BAB 29

Tiba sahaja Fatin Arissa dihadapan rumah sewanya dengan Nasuha. Dia segera meluru keluar dari perut kereta untuk membuka pagar rumah tersebut. Selepas membuka Fatin Arissa masuk kedalam keretanya dan masukkan ke halaman rumah sewa itu. Dia keluar semula dari dalam perut untuk kemudian mengunci pagar lalu terus mengetuk pintu rumah.

"Sekejap sabarlah !." kelam kabut Nasuha dibuatnya tiba-tiba sahaja ada orang mengetuk pintu rumahnya.

Perlahan-lahan Nasuha menolak pintu itu takut juga kalau-kalau orang jahat. Sudahlah dia seorang sahaja didalam rumah ini kalau terjadi sesuatu perkara siapa yang mahu menolongnya.

"Rissa! kenapa kau boleh ada disini ?." soal Nasuha terkejut. Nasuha terus membuka grill pintu yang menghalang mereka.

Tiada sepatah pun kata-kata yang keluar dari bibir Fatin Arissa malah hanya terdengar esakkan kecil.

"Ya Allah, kau kenapa ni Rissa cakaplah sesuatu."tanya Nasuha lagi.

Namun Fatin Arissa masih tak menunjukkan sebarang reaksi. "Okeylah, kau masuklah dulu."jemput Nasuha. Fatin Arissa hanya memberi anggukan kecil.

"Siapa pulak yang buat minah menangis." pening kepala Nasuha memikirkannya.

"Kau duduklah dulu, nanti aku datang balik ya." ujar Nasuha bernada tenang seraya kaki melangkah pergi.

Fatin Arissa menghela nafas panjang."Dugaan apa lagi yang harus aku tempuhi lagi? dapat suami tak pernah nak bahagiakan aku malah menyakiti."monolog hatinya air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Perih hatinya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.

"Assalamulaikum, Rissa!" satu suara yang tiba-tiba memberi salam.

Fatin Arissa hanya mendiamkan dirinya dan membuat tidak ambil peduli. Dia hanya melayan dunianya sendiri.

"Aduhai! siapa pulaklah yang datang rumah aku time macam ni."dengus Nasuha geram.

Nasuha memegang sebuah cawan berisi air panas milo yang dibancuh sebentar tadi ke hadapan. Kemudian diletakkan dimeja berhadapan Fatin Arissa.

"Walaikumussalam."balas Nasuha.

"Nasuha! Rissa mana?"soal Ashraff seperti orang yang tak tentu arah.

"Kau nak buat apa cari dia? ehh tak puas lagi ke hati kau sakiti hati dia ?."soal Nasuha geram kakinya menapak mendekati Ashraff yang berada diluar pagar.

"Aku nak cari Rissa je, tolonglah beri aku peluang untuk tebus kesalahan aku.! kalau kau suruh aku melutut pun aku sanggup demi sebuah kemaafan."rayu Ashraff lagi.

"Ashraff, semua yang kau nak tu dah tak ada. Kau sebenarnya dah terlambat kalau kau minta maaf pada dia sebelum kau ceraikan dia mungkin semua ini takkan terjadi."ujar Nasuha.

"Tapi aku.."

"Tak ada tapi lagi, Rissa dah maafkan kau. Tapi untuk kembali pada kau memang adalah suatu perkara yang mustahil sebab dia pun sudah bergelar isteri orang." akhir kata dari Nasuha sungguh memeritkan hati Ashraff.

"Bila dia kahwin? kenapa aku langsung tak tau." Ashraff mula merasai sesal yang tidak berpenghujung.

"Bila dia kahwin tu kau tak perlu tahu, yang paling penting kau kena tahu adalah status dia sekarang. Kau kena ingat terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata memang kau menyesal. Ashraff kau pergilah cari perempuan lain. Perempuan yang betul- betul layak dengan kau, dulu kau jugak yang kata Rissa memang tak layak untuk kau. Tapi sekarang kenapa menyesal sangat?."

"Itu dulu Nasuha, aku mengaku sangat-sangat yang memang aku bersalah." gugur air mata seorang lelaki.

"Ashraff kau balik lah, jangan jadi orang gila talak. Kau carilah perempuan yang sempurna dimata kau. Jangan ganggu Rissa lagi. Dia pun dah ada kehidupan baru, sekarang kau pun dah boleh mulakan kehidupan baru kau."

"Tak aku nak jumpa Rissa dulu."tegas Ashraff tangannya memaut pada pagar berkunci.

Nasuha menghela nafas panjang sakit pula hatinya melihat Ashraff yang begitu keras hati.

"Rissa tak ada, dia ada kat rumah suami dia."bohong Nasuha.

"Kau pembohong! habis tu kereta tu siapa punya?"tempelak Ashraff tiba-tiba.

"Dia tinggalkan kereta kat sinilah.!"terlupa pula bahawa kereta Fatin Arissa berada disitu.

"Aku tak kira! aku nak jumpa jugak Rissa!"Ashraff mula mengoncangkan pagar.

"Ashraff! kalau kau cuba pecah rumah aku. Aku takkan teragak-agak untuk report polis. Kau jangan ingat aku takut dengan kau. Kesabaran aku pun ada hadnya Ashraff!."tengking Nasuha mulai hilang sabar.

"Arghh!!"Ashraff menjerit geram lalu melangkah pergi.

"Apalah nasib aku kena layan Mamat Mental macam Ashraff tu ikutkan hati aku ni dah lama aku cekik si Ashraff tu!"

Nasuha melangkah masuk kedalam rumah semula. Dia mengunci pintu rumah tersebut cukuplah dia diganggu oleh orang gila seperti Ashraff tadi.

"Aik? mana pulak si Rissa ni?," Nasuha bercekak pinggang. Matanya tercari-cari kelibat Fatin Arissa namun tiada langsung.

"Apalah masalah si Rissa ni ?, mungkin dia dalam bilik kut," teka Nasuha kakinya menapak naik ke tangga untuk ke bilik atas.

*********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top