BAB 23
Dalam beberapa minit lagi dia bakal bergelar isteri orang untuk kali yang kedua.Harapannya adalah satu supaya bahtera perkahwinan mereka akan kekal sehingga akhir nafas mereka.Majlis ijab kabul akan bermula sebentar.Bakal suami Fatin Arissa sudah berhadapan dengan tok kadi dan lelaki itu jugalah yang akan melafazkan terima nikahnya.
"Mana Qalif ni? dia ni memang nak tipu aku ke?!!"bentak hati Fatin Arissa.Tapi nampak gaya dari belakang lelaki depan tok kadi tu macam kenal siapa erk?
Keluarga Tengku Qalif masuk ke dalam masjid dan duduk dibelakang Fatin Arissa namun dia langsung tidak menyedari.
"Baiklah...semua dah sedia ke?"soal Tok Kadi.
"Dah..."balas mereka serentak.
"Baiklah kita akan mulakan sekarang."
Hati Fatin Arissa mulai berdetak kencang.Mana kan tidak kelibat Tengku Qalif langsung tiada disini.Bagaimanakah Tengku Qalif ingin bantu batalkan majlis ni? tapi kalau batalkan..mesti Mak dengan Ayah akan malu.
"Tengku Qalif Irfan bin Tengku Qalid..aku nikahkan dikau dengan Fatin Arissa binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Fatin Arissa binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai."dengan sekali lafaz Tengku Qalif telah menjadi suami kepada Fatin Arissa.
"Sah? sah?"soal Tok kadi.
"Sah.."balas mereka serentak sekali lagi.
"What! Tengku Qalif Irfan?"air mata Fatin Arissa mulai jatuh membasahi pipi kerana ditipu hidup-hidup oleh Tengku Qalif.
Acara menyarungkan cincin ingin dimulakan.Tengku Qalif sudah berhadapan dengan Fatin Arissa."Kenapa kau tipu aku?"bentak hati Fatin Arissa sakit.
Tengku Qalif menyarungkan cincin dijari manis Fatin Arissa.Isterinya hanya mendiamkan diri,dia juga sempat melihat wajah Fatin Arissa seolah-olah marah dengannya namun disimpan didalam hati sahaja.
Usai majlis akad nikah sebentar tadi Tok Kadi sudah meminta diri untuk pergi.Tengku Aliya mendekati Fatin Arissa yang begitu manis dikenakan rekaan baju pengantin amat 'simple' dan menarik.
"Tahniah..sebab Fatin dah jadi isteri Qalif.Jadi isteri yang baik ya."pesan Tengku Aliya.
"Insyallah Ummi.."air mata diseka dengan segera.
"Dah..jangan menangis sekarang kita dah jadi family tau."
Fatin Arissa hanya mampu tersenyum manis buat Tengku Aliya dan Tengku Qalid yang berada dihadapannya.
××××××
Usai mandi Fatin Arissa mengeringkan rambutnya yang basah dihadapan meja solek.Tengku Qalif yang baru sahaja masuk terpana seketika dengan kecantikan isterinya memang serupa dengan Arwah Tengku Nurra."Stop Qalif! kau kena ingat kau kahwin dengan dia pun bersebab!"bisik hatinya.
Rambut Fatin Arissa yang mengurai panjang itu dikeringkan.Tengku Qalif menapak perlahan mendekati Fatin Arissa daripada belakang.
"Tengku nak apa?"soal Fatin Arissa.Riak wajah Fatin Arissa tampak begitu geram.
"Saya nak awak."usik Tengku Qalif.
"Sampai hatikan Tengku tipu saya ,kata nak tolong batalkan majlis tapi..tapi Tengku yang kahwin dengan saya dan lagi satu kenapa baru sekarang saya tau yang nama penuh Tengku ada nama 'Tengku'?"
"Saja saya nak sorokkan..salah ke?"
"Tak salah pun..tapi kalau nak tipu biarlah tipu betul-betul jangan bagi tahu hal sebenar langsung."jeling Fatin Arissa geram.
"Pasal hal tu saya nak minta maaf..cara ni je yang saya boleh buat untuk selalu dekat dengan awak."
Fatin Arissa menghela nafas panjang."Okeylah kali ni saya maafkan Tengku tapi kalau Tengku tipu saya lagi memang saya tak akan maafkan Tengku!"ugut Fatin Arissa.
"Betul ni? okeylah, lagi satu saya nak pesan tolong jangan gunakan panggilan 'Tengku' okey sebab kita dah suami isteri yang sah."
"Okey..Fatin cuba."balas Fatin Arissa teragak-agak.
"Sayang jom tidur."Tengku Qalif tersenyum nakal.
"Tak payah nak mengada-ngada erk..awal lagi kut nak kena bebel dengan Mak saya ke?!!"
"Okeylah sayang..Abang minta maaf okey."
"Tengku Sweet Talker...sekarang saya nak awak pergi mandi ya!"
"Iyalah..tuala mana?"
Fatin Arissa mencapai tuala yang terletak diatas katil lalu diserahkan Tengku Qalif.
"Dah pergi mandi..."arah Fatin Arissa.
"Baiklah sayang.."balas Tengku Qalif lalu menapak masuk kedalam bilik mandi.
**********
lepas baca jangan lupa vote♡
sis nak promote:-
novellover03-Seindah Pelangi
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top