I ; WHO?
Tiara POV
Jam lonceng berdering , aku segera mematikannya. Bising , kacau orang tidur. Aku lekas-lekas bersiap sedia. Hari ni merupakan hari pertama persekolahan sesi 2020 . Tak sangka aku dah 16 tahun , tak adalah tua cuma rasa dah matang sikit , sikit je tak banyak.
Tanpa membuang masa, aku mengambil beg sandang yang aku dah gunakan selama bertahun-tahun, lusuh tapi apa boleh buat aku lupa nak singgah mana mana kedai, lupa pula nak bagitahu mama. Jadi ya, aku akan pakai juga.
Tapi aku masih berfikir, macam mana orang akan layan aku nanti? Dengan apa yang aku ada sekarang, aku takut aku lupa semua benda yang aku dh belajar.Dengan beg lusuh ni lagi, sudahlah ni sekolah boleh tahan popular dengan budak budak kaya. Aku memang tak nak bergaul dengan budak kaya sebab, aku tak selesa.
Ya aku memang bakal memerintah, tapi tahukah? Dunia aku bukan di sini, dunia ini, dunia manusia biasa. Aku tidak tergolong dalam kalangan mereka, aku, keluargaku, kami berbeza , dan kami memilih hidup seperti ini kerana adanya ancaman yang berlaku ke atas kaum kami.
Dan aku, aku bakal menjadi pemerintah, aku bakal melepaskan mereka dari keadaan yang tidak diingini ini. Memang mengambil masa yang lama untuk melatih aku, kenapa kena berlatih di sini? Seperti yang aku khabarkan, dunia kami sedang kucar-kacir. Sangat berbahaya untuk berada di sana.
Sudah cukup bukan cerita mengenai aku? Kita teruskan lagi dengan tanggapan orang mengenai aku. Jujur aku katakan ni kali pertama aku menjejakkan kaki ke alam persekolahan, selama ini aku hanya homeschooling, berlatih berlawan dan sebagainya sebagai persiapanku nanti.
Kenapa baru sekarang bersekolah? Kerana ini permintaanku, tipulah kalau aku tak geram dengan sikap orang tua aku yang pentingkan keselamatan aku dari kebahagiaan aku. Tapi aku akur, sampailah aku mempunyai kekuatan untuk menyuarakan pendapat ku. Memandangkan aku sudah menginjak 16 tahun, mereka rasa inilah masa yang sesuai untuk aku mula berkawan, cuba sesuaikan diri dengan orang sekeliling.
Namun, aku takut. Aku takut dengan apa yang bakal terjadi. Sudah puas aku berfikir mengenai perkara ini, aku terus melangkahkan kaki menuju ke dapur. Perut lapar tak boleh dibiarkan lapar, nanti aku tak ada mood seharian. Ya begitulah aku, bila lapar aku akan jadi down. Jadi makanan sangat penting!
" ayah akan hantar Lya ke sekolah hari ini memandangkan ini hari pertama, dah ready? " tanya ayah kepadaku. Jujur mau saja aku mengaku yang aku tak bersedia lagi, namun entah mengapa aku mengiyakan saja.
Mama memasingkan roti bakar, okay jujur aku dah tak marah dengan mama sebab dia suka bagi aku makanan, dia tau bila aku lapar. Nampak mudah bukan ambil hati aku? Mama turut memberikan bekal makanan kepadaku . Aku mengambil masa sekejap untuk menghidu. Ermm nasi goreng mama! Nampak dari ekor mata, ayah dan mama hanya tersenyum melihat gelagatku.Jujur aku rindukan saat ini, setelah 10 tahun bersendirian, aku kembali ke pangkuan keluargaku.
Ayah menghidupkan enjin kereta, sementara itu, aku mengambil segala barang keperluanku dan buat pemeriksaan lagi sekali, takut ada yang tertinggal. Ayah memanggilku masuk ke dalam kereta. Aku melambaikan tangan ke arah mama sambil mengucapkan selamat tinggal.
Ayah memberhentikan kereta di hadapan pagar sekolah, aku melihatnya meminta jawapan. Jujur aku punya tahap blur dah sampai maksimum. " Ok ayah hantar Lya sampai sini je tau, nanti Lya just masuk dalam dewan utama sebab dekat situ orang tengah berkumpul " Ayah menjelaskan kepadaku. Namun aku seperti ragu-ragu hendak turun. Aku belum bersedia .
Aku akhirnya turun dengan hati yang kurang rela.Degupan jantungku menjadi laju, aku berdebar teruk pagi ini. Selalu aku akan tenang walaupun aku dikejar haiwan buas, aku akan tetap tenang, tapi benda ni buat aku takut.
Kaki ku bergerak dengan laju tanpa melihat kiri kanan, aku terlalu takut sampaikan aku tak perasan aku sudah melanggar manusia . Aku memandang ke depan, yang aku nampak hanyalah badannya, ragu ragu aku mendongak ke atas.
Manusia apa tinggi macam ni , tak adalah tinggi dia macam ayah aku je, aku tak sangka pula orang sebaya aku tinggi macam ni. Matanya tajam melihat ke arah ku. Aku ingin berkata namun aku terkaku sendiri, bagaikan patung replika. Nampaknya dia marah teruk, seperti ada asap yang keluar dari telinganya kerana muka dia sudah merah padam.
Aku berfikir untuk melarikan diri, namun dia lebih cepat menggapai tanganku. Apa patut aku buat ? Kenapa ada cecair hangat dekat pipi aku? Wait what?! Aku menangis. Aku malu aku takut.
" kau ingat kau boleh lari macam tu je ke? " dia mengherdikku, dengan itu semua mata memandang ke arah kami. Boleh tak aku nak lenyap sekarang? Aku rasa aku tau spell untuk menghilang, tapi tak boleh guna nanti orang tau. Jadi aku hanya melepaskan tanganku dengan sekuat hati dan terus melarikan diri.
Entah ke mana aku bergerak aku pun tak tahu, yang pasti aku dah berada di belakang dewan . Ingatkan ni tempat selamat, tapi aku ternampak beberapa pelajar sedang melepak di situ. Aku cuba untuk lari dari situ namun alangkah buruknya nasib aku hari ni, mereka melihat ku.
Salah seorang dari mereka memanggilku, aku hanya buat buat tak dengar, tapi mereka semakin menghampiri ku. " budak baru? " Tanya salah seorang dari mereka. Aku hanya mengiyakan. " aku rasa dia bisu kut " kata kawan disebelahnya. Aku tetap berdiam diri, malas mahu mengeluarkan kata-kata. Biarlah dianggap bisu, janji aku dapat lari dari situ.
Nampaknya mereka ligat berfikir betul atau tidak tekaan mereka , sementara itu aku mengambil peluang untuk melarikan diri. Aku terus berlari masuk ke dalam dewan.
Nampaknya dewan agak lenggang pada masa itu, aku mengambil tempat di sebelah perempuan berambut perang. Aku ingin berkenalan tapi mereka cepat cepat melarikan diri dan menjelingku, apa aku buat ? aku hanya duduk.
Sementara menunggu, aku baru sedar bahawa tadi aku melanggar seorang pelajar dan bukunya jatuh. Aku sempat mengambil bukunya yang jatuh tadi tapi aku lupa memberikannya semula.
Aku membuka helaian demi helaian, akhirnya aku terjumpa satu ayat yang berkata " this belong to Syed Wazif " . Jadi lelaki tadi bernama Syed Wazif? Sekarang masalah aku jadi banyak. Aku kena cari dia balik.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top