BAB 32
Puan Aminna tetap berkeras hati untuk menjaga Fatin Arissa sehingga anaknya sedar dari koma. "Mak, janganlah macam ni kita makan dulu lepas tu Mak nak jaga, Mak jagalah. Kali ni biar Alang jaga sekejap." pujuk Fayyad.
"Mak tak nak, Mak nak jaga jugak." balas Puan Aminna matanya tertancap pada sekujur tubuh yang langsung tiada tanda-tanda akan sedar.
"Tak apalah Mak, biar Qalif sendiri yang jaga isteri Qalif. Mak boleh pergi makan sekejap." tawar Tengku Qalif setelah lama mendiamkan diri.
"Kau boleh ke jaga adik aku?." soal Fayyad benci.
"Insyallah aku boleh." ujar Tengku Qalif.
Puan Aminna hanya mengangguk lalu bangun dari duduknya tanda ingin pergi. Entah kenapa pujukan Fayyad seolah-olah tidak laku bagi Puan Aminna. Tapi kalau Si Menantu Hantu ni sekejap saja Mak akan turuti.
"Jomlah, Mak." Fayyad memimpin Puan Aminna keluar. Tengku Qalif mengambil alih kemudian dia duduk pada kerusi berhampiran katil Fatin Arissa.
"Maafkan Abang sebab layan Rissa tak sepatutnya sebelum ni. Abang betul-betul menyesal dengan dengan hal ni." luah Tengku Qalif. Tengku Qalif juga percaya bahawa walaupun Fatin Arissa koma tapi dia masih dapat mendengari segala suara disekelilingnya.
Daun pintu ditolak oleh Nasuha tak tahu pula didalam ada Tengku Qalif. Tengku Qalif segera menoleh ke belakang takut pula kalau Fayyad masuk kedalam.
"Tengku ke? maaflah sebab ganggu Tengku." ujar Nasuha.
"Family yang lain mana?." tanya Tengku Qalif pada Nasuha.
"Adik-beradik Rissa tumpang rumah saya sekejap." balas Nasuha kemudian terukir senyuman dibibirnya.
"Kenapa Awak masuk dalam ni?." soal Tengku Qalif.
"Sebab saya ingatkan tak ada orang, lagipun Kak Umairah dengan Suaminya dah datang. Dia nak jumpa untuk minta maaf." kata Nasuha.
"Okey, ehh sekejap untuk minta maaf untuk apa?." hairan Tengku Qalif seketika.
"Suami Kak Umairah yang langgar Rissa." terang Nasuha.
"Ohh, maknanya merekalah yang langgar Rissa?." kata Tengku Qalif.
"Tapi Tengku, Mereka bukan sengaja pun nak langgar Rissa. Kalau betul dia nak langgar Rissa mungkin dia takkan bertanggungjawab." balas Nasuha.
"Nasuha awak cakaplah dekat pasangan tu suruh tunggu sekejap sebab Mak dengan Ayah Rissa tengah makan. Jadi kalau nak minta maaf tunggu je." ujar Tengku Qalif.
"Baik Tengku." Nasuha menapak keluar semula.
Pasangan yang berdiri diluar pintu masih gelisah menunggu jawapan. Tetapi nampak yang paling ketara adalah Abang Khalish. Mungkin serba salah itu masih ada lagi kerana dia yang melanggar Fatin Arissa.
"Macam mana keadaan Rissa?." soal Umairah.
"Dia masih macam tu sejak dari semalam. Kak Umairah dengan Abang Khalish boleh tunggu sekejap sebab Mak dengan Ayah Rissa mereka pergi makan." ujar Nasuha.
"Okeylah kalau macam kita tunggu ya." balas Umairah.
Jam tangan milik Nasuha menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Muncullah kelibat yang dinantikan iaitu Mak Ayah Fatin Arissa. "Pak Cik dan Mak Cik ada orang nak jumpa." ujar Nasuha.
"Siapa nak jumpa?." soal Encik Khairil.
"Err..Kak Umairah dengan Abang Khalish." balas Nasuha.
"Kenapa dia nak Pak Cik dengan Mak Cik?." tanya Encik Khairil. Kening sebelah diangkat.
"Pak Cik dan Mak Cik sendiri boleh tanya mereka." terang Nasuha.
Nasuha mendekati pasangan muda itu. "Kak Umairah bolehlah cakap." bisik Nasuha pada telinga Umairah. Dia mengangguk faham.
"Assalamulaikum, Mak Cik dan Pak Cik." sapa Umairah lalu menyalam tangan Puan Aminna kemudian diikuti Khalish menyalam tangan Encik Khairil. Fayyad memandang pelik pasangan muda itu.
"Walaikumusalam, anak berdua ni kenapa nak jumpa kami?." soal Encik Khairil hairan.
"Sebenarnya kami nak berterus terang, kami yang sebenarnya tak sengaja langgar anak Pak Cik dan Mak Cik. Kami betul-betul rasa bersalah sebab tu kami berdua ingin bertanggungjawab atas kemalangan ini. Kami bersyukur sangat sebab Allah S.W.T beri peluang untuk Rissa hidup. Kalau tidak mesti hidup kami rasa penuh rasa serba salah." Umairah menjelaskan segalanya.
Kelu lidah Encik Khairil dibuatnya. Marah terasa tetapi dia tak menyangka bahawa Mereka sanggup bertanggungjawab. Kalau sesetengah mungkin akan langgar lari.
Encik Khairil menarik nafas panjang lalu dihembuskan. Dia harus memaafkan bukan semua manusia sempurna memang dalam hal ini mereka yang bersalah tetapi disebabkan mereka bertanggungjawab dan bersemuka untuk memohon maaf. Encik Khairil mudah untuk memaafkan.
"Pak Cik betul kagum dengan kamu berdua sebab berani bertanggungjawab dan meminta maaf. Pak Cik bersyukur sangat sebab anak Pak Cik selamat cuma rasa sakit hati tu masih ada." luah Encik Khairil.
"Kamu berdua memang tak tau bawak kereta ke? sampai langgar anak aku! kau tau tak kalau anak aku mati macam mana?." amuk Puan Aminna.
"Mak Cik saya tak sengaja." ujar Umairah.
"Tak sengaja konon! kalau jadi apa-apa kat anak aku kamu berdua siaplah!" tempelak Puan Aminna.
"Dah lah tu! Kenapa awak susah sangat nak terima takdir! ingat Allah sikit, semua ni adalah ujian kena banyakkan bersabar!" marah Encik Khairil menenangkan Isterinya.
"Abang tu pemaaf sangat! orang nak bunuh anak Abang pun Abang maafkan. Abang ni memang tak ada perasaan!!." ujar Puan Aminna lalu masuk kedalam wad Fatin Arissa dimasukkan.
Encik Khairil menghela nafas panjang. Malu dibuatnya kerana sikap Isterinya begitu. Khalish menundukkan kepalanya memandang lantai. Kerana salah Khalish sendiri Isterinya Umairah yang menanggung akibatnya. Umairah sememangnya telah dididik dengan nilai murni oleh ibubapanya sejak dari kecil. Jadi pabila terjadi perkara ini Umairah benar-benar rasa bersalah dan ingin bertanggungjawab.
"Maafkan Pak Cik sebab sikap Mak Cik macam tu. Pak Cik betul-betul tak sangka yang Isteri Pak Cik marah sampai macam tu." Encik Khairil memohon maaf.
"Tak apa Pak Cik, yang penting Pak Cik dah maafkan kami." ujar Umairah tenang namun hakikatnya hati ingin menangis.
"Kalau tak ada apa-apa Pak Cik masuk dulu." Encik Khairil mulai meminta diri untuk pergi.
"Baiklah Pak Cik." balas Umairah tersenyum simpul.
××××××
Sudah hampir dua minggu Fatin Arissa terlantar tanpa dia sedari. Selama dua minggu itu jugalah Tengku Qalif setia menanti disisi Isterinya untuk sedar. Dia tak mahu kehilangan Isteri untuk kali keduanya.
"Qalif." panggil Puan Aminna lembut.
"Iya Mak kenapa?." soal Tengku Qalif.
"Mak tengok Qalif selalu ada kat sini, Qalif tak masuk kerja ke?." tanya Puan Aminna.
"Masuk tapi sekejap saja lepas tu datang sini balik." balas Tengku Qalif.
"Mak tak tau nak kata apa lagi. Rissa dah dua minggu macam ni." keluh Puan Aminna.
"Ni semua salah Qalif, kalaulah Qalif tak buat dia marah mesti dia takkan balik Kuala Lumpur." ujar Tengku Qalif.
"Dahlah, perkara dah terjadi pun kita memang tak dapat nak undurkan masa." kata Puan Aminna.
Jari jemari tangan Fatin Arissa mulai bergerak. Matanya perlahan-lahan membuka untuk melihat dunia. "Mak.." panggil Fatin Arissa lemah sebaik terpandang wajah Puan Aminna.
"Rissa dah sedar ke? Syukur Alhamdullilah."
Tengku Qalif meraup wajahnya terukir senyuman ikhlas dibibir Tengku Qalif.
"Mak, Ayah mana?." soal Fatin Arissa.
"Ayah dengan Alang ada." balas Puan Aminna pada Fatin Arissa.
"Qalif pergi panggil Ayah dengan Alang diluar." arah Puan Aminna. Tengku Qalif segera melangkah keluar.
"Syukur sangat anak Mak dah sedar. Mak risaukan sangat keadaan Rissa." ujar Puan Aminna bernada lega.
"Rissa kemalangan ke?." tanya Fatin Arissa sambil memegang kepalanya.
Tengku Qalif masuk semula diikuti Fayyad dengan Encik Khairil. "Rissa okey tak?" soal Fayyad yang terlalu rindukan suara adik perempuannya.
"Rissa okey, tapi kepala ni sakit sikit. Alang, Rissa dah lama ke macam ni?" ujar Fatin Arissa.
"Dalam dua minggu jugak." kata Fayyad.
"Alang, Ashraff ada tak datang cari Rissa?." tanya Fatin Arissa.
"Tak ada, kenapa Rissa tiba-tiba tanya macam tu?." Fayyad menjadi hairan.
"Tak adalah, Ashraff kan suka sangat ganggu Rissa, padahal kami dah bercerai tapi dia suka sangat ganggu Rissa." luah Fatin Arissa.
"Ouh, Alang ingatkan apalah tadi." lega hati Fayyad dibuatnya.
"Alang.." panggil Fatin Arissa.
"Siapa lelaki sebelah Ayah tu? kawan Abang ke?." soal Fatin Arissa.
"Rissa, Rissa tak kenal siapa lelaki ni?." tanya Fayyad.
"Tak kenal langsung." Fatin Arissa menggeleng.
"Dia ni suami Rissa cuba Rissa ingat balik." kata Puan Aminna.
"Suami? kejap... bukan ke Rissa dah bercerai bila masa pulak Rissa kahwin? siapa pulak Mamat ni, nama pun Rissa dah tak ingat apatah lagi muka." Fatin Arissa memegang kepalanya sakit akibat cuba mengingati.
"Dia suami Rissa!." Puan Aminna memaksa supaya anaknya mengingati semula.
"Jangan paksa anak ingatlah, tak nampak ke Rissa tengah sakit kepala tu!." geram pula Encik Khairil melihat Isterinya cuba memaksa.
"Alang pergi panggil doktor kejap." ujar Fayyad bergegas pergi.
Tengku Qalif tercengang melihat Isterinya. "Sampai hati kau tak ingat aku." hampa hati Tengku Qalif mengetahui keadaan Fatin Arissa. Fatin Arissa hilang ingatan. Dia lupa bahawa dia dah mempunyai suami.
*********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top