Prolog

Adam mengerling sedikit ke arah pusaran air yang terbentuk pada permukaan tasik. Lamunannya tadi dicampak jauh nun ke dalam hutan ketika dia sedang memikirkan mengenai masalah peribadi. Masalah yang tadinya membuatkan matanya berpinar-pinar secara tiba-tiba sahaja hilang entah ke mana dengan kemunculan pusaran air pada permukaan tasik buatan itu. Pusaran yang muncul itu tadi pula lantas hilang tatkala ada ranting yang mengganggu ketika pusaran itu semakin membesar. Pusaran tersebut seakan-akan membentuk riak air yang semakin lama semakin membesar. Pusaran air itulah yang dinamakan 'Vorteks' dalam dunia realiti yang nyata.

     Dalam dinamik bendalir, vorteks ataupun pusaran adalah kawasan bendalir dimana pergerakan alirannya mengikut paksi aliran sama ada dalam bentuk lurus ataupun melengkung. Pusaran yang terbentuk dalam air yang dikacau dan kebiasaannya diperhatikan dalam cecincin asap, lubuk pusar pada olak buri yang dihasilkan melalui pergerakan perahu ataupun angin yang berada di sekitar kawasan puting-beliung juga digelar 'Vorteks'.

     Seusai memerhatikan gelagat putaran vorteks yang mengasyikkan itu, Adam perlahan-lahan bangun daripada termenung panjang ditebing tasik. Kaki di bahagian kiri terasa kesemutan sedikit. Kaki yang terasa kebas-kebas itu memerlukan seminit dua untuk bangun dan berjalan secara normal. Lantas, dia melabuhkan punggungku di kerusi batu yang terletak beberapa meter sahaja daripada tempat mengelamun tadi. Kerusi batu itu diperbuat daripada batuan marmar putih dimana warnanya yang agak lusuh dan ditumbuhi pula lumut dan paku-pakis disekelilingnya.

    Seusai melegakan kaki yang kesemutan itu, matanya sempat memerhatikan gelagat pelajar yang mengambil kesempatan ketika cuaca mendung di petang hari untuk beriadah disekeliling tasik itu. Ada yang berjoging mengelilingi tasik, ada juga yang sedang beriadah sambil berkelah disekitar taman permainan yang disediakan. Adam perlahan-lahan membuka langkah ke arah bangunan fakulti yang terletak tidak jauh daripada kawasan tasik buatan terbabit.

     Ini adalah rutin kebiasaannya untuk menikmati pemandangan kehijauan alam semulajadi apalagi ketika sedang menyiapkan projek tahun akhir yang tidak berkesudahan. Apabila otak dan minda terasa berserabut untuk mendapatkan ilham, makanya termenung di tepi tasik sambil memerhatikan alam dan riak air tasik  adalah satu rutin berkala yang kerap kali dilakukannya. Tetapi, Adam tidaklah  berani untuk melepak ditebing tasik pada waktu maghrib. Terlalu banyak kisah seram di kawasan tasik yang telah diperturunkan daripada generasi ke generasi. Tapi, dia tidaklah terlalu mengambil pusing berkenaan hal-hal mistik itu.

     Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Bangunan fakulti kebiasaannya sudah hampir kosong. Hanya pengawal keselamatan yang kadang-kala dilihat lalu-lalang diperkarangan bangunan ini. Adam terus menuju ke tingkat paling atas dengan menggunakan lif. Tingkat paling atas adalah paras yang menempatkan surau dan juga makmal selain bilik muzium. Memandangkan masjid universiti terletak pada jarak yang agak jauh daripada kawasan bangunan fakulti ini, Adam mengambil keputusan untuk menunaikan solat di surau tingkat paling atas. Setibanya di tingkat paling atas, dia dapat merasakan sesuatu kepelikan disebuah bangunan fakulti yang sudah berusia lebih lima puluh tahun.

     Binaan bangunan fakulti ini bukanlah satu binaan bangunan yang serba moden. Oleh itu, lampu-lampu yang berada di sekitar laluan menuju ke arah surau juga tidaklah terlalu terang. Kadangkala, sesawang yang menyelaputi bahagian lampu itu menyuramkan lagi keadaan. Dengan kekuatan kerohanian yang ada, Adam menggagahkan kakinya menuju ke arah bilik surau. Jujur, sepanjang dia berseorang dalam bangunan fakulti ini, terasa seperti sedang diperhatikan oleh sesuatu. Kadangkala, dia hanya menyedapkan hati dengan menganggap bahawa itu adalah mainan perasaan semata-mata.

Oh ya, Laluan perjalanan hidup Adam biasa-biasa sahaja. Warna-warninya hampir sama sahaja seperti kalian semua khusunya yang sedang menyambung pelajaran di menara gading. Patah hati akibat cinta ditolak kerana terlalu berwajah 'awam', kadangkala dicerca berwajah desa juga, dipalau rakan sekumpulan akibat tidak memberikan komitmen tugasan berkumpulan lalu dituduh 'free rider' dan sebagainya, padahal sebenarnya, dia memberikan komitmen yang sewajarnya.Itulah sebabnya mengapa Adam gemar bersendirian. Sehinggalah tiba ke hari ini, satu peristiwa pelik berlaku. Sebuah peristiwa yang mengubah kehidupan Adam pada kadar seratus lapan puluh darjah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top