UWMA: 9

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading! 🤍

| 070424 |



LAJU jari-jariku bergerak menulis di atas buku tulis subjek Bahasa Melayu. Kepala digerakkan ke kiri dan kanan berulang kali bagi mengurangkan rasa lenguh di leher. Penatnya!

Air liur ditelan seketika sebelum dahi berkerut menahan sakit. Tekak tiba-tiba terasa pedih pula. Pen yang berada di tangan diletakkan di tengah bahagian buku sebelum menutupnya. Kemudian, aku mencapai dompet yang berada di dalam beg.

Nak beli air dekat mesin gedegang!

Lantas aku melangkah keluar dari kawasan Foyer C itu dan menuju ke kantin. Sepanjang perjalanan, senyap sahaja kawasan sekolah termasuklah kawasan kelas sesi petang. Khusyuk betul masing-masing belajar.

Usai sahaja sampai, aku terus berjalan ke mesin. Kepala didongak ke atas untuk melihat makanan dan minuman yang terdapat di situ. Termenung sekejap aku dibuatnya. Susah ini nak buat pilihan.

"Tu, yang berdiri depan mesin tu. Dialah."

"Ouhlah, dia ke?"

Perbuatan aku terhenti seraya menyedari sekumpulan budak perempuan saling bisik antara satu sama lain sambil mata mengerling ke arahku. Air liur ditelan kelat. Kenapa pula ini? Aku ada buat salah ke?

Aku tarik nafas dalam-dalam lalu hembuskannya. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar dan lantas membuka aplikasi gallery. Jari laju menggesek mencari satu gambar ini. Jumpa sahaja gambar itu, senyuman terus terukir di bibir.

Jadual kelas Mikael.

Membulat mata aku apabila telefon yang berada di tangan sekelip mata hilang diambil seseorang dari arah belakang. Lantas aku pusingkan badan 180 darjah. Terus mengeras badanku apabila susuk tubuh seseorang kini betul-betul berada di depan aku.

"Mikael," sebutku perlahan. Dia pantas menundukkan kepalanya memandang aku yang tinggi bawah paras bahunya. Dengan senyuman lebar di bibir, Mikael membuka mulut.

"Tak takut kena rampas ke?" soalnya dengan kening yang sudah terangkat sebelah. Aku hanya mendiamkan diri. Bukan kerana takut dengan kata-katanya, tetapi berdebar dengan jarak kami berdua sekarang. Mikael betul-betul berdiri di depanku.

"Aa... kau kan ada," balasku sambil menayangkan wajah selamba. Dia menggulingkan kedua belah mata ke atas sebelum mengundurkan beberapa langkah ke belakang. Aku pantas menghela nafas lega.

"Cepat belanja aku air." Selamba sahaja Mikael mengarahkan aku. Jelingan tajam diberikan kepadanya namun aku tetap mengikut arahan Mikael.

"Perempuan tu memang tak tahu malu ke? Bapak gatalnya!"

Terhenti segala perbuatanku untuk menekan butang air di mesin. Bibir diketap erat sambil mengepal tangan. Aku menghalakan pandangan ke arah kumpulan tersebut. Tanpa aba-aba, Mikael pantas berdiri di sebelahku. Melindungi aku daripada terus melihat dan mendengar perbualan mereka.

"Beli je." Aku akur arahan Mikael. Selesai sahaja membayar dan mengambil dua botol dari mesin, aku melangkah mendekatinya. Mikael ralit melihat telefon tanpa menyedari kehadiran aku yang berdiri di sebelahnya. Baru sahaja aku ingin menegurnya, Mikael terlebih dahulu membuka mulut.

"Ifti, mana kau dapat jadual aku?" tanya Mikael sambil menunjukkan jadual tersebut di depanku. Aku tergamam seketika sebelum berdeham.

"Ni... ada orang bagilah! Normallah sekolah ni," balasku dengan selamba. Telefon yang berada di tangan Mikael aku pantas mengambilnya kembali. Lantas disimpan ke dalam kocek seluar.

"Iye ke?" tanya Mikael dengan kerutan di dahi. Jelas riak tidak percaya di wajahnya. Aku laju menggangukkan kepala sambil menayangkan wajah yakin. Tolong, jangan tanya apa-apa dah.

"Okeylah kalau macam tu. Ingat kau yang simpan," ujarnya sebelum menghamburkan ketawa. Aku hanya tersenyum nipis. Kalaulah dia tahu, susah payahnya aku nak dapatkan jadual kelas dia.

"Tengok tu. Tak malu jalan dengan senior. Muka pun hauk ada hati nak dekat dengan senior? Tak sedar diri!"

Langkah aku terhenti dan automatik seluruh tubuh mengeras. Nafas pula seakan-akan tersangkut di kerongkong. Aku menggigit bahagian dalam pipi bagi menahan diri dari menangis.

Tajamnya kata-kata orang yang sempurna.

Mata dipejam sekejap sebelum nafas ditarik dalam-dalam lalu aku hembuskannya. Dapat aku rasakan bahang yang berada di sebelah. Perlahan-lahan kepala ditolehkan menghala ke arah Mikael.

Wajahnya jelas menunjukkan dia sedang menahan emosi. Aku cepat-cepat memegang lengan bajunya apabila dia berura-ura mendekati kumpulan tersebut. Aku menggeleng kepala sambil memberikannya senyuman. Aku tak nak timbulkam masalah.

"It's okay," ujarku dengan senyuman nipis. Sebaik sahaja mengucapkan kata-kata, terus aku melangkah meninggalkan Mikael. Dan serta-merta tangisan terlepas.








***








SEBAIK sahaja sampai di Foyer C, kakiku terus lemah dan tidak mampu untuk terus berdiri. Aku jatuh terduduk sebelum mengubah posisi dengan menyembamkan muka di lutut. Tangisan aku lepaskan semula. Terhinjut-hinjut kedua belah bahu disebabkam menangis punya pasal.

Aku bukanlah jenis ambil kesah dengan apa orang kata. Aku sedar diri yang aku tak cantik. Tak menarik seperti orang lain. Tetapi, aku pun ada hati. Ada perasaan. Kata-kata yang meluncur keluar dari bibir mereka sangatlah mengguriskan hati. Sakit sangat.

"Ifti...." Aku dengar namaku dipanggil tetapi aku hanya biarkan sahaja. Derapan tapak kaki seseorang semakin jelas di telinga. Aku masih dengan kedudukanku sekarang.

"Ifti, don't cry. You hurt me too."

Mikael.

Aku tahu itu suara Mikael. Suaranya memujuk aku untuk berhenti menangis. Suaranya yang menenangkan jiwa yang aku tengah rapuh. Suaranya juga yang mampu membuatkan aku jatuh cinta dengan diri dia.

Perlahan-lahan aku angkat kepala dan wajahnya menyapa pandanganku. Pandangan redupnya mampu mengubati hati yang kian rapuh dengan kata-kata manusia sempurna.

"Please, don't cry okay. I know that words hurt you so much. You have me," ucap Mikael dengan nada lembut. Memujuk aku untuk berhenti menangis. Tersedu-sedan aku di depannya. Mesti burukkan wajah aku ketika ini.

"You're pretty, Ifti. Don't mind about the bullshit words. Kau sentiasa cantik di mata orang yang tepat."

Sedikit sebanyak kata-katanya dapat menenangkan aku. Aku mengesat air mata menggunakan kain yang diberikan Mikael. Aku melakarkan senyuman kepadanya apabila merasakan diri dah sedikit okey.

"Thanks," ucapku ikhlas. Dia membalas senyumanku sebelum mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Aku hanya diam memerhatikannya sahaja.

"Nah. Lepas ni jangan nangis-nangis dah okay." Coklat Cadburry yang bersaiz besar diberikan kepadaku. Aku terkelu untuk seketika. Tangannya masih kekal menghulurkan coklat itu. Teragak-agak aku untuk mengambilnya.

"Take it, Ifti. Aku memang nak bagi kau," ujar Mikael sebelum meletakkan coklat di atas paha. Mungkin malas nak bergaduh dengan aku.

"Thank you," ucapku dengan senyuman.

"You're welcome," balas Mikael sambil membalas senyumanku.

Coklat yang diberikan Mikael itu aku genggam dengan erat. Apa yang Mikael lakukan hari ini betul-betul telah mencairkan hati perempuan aku. Dan sekali lagi, aku jatuh cinta dengan setiap perbuatannya.






TBC

VOTE AND COMMENTS 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top