BAB 30
"Rissa, sampai bila kau nak jadi macam ni? diam je, kalau kau ada masalah ceritakan kat aku. Aku boleh pendengar setia kau." pujuk Nasuha tubuhnya didekatkan pada pintu bilik Fatin Arissa yang berkunci.
Tiada sebarang jawapan yang keluar dari bibir sahabatnya. "Rissa, buka lah pintu ni." pujuk Nasuha lagi namun masih dalam keadaan yang sama. Tangan Nasuha mula memulas tombol pintu yang memang tak berkunci.
"Tak berkunci rupanya." desis hati Nasuha. Daun pintu bilik itu ditolak perlahan-lahan.
Nasuha mendekati sekujur tubuh yang berbaring keadaan mengiring membelakangi Nasuha diatas katil. Dia dapat dengari tangisan kecil dari Fatin Arissa.
Hati Nasuha menjadi sayu manakan tidak sedikit sebanyak apa yang dirasakan oleh Fatin Arissa seolah-olah dia juga turut terkena tempias.
"Rissa kalau kau ada masalah cerita lah kat aku mungkin akan kurangkan sedikit rasa sakit yang kau tanggung tu." Nasuha menyentuh bahu Fatin Arissa.
Fatin Arissa menoleh kearah Nasuha. Tergamam Nasuha melihat wajah Fatin Arissa dengan matanya yang bengkak mungkin akibat menangis.
"Ya Allah, Rissa kenapa kau ni! mata kau bengkak dah ni." Nasuha memegang tangan Fatin Arissa. Panas terasa.
"Kau demam ke Rissa? jomlah ikut aku pergi klinik." ajak Nasuha.
Fatin Arissa hanya menggeleng tidak mahu. "Rissa please jangan degil, kau nak melarat ke apa? jomlah ikut aku." paksa Nasuha. Dia membantu Fatin Arissa bangun lalu membawa turun ke kereta milik Fatin Arissa.
"Kau tunggu kat sini, aku nak ambil kunci sekejap." kata Nasuha lalu masuk ke dalam rumah sebentar.
××××××
"Cik Arissa tak apa-apa dia cuma mengalami demam biasa dan awak boleh ambil ubat dikaunter." ujar Doktor Zalikha.
Nasuha menghembuskan nafas lega. Syukurlah Fatin Arissa hanya mengalami demam yang biasa kalau tidak apalah yang bakal dijawab oleh Nasuha pada ibubapa Fatin Arissa.
Selepas mengambil ubat dikaunter mereka berdua pun keluar dari klinik. "Alamak telefon aku tertinggal kat kaunter lah." Nasuha menepuk dahinya lupa.
"Rissa aku pergi ambil telefon aku dulu tau. Kau nak tunggu atau pergi kat kereta?" soal Nasuha.
Fatin Arissa mengangkat tangannya lalu ditunjukkan kearah kereta yang berada diseberang jalan.
"Okeylah kau pergi jalan elok-elok ya." pesan Nasuha sambil tersenyum buat Fatin Arissa.
Kaki Nasuha mulai menapak masuk kedalam klinik semula. Fatin Arissa juga melangkah melintasi jalan tanpa melihat kiri dan kanan.
"Kan saya dah kata kenapa Abang tak nak dengar!" marah Umairah pada Khalish.
"Masalahnya aku lupa kau faham tak aku lupa!!" jerit Khalish geram kerana isterinya tak habis-habis membebel.
"Yang Abang bawak kereta laju ni kenapa?" tempelak Umairah.
"Biarlah kalau mati pun awak suka kan!" Khalish mulai geram.
Tanpa Khalish sedari seorang wanita berjalan melintasi kereta mereka dan tanpa Khalish sempat membrek keretanya dia telah melanggar wanita itu.
"Abang! apa yang Abang buat ni!" terkejut Umairah melihat kejadian yang berlaku dihadapan matanya.
Darah membuak-buak keluar dari kepala Fatin Arissa. Tulangnya terasa seperti patah, nyawanya terasa akan dicabut. Nafas Fatin Arissa sudah tersekat-sekat.
"Rissa!!!" teriak Nasuha kakinya terasa lemah melihat Fatin Arissa dihadapannya.
Dia mendekati Fatin Arissa yang sudah tidak bergerak. "Rissa!!!.." tangis Nasuha. Sesal itulah yang terungkap dihati Nasuha kalaulah dia menyuruh Fatin Arissa menunggunya mungkin semua ini tak akan terjadi.
"Abang! apa Abang tengok lagi? pergilah tengok perempuan tu Bang!." arah Umairah pada suaminya.
Jiwa Khalish mulai diburu rasa takut dan rasa bersalah.
Nasuha menangis tersedu-sedu disisi sekujur tubuh itu. Umairah keluar dari perut kereta untuk melihat keadaan wanita itu.
"Cik kita bawa terus ke hospital lah sebab teruk dah sangat ni." ujar Umairah gelisah.
Nasuha hanya mengangguk kecil menurut kata-kata Umairah.
Umairah segera membantu Nasuha bagi membawa Fatin Arissa masuk kedalam kereta. Riak wajah Khalish benar-benar takut.
"Abang tunggu apa lagi! cepatlah bawak kereta!! bawak kita pergi hospital!" marah Umairah.
Kereta dipandu Khalish bergerak laju membelah angin. Sepanjang perjalanan tak henti-henti perkataan maaf yang keluar dari bibir Umairah namun Nasuha tidak memberi sebarang kata-kata. Hati Nasuha benar-benar kesal dengan kejadian menimpa Fatin Arissa.
*********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top