BAB 28
Nafasnya tercungap-cungap dan dadanya berombak untuk mendapatkan oksigen.Nasuha berjalan perlahan kearah bangku panjang lalu melabuhkan punggungnya disitu.
"Apalah yang Fatin buat sekarang. Selalunya minah tu lah yang teman aku jogging tapi hari ni tak."Nasuha bermonolog.Tangannya menyeluk poket mencari telefon bimbitnya.
"Nak call ke tak? mesti dia tengah happy dengan laki baru dia.Dia dah dua kali kahwin tapi aku? jangankan kahwin calon pun tak ada nampak sangat aku ni tak laku."bebel Nasuha sambil memuncungkan bibirnya.
"Assalamulaikum Fatin!! selamat pengantin baru semoga ke anak cucu bahagia.."sempat pula Nasuha menyanyikan sebuah lagu.
"Walaikumussalam Nasuha kau nak apa? tiba-tiba menyanyi lagu tu? kena sampuk ehh? ke demam rindukan aku."teka Fatin Arissa tangannya ligat mengacau lauk yang dimasak.
"Ehh, tak ada maknanya aku nak rindukan kau. Amacam? happy tak ada suami? untunglah kau, aku ni sampai sekarang tak kahwin lagi sedih tau."ujar Nasuha dengan nada mengada.
"Happy? Alhamdullilah bahagia.."sebolehnya Fatin Arissa mahu menyembunyikan segalanya yang tersimpan dihati biarlah hatinya saja yang memendam.
"Betul ke? kalau bahagia Alhamdullilah harap tak dapatlah suami perangai macam Ashraff tu lagi."
"Hmm...harap macam tu lah."Fatin Arissa tersenyum hambar.
"Bila kau nak balik? aku rindu la.."
"Kan aku dah kata kau rindukan aku kan! sebab tu otak kau senget."
"Ehh, sorry sikit aku rindu kau sebab nak ajak kau jogging sekali ada faham! .Kau tau tak hari ni aku seorang je jogging bosan tau!"
"Teman kau jogging je pun, pergilah ajak Kiki kau."
"Kiki tu kucing, kalau dia manusia dah lama aku ajak dia.Tapi kalau ajak Kiki nak ke dia berlari? kucing pemalas tu sebab tu badan dia gemuk."
"Kucing siapa jugak?"
"Entah.."Nasuha pura-pura tidak tahu.
"Saja tak nak mengaku, Nasuha aku rasa aku balik hari ni lah.Esok suami aku dah start kerja."
"Sekejap, siapa suami kau dah lama aku nak tau ni!"
"Err.. suami aku boss aku.."balas Fatin Arissa.
"Apa? Boss kau? untunglah dapat suami kau Encik Boss."sengih Nasuha.
"Balik nanti kita lepak ehh."
"Ehh..mana boleh ingat sikit kau dah ada suami.Kau mestilah tinggal dengan suami kau buat apa pulak lepak dengan aku."
"Aku tau lah tapi takkan nak jumpa kawan sendiri pun tak boleh?!"
"Boleh tu memang boleh, tapi kena ada izin dulu faham? jangan jadi isteri yang nusyuz pulak!"
"Macamlah aku keluar dengan lelaki lain."Fatin Arissa menggeleng kepala.
"Aku cuma ingatkan je, okeylah bye Assalamualaikum."
"Walaikumussalam.."balas Fatin Arissa.
Fatin Arissa meletakkan telefonnya semula atas meja lalu dia meneruskan kerjanya.Tengku Qalif masuk kedapur lalu mengambil telefon Fatin Arissa tanpa dia sedari.
"Tak ada password ke."Tengku Qalif memeriksa log panggilan telefon itu.Tertera jelas nama Nasuha yang menelefon isterinya.
Fatin Arissa segera menoleh sebaik menyedari ada sebuah kelibat dibelakangnya.
"Abang! kenapa check telefon Rissa?"Fatin Arissa segera merampas dari tangan suaminya dengan kasar.
"Salah ke aku nak check telefon isteri aku sendiri?"soal Tengku Qalif dengan air muka yang serius.
"Masalahnya perlu ke curi-curi macam ni? tak boleh ke nak minta izin? apa mulut tu dah tak ada ke nak cakap minta izin?"marah Fatin Arissa tanpa berfikir panjang.
"Yang kau nak marah-marah sangat kenapa? ke dalam telefon kau tu ada nombor jantan lain."
"Hello jantan untuk binatang !."
"Pandai kau melawan kan! sengaja nak menangkan lelaki tu? patutlah Ashraff tak ragu-ragu nak ceraikan kau." senyum sinis Tengku Qalif.
Ringan sahaja tangan Fatin Arissa menampar wajah suaminya sendiri.Entah kenapa dia boleh bertindak luar kawalan hingga begitu.
"Rissa!"jerit Puan Aminna sebaik melihat kelakuan anaknya yang melampau itu.
"Apa yang Rissa buat ni? kenapa tampar Qalif? tau tak berdosa buat macam tu."marah Puan Aminna tanpa mengetahui keadaan sebenar.
"Tapi Mak...Rissa."Fatin Arissa cuba untuk membela dirinya.
"Tak ada tapi-tapi pergi minta maaf balik dengan Qalif!"
"Tapi Mak, Dia yang salah!"
"Apa lagi nak tuduh-tuduh minta maaf je la susah sangat ke? Mak tak pernah ajar anak mak kurang ajar dengan orang."
Hati Fatin Arissa terasa seperti ditusuk duri apabila Maknya sendiri yang menangkan Tengku Qalif.
"Mak Rissa minta maaf."Fatin Arissa melangkah pergi tanpa menunaikan apa yang disuruh oleh Maknya.
Fatin Arissa menutup pintu bilik tidurnya.Perlahan-lahan kakinya lemah umpama tak mampu menampung berat badan.Air mata mulai jatuh berlinangan.Hati diketuk dengan pelbagai soalan menerpa.Dimanakah sifat lelaki yang dia kenal sebelum berkahwin itu? Kenapa Tengku Qalif boleh berubah dengan sekelip mata? Adakah semuanya berpunca dari Nenda?
"Cepatnya kau berubah!"hatinya meraung pedih.Sakit kenapa harus Tengku Qalif dimenangkan sedangkan dia yang bersalah.
Tanpa berfikir panjang Fatin Arissa mengemaskan kesemua baju-baju miliknya lalu dimasukkan kedalam beg bagasi.Dia masuk kedalam bilik mandi untuk mencuci muka sebentar lalu keluar semula.
Fatin Arissa mencapai kunci keretanya dan mengangkat begnya keluar dari kamar tidur.
"Rissa nak pergi mana?"soal Fayyad kebetulan lalu dihadapan bilik adik perempuannya seorang itu.Sempat juga dia menilik mata Fatin Arissa yang merah mungkin akibat menangis.
"Rissa nak keluar."balas Fatin Arissa dengan nada sebak.
"Rissa kenapa menangis? siapa yang buat?"gusar hati melihat adiknya begitu.
"Tak ada apalah Alang, kirim salam dekat Mak cakap Rissa balik awal ada urusan kerja."balas Fatin Arissa menyalam tangan Fayyad dan berlalu pergi.
"Ni mesti bersebab mustahil lah kalau urusan kerja!.kalau tak kenapa dia boleh menangis dan yang paling penting kenapa dia tak balik dengan suami sendiri!!"Fayyad mulai melahirkan rasa tidak sedap hati .
××××××
"Alang..ada nampak Rissa tak? puas mak cari dia."soal Puan Aminna.
"Rissa dah balik mak, sempat jugak Alang tengok dia menangis tadi."balas Alang selamba.
"Dia menangis sebab apa? dan lagi satu dia balik pergi mana?!"suara Puan Aminna tegas jelas kedengaran.
"Alang ada tanya dia, dia cakap dia kena balik sebab ada urusan kerja jadi dia kena cepat."
"Urusan kerja apa pulak?!"
"Itu Alang tak tau, cuma Alang tahu dia menangis tu je.Mak janganlah ambil serius."
"Tapi masalahnya takkan Rissa tak beritahu mana dia pergi."
"Mak..kalau Alang tau dah lama Alang cakap.Mak pun dah kenal anak mak macam mana? dia takkan buat hal macam ni kalau tak ada orang yang sakitkan hati dia."seraya matanya memandang Tengku Qalif.
"Mak tau lah, tapi Rissa tu dah melampau dia tak hormat suami."ujar Puan Aminna yang masih membela menantunya.
"Masalahnya Mak, suami Rissa hormat Rissa ke?"sindir Fayyad.
"Alang pun nak jadi macam Rissa ke?!"
"Tak! bukan macam tu, Alang cuma cakap je.Okeylah Alang nak kemas baju nanti nak kena balik esok dah start kerja.Mak, Rissa dia kirim salam dengan Mak."
Fayyad sempat menepuk lembut belakang Tengku Qalif."Kau pilih samada pujuk adik aku atau kau akan menyesal."bisik Fayyad ditelinga Tengku Qalif lalu melangkah pergi.
Tengku Qalif mengetap bibir geram."Apa yang Abang dia nak buat pada aku hah?"monolog hati Tengku Qalif.
"Qalif, maafkan mak sebab anak mak ni buat perangai.Rissa dengan Alang ni memang rapat sangat sebab tu jadi macam ni sekepala.!"luah Puan Aminna kesal.
"Biarkan Mak, biasalah adik beradik mestilah sekepala."balas Tengku Qalif bersahaja.
"Mak betul tak tahu mana nak letak muka mak ni, memang memalukan."
"Mak janganlah cakap macam tu, setiap manusia pasti ada silap masing-masing.Semua manusia pernah buat silap."
"Qalif balik petang ni ke?"
"Iya Mak, esok kena start kerja banyak betul dah tinggalkan."
"Kalau macam tu tak apalah, Rissa tu mungkin tak pergi mana pun.Insyallah esok dia masuk kerja lah."
"Harap macam tu lah Mak."balas Tengku Qalif tenang.
********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top