UWMA: 36
Hai, new chapter is done! Lagi 1 chapter guys before end. Ready?
P/s: Aku dah tulis lama chapter ni before chapter lain. So, jangan pelik okay :>
Enjoy your reading! 🤍
[ Write: 150524, 140924 ]
[ Pub: 180924 ]
10 tahun kemudian...
SEBAIK sahaja selesai, aku memilih untuk keluar dahulu. Letih menunggu sepupu aku yang satu itu. Pandai-pandailah dia call aku nanti kalau dah selesai pilih baju. Pilih baju kahwin pun lama. Dia yang nak kahwin, aku yang terpaksa ikut.
Aku menolak tombol pintu dan terus melangkah keluar tanpa melihat hadapan dulu. Dan disebabkan sikap aku yang melulu itu, tanpa sengaja aku terlanggar seseorang.
Cepat-cepat aku menunduk dan minta maaf kepadanya. Apabila tiada respons diberikan, aku mula mengangkat kepala sebelum seluruh tubuh mengeras. Tergamam aku dibuatnya apabila menyedari orang yang aku langgar tadi adalah 'dia'.
"Hai, Ifti."
Suara itu!
"Hai, Mikael."
Ye, Mikael Ayden. Mikael yang sama. Wajahnya yang sekarang semakin matang. Tetapi masih segak dan kacak. Mikael yang berjaya buat aku setia dengannya selama sepuluh tahun.
Ye, sepuluh tahun.
"How's your life?" tanyanya bersama senyuman. Kami berdua bertentang mata seketika sebelum aku cepat-cepat alihkan pandangan ke arah lain.
"Alhamdulillah, fine. Kau pulak?" tanyaku kembali.
"Alhamdulillah, me too," balas Mikael sambil menggangukkan kepala. Aku menghadiahkannya senyuman sebelum masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.
Mataku diliarkan ke sekeliling sebelum menyedari sesuatu. Aku... baru keluar dari butik baju kahwin ini. Dan dia... nak masuk ke dalam? Untuk apa?
Jangan cakap...
Aku gelengkan kepala berulang kali, menepis andaian negatif yang hadir di minda.
"Ifti..."
Namaku dipanggil lembut menyebabkan aku terdiam secara tiba-tiba. Jantungku berdegup dengan laju apabila melihat perbuatannya yang sedang mengeluarkan sesuatu dari beg. Seperti aku sangka, dia mengeluarkan sampul berwarna putih lalu diberikan kepada aku.
"Tak sangka aku dapat jumpa yang dekat sini." Kata-katanya seperti angin yang sudah berlalu pergi. Langsung tidak masuk ke dalam telinga. Perlahan-lahan mataku dilirikkan ke sampul surat yang berada di pegangan Mikael.
Tolonglah.
Tolong, jangan cakap yang ini...
"Datanglah majlis aku nanti ye."
Zap!
Saat itu juga sekeping hati yang hampir sembuh terluka kembali. Dada seakan-akan dirobek dan disiat-disiat dengan pisau yang begitu tajam. Hanya satu ayat mampu merapuhkan jiwa aku. Mampu membuka kembali luka yang lama.
Ya Allah, sakitnya.
Menggeletar habis seluruh tubuhku ketika itu. Namun, aku cuba gagahkan juga di depannya. Sampul surat yang berisi kad di dalamnya aku ambil dengan hati yang terluka. Sungguh, aku nak pergi dari sini. Tak cukup kuat untuk berdiri di hadapannya.
Tolonglah... katakan ini semua mimpi.
"Congratulations... for your wedding."
Hancur. Berkecai. Itulah perkataan yang mampu menerangkan keadaan hati aku saat ini. Mata sudah mula bergenang dengan air mata tetapi lekas aku mengelapnya.
Aku memang tak ada peluang ke?
"Aku pergi dulu ye. Jumpa nanti, Ifti. Take care," pamit Mikael sambil memberikan senyuman. Aku mengganguk kepala dan membalas senyumannya. Kami berdua pun berpisah mengikut arah masing-masing. Dia melangkah masuk ke dalam butik, manakala aku pula ingin keluar dan menuju ke kereta.
Aku menghentikan langkah lalu badan dipusingkan 180 darjah. Aku hanya perhatikan setiap langkah Mikael sehinggalah bayangannya hilang di mata. Senyuman nipis terukir di bibir.
Aku mengatur langkah menuju ke tempat kereta. Sampai sahaja di kereta, aku cepat-cepat membuka pintu lalu masuk ke dalam. Saat itu, empangan air mata pecah sekian lama. Teresak-esak aku menangis dengan kenyataan yang baru diberikan tadi.
Tulisan yang timbul di atas kad kahwin itu diusap dengan tangan yang menggeletar. Air mata jatuh di atas kad itu. Aku mencengkam dada dengan mata yang dipejamkan. Ditumbuk dada berkali-kali bagi mengurangkan rasa sakit yang menjalar.
Sepuluh tahun.
Sepuluh tahun yang sia-sia.
Ya Allah, sakitnya perasaan ini. Sakitnya kenyataan yang baru diterima tadi. Aku tak kuat.
Saat itu, aku hanya membiarkan air mata mengalir turun di pipi. Esakan demi esakan mula terhasil. Kepalaku dirapatkan ke stereng dan disembamkan di situ untuk sementara. Melepaskan rasa sakit dan terluka yang dipendam saat ini.
***
SAMPAI sahaja di rumah, aku melangkah masuk ke dalam dengan langkah yang lemah.
Mata pun sudah sembap akibat menangis tidak henti tadi. Hampir dua hingga ketiga jam aku luangkan dengan menangis sebelum pulang ke rumah.
"Ifti?"
Kepalaku pantas diangkat ke atas apabila mendengar suara Alysa yang menegurku. Bibir sudah tercebik-cebik saat melihat dirinya yang menghampiriku. Terus aku berlari mendekati Alysa seperti budak kecil yang ingin dipujuk setelah dimarahi.
"Alysa..." Terus tangisanku pecah saat berada dalam dakapan Alysa. Aku lepaskan semuanya di situ. Kedua belah bahuku terhinjut-hinjut disebabkan menangis teresak-esak.
Dapat aku rasakan tubuh Alysa sedikit mengeras apabila aku memeluknya tadi. Mungkin tidak sangka dengan tindakanku itu. Perlahan-lahan tangannya naik lalu mengusap belakang badanku lembut seakan-akan memujuk.
"Aku jumpa Mikael tadi," ujarku sambil memejamkan mata. Air mata dibiarkan mengalir laju di pipi. Alysa hanya diam mendengar bicaraku. Tidak henti-henti dia mengusap belakang badanku bagi menenangkan aku saat ini.
"Aku happy jumpa dia. Happy gila. Dia hensem sangat. Kalau sepuluh tahun lepas dah hensem, sekarang makin hensem."
Nafas seakan-akan tersekat di kerongkong dan sukar untuk menyambung kembali. Aku mengetap bibir kuat sehingga dapatku rasakan sedikit darah di bibir. Beberapa minit kemudian, barulah aku menyambung.
"Dia... dia bagi aku kad kahwin. Dia jemput aku pergi majlis dia."
Air mata mengalir laju membasahi pipi. Tersedu-sedan aku menangis dalam dakapan Alysa, meluahkan rasa sarat yang sudah lama aku pendam. Dapatku rasakan tubuh Alysa mula mengeras selepas sahaja aku mengatakan ayat itu.
"Ifti... please don't be like this. Aku tak boleh nak suruh kau sabar or what. Sebab, aku tahu macam mana sakitnya perasaan kau sekarang. Aku nak kau tahu, aku sentiasa ada dengan kau." Alysa melonggarkan pelukan lalu menatap aku lama. Tanganku pantas diraih lalu diusapnya lembut.
"Aku tahu kau kuat, Ifti. You deserve better."
Kolam mataku mula bergenang dengan air mata dan bila-bila sahaja akan tumpah membasahi pipi. Kepala digelengkan-gelengkan laju. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk di dada saat terkenang perjumpaan aku dengan Mikael tadi.
"Kenapa bukan aku? Aku tunggu dia sepuluh tahun, Alysa. Salah aku ke sebab tunggu dia? Salah aku ke?"
Aku menekur ke lantai sambil mencengkam kedua belah bahu Alysa dengan erat. Kepala digeleng-gelengkan menyalahkan diri sendiri. Pandanganku mula samar-samar dek menangis tidak henti-henti sedari tadi.
"Wedding dia... next week. Kita datang, okey?"
Alysa tergamam untuk seketika sebelum menggeleng laju. Rahangnya bergerak-gerak dan wajah tegang ditayangkan kepada aku. Menunjukkan bahawa dia tak nak aku jejakkan kaki langsung ke majlis Mikael nanti.
"No! Aku tak nak kau sedih, Ifti."
Kepalaku digeleng perlahan sembari senyuman kecil disimpulkan di ulas bibir.
"Please, let me see him for the last time. Let me see his handsome face, his happy face on his wedding day."
TBC
Vote and comments! 🤍
P/s: Chapter ni... sedih sikit. 🥲
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top