Part 14 - Confession
Di kantin sekolah, aku dan Chaeyoung tengah menikmati makanan masing-masing. Chaeyoung melantak makanan dia dengan penuh selera.
Makan banyak pun tak gemuk-gemuk budak ni.
"Aku jeles lah dengan engko, makan pun tak gemuk, aku ni makan sikit dah kembang." ujarku, Chaeyoung ketawa.
"Hai." sapa satu suara, aku mendongak.
Wajah Jungkook memenuhi ruangan penglihatan,
Aku mengukir senyuman, lantas lelaki itu mengambil tempat duduk disebelahku.
Banyak-banyak tempat, sebelah aku juga kau nak duduk erk.
"Hai Jeonkook, lama tak lepak." ujar Chaeyoung.
"Aku busy lah, banyak kerja kena buat." balas Jungkook.
Diorang dua ni agak rapat juga lah sebab satu kelas. Maklumlah pelajar pandai kelas pertama, aku ni setakat kelas kedua apalah sangat. Ceh rendah diri.
"Eh Haeun, Jungkook datang je terus senyap, asal?" tanya Chaeyoung, dia cuba mengusik aku.
"Mana ada, dah takde apa-apa nak sembang."
"Takde apa atau segan sebab ada Jungkook?"
Aku mengetap gigi geram dengan Chaeyoung.
"Kau tak baik memfitnah lah."
"Manaada aku cakap benda betul lah." dan kami pun memulakan perang mulut.
"Sudah tak payah gaduh, makan aje makanan tu. Korang ni macan budak-budak." Jungkook mnggelengkan kepalanya melihat karenah kami.
Aku perasan yang dia asyik pandang aku dan senyum macam orang tak waras. Angau ke? Hoho.
"Haeun, pulang sekolah nanti sama-sama okey." kata Jungkook sebelum meminta pamit untuk kembali ke kelas.
"Nae."
"Nah tengok, dia nak balik sama-sama, mesti ada sesuatu." Chaeyoung menaikkan sebelah keningnya.
"Ada-ada lah kau ni." dengan perlahan aku menolak kepalanya.
***
Seperti yang telah dijanjikan, aku menunggu Jungkook dihadapan kelasnya. Lewat sikit kelas diorang habis hari ni.
Beberapa minit berlalu, kedengaran bunyi kerusi disorong dari dalam menandakan mereka semua telah siap sedia nak pulang.
"Haeun!" panggil Jungkook, aku berpaling.
Dengan senyuman yang tak lekang, dia mendekati aku.
"Maaf buat awak tunggu lama."
"Gwenchana."
Kami berjalan beriringan melalui lorong, Jungkook bercerita tentang kerjaya dia sebagai ketua pelajar yang dihormati, disegani dan diminati ramai.
Kedengaran juga tawa kami bersatu bila dia buat lawak yang tak berapa menjadi.
Keluar sahaja dari pekarangan sekolah, kereta omma sudah tersadai di seberang jalan.
"Haeun." panggilnya sebelum kami berpisah.
"Ya?"
"Saya hmm saya.." dia teragak-agak, tengkuknya digaru entah gatal entah tidak.
"Apa dia?" kalau nak cakap tu cakap ajelah straight to the point.
"Kalau satu hari nanti hati awak terbuka untuk saya, make sure awak bagitau saya okey?" katanya sambil memandang tepat ke dalam mata aku.
Aku terkedu, adakah aku baru sahaja dapat confession dari Jungkook?
Tak sengaja, aku terpandang rooftop di belakang Jungkook. Lelaki tu membelakangi sekolah.
Taehyung sedang memerhatikan kami, tajam.
Gulp!
"Omma awak sedang tunggu tu, pergilah balik." ujar Jungkook lembut.
Dia tak nak dengar jawapan aku ke?
"Nae, saya balik dulu. Annyeong."
"Anyway, jangan fikir sangat pasal apa yang saya cakap tadi." pesannya sebelum aku memboloskan diri dalam kereta.
Aku letak tangan kanan pada dadaku, tak berdebar macam first time aku jumpa dia.
***
Malam berganti siang, aku menjalankan hari-hariku seperti biasa.
Cuma hari ni, aku dapat berita yang aku sendiri tak tahu nak happy atau sedih.
"Uncle Jimin setuju nak balik, flight dia esok kalau takde halangan."
Kata-kata Chaeyoung masih terngiang-ngiang di telingaku.
Aku di rooftop sekolah, sedang memandang kosong permandangan dari atas.
"Boo!"
Aku tersentak, Taehyung ni kan suka sangat buat aku heart attack.
"Muram je?" dia berdiri disebelah aku.
"Takde lah."
"Takkan dah dapat luahan dari Jungkook pun masih nak muram?" dia tersengih nakal.
Tch.
"Mana ada. Aku tak berminat lah dengan dia."
Dia mengerutkan dahi,
"Pelik, bukannya kau tergila-gilakan dia ke?"
"Siapa cakap? Awal tu memang lah."
"Habis tu kenapa sekarang tak?"
Aku mengunci mulut, takde jawapan untuk soalan tu. Aku pandang ke depan, rasa sebak bila lihat muka dia.
"Tae."
"Hmm?"
"Esok Jimin flight ke sini."
Aku tak dapat apa-apa balasan dari dia. Senyap aje orang sebelah ni apahal?
Aku toleh ke sebelahku, kosong, dia hilang.
"Tae?" aku melilau sekeliling.
"Kau dah jumpa dia?" aku cari arah suara itu, dia berdiri atas tangki, tinggi pula tu.
Tau lah roh boleh pergi mana-mana saje. Sejak aku tau dia roh, suka hati dia je menghilang dan muncul kat tempat lain.
"Ya."
"Dia nak ke pergi sini?" soalnya lagi, kali ni lebih serius.
"Nak lah kut."
"Confirm?"
"Confirm lah, kenapa? Kau tak gembira?" pelik, aku ingatkan dia happy sampai terjun bangunan ke apa tapi tak.
"Habis tu kau gembira?" dia soal aku balik pula dah.
Aku diam, entah lah.
"Orang tanya dia, dia tanya orang balik." gumamku perlahan.
"Aku sedih sebenarnya."
"Opocot." aku terkejut sebab dia tiba-tiba ada disebelahku.
"Kau ni buat aku terkejut lah gile."
"Maaflah." dia tersenyum petak.
Nasib baik comey sangat sampai aku tak sanggup nak marah.
"Takpe lah. Kenapa kau sedih?"
"Sebab tak dapat jumpa kau lagi." ujarnya selamba.
Sejujurnya, aku pun sedih juga. Aku tak nak berpisah dengan kau, aku nak dengan kau setiap masa kalau boleh.
Aku nak cakap macam tu tapi perkataan tu sangat berat untuk keluar dari kerongkong aku.
"Itupun nak sedih. Chill lah." ujarku, padahal dalam hati aku dah menangis.
"Kau tak sedih? Tak rindukan aku nanti?" soalnya.
Aku melarikan pandangan,
"Tak lah. Sekurang-kurangnya aku tau kau dah aman." jawabku. Air mata cubaku tahan.
Tak, bukan tu apa yang aku nak cakap. Jangan percaya.
"Kau okey ke ni?"
"Okey je."
Tak, aku tak okey. Tae, kalau lah kau tau perasaan aku yang sebenar.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top