Epilogue
Graduation Day 🎉
Para pelajar tahun akhir Hankuk High School berdiri dengan megah di atas pentas sambil disaksikan oleh para tetamu yang menghadiri majlis tersebut. Mereka kelihatan segak memakai jubah serta topi graduasi berwarna merah.
Masing-masing mengukir senyuman bangga kerana akhirnya mereka berjaya menamatkan sekolah dengan cemerlang hasil dari titik peluh mereka selama ini.
Setelah pengetua Hankuk High School menamatkan ucapannya, topi graduasi dibaling ke udara bagi meraikan kejayaan serta kebebasan mereka. Kedengaran juga laungan kegembiraan serta tangisan yang sememangnya membawa makna.
Di suatu sudut, kelihatan 7 sekawan sedang berposing untuk menangkap gambar sebagai kenangan.
"1..2...3"
Klik!
Sebuah gambar ditangkap,
"Okey gaya lain." arah photographer itu.
Ketujuh namja itu membuat gaya masing-masing.
Klik!
"Okey cun." photographer itu membuat thumbs up sebelum berlalu pergi.
Tujuh sekawan itu saling berpandangan,
"I can't believe this! We made it guys!" laung Namjoon, bagaikan mimpi apa yang dirasai.
Mereka fikir mereka akan gagal tetapi sebaliknya.
"Nasib kita ada kesedaran di saat-saat akhir, fuh!" Jimin mengeluh lega.
"Paling aku tak sangka, our king of fight pun lulus jugak!" ujar Seokjin sambil memaut bahu Yoongi. Lelaki itu hanya tersengih, dia sendiri pun tidak sangka.
"Oppa!!" panggil seseorang, dia menghampiri mereka.
"Taehyung oppa, jom ambil gambar sesama sekali dengan omma, appa dan Suho." ujar Jisoo sambil mengukir senyuman manis.
Taehyung bersyukur kerana encik Kim menghadiri majlis graduasi nya walaupun bapanya itu seorang yang sibuk memanjang.
"Okey guys, my sweetheart nak ajak bergambar, gerak luk." Taehyung pun berganjak mengikut Jisoo.
"Tu lah nama dia angau. Hahaha."
"Yah Kookie! Puas saya cari awak, jom tangkap gambar kenangan." jerit Nayeon. Gadis itu menarik lengan Jungkook untuk beredar.
BTS yang lain ketawa mendengar nama manja lelaki itu disebut.
"Nampaknya semua dah bahagia, dan kebahagiaan aku pun dah on the way tu." tutur Seokjin sambil matanya tertumpu pada Taeyeon yang sedang berjalan ke arahnya sambil memegang sejambak bunga.
"Ahh pergi lah kau." Namjoon, Jimin dan Hoseok menolak tubuh Seokjin untuk pergi bersama Taeyeon.
Tinggal lah mereka berempat.
"Suga, SinB datang ke?"
"Datang tapi lewat sikit." balas Yoongi sedikit kecewa kerana gadis itu tiada semasa dia menerima sijil di atas pentas tadi.
"Jhope, aku rasa tu Momo kan?" Jimin menunjuk seorang gadis yang kelihatan seperti sedang mencari seseorang.
Hoseok mengukir senyuman, cinta hatinya juga sudah datang!
"Aku pergi dulu, bye kodok sekalian." Hoseok segera menyapa Momo.
Maka tinggal lah Jimin, Yoongi dan Namjoon.
Tidak lama kemudian, dua gadis yang juga berjubah datang menyapa mereka. Siapa lagi kalau bukan Chorong dan Seulgi.
"Mari kita selfie." ajak Chorong yang sudah sedia dengan Iphonenya. Dengan senyuman lebar, Namjoon dan Jimin masuk ke dalam gambar bersama dua gadis itu.
"Eh Suga marilah join sekali."
"Takpe lah, aku mana suka selfie-selfie ni." tolak Yoongi, kemudian dia berganjak.
Yoongi duduk di kerusi seorang diri. Jam tangan dipandang, sebuah keluhan halus keluar dari mulutnya.
Tiba-tiba seseorang menutup matanya dari belakang, Yoongi terkejut tetapi dia sudah dapat agak siapa orang tersebut.
"Saya tau lah itu awak." kata Yoongi sambil mengulum senyuman gembira. Ya, orang itu ialah SinB, merangkap separuh hati Yoongi.
***
Anpanman Beach
Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh lembut seluruh tubuh mereka. Permandangan laut yang indah dipandang penuh minat.
Seperti yang dijanjikan, selepas tamat sekolah mereka akan berkumpul di pantai tersebut dengan ahli yang lengkap.
"Indah kan?" soal Seokjin.
"Ya, dan aku harap hidup kita kekal indah begini."
Seokjin tiba-tiba ketawa kecil,
"Asal kau ketawa?"
"Tak sangka dalam tahun ni macam-macam perkara terjadi."
Kata-kata Seokjin itu mengundang tawa dari rakannya.
"And the most unexpected thing is, kita semua dah tak single lagi."
"Yang tu aku setuju."
"Ya terutama Jungkook, dia dah tak playboy lagi."
"LOL."
"Aku tanya lagi sekali, apa makna cinta bagi korang?" tanya Seokjin sambil memandang wajah rakannya satu per satu.
"Kalau kami terangkan, mungkin cerita ni takkan habis. Jadi biarlah kitaorang je yang tau."
"Yang penting happy ending kan?"
Mereka sekadar mengangguk dan kembali menikmati permandangan pantai sambil dalam hati masing-masing berharap agar kebahagiaan yang mereka kecapi sekarang akan bertahan hingga ke hujung nyawa.
* THE END *
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top