UWMA: 5
Hai and assalammualaikum, new chapter is done!
Enjoy your reading!
| 270224 |
KERETA Vios hitam laju meluncur di atas jalan raya dan beberapa minit kemudian akhirnya sampai di hadapan sekolah. Telefon dimatikan lalu diletakkan di dalam bekas pensel yang lain sebelum memasukkannya ke dalam beg. Tujuan aku buat macam itu untuk mengelakkan kantoi dengan pengawas atau guru.
''Okaylah, Ifti pergi dulu,'' pamitku lalu menyium tangan dan kedua belah pipi papa. Aku mula melangkah keluar dan berdiri statik setelah menutup pintu. Tangan melambai-lambai ke arah papa sehingga bayang kereta hilang di mataku.
Aku menghayun langkah menuju ke tempat pertama yang wajib pergi apabila datang ke sekolah. Selalu sahaja perut memulas waktu pagi. Terpaksalah aku pergi ke tandas untuk membuang hajat besar. Ini salah satu alasan mengapa aku tak sarapan selain tak sempat.
Beg sekolah diletakkan di atas bangku lalu berlari anak masuk ke dalam tandas. Tanpa membuang masa, aku melepaskan segala benda yang ingin dibuang. Sepuluh minit kemudian, aku keluar dari tandas dengan senyuman lebar yang terukir di bibir.
Lega!
Kedua belah tangan dibasuh dahulu sehingga bersih. Awning tudung dibetulkan sampailah aku puas hati. Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu tandas terbuka dan seorang perempuan melangkah keluar lalu berdiri di sebelah aku. Senyuman terukir di bibir setelah aku berpuas hati dengan awning yang terbentuk di kepala.
Aku terasa seperti seseorang sedang memerhatikan tingkah laku pantas mengangkat kepala untuk memandangnya. Tekaan aku tepat apabila perempuan tersebut sedang memerhatikan aku. Senyuman nipis aku berikan kepadanya.
''Yes?" Aku menyoalnya.
''Kau dengan..." Belum sempat perempuan tersebut menghabiskan ayatnya, rakannya yang lain turut masuk ke dalam tandas. Tanpa membuang masa, aku terus melangkah keluar sebelum perkara tidak diingini terjadi. Macamlah aku tak tahu perempuan itu minat dekat Mikael. Aku mencebik bibir tanpa sedar.
''Oi, apahal buat mulut macam tu?"
Tersentak aku dibuatnya apabila ditegur secara tiba-tiba dari arah belakang. Mikael berlari anak menuju ke arah aku agar dapat berjalan sebelah aku. Aku menoleh ke arahnya ke yang sedang tersenyum lebar itu.
Pagi-pagi dah happy, mamat ini.
''Tak ada apa pun,'' balasku acuh tak acuh. Aku membetulkan tali beg supaya tidak jatuh ke bawah sangat. Nampak selekeh tau.
''Ye ke?'' tanyanya sambil mengecilkan mata yang sedia sepet itu. Aku tergelak kecil apabila melihat anak matanya tidak kelihatan. Comel betul Mikael ini.
''Kau tak bertugas ke? Selalunya pengawaskan ada tugas pagi-pagi.'' Aku memandangnya meminta jawapan.
''Aku kan senior. Kenapa aku pulak yang kena bertugas? Biarlah budak bawah aku yang buat kerja,'' balasnya selamba. Aku terlopong mendengar jawapan selambanya itu. Suka hati aje buli junior. Mentang-mentang dia senior!
''Mana boleh macam tu! Kau ingat kau senior, kau boleh buat suka hatilah?'' bebelku kegeraman. Boleh pula dia berfikiran begitu. Geram je dengan Mikael ini!
''Aah, memang pun,'' balasnya selamba. Aku memejamkan mata sambil menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Berikan kesabaran dalam diri ini, ya Allah.
''Okaylah, Ifti. Aku gerak dulu. Member aku dah sampai. Nanti dia fikir apa pulak. Aku chaw dulu, budak kecik! Take care.''
Mikael melambai-lambaikan tangan sebelum bergerak meninggalkan aku keseorangan. Aku hanya diam tanpa membalas kata-katanya. Langkahnya aku perhati sehingga dia hilang di mataku. Tanpa sedar, senyuman kecil terkecil terukir di bibirku.
***
KELAS mula riuh dengan suara rakan-rakan sekelasnya. Aku hanya buat tak tahu sahaja dan sambung menyiapkan kerja rumah. Aku memang budak pandai, tetapi dia jugak tidak lari dengan perasan malas. Itu lumrah seorang pelajar, okey.
"Ifti, kau memang suka lepak dengan senior tu ke?" tanya Alysa dengan nada berbisik. Aku hanya menjeling Alysa sebelum menyambung kembali menulis. Lenganku digoyang-goyangkan tanpa henti.
"Alysa Nur Raudah, jangan kacau aku boleh?" bengangku apabila Alysa tidak henti-henti menggoyangkan lengan. Nak cakap tu, cakap je! Ini tidak, dikacaunya sampai aku tak boleh fokus.
"Bapaklah, kau tak layan aku bhai. Dahlah, tak nak kawan kau do!" balas Alysa sambil menjelingku tajam. Lantas dia berjalan pergi meninggalkan aku sendirian. Aku hanya diam dan memerhatikan sahaja gerak-gerinya itu. Kepala digeleng perlahan. Tahulah aku pujuk Alysa nanti.
Aku mengangkat kepala apabila kelas tiba-tiba menjadi sunyi-sepi. Kepala diangguk faham seraya melihat kehadiran cikgu disiplin di hadapan pintu kelas. Itulah, bising macam tak ingat dunia lagi.
"Wah wah, bising bukan kemain lagi ye. Sampai bilik cikgu kat sana pun boleh dengar. Kenapa tak bagi bising sampai pejabat je? Sampai satu sekolah dengar ke?"
Satu kelas memilih untuk mendiamkan diri daripada membalas. Nanti dikatakan kurang ajar pula. Baik diam dan hanya dengar sahaja cikgu membebel.
"Lah, dah bisu ke kelas ni?" tanya Cikgu Leman sambil mengangkat sebelah kening. Kedua belah tangannya dipeluk. Masing-masing memilih untuk tidak memandang ke arah mata cikgu disiplin itu.
"Baguslah, tak adalah asyik memekak je. Pergi belajar tu." Lepas sahaja dia mengucapkan ayat terakhir itu, Cikgu Leman terus melangkah pergi. Aku tak terasa pun dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Cikgu Leman. Apa yang dia katakan itu semua betul.
Beberapa minit berlalu, Cikgu Tiara melangkah masuk ke dalam kelas lalu meletakkan barangnya di atas meja yang disediakan khas untuk guru. Kedengaran suara rakan sekelasku merangkap ketua kelas kami, Aidil mula memberi salam. Kami juga turut memberi salam bersama-sama sebagai tanda hormat.
Selesai sahaja tamat waktu persekolahan, rakan-rakan sekelasku mula beredar menuju ke rumah masing-masing. Mungkin ada yang merayau atau lepak dahulu sebelum pulang. Hanya aku sahaja yang tinggal dalam kelas. Melihat meja guru di depan penuh dengan buku-buku tulis, aku mengambil keputusan untuk menolong cikgu sebelum pulang.
"Cikgu, meja cikgu nampak penuhlah. Nak saya tolong tak?" tanyaku ramah. Bukan nak curi hati cikgu atau mengada, tapi lebih kepada sikap ingin menolong. Lagi pun, kesian pula aku tengok Cikgu Tiara sorang-sorang nak angkat semua buku-buku kitorang. Apa salahnya tolong, kan?
"Nasib baik awak ada, Ifti. Tolong cikgu angkat separuh, bawa masuk ke dalam bilik guru," balas Cikgu Tiara dengan senyumannya. Aku mengganguk faham sebelum mengambil separuh buku-buku tulis itu. Kami berdua berjalan bersama-sama menuju ke bilik guru yang terletak di aras dua. Sambil-sambil itu, kami berdua juga berborak kosong bagi menghilangkan rasa awkward.
"Assalammualaikum, cikgu!" tegur Mikael yang tiba-tiba muncul di hadapan kami berdua. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Kelihatan dia seorang sahaja tanpa ditemani orang lain. Wajah kacaknya menyapa pandanganku.
"Waalaikumussalam, Mikael. Ha... alang-alang awak dah ada dekat sini, tolong cikgu dengan Ifti angkat buku ni. Bawak pergi bilik guru," arah Cikgu Tiara sambil menunjukkan timbunan buku yang berada di pegangannya.
Laju aku memandang Cikgu Tiara dengan harapan dia menarik kembali ucapannya.
Suka memang suka, tetapi nampak hanya aku dan Mikael sahaja yang akan pergi ke bilik guru. Itu yang tak nak!
"Boleh je cikgu. Tapi, saya tengok cikgu macam busy je?" tanya Mikael sambil mengambil buku-buku itu dari pegangan Cikgu Tiara lalu dipegangnya erat. Aku terdiam apabila mendengar balasan yang keluar daripada mulut Mikael. Kenapa dia setuju, ya Allah!
"Aah. Cikgu ada meeting kejap lagi ni. Sebab tu minta awak dengan Ifti tolong. Nanti, awak berdua ambil Rm 10 setiap seorang dalam laci cikgu tau. Upah korang berdua," ujar Cikgu Tiara sambil matanya kejap-kejap melihat jam di tangan. Aku dan Mikael serentak memandang sesama sendiri sebelum membantah kata-kata Cikgu Tiara.
Banyak tu upah cikgu nak bagi!
"Dah, tak payah nak cakap apa-apa dah. Cikgu pergi dulu." Selepas sahaja menuturkan kata-kata, Cikgu Tiara laju berjalan meninggalkan kami berdua. Aku dan Mikael saling membalas pandangan beberapa saat.
"Jom, naik atas," ajak Mikael bersama senyuman manis yang sentiasa di bibirnya. Aku mengganguk kepala sebelum mengikut langkahnya dari belakang.
"Ifti," panggil Mikael yang berada di hadapan. Aku mengangkat kepala memandangnya sebagai respons lalu membalas 'hmm' sahaja. Malas nak mengeluarkan suara sebenarnya.
"Ifti."
"Ifti Liyana."
Aku mengambil nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya kasar. Geram kerana namaku tidak habis-habis disebut. Cakapnya tidak! Mesti nak kacau aku. Tak ada kerja agaknya.
"Ye, kau nak apa?" balasku kegeraman. Cuba kalau panggil itu, sekali dengan tujuan. Ini tidak. Panggil nama, lepas itu terus diam.
"Tak ada apa pun. Saje nak kacau," balas Mikael selamba sebelum menghamburkan gelaknya. Aku mengetap bibir sambil mata terpejam menahan geram. Aku dah kata, mamat ini tak akan sebut nama aku kalau tak ada sebab.
"Kau tahu tak... kau comel kalau kau geram," pujinya dengan tawa yang masih tersisa. Terkelu lidah aku mendengar ucapan yang meluncur keluar dari mulut Mikael. Jantung terus berdegup kencang. Benda ini yang aku tidak suka!
"Ifti, dah sampai!"
"Ifti Liyana!"
Tersentak lamunan aku apabila mendengar nama dipanggil berulang kali. Aku melihat tubuh tinggi Mikael kelihatan jauh dengan kedudukanku kira-kira 3 meter. Aku cepat-cepat berlari mendekatinya lalu mengikut langkah Mikael masuk ke dalam bilik guru.
"Suka termenung!" Kata-katanya aku abaikan lalu berjalan menuju ke meja Cikgu Tiara. Buku-buku diletakkan di atas meja dengan penuh berhati-hati. Aku baru sahaja ingin melangkah pergi, tiba-tiba lengan baju ditarik menyebabkan niatku terbatal.
"Jap, aku nak ambil duit yang cikgu suruh ambil," jelasnya tanpa memandang aku. Mikael sibuk membuka satu persatu laci milik Cikgu Tiara. Aku menghalangnya untuk terus melakukan begitu, namun aku yang dimarahi balik. Kononnya, kita menolak rezeki.
"Okay, dah jumpa. Jom." Mikael menunjukkan duit yang bernilai Rm 10 sebanyak 2 keping di hadapan mukaku. Mata digulingkan ke atas, langsung tidak kesah dengan nilai duit itu.
"Jom Ifti, kita pergi kantin," ajak Mikael dengan teruja. Gembiralah itu dapat duit free daripada cikgu. Aku terus membuat muka sebelum menggeleng kepala. Terus berubah wajah Mikael melihat balasanku.
"Malaslah, aku nak balik," balasku acuh tak acuh. Kedua belah bahu direnggangkan bagi mengelakkan kekejangan otot berlaku. Melihat Mikael yang tiba-tiba berubah jadi pendiam, lantas terbit keluhan di bibir. Aku mencuit bahunya berkali-kali untuk mengajak dia ke kantin. Tak sampai 5 saat, terus berubah menjadi Mikael yang aku kenal.
Cis!
"Mengadalah kau!"
"Dengan kau je!"
***
SETIBANYA sampai di kantin, mataku meliau melihat makanaan yang terhidang. Keluhan serta-merta terlepas di bibir. Tak ada satu pun yang menarik minat aku. Atau aku yang tak pernah jejak kaki di sini? Mungkin, itu penyebabnya.
"Kamu nak apa, ye?" tanya mak cik kantin itu yang dikenali sebagai Mak Cik Zura. Segaris senyuman terukir di bibirnya. Aku membalas senyuman yang diberikan. Mikael yang berada di sebelah kanan aku sibuk memilih makanannya.
"Saya nak roti sosej, roti cheese, roti ayam spicy...." Dan banyak lagi makanan yang terbit di bibirnya. Terbuntang mataku melihat kedua belah tangan Mikael penuh dengan plastik-plastik makanan. Dia makan ke melantak ini?
"Kau tak beli ke?" tanya Mikael dengan mulut yang penuh. Dia mengunyah roti sosej itu dengan berhati-hati supaya sos tidak tumpah di bajunya.
"Tak naklah, tak ada apa yang menarik pun," balasku sambil membuat muka. Aku tak tipu bila aku kata macam itu. Memang dekat kantin, tidak ada makanan yang menarik minat aku untuk membeli.
"Nah, ambillah." Plastik makanan yang berisikan dengan roti ayam spicy dihulurkan ke arahku. Terkebil-kebil aku memandangnya, meminta penjelasan.
"Buat apa? Tu kau punya, bukan aku," balasku sambil menolak plastik yang dihulurkan itu. Sekeras-keras kepala aku, keras lagi kepala Mikael itu. Dia berkeras untuk memberikan makanan kepada aku. Nak tak nak, aku terpaksa mengambilnya juga.
"Thank you," ucapku sambil menguntum senyuman nipis. Mikael mengangguk-angguk kepala tanpa menjawab ucapanku. Kedua belah pipinya kembung dengan makanan yang terisi dalam mulut.
"Kau tak stay ke hari ni?" Selesai sahaja menghabiskan makanan, dia pantas menyoal aku. Kepala digelengkan sebagai balasan. Aku juga memberitahunya yang hari ini aku penat. Itu menjadi alasan kukuh untuk aku nak balik rumah terus.
"Ouh." Mikael terus mendiamkan diri. Kami berdua berjalan beriringan tanpa berbual. Seperti ada jurang di antara kami berdua, menyebabkan aku rasa tidak selesa dengan situasi macam ini. Aku berdeham seketika untuk menarik perhatiannya.
"Kau... tak stay ke hari ni?" tanyaku sambil bermain jari. Dia laju menggeleng kepala. Kenapa pula si Mikael ini tak stay? Rasanya hari-hari dia stay dekat sekolah sampai petang. Pelik.
"Asal?"
"Saje. Bosanlah sorang. Lagi pun, kau bukan ada pun," balasnya selamba. Langkahku terhenti apabila mendengar balasan Mikael. Lagi dan lagi. Jantung memainkan peranan dengan menghasilkan degupan. Tetapi, kini lebih kencang dari biasa.
Aku termangu seketika di belakang. Mikael sudah jauh berjalan di hadapan meninggalkan aku sendirian. Mungkin dia tak perasan aku berhenti. Kata-katanya kini bermain di mindaku. Seolah-olah ayatnya diulang berkali-kali.
Mikael, i hate this, you know.
Thank you for reading! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top