BAB 25

Fatin Arissa merapati Tengku Qalif yang sibuk memerhatikan laptop miliknya.Buat kerja mungkin.

"Abang..buat kerja ke?"soal Fatin Arissa.

"Iyalah...takkan la membajak pulak."balas Tengku Qalif.

"Orang tanya elok-elok pun salah!"jeling Fatin Arissa geram.

"Tak salah pun,dah la Abang nak buat kerja ni janganlah ganggu Abang."ujar Tengku Qalif dingin.

"Kenapa dia ni dingin semacam je? aku ada buat salah ke? baru je nak masuk dua hari kahwin dah dingin macam ni.Sebijik macam kahwin terpaksa pulak!"getus hati Fatin Arissa lalu meninggalkan Tengku Qalif seorang diri diruang tamu.

Fatin Arissa menapak masuk kedalam kamar tidurnya.Dia melihat telefon milik Tengku Qalif berbunyi tertera jelas nama milik 'Nenda'.

"Ni mesti nenek dia..tapi kenapa aku tak pernah tau pasal nenek dia? ermm jawab je la..bukan salah pun."Fatin Arissa terus menjawab panggilan itu.

"Qalif..mana Qalif pergi ni? puas Nenda call Qalif tau tak! Nenda nak tanya ni macam mana perempuan yang dah jadi isteri Qalif tu? dia okey ke tak? sebab bila Ummi Qalif hantar gambar Qalif dengan dia hari tu nampak macam orang tak baik je.Bukan apa Nenda takut je Qalif tersalah pilih orang.Sekarang ni banyak perempuan pandang harta je Qalif entah-entah dia bukan suka dengan Qalif pun."lancang mulut Tengku Hasni mengata cucu menantunya sendiri.

Luka hatinya pabila terdengar kata-kata Nenda Qalif."Apa salah aku sampai Nenda benci sangat dengan aku?! sampai hina aku macam tu!"dengan segera dia mematikan talian dan membiarkan soalan Tengku Hasni itu tergantung tanpa jawapan.

"Sabar-sabar mungkin ada hikmah dengan semua yang berlaku ni."Fatin Arissa menenangkan hatinya.Siapa yang tak sakit hati tiba-tiba ada orang kutuk dia tanpa orang itu sedari?

Fatin Arissa berubah fikiran dia mengambil keputusan untuk keluar sebentar tanpa pengetahuan suaminya.Dia ingin pergi ke tempat yang selalu dapat tenangkan hatinya pabila masalah yang menimpa.Fatin Arissa mencapai tudung lalu dipakainya.

Dia keluar dari kamar tidur tanpa disedari orang lain lalu keluar rumah melalui pintu belakang.Dia bernasib baik kerana adik beradiknya,Mak dan Ayah tiada dirumah.Mereka sibuk berkunjung ke rumah Mak Ngah hujung minggu begini.

Fatin Arissa mengunci pintu belakang lalu melangkah meninggalkan rumahnya.

××××××

Puas Tengku Qalif mencari isterinya dimana, namun kelibat pun tiada terlihat."Mana pulak dia ni?"dia mengeluh panjang."Kalau nak keluar sekalipun bagi tahulah senang aku nak cari kau! bukan macam ni! ehh baru je nak masuk dua hari kahwin dia dah buat perangai! kau ni memang tak layak betul jadi pengganti Nurra!"dengus Tengku Qalif geram.

Tengku Qalif masuk kedalam kamar tidurnya lalu mencapai telefon dan dia mendail nombor telefon milik Fatin Arissa.Telefon yang dipegang oleh Fatin Arissa berbunyi tanda panggilan masuk namun dia hanya membuat tidak endah lalu meneruskan langkahnya.

Tengku Qalif menghempas telefon pada katil."Ehh..kau ni memang nak cabar aku ke?"marah Tengku Qalif tidak tentu pasal.Dia bercekak pinggang dadanya turun naik nafas diatur semula.Tengku Qalif cuba menenangkan fikirannya."Kau kena tenang Qalif! kau dah dapat apa yang kau nak! kau tak perlu risaukan dia..kau kahwin dengan dia pun bukan kerana cinta!"getus hatinya.

"Assalamulaikum..."Encik Khairil memberi salam.

"Diorang dah sampai ke? kenapa aku tak sedar?"Tengku Qalif melangkah keluar dari kamar tidurnya lalu membuka daun pintu rumah.

"Walaikumussalam..Mak Ayah masuklah."jemput Tengku Qalif berpura-pura tenang padahal didalam hati panasnya hanya Tuhan yang mengetahui.

"Abang Qalif..mana Kak Rissa?"soal Firhad.

"Kak Rissa...dia keluar sekejap katanya nak pergi rumah kawan dia.."

"Rumah kawan dia? siapa Yuhanis ke?"

"Iyalah kot.."

"Kenapa Qalif benarkan...Rissa tu kalau berjalan ke rumah kawan baik dia tu.Memang jaranglah nak balik awal."ujar Puan Aminna.

"Qalif sengaja benarkan biarlah lagipun mesti Rissa dengan kawannya dia lama tak jumpa kan."kata Tengku Qalif tersenyum sinis.

"Kalau betul dia pergi rumah kawan dia baguslah..aku takut je kau tak boleh jaga adik aku macam si Ashraff buat kat adik aku dulu."selamba saja Fayyad memerli.Fayyad dalam diamnya apabila berbicara pasti berbait bisa.

Serta merta airmuka Tengku Qalif berubah wajah kerana diperli sedemikian."Aik..terasa ke?"Alang memerli lagi.

"Tak adalah..Qalif boleh jaga dia dengan baik Insyallah."nafi Tengku Qalif sambil tersenyum kelat.

"Alang..kenapa cakap macam tu? Qalif bukan macam tu lah..Mak percayakan Qalif."bela Puan Aminna.

"Ala Mak,Alang cuma nak ingatkan je kalau terasa tu faham-faham je lah.Sedangkan Rissa kahwin dengan lelaki yang dia cinta pun boleh bercerai apatah lagi yang tiada hubungan apa-apa ni tup..tup..dah kahwin.Alang tak nak lah Adik Alang menangis sebab lelaki tak guna.!"balas Fayyad bersahaja dan berlalu pergi.

Bait-bait kata Alang umpama pisau belati yang menghiris hati Tengku Qalif."Qalif janganlah terasa sangat dengan cakap Alang tu.Dia memang macam tu dalam kata-kata ada bisa tapi hati dia baik."Puan Aminna menenangkan hati Tengku Qalif.

"Kau ingat aku boleh berdiam diri ke? Kau memang silap besarlah sebab bermain dengan aku!"bentak hati Tengku Qalif sambil menjeling tajam kearah kelibat Fayyad yang berlalu pergi.

××××××

Kaki Fatin Arissa menapak perlahan sebuah jambatan.Dia mendekati pagar jambatan lalu membuang pandangan jauh pada sebatang sungai.Hatinya tenang saat ini bukan seperti keadaan tadi sakit hati bercampur kecewa.

"Kenapa Nenda dia benci sangat dengan aku? aku ada ganggu hidup Nenda dia ke?"Fatin Arissa menghela nafas panjang.

Diawal perkahwinan lagi sudah diuji sebegini apatah lagi yang akan datang? mungkin lebih dasyat dari ini."Apakah yang dia sembunyikan dari aku?"soalan ini sentiasa bermain-main difikirannya.

Fatin Arissa mulai sedar bahawa Tengku Qalif mulai bersikap dingin dengannya tanpa mengetahui atas-atas sebab tertentu."Ya Allah kuatkanlah aku.."Fatin Arissa meraup wajahnya.

Sebuah kereta Myvi berwarna merah saga berhenti disitu.

"Fatin.."sapa seorang lelaki dari belakangnya sambil menurunkan cermin kereta.Fatin Arissa segera menoleh kearah pemilik suara.

"Danish..kau ke?! lamanya tak jumpa kau.."Fatin Arissa tersenyum melihat Danish ada dihadapannya.Dia akui dahulu dia pernah menaruh hati dengan Danish dulu tapi semuanya berakhir setelah Ashraff hadir dalam hidupnya.

"Aku dengar kau dah kahwin.."tegur Danish.

Fatin Arissa terdiam seketika."Dah untuk kali keduanya."Fatin Arissa tersenyum sinis.

"Wow..ayat kau lain macam je bunyi? ni kenapa duduk kat sini sorang-sorang? Encik suami kau mana? kenapa tak jalan-jalan sekali?"bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Danish merangkap kawan baiknya sejak dari zaman sekolah tadika hingga kini.

"Tanya satu-satu boleh tak? okeylah aku jalan-jalan ni nak ambil angin je."

"Iya ke? macam tak jujur je kau ni!."

"Sumpah! aku tak tipu..kau ingat aku ni kaki kelentong macam kau ke?!"

"Iyalah tu..ehh jomlah aku teringin nak lepak dengan kau."ajak Danish.

"Tak payahlah...lagi pun suami aku tak tau aku keluar ni."

"Kau ni la..tak eloklah buat macam tu patutnya minta izin dulu!"

"Aku lupa sorry la."

"Kau ada telefon kan? call je la..Apa guna telefon tapi simpan je.Baik kau tanam je telefon yang kau beli mahal-mahal tu."perli Danish.

"Okeylah nanti aku call Alang aku..Alah kau ni tak boleh kan tengok aku happy! mesti ada je ayat kau nak perli aku!"jeling Fatin Arissa.

"Cepatlah..tak panas ke? dah tengahari terik kut.Tak takut hitam ke apa?!"

"Hekeleh mamat Danish ni macam tak ikhlas je nak ajak aku!."

"Kalau aku tak ikhlas aku dah lama tinggalkan kau dekat sini faham! cepatlah tumpang aku naik kereta ni Hanis,Iman dengan Haikal dah lama tunggu!"

"Diorang pun ada sekali ke?"soal Fatin Arissa teruja.Sudah lama mereka berlima sahabat tidak lepak bersama maklumlah masing-masing sibuk dengan kerja.

"Mestilah ada kau jugak yang kata tak ada seorang tak lengkap..jadi kau mesti ada.Kalau tak mesti tak lengkap punyalah."

"Okey..okey..aku ikut!"Fatin Arissa masuk kedalam perut kereta Danish.Kereta Danish perlahan-lahan membelah angin dijalan raya.Mereka akan menuju ke Kafe tempat yang selalu mereka berlima melepak bersama-sama.

********

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top