Part 1 - New student
Daeguk High School, 2018.
"Haeun jaga diri kat sekolah baru tau? Jangan timbulkan masalah, cari kawan yang betul." pesan omma kepada aku. Dia memeluk badanku sebelum meninggalkan aku di hadapan pejabat am.
Aku dah daftar dan dapatkan kelas aku. Cuma yang menjadi masalah, aku tak tau kelas aku terletak kat mana.
Oh ya sebelum tu, nama aku Jung Haeun. Seorang gadis kenit comel berusia 18 tahun.
Tahun ni merupakan tahun terakhir aku bergelar seorang pelajar. Dan tahun terakhir ni juga lah aku terpaksa pindah sekolah sebab omma aku naik pangkat dan kami berpindah rumah di Daegu.
Daeguk High School nama sekolah baruku. Bangunan yang agak lama, tapi masih cantik.
Aku berjalan ke hulu dan ke hilir bagai orang gila kerana masih tidak menjumpai kelasku.
Mujur ada seorang guru yang baik hati membantu aku,
"Kamsahabnida ssaem." aku tunduk hormat. Guru itu beredar.
Aku tarik nafas panjang kemudian hembus dengan kuat. Pintu kelas ku pandang dengan gementar. Aku boleh!
Perlahan pintu ku sorong, dan terpancar lah wajah-wajah baru yang ku tak kenal.
Guru perempuan yang sedang mengajar terhenti apabila terlihat aku. Dia kemudian mengulit senyuman manis.
"Mesti kamu pelajar baru kan? Maaf lah guru kelas ni terpaksa ambil cuti jadi takde yang urus kamu. Mari masuk dan kenalkan diri kamu " ujar guru itu dengan lembut. Aku membalas senyumannya.
Aku berdiri disebelah guru tersebut,
"Annyeonghaseyo, naneun Jung Haeun imnida." ujarku memperkenalkan diri.
Mereka semua diam, tiada yang bersuara. Aku kat dalam library ke ni?
"Gwenchana, Haeun boleh duduk kat tempat kosong belakang sana." arah guru itu. Aku dengan pantas menuju ke tempat duduk yang dimaksudkan.
Namun tanpa aku waspada, aku tersandung pada kaki seseorang yang membuatkan aku tersungkur atas lantai.
Dapat aku dengar gelak tawa mereka satu kelas. Aku berdecit, childish!
"Yerim! Kenapa buat begitu kat Haeun?" marah guru yang dikenal sebagai puan Ryu itu.
"Saya tak sengaja cikgu, sepatutnya dia yang kena tengok kat mana dia jalan." jawab Yerim tanpa rasa bersalah. Aku dapat lihat sengihan dia.
Aku pantas berdiri dan memberi jelingan maut kepada dia. Dia tersentak, apa engko ingat aku tak berani lawan? Ko pikir ko sapa!
Dengan hati yang berang, aku duduk di meja ku. Di sebelah meja ku kosong, tiada pelajar yang duduk. Baguslah, aku pun tak nak bergaul dengan orang kelas ni, hampeh!
Dah lah meja ni buruk, entah dari zaman bila. Tapi meja pelajar lain elok je nampak, takde bajet lah tu.
"Okey kelas, kita sambung topik kita tadi." sambung puan Ryu.
Sepanjang pembelajaran, aku langsung tidak memberikan perhatian. Aku tak faham satu pun yang guru tu ajar lagi-lagi dengan suasana kelas yang bising.
~
Riiiiingggggg
Loceng rehat berbunyi, aku menghela nafas lega. Akhirnya aku boleh isi perut aku!
Aku mengemas barang-barang ku. Kemudian aku menapak keluar dari kelas. Malang bagi aku, tiada sesiapa pun yang sudi tegur dan berkawan dengan aku.
Terpaksalah aku jalan sesorang pergi kantin. Nasib lah ada papan tanda menuju ke kantin kalau tak mesti aku sesat kat tempat lain.
Setelah membeli makanan, aku mengatur langkah mencari tempat duduk.
Luckily ada sebuah meja kosong, aku segera melabuhkan punggung di meja kosong tersebut.
Belum sempat aku menyuap makanan, seseorang menghentak meja. Aku terkejut.
"Tepi! Ni tempat duduk kitaorang."
Kim Yerim. Perempuan yang sandung kaki aku tadi.
Ku pandang 4 perempuan yang berada di sisi nya. Semua diorang cantik, mesti queenka kat sekolah ni.
Aku yang malas nak gaduh segera beredar.
"Yah tunggu!" panggil Yerim.
Aku berpaling dan menaikkan kening.
"Kau pelajar baru, takde hak nak jeling-jeling aku. Kau ingat kau tu siapa? Cermin dulu diri tu sikit."
Tch, aku buat muka bosan.
"Arasso." jawabku acuh tak acuh. Aku nampak dia buat muka menyampah tapi siapa kisah huh.
Aku segera mencari tempat duduk lain.
~
Selesai makan, aku berjalan disekitar sekolah. Lama lagi nak masuk kelas.
Aku berjalan sendirian, sekejap pergi ke sana sekejap pergi sini. Semua maklumat pada papan kenyataan habis aku baca.
Aku terhenti pada sebuah tangga yang menuju ke rooftop. Dengan tak teragak-agak aku terus menaiki tangga tersebut.
Pintu ku buka dan kelihatan lah rooftop yang kelihatan agak semak, tapi yang menarik perhatian aku adalah permandangan dari atas ni.
Aku pergi ke tembok dan bersandar, nyaman je angin kat sini.
Kenapa takde pelajar pergi sini sedangkan rooftop lah tempat paling menenangkan.
Aku menghirup udara segar, rasanya setiap kali rehat aku patut pergi sini.
"Nuguya?"
Aku tersentak mendengar soalan itu. Lantas aku berpaling,
Seorang pelajar lelaki memandang hairan ke arah ku.
Siapa pula namja ni, kacau betul lah.
"Aku tanya, kau siapa?" soalnya lagi. Aku pandang dia dari atas ke bawah. Boleh tahan kacak, ni mesti budak hot kat sini. Dia bukan rakan sekelas aku sebab dia takde dalam kelas tadi.
"Jung Haeun. Pelajar baru."
"Oh patutlah tak pernah nampak." ujar lelaki itu, dia mendekati aku.
Aku menjauhkan diri sedikit dari dia.
"Jangan risau lah, aku bukannya nak makan kau pun." kata dia lagi.
Fuhh nasib, aku pikir dia nak apa-apa kan aku.
"Kau dari mana?"
"Dari bawah."
"Bukan lah, maksud aku dari sekolah mana dulu."
Cakap lah awal-awal -..-
"Seoul."
"Oh budak bandar."
"Ya."
Kami masing-masing terdiam seketika. Aku pandang nametag dia yang agak lusuh.
Kim Tae Hyung
Jadi itu nama dia.
"Kau buat apa kat sini?" soalku memberanikan diri.
"Ni tempat aku, tak boleh ke aku ada kat sini?" soalnya balik. Pulakk!
Suka hati dia lah.
"Apapun, kau tak sepatutnya berada di sini." ujar Taehyung.
"Kenapa pula?"
"Kau tak tahu lagi?"
"Tahu apa?"
Tiba-tiba dia ketawa. Pelikk.
"Takde lah, kau budak baru belum tau apa-apa lagi." dia melemparkan pandangan pada permandangan di depan kami.
Aku perhatikan wajah dia.
Handsome doh.
"Umph loceng dah bunyi. Kau patut masuk kelas sekarang." kata Taehyung, dia pandang aku,
Dengan gelabah aku larikan pandangan, nasib tak kantoi aku tenung dia.
"Loceng dah bunyi ke?" soalku macam bodoh. Taehyung hanya mengangguk.
Aku tak sedar pula loceng dah bunyi.
"Aku masuk kelas dulu lah." segera aku menuju ke pintu, sebelum aku keluar aku berpaling melihat Taehyung.
"Kau tak nak masuk kelas?" soalku.
"Kejap lagi." jawabnya sambil mengukir senyuman kecil.
Aku angguk perlahan dan segera turun untuk ke kelas.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top