7. Pesta Cakoi Pasak Bermula
RISALAH-risalah yang terkandung bait-bait pantun yang ringkas tetapi cukup mendalam itu yang disebar ke setiap mukim yang didiami penduduk bagi bertamu ke kawasan perkarangan rumah Pasak. Ini bagi menyeru setiap penduduk bagi menyaksikan sendiri adiwira-adiwira mereka berentap bagi merebut jawatan Jeneral Pertahanan Kerajaan NuriSelasih. Bait-bait puitis ini cukup bermakna waima kerana inilah sahaja hiburan kejam tahunan yang dihidangkan oleh pentadbiran Pasak terhadap penduduk Kerajaan NuriSelasih ini.
Rumbia beratap sarang si sawa,
Mencari kera bertanduk kasih,
Berpasak berentap ke hujung nyawa,
Mencari Adiwira Nuriselasih.
Maka, dengan bait-bait pantun yang penuh kesantunan namun cukup bermakna itu, Pesta Cakoi Pasak pun telah membuka tirainya. Pesta ini diadakan di sebuah arena yang luas dan terletak di perkarangan rumah Pasak tersebut. Arena itu telah direka khas bagi menyesuaikan diri bagi para perwira-perwira setiap mukim bagi berentap sesama sendiri. Arena ini yang mempunyai binaan berbentuk bulat, dengan terletaknya tempat duduk disekeliling arena tersebut bagi menempatkan pemimpin-pemimpin tempatan mahupun Pasak yang menyaksikan sendiri setiap perwira yang menitiskan darah disitu.
Setiap jasad perwira yang gugur diatas arena tersebut akan disemadikan dibawah tapak arena terbabit, sebagai penghargaan bagi mengangkat tinggi martabat bagi individu-individu yang gugur. Sebab itulah warna arena tersebut dicat dengan warna magenta-ros tanda darah yang mengalir itu merupakan semangat kesetiaan, pengorbanan dan tanda taat setia terhadap Kerajaan NuriSelasih pasca zaman episod kepupusan elektrik.
Beja Tuah sudah bersedia. Segala persiapan rapi, fizikal dan mental telah dipersiapkan bagi menghadapi Pesta Cakoi Pasak yang cukup istimewa ini. Beja Tuah sudah tidak sabar bagi untuk mematahkan riuk-riuk tulang belulang musuh-musuhnya dengan bunga-bunga ilmu persilatannya, menghempap mangsanya dengan seni pertahanan Judo dan member hantaran sepakan yang cukup kuat dan padu melalui seni pertahanan Taekwando.
Beja Tuah juga sudah bersedia bagi menggalas tanggungjawab sebagai Jeneral Pertahanan Kerajaan NuriSelasih. Tahap keyakinannya terhadap kemenangan awal bagi menggalas tanggungjawab itu cukup tinggi. Tidak ada apa yang dapat menghalang cita-cita murni Beja Tuah kecuali maut. Tidak ada rintangan yang dapat menjejas rancangan Beja Tuah, kerana segala persiapan telah dilakukannya dengan sepenuh kudrat sedaya upayanya untuk mara sejauh ini.
Burung kedidi ditepi perigi,
Hinggap bersarang didaun selasih,
Sepenuh energi akan ku gagahi,
Demi Jeneral Pertahanan Kerajaan NuriSelasih.
Namun, disebalik keterujaan Beja Tuah dalam usaha menentang setiap wakil mukim-mukim yang terlibat, ada satu kejutan yang bakal Pasak hidangkan kepada Beja Tuah yang bersemangat itu. Dia tidak tahu Pasak sedang merencanakan sesuatu yang cukup jahat lagi kejam, dalam usaha menghapuskan keturunan darah yang mengalir dalam diri si Beja Tuah itu. Pasak tahu kelemahan-kelemahan yang ada pada Beja Tuah. Walaupun luaran nampak sasa dan katang, namun, setiap individu mempunyai titik lemah mereka yang tersendiri. Pasak akan menggunakan titik lemah terbabit bagi menghapuskan terus keturunan Beja Tuah daripada bumi NuriSelasih ini.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top