PROLOG ; ALIVE

I will be sitting on my throne ,
and I will rise again
because this is a story
about a fallen victor

Puan Tiana menutup pintu perlahan , Tiara hanya memerhati malas mahu menegurnya . " Ya saya faham , maaf kerana bebankan makcik sebelum ni " Kedengaran sayup sayup bicara mereka dari luar . Tiara memalingkan mukanya ke arah cermin lutsinar yang memaparkan pemandangan indah , jelas dia kagum dengan keindahannya .

Tiara Amelia , seorang manusia yang cintakan keindahan alam , seperti personalitinya yang damai dia juga suka keadaan yang damai .
Selesai perbicaraan Puan Tiana dan Mak Andeh , Puan Tiana dan Tiara berlalu ke tempat letak kereta . " Mama minta maaf sebab terpaksa buat semua ni " Kata maaf akhirnya keluar dari mulut ibu kandung Tiara. Memang seharusnya dia meminta maaf kerana sudah meninggalkan Tiara keseorangan selama ni .

Perjalanan ke rumah Puan Tiana mengambil masa yang lama , hanya bunyi radio kedengaran , sunyi . Tiara hanya berdiam diri melihat pemandangan luar , biar ini kali pertama dia menaiki kereta , dia tidak mahu kelihatan jakun .
Seusai saja mereka tiba , Puan Tiana membukakan pintu untuk Tiara . " Welcome Home Tiara " Ucapnya dengan senyuman ikhlas . Tiara hanya mengangguk mengiyakan .

Tiara mengambil masa mengelilingi rumah agam itu . Jelas banyak yang berubah , masa kecilnya banyak dihabiskan dengan ibu angkatnya berbanding dengan keluarga kandung . Entah apa motif mereka dia tidak mahu ambil tahu.
Sedang dia berjalan-jalan sekeliling rumah , bahunya dipegang. Dia memalingkan muka ke belakang. Jelas terpapar wajah insan yang dirindui. Dengan sepantas kilat dia memeluknya. " Tiara rindu papa " , terucap juga kata rindu. Terlepas perasaan terbuku di hati.

" i miss you too dear " balas Ayahnya sambil mengukir senyuman. Dari jauh ada yang memerhati mereka , dengan wajah sayu dia berlalu ke bilik. Sungguh dia juga ingin dipeluk, namun apakan daya anak masih merajuk , salahnya tidak berikan kasih sayang sepenuhnya.

Tiara melangkahkan kaki menuju ke biliknya, sungguh dia penat. Rasanya sudah lama tidak tidur di katil empuk.Tidur sekejap tak apa kan, getusnya sendiri.Tanpa dia sedar, dia sudah pun melelapkan mata, membiarkan dirinya melangkah ke alam mimpi. Semoga mimpi indah, bisik seseorang di sebalik pintu.

Dalam heningnya malam, telefonnya berdering menandakan ada seseorang menelefonnya. Lantas Tiara bangun dari tidur dan cepat-cepat menjawab telefon. Nama Ayahnya tertera di telefon skrin, pelik kenapa ayahnya mahu menghubunginya sedangkan mereka satu rumah, namun dia tetap menjawab.

" Anak dara tua dah bangun ke? Ayah ada singgah Kfc beli makanan tadi, turunlah cepat makan sama-sama " Tanpa buang masa, setelah mendengar kata-kata ayahnya Tiara terus mematikan telefon dan terus memecut ke dapur.

Ayahnya hanya menggeleng sambil tersenyum, tak pernah berubah dia tetap sama, getusnya. Puan Tiana memberikan ayam kfc kepada Tiara, tanpa banyak bicara, Tiara terus memakannya.Puan Tiana senang melihat kehadiran anaknya, dia rindu tapi dia terpaksa. Untuk keselamatan Tiara

Aku , Tiara , kenapa nama aku Tiara? Sebab aku yang bakal duduk di singgahsana. Aku yang akan berjuang demi kaumku. Aku harapan mereka, kerana Aku, Tiara.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top