambar, dimana gambar tersebut merupakan gambar ibunya.
Serta merta hati Hoseok menjadi panas. Gambar itu diragut kasar.
"Kenapa appa masih simpan gambar perempuan ni?" soal Hoseok, nadanya sedikit tinggi.
"Ho..seok." encik Jung sudah menggeletar. Dia faham sangat anaknya itu sangat membenci bekas isterinya itu, tetapi apakan daya, perasaan sayang pada isterinya masih tersisa.
"Kan Hoseok dah cakap, Hoseok tak nak tengok gambar perempuan ni dalam rumah kita lagi!" tengking Hoseok. Mata encik Jung sudah berair menahan tangisan.
Hoseok yang melihat keadaan ayahnya rasa bersalah. Dia membaling gambar tersebut ke tepi dan lantas memeluk ayahnya.
"Mianhae appa, Hoseok takde niat nak buat appa menangis. Hoseok cuma tak nak lihat muka perempuan tu lagi. Hoseok benci dia!" luah Hoseok, air pada tubir matanya mengalir perlahan.
Sungguh dia benci perempuan itu. Perempuan itu yang menyebabkan keluarganya porak peranda. Perempuan itu jugalah yang menyebabkan ayahnya jadi lumpuh begitu.
3 tahun lepas, ibunya telah meninggalkan mereka demi mahu bersama lelaki lain yang lebih kaya dari ayahnya. Sejak itu, Hoseok sangat bencikan ibunya dan juga perempuan yang mata duitan.
***
Jungkook membelek penampilannya di hadapan cermin. Selepas puas hati, dia mencapai kunci motorbike nya dan turun ke bawah.
"Ehem!!" puan Jeon berdehem, Jungkook memandang ke arah puan Jeon yang sudahpun menyilangkan tangan dengan wajah mencuka.
"What?" soal Jungkook selamba, kening kiri dinaikkan.
"Where are you going?" soal puan Jeon.
"Hang out kejap."
"But it's already 10 o'clock. Esok kan Kookie kena pergi sekolah." ujar puan Jeon.
Jungkook merollingkan matanya. Lagi-lagi nama panggilan tu juga omma guna.
"Kejap je."
"No, omma tak benarkan. Macam lah omma tak tau yang Kookie nak pergi clubbing. Buat benda tak senonoh dengan perempuan lain. Kookie tu masih underage, please wake up my son." bebel puan Jeon.
Jungkook mengeluh perlahan. Sesak dia dengan perangai ommanya yang suka mengontrol life nya.
"Im not a child anymore, please jangan masuk campur hal hidup saya, and don't ever call me Kookie again." Jungkook melawan, puan Jeon tersentak mendengar kata-kata Jungkook.
"Omg, Kookie dah pandai melawan yer sekarang? Who taught you to be a bad boy? Jangan kurang ajar dengan omma." puan Jeon kelihatan lebih serius tika itu.
"Erg never mind, im out." tanpa menghiraukan soalan ommanya, Jungkook melangkah keluar dari rumah.
"Kalau Kookie keluar juga, omma report kat appa nanti!" jerit puan Jeon dari dalam banglo. Jungkook hanya tersengih, dia tidak kisah dengan ugutan ommanya. Omma tu tau cakap je, buat tak tau pula. Aku ni dah besar bukan baby yang dia boleh simpan dalam rumah 24/7.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top