BAB 31
"Doktor, macam mana keadaan pesakit?." soal Umairah yang dari tadi setia menunggu sehingga Fatin Arissa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan kerana pendarahan otak.
"Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar tetapi pesakit masih dalam keadaan yang belum stabil. Harap Puan banyakkan bersabar." balas Doktor Yana.
"Ya Allah, berdosanya aku terhadap pesakit itu." Umairah memegang dadanya. Terasa seperti keluarganya yang ditimpa kemalangan.
"Adik."panggil Umairah kepada Nasuha. Sejak kawannya masuk kedalam wad dia langsung tak mengeluarkan sepatah kata-kata.
Nasuha memandang wajah Umairah. Air matanya diseka. "Iya kak.." balas Nasuha.
"Kalau adik tak keberatan boleh Akak tau nama adik?." soal Umairah mesra.
"Nasuha, nama saya Nasuha kak." ujar Nasuha.
"Siapa nama kawan adik dalam wad tu?." tanya Umairah lagi.
"Fatin Arissa, kak tak payahlah panggil adik, panggil je Nasuha." kata Nasuha.
"Kalau macam tu panggil Akak, Kak Umairah je. Akak betul-betul rasa serba salah. Kalau suami Akak bawak kereta tengok orang tadi mesti semua ni takkan terjadi."
"Kak Umairah, ni bukan salah akak dan bukan salah suami akak tapi salah saya sendiri. Kalaulah saya halang dia tadi, hal ni mesti takkan pernah terjadi." Nasuha masih menyalahkan dirinnya sendiri.
"Dah la Nasuha, semua berlaku ada mesti hikmahnya. Kita sebagai hamba Allah mesti kena banyakkan bersabar. Hari ni Allah uji kita mungkin esok lusa siapa yang tahu?." ujar Umairah menenangkan hati Nasuha.
"Saya tak tau lah macam mana nak beritahu perkara ni dekat family dia kak. Dia baru je kahwin. Saya takut sangat nanti saya yang akan disalahkan." Nasuha menyeka air matanya.
"Kalau Nasuha takut, Akak boleh tolong beritahu perkara ni dekat family dia. Akak sendiri yang akan jelaskan segalanya. Biar Akak dan suami Akak sendiri yang minta maaf." kata Umairah dengan begitu tenang.
"Terima kasih Kak Umairah." balas Nasuha bersyukur kerana Kak Umairah bertanggungjawab atas kemalangan tersebut.
××××××
Puan Aminna dari tadi mengaul nasi tetapi tidak disuapkan ke mulutnya. Entah mengapa sejak petang tadi hatinya benar-benar rasa tidak sedap.
"Mak, kenapa Mak tak makan nasi tu?." soal Fatin Arina risau pula melihat Maknya berkelakuan sedemikian.
"Tak ada apalah, hati Mak ni tiba-tiba rasa tak sedap." balas Puan Aminna.
"Tak sedap hati sebab apa?." tanya Fayyad pula.
"Pasal adik kamu Rissa, tiba-tiba hati Mak rasa tak sedap."
"Kenapa pula pasal Rissa?." soal Fayyad lagi.
"Mak rasa dia macam ditimpa sesuatu perkara yang tak elok." teka Puan Aminna.
"Mak janganlah cakap macam tu, cakap tu kan satu doa Mak." kata Fatin Arina.
Tengku Qalif membisukan dirinya. Tengku Qalif terpaksa bercuti lebih lagi kerana ada perkara yang perlu dibincangkan oleh sekeluarga tetapi Fatin Arissa pula tiada, jadi dia pula terpaksa menjadi wakil. Sejak semalam dia cuba menghubungi isterinya, namun satu panggilan pun tidak terjawab. Sedikit sebanyak membuat hatinya panas.
"Qalif dah tau Rissa kat mana?." soal Puan Aminna pada Tengku Qalif yang asyik mengalamun.
"Tak tahu, dari semalam Qalif dah cuba call dia tapi satu pun tak terjawab." jelas Tengku Qalif.
"Dah lah, depan rezeki ni jangan cakap perkara yang bukan-bukan makan dulu kalau nak bincang nanti."celah Encik Khairil.
Telefon milik Fatin Arina berbunyi didalam poket seluarnya. "Siapa pulak yang call ni?." Fatin Arina menyeluk poketnya mencari telefon bimbitnya.
Fatin Arina dapat melihat nombor Fatin Arissa tertera diskrin telefon. Mata Fatin Arina terbuntang.
"Siapa yang call Kak Long?." soal Firash.
"Rissa." balas Fatin Arina.
"Assalamulaikum Rissa kat mana? puas Kak Long call Rissa semalam, mana Rissa pergi? semua orang risaukan Rissa tau." tangan kanan Fatin Arina yang bersisa makanan dibilas dengan air bersih didalam mangkuk.
"Walaikumussalam..minta maaf Kak ni bukan Rissa tapi saya kawan Rissa, nama saya Nasuha." kelu lidah Nasuha ingin menyatakannya.
"Ohh, Nasuha ke? Hmm...Rissa mana ya? Akak dah puas call dia tapi dia tak jawab. Dia okey tak?." tanya Fatin Arina lega hatiya apabila panggilan ini akhirnya berjawab juga.
"Kak sebelum tu Nasuha nak minta maaf banyak-banyak sangat Kak." nada suara Nasuha mulai berubah sebak.
"Sebab apa pulak ni? Nasuha buat salah apa?."
"Rissa..."
"Rissa kenapa? cakaplah?." gelisah Fatin Arina.
"Rissa accident Kak, dia kena langgar masa balik klinik. Dia baru je habis operation sebab pendarahan otak sekarang ni keadaan dia masih belum stabil. Rissa koma Kak." luah Nasuha.
"Astagfirullahalazim.." tangan Fatin Arina mulai lemah telefon bimbit juga telah jatuh dari pegangan.
Mata Fatin Arina mulai berkaca. Benarlah naluri seorang ibu memang kuat. Benarlah apa yang difikirkan oleh Maknya tadi.
Fatin Arina menekup mulutnya. Air matanya mulai gugur membasahi pipi, telefon yang jatuh tidak diambil peduli.
"Sayang kenapa ni?." soal suami Fatin Arina yang berada disebelahnya.
"Kak Long kenapa?."tanya Fayyad.
"Rissa accident, kepala dia mengalami pendarahan otak sekarang dia tengah koma." jelas Fatin Arina walaupun berat hati untuk sampaikan.
Puan Aminna yang mendengar sahaja khabar berita tentang anaknya serta merta pengsan. "Mak!." Firhad segera menyambut Puan Aminna dari jatuh.
"Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni?" kesal mulai menerpa ke hati Tengku Qalif kerana melayan isterinya dengan layanan tak sepatutnya selama ini.
"Macam mana keadaan Kak Rissa?." soal Firhad.
"Kak Long tak tau, yang Kak Long tau keadaan dia tak stabil." tangis Fatin Arina.
"Dah lah jom bersiap, kita pergi tengok Rissa disana." Encik Khairil mulai bersuara tetapi nada sebak itu masih ada. Siapa yang tidak sebak kalau anak sendiri ditimpa kemalangan.
Tengku Qalif menundukkan kepalanya memandang lantai. Sesalnya hanya Tuhan saja yang mengetahui jika dia tidak melayan isterinya begitu sudah tentu Fatin Arissa tak akan lari.
*********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top