BAB 14
Tengku Qalif begitu leka memandang sawah padi yang terbentang luas itu."Encik tak pernah datang sini ke?"soal Fatin Arissa.
"Tak pernah...saya langsung tak tahu yang kat sini ada sawah padi.."
"Ouh..Kampung Encik dimana?"
"Saya tak ada kampung..sejak dari kecil saya tak pernah tahu pasal kampung saya.."
"Encik rugi tau kalau tak ada kampung..best ada kampung dapat tenangkan fikiran disamping yang tersayang.."Fatin Arissa mengukirkan senyuman.
"Saya tak perlukan kampung cukup ada orang yang sayang saya dan bahagiakan setiap hari-hari saya.."
"Saya tahu siapa orang tu!"
"Aisha kan!"teka Fatin Arissa.
"Betul tapi lagi satu..."
"Siapa?"
"Bakal ibu kepada Aisha...awak nak ke jadi calonnya?"kata Tengku Qalif separuh berbisik.
Terdiam Fatin Arissa seketika."Biar betul Encik Qalif ni? mabuk minum ketum ke apa..tetiba nak jadikan aku calon isteri dia."bebel Fatin Arissa dalam hati.
"Fatin...awak dengar tak?"ujar Tengku Qalif mematikan lamunan Fatin Arissa.
"Maaf...Encik saya tak dengar.."bohong Fatin Arissa.
"Sudi tak awak jadi isteri saya.."
"Err...kalau Encik berani sangat pergilah cakap dengan Ayah dan Mak saya..tu pun kalau Encik berani la.."Fatin Arissa tersenyum sinis.
"Okey...sebab sebelum ni saya pun dah pernah kahwin jadi tak ada masalah kut.."
"Encik nak cakap dengan Mak dengan Ayah saya betul-betul ke?"
"Soal kahwin ni bukan main-main tau...kalau saya cakap nak bermakna saya memang nak kat awak.."
"Ala mati la aku...hari-hari nanti kena hadap muka dia je! bukan hari-hari tapi sampai akhir hayat!"gumam hati Fatin Arissa.
"Tapi Encik...saya tak sedia nak berkahwin untuk kali kedua..."
"Awak ingat saya dengan Ashraff sama ke? saya kalau dah sayang seseorang saya akan setia...tapi kalau awak tak percaya terserah awaklah.."
"Memang awak dengan Ashraff tak sama..tapi saya macam takut nak berkahwin bila teringatkan perkahwinan pertama saya musnah macam tu saja.."
"Insyallah..kalau awak tanamkan niat dalam hati untuk mencintai dan menyayangi saya..hasilnya akan datang..lagipun saya dan awak pun mempunyai nasib yang sama.."
"Tapi kita baru je kenal...kenal pun masa Encik hampir langgar kereta kawan saya..tak macam terburu-buru ke?"
"Kita bercintalah selepas kahwin.."
"Encik berilah masa untuk saya berfikir..selesaikan Abang Ngah saya dulu kemudian barulah saya fikirkan seterusnya.."
"Betul ke dia cintakan aku? tapi kenapa tergesa-gesa? aku kerja dengan dia pun tak sampai sebulan tiba-tiba dah lamar aku jadi isteri dia.."bisik hati Fatin Arissa.
"Baiklah saya akan beri awak peluang untuk berfikir cukup masa saya suruh Ummi dan Ayah saya pergi datang merisik dan bertunang."
"Hmm...Encik jomlah balik..nanti orang kata apa pulak berdua-duaan dekat sini.."Fatin Arissa mengajak Tengku Qalif pulang.
Langit mulai beransur-ansur gelap menunjukkan malam bakal menjelma.
××××××
Tengku Zarul merebahkan tubuhnya pada katil.Ingatannya melayang mengingati wajah manis Fatin Arissa."Kenapa muka dia sama dengan Arwah Nurra ehh? ermm..biarlah yang penting aku akan cuba dapatkan dia sebelum Qalif!"monolog Tengku Zarul lalu menghela nafas yang panjang.
Tengku Zarul mencapai telefonnya yang berada dibawah bantal lalu membukanya.
"Nak mesej dia atau tak?"Tengku Zarul teragak-agak."Ehh..dia online la..nak whatsapp ke tak nak? ahh buat je la..bukan aku nak makan dia."
"Assalamulaikum..Fatin awak buat apa tu? dah makan ke belum?"-Tengku Zarul
"Walaikumussalam..saya tengah tolong mak saya buat persiapan untuk majlis resepsi Abang saya.."-Fatin Arissa
"Awak ada dikampung ke?"-Tengku Zarul
"Iya..Encik Zarul"-Fatin Arissa
"Okeylah..kalau macam tu jaga diri baik-baik tau..bye Assalamulaikumm."-Tengku Zarul
"Walaikumussalam...Thanks bye.."-Fatin Arissa.
Tengku Zarul menutup telefonnya."Ada dikampung pulak..tak apalah sekarang Abang dia kahwin mungkin lepas ni aku dengan dia pulak!"Tengku Zarul tersengih-sengih sendirian.
*********
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top