BAB 40

Sayu kakinya melangkah kemudian duduk dibirai katil berkali-kali dia cuba menyeka air mata dari jatuh. Sungguh kenyataan sebenar yang keluar dari bibir Tengku Zarul umpama duri yang menusuk hatinya kemudian luka yang disirami dengan air garam. Pedih untuk terima kenyataannya.

Fatin Arissa bangun semula berjalan masuk ke dalam bilik mandi untuk membasuh mukanya dari sisa air mata. Takut pula disoal pelbagai soalan dari Tengku Qalif.

Sewaktu kakinya menapak masuk dia dapat rasakan lantai bilik mandi itu licin dan tanpa sebarang amaran Fatin Arissa jatuh dan kepala terhantuk mengenai dinding bilik mandi. Matanya berpinar-pinar menahan sakit lalu perlahan-lahan matanya terkatup.

××××××

Tersedar saja dari pengsan Tengku Qalif sudah berada disisinya. Fatin Arissa sedaya upaya untuk bangun tapi keadaan tidak mengizinkan manakan tidak kepalanya sakit tidak terperi semuanya gara-gara jatuh tergelincir tadi. Tetapi ada baiknya juga dia dapat mengingati semuanya ingatan yang lepas. Kebetulan lelaki yang bergelar suaminya sedang lena bersebelahannya.

Bahagian yang benjol tadi dipegangnya sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Fatin Arissa sedaya upaya untuk bangun dari pembaringannya. Belum sempat dia bangun telah dihalang oleh Tengku Qalif. Bila masa lelaki ni sedar tak tau la!.

"Nak pergi mana?" soal Tengku Qalif prihatin.

"Nak keluar dari rumah ni" ujar Fatin Arissa.

"Kenapa pulak? awak kan sakit?" pujuk Tengku Qalif. Jari jemari Tengku Qalif mulai mengenggam tangan Fatin Arissa.

"Sakit? sakit lagi hati aku!" dengus Fatin Arissa. Tangan yang digenggam tadi juga meronta dilepaskan.

"Awak ni kenapa?" Tengku Qalif berlembut.

"Kenapa kau kata? kau tak payah nak berlakon baiklah. Kalau dulu kau boleh tipu aku tapi sekarang tak! sebab aku dah ingat semuanya dan dah tahu segalanya." Fatin Arissa cuba menjauhi dirinya dari lelaki itu. Benci tak terkata.

"Maksud awak? awak dah ingat segalanya sebab awak jatuh dalam bilik mandi tadi ke?"

"Iyalah, bukan tu je aku dah tau yang kau kahwin dengan aku bukan sebab cinta tapi sebab muka aku sama dengan arwah isteri kau kan!. Kau ni lelaki jenis apa? gunakan aku untuk kepentingan diri kau! kau ingatkan aku ni apa!" tempelak Fatin Arissa. Dia terpaksa gagahkan diri untuk bangun dari katil itu.

"Mana Rissa tau ni?." Tengku Qalif masih dalam keadaan tenang.

"Dah la tak perlu nak berdalih! aku tau kat mana tu tak penting. Silap aku sebab terima untuk kahwin lelaki pentingkan diri sendiri macam kau!"

"Tunggu apa bukti untuk yang Rissa tuduh ni?"

"Kau nak bukti? tunggu." Fatin Arissa memunggah tas tangannya lalu mengeluarkan sekeping gambar dan ditunjukkan dihadapan Tengku Qalif.

"Ni buktinya, memang salah aku percayakan lelaki macam kau!"

"Tu bukan ke gambar yang aku simpan dalam buku diari aku mana kau dapat? kau selongkar ehh!."

"Kalau aku tak selongkar, aku takkan tahu kebenaran. Kau dengan Ashraff sama je! kenapalah aku boleh percayakan lelaki macam kau dan Ashraff ni."

"Rissa, Abang minta maaf sebenarnya.."

"Sebenarnya apa! kau tak habis-habis lagi dengan alasan kau. Aku dah penat faham! aku dah penat kena tipu.." sambung Fatin Arissa tanpa memberi peluang pada Tengku Qalif berbicara.

"Memang pada mulanya niat Abang kahwini Rissa atas dasar tu tapi.."

"Dah cukup, patutlah kau tak pernah layan aku dengan baik rupanya ada sebabnya, sebabnya aku bukan yang kau cinta kan? patutlah Nenda benci sangat dengan aku." Fatin Arissa tersedu-sedu dalam tangisan.

Tengku Qalif juga turut ingin mengalirkan air mata. Sumpah dia begitu sesal setelah Fatin Arissa mengetahui segalanya.

"Aku minta maaf kalau aku bukan perempuan yang sempurna seperti arwah isteri kau cuma satu aku nak cakap kat kau terima kasih atas penipuan kau yang cukup-cukup menyakitkan hati aku. Selamat tinggal." Fatin Arissa terus keluar dari kamar tidur mereka berdua. Dia nekad ingin keluar dari rumah ini sekarang juga.

Tengku Qalif langsung tidak menghalang Fatin Arissa pergi dia mahu memberi isterinya ruang untuk bertenang. Tengku Qalif meraup wajahnya berkali-kali lalu mengeluh.

"Maafkan aku sebab tak pernah bahagiakan kau, maafkan aku kerana kahwini kau tanpa atas dasar cinta. Tapi aku bersumpah itu dahulu tapi sekarang perasaan dah aku dah berubah. Aku mengaku yang aku dah jatuh cinta dengan kau dah lama!" rintih hati Tengku Qalif.

*********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top