Sesuatu Tentang Dia
Ada sesuatu tentang lelaki itu. Tentang cara dia memandang ke arah Hawa... entah kenapa buat hati Hawa meronta-ronta.
Purdah dia betulkan. Sejujurnya dia agak tidak selesa dengan pandangan nakal lelaki di meja hadapan. Tak cukup lagikah semua kain-kain hitam yang menutup setiap inci tubuhnya ini sehingga lelaki itu masih terus-menerus memandangnya seperti dia memandang seorang pelacur?
Senyum nakal yang terukir pada wajah cerah lelaki itu juga membuat dia makin tidak keruan! Dia rasa maruahnya sebagai seorang wanita tercemar, tapi dalam masa yang sama, ada satu rasa yang tak terungkap seperti sedang meminta untuk difahami, meronta-ronta dalam jiwa hingga Hawa semakin resah sambil menanti secawan kopi untuk sarapan sebelum berlalu ke kolej.
Sudah lah kedudukan lelaki itu benar-benar bertentang dengannya. Habis sampai bila dia harus terteleng begini? Hawa merengus. Dalam dia rasa bersyukur mampu melanjutkan pelajaran ke Paris, dia rasa menyesal kerana secara tidak langsung, dia sudah mendedahkan dirinya pada maksiat. Kota cinta ini terlalu penuh dengan cinta dan keasyikan dosa!
Akhirnya mata biru lelaki itu dipandang tajam sebelum jelingan keras diberikan sebagai tanda amaran.
Lelaki itu melebarkan senyum nakalnya. Ah! Hawa terus menjulingkan mata hitamnya ke atas sebelum dia bangun dan mengubah posisi kedudukannya. Tidaklah terus membelakangi lelaki itu, cuma sekurang-kurangnya matanya bebas memandang ke hadapan tanpa bertemu dengan mata biru laut lelaki itu!
Al-Quran di dalam begnya dikeluarkan dan dibaca perlahan sambil mendidik hati supaya bersabar apabila kopinya masih tidak sampai-sampai. Menyesal juga dia singgah di gerai mewah ini, terlalu sesak dengan manusia! Malah penuh dengan non-muslim walaupun ini gerai halal sepenuhnya.
"Your coffee, angel."
"Ouh, thank—"
Hawa tersentak memandang wajah lelaki yang menghantarkan kopinya itu. Akal Hawa tiba-tiba mati kata, dia bukan pelayan gerai ini!
"Why, angel? I'm too handsome for you?" Wajahnya mendekat, merenung sepasang mata milik Hawa.
"Astagfirullahal ‘adzim." Terus Hawa mengucap panjang apabila mata biru itu tiba-tiba mendekat. Hawa bangun dari kerusi, jantungnya berdegup kencang. Dia tidak pernah sedekat ini dengan mana-mana lelaki!
Lelaki itu tersenyum nakal lagi sebelum mendekat. "You are cute with those beautiful eyes."
"I'm done." Dengan gelabah dia mengeluarkan dompetnya sebelum meletakkan sejumlah duit di atas meja sebagai bayaran untuk kopi yang dipesannya. Tanpa memandang lelaki itu dan senyumannya, Hawa terus berlalu pergi.
Hatinya mengucap mengingati Allah. Dia tak suka perasaan ini. Perasaan yang dia sendiri tidak mengerti. Perasaan yang dia tidak fahami. Satu rasa yang buat dia ingin merenung sepasang mata biru itu dengan lebih dalam. Satu rasa yang membuat dirinya resah!
"Angel, wait! I'm sorry!" Tangan Hawa diheret dari belakang hingga tubuhnya sendiri terpaling melihat wajah lelaki itu.
"Don't touch me!"
"Okay, okay!" Dia segera melepaskan tangan Hawa apabila gadis itu tidak berhenti meronta dan memancing perhatian orang sekeliling. Hawa terus menjelingnya.
"I'm sorry, Ai'syah. I know it's my fault."
Hawa berkerut. "You know my name?" Satu langkah dia aturkan ke belakang. Mencipta jarak antara mereka kerana sesungguhnya lututnya semakin lemah apabila terhidu aroma manis cinnamon lelaki itu.
"More than your name, Hawa Ai'syah." Mata biru yang nakal itu bertukar lembut apabila menutur satu nama yang dia sentiasa bawa dalam mimpi itu.
"No. You didn't." Hawa cuba untuk berkeras, daripada layankan lelaki aneh yang asyik membuat jiwanya meronta ini, lebih baik dia pergi saja.
"Yes, I'm. I know you from my dream, you are my dream! I'm Xavier, it's disappointing that I'm not in your dream too." Dia masih cuba meraih perhatian Hawa. Wajahnya bertukar riak sedih.
Hawa terlepas tawa kecil. "What are you talking about? That's just a dream."
"Yea, and the dream that makes me believe that angel are real. Angel like you are real. I thought I'm dreaming when I saw you. I annoy you just because I wanted to enjoy my dream. But then, honey. You are real. My angel are real."
Hawa terkedu. Jampi apa yang dia selitkan di antara patah kata indah itu sehingga mampu buat Hawa jatuh dalam fantasinya sendiri?
"I know it's weird but I think I love you."
"Stop." Hawa menggeleng kepala. Cuba untuk mengusir semua rasa yang bakal memusnahkan dirinya sendiri.
"I don't know you, and you don't know me. I'm not the girl in your dream. You cannot love me and I will never love you. Okay? Assalamualaikum." Salam tetap dia tuturkan sebelum dia melangkah pergi menjauhi lelaki tadi. Terlalu gila untuk seorang lelaki bukan Islam untuk jatuh cinta padanya melalui sebuah mimpi yang mungkin hanyalah mainan syaitan.
"Why? Why can't I love you and why can't you love me?" Xavier masih mengejar Hawa sehingga Hawa terpaksa berhenti apabila dia tiba-tiba wujud di hadapannya lagi.
Hawa pejamkan mata, nafasnya ditarik sebelum dihembus berat. "I'm muslim, and you are not."
Xavier seperti terkedu. Seperti baru sedar akan kewujudan tembok besar di antara mereka.
"I can convert, if you want. I know this is crazy. I know this too fast for you, but never for me. Three years, Ai'syah. Three years I wait for you. Three years you live in my dream. Three years I life with the hope that you are real because damn you that I fall in love with dream! I rejects every girl because I cannot forget you. Every girl I touch, never give me the same feeling when I saw your eyes. It's crazy that you drive me crazy, in a damn dream, Ai'syah. I want you! Damn you that I want you!" Dinding bangunan di sebelahnya di tumbuk.
Hawa semakin celaru. Tiga tahun dia hidup di dalam mimpi seorang lelaki? Hawa tak mampu menafikan yang dia semakin jatuh pada lelaki ini. Namun dia tetap tidak mahu lelaki itu memasuki Islam kerananya. Dia tak layak, dia mahu Xavier memeluk Islam kerana Allah dan keindahan Islam ini sendiri.
"I don't want you to convert for me. I want you to learn Islam, for me. I want you to convert to Islam because of Allah SWT, because of Islam itself, not because of me."
"Allah?"
Hawa senyum disebalik purdahnya. "Ones that give you love. It's my lord."
"Then teach me about your lord, Ai'syah. Teach me about Islam that you love."
Hawa tersenyum. "I will." Mata biru laut itu direnung dalam sebelum dia ketawa kecil dan menundukkan pandangannya. Dia rasa dia sudah jatuh cinta. Entah kenapa dia rasa cinta Xavier terlalu tulus untuknya. Terlalu dalam untuk dia fahami.
"Thank you, my angel."
Wajah Hawa menjadi merah. Jika benar ini cinta yang Kau mahu berikan kepada aku, Allah.... Permudahkanlah perjalanan kami mencari redha-Mu. Permudahkan perjalanan kami meraih cinta yang sebenar-benar cinta dari-Mu.
Kerana sesungguhnya Engkau yang memiliki segala rasa. Engkau yang hadirkan rasa cinta ini buat aku kepadanya, dan kepada Engkau jualah aku kembalikan cinta ini semula.
Patah perkataan : 1105 !! HAMBAR YAKMAT YA TUHAN APA ENTAH MERAPU! AKU SYAK MESTI PENUH DENGAN GRAMMAR MISTAKE HUAAAA ni semua cabar diri punya pasal. Sengaja nak buat dialog dalam bahasa Inggeris sebab nak praktis exam dah nak dekat AHAHAHA Wattpad juga jadi mangsa tempat buat latihan XD))
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top