Just Wanna Ask


Hey korang Wanzeneth menyemak dan maaf la jika siri yang korang tunggu lambat lagi untuk di published,aku ada karang satu konsep cerita baru.

Cerita itu mengenai mimpi

Aku dapat ilham masa menonton satu anime,tapi aku lupa apa nama anime yang dimaksudkan

Maaf la aku terlupa.

Aku bagi konsep awal

Cover tak semestinya sama bila sudah published

Masuk ke dalam mimpi?

Sound like cliche right?

Who's care?

Like I need your opinion,shut up and read..

Just kidding..!

================================

Yagami Hiro merupakan pekerja kedai elektronik di bandar Akihabara,dia menjalankan aktiviti kerjanya selama 4 tahun dengan perkara yang sama.

Hiro berpuas hati dengan kehidupannya yang tenang,namun kadang-kala hatinya terdetik ingin mencuba perkara yang baru tetapi hanya mampu mendiamkan sahaja.

Tetapi kehidupannya berubah apabila dia terserempak seorang gadis misteri,Kitahara Sanae yang dikejar makhluk misteri dan yang aneh tiada sesiapa perasan kejadian itu.

Akibat pertembungan tidak dijangka itu,dia mula kerap termasuk ke dalam dunia mimpi misteri. Iaitu di mana makhluk - makhluk aneh berkeliaran,dan memburu entiti asing bagi mereka.

Malah di situ juga dia bertemu semula dengan Sanae,gadis yang menyebabkan dia termasuk ke dalam dunia mimpi tersebut. Sebenarnya di dunia realiti,Sanae telah koma dan berada di bawah jagaan hospital di bandar Tokyo.

Kenapa Sanae koma?

Kenapa makhluk aneh di dunia mimpi itu memburu Sanae?

Adakah Hiro akan bertindak sebagai Hero?

Adakah dia akan membantu Sanae?



Ya

Novel konsep di atas adalah cubaan aku memasuki genre supernatural,ataupun lebih senang horror.

Aku kena pandai untuk mengolah setiap ketakutan,begitu juga urban legend yang bakal keluar dalam cerita ini. Watak utama dalam cerita kali ini,hanyalah manusia biasa tetapi memiliki kelebihan luar biasa.

Matanya senang nampak benda yang tidak sepatutnya dapat dilihat,Yagami Hiro merupakan pekerja biasa. Manakala Kitahara Sanae pula adalah gadis koma,rohnya terperangkap di dalam dunia mimpi.

Sanae adalah heroin utama,aku akan kekalkan genre kecil iaitu harem.

So...

Apa pendapat korang?

Berminat?

Komen kalau nak aku published!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top