World Of Mithgar


Hellooo guys...!

Apa khabar dan salam sejahtera diharapnya,aku di sini ingin kenalkan secara detail dunia dalam KAISER siri.

Mentari adalah nama negara di mana watak utama seperti Ikhwan Syah Al'Solleh serta family dan rakan seperjuangannya.

MITHGAR

Nama ini aku ambil dari dunia salah satu watak Marvel,Thor iaitu Asgard.

Cuma aku ubah la,tak seratus peratus aku tiru.

Sebelum ini aku ada gunakan nama negara yang betul dari dunia realiti,seperti Malaysia atau Johor.

Jadi aku tukar kepada nama ini
Johor : Jauhari
Malaysia : Merongwahsa
Jepun : Shakura

Jadi di sini aku berikan nama-nama negara dalam dunia Mithgar,serta tempat-tempat larangan ataupun nama di dunia fantasy siri kaiser <Sacred Place>

Aku nak beritahu dalam dunia Mithgar,Mentari adalah negara nombor satu dalam carta dunia.

Dunia Mithgar adalah dunia Fantasy,jadi sistem hamba abdi dan juga darjat seseorang masih kekal digunakan.

Tetapi negara Mentari adalah negara yang bebas,jadi sesiapa yang mengamalkan sistem hamba abdi akan dikenakan hukuman yang berat. Tidak kira orang itu mempunyai keturunan bangsawan,tiada pengecualian.

Sebab itu negara Mentari digemari ramai,boleh digelar negara penyelamat. Namun jika ingin menjadi warga negara Mentari,mereka akan menjalankan ujian sama ada mereka layak atau tidak untuk menjadi warga negara.

Aku akan berikan pengenalan untuk sistem dalam negara Mentari

Sistem Pertahanan

Setiap negara ada pagar besar,yang melindungi seluruh kawasan. Negara Mentari di antara mempunyai pagar yang keras,serta pengawasan yang ketat.

Sistem tentera

Kerajaan negara Mentari mempunyai beberapa kelas tentera

Prajurit

Mereka digelar prajurit ketika baru sahaja mula-mula diserap masuk.

Kesatria

Pangkat selepas prajurit dan mereka kebiasaan menjaga kota,serta berkawal dalam istana dan perang jika berlaku.

Mereka mempunyai level dari satu sehingga lima.

Sama seperti level sarjan,mejar dan leftenan.

Setiap kesatria ada kelas masing-masing

Antaranya

Archer
Swordmaster
Gunslinger
Mage
Wizard
Sorcerer
Fighter
Paladin

Panglima

Sesiapa yang mendapat pangkat ini,akan diberi kepercayaan sebagai mengetuai battalion tentera. Mereka dari kelas Paladin barulah mampu naik sebagai Panglima.

Komander

Pangkat paling teratas yang mengawal semua tentera

Sekarang aku akan terangkan untuk sistem pemerintahan

Paling teratas sedia pembaca tahu,Raja adalah paling teratas. Kemudian disusuli pembantu atau penasihat,bendahari negara atau menteri kewangan.

Fakta Kaiser
Menteri Kewangan dalam negara Mentari dipegang oleh Ikhwan Syah Al'Solleh

Menteri Pertahanan pula dipegang oleh Raffie Al'Solleh iaitu putera kelima

Menteri Keselamatan dipegang oleh Yusri Al'Solleh kerana dia yang menjaga sistem kamera seluruh negara.

Manakala jawatan menteri yang lain disandang oleh beberapa orang yang dilantik,oleh Solleh sebelum turun takhta dan kekal berkhidmat.


**********************

Baiklah itu sahaja untuk setakat ini

Aku akan terangkan dari semasa ke semasa,jika ada yang ingin tahu la

Kalau tak setakat ini sahaja

Kita jumpa lagi lain update,aku minta diri dulu

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top