UWMA: 35
Hai, new chapter is donee! This chapter is sooo 😓
Enjoy your readingg!
| Write: 150524, 140924 |
| Pub: 140424 |
SUDAH sebulan aku dan Mikael tidak berinteraksi antara satu sama lain. Sejak dari pertemuan kami yang terakhir itu, kami seakan-akan orang asing dan langsung tidak mengenali antara satu sama lain. Terkilan, tetapi ini pilihan yang aku pilih. Jadi aku tak boleh menyesal. Ini yang aku nak. Lagi pula, Mikael tidak lama lagi akan menduduki SPM. Kami yang tidak terlibat ini akan dicutikan.
Aku pun tak naklah kacau dia.
Dan hari ini, aku beranikan diri untuk berjumpa dengan Mikael. Hanya untuk memberi coklat dan kata-kata semangat sebelum aku tidak berjumpa dengannya selepas ini lagi. Dia pun langsung tidak membantah permintaanku itu dan setuju untuk berjumpa.
Aku membetulkan duduk, menanti kehadiran Mikael yang kelak akan tiba. Jari-jemari digenggam erat. Menahan debar yang hadir dalam diri.
''Ifti.''
Suara itu.
Suara Mikael.
Aku mengangkat muka dan wajah Mikael menyapa pandangan. Dia menghadiahkan senyuman di bibir. Aku turut membalasnya. Dia yang segak berpakaian baju uniform sekolah dengan rambut yang sedikit terjuntai di dahi. Wajah jelas terpamer riak kepenatan. Mungkin baru habis kelas tambahan.
Kesian pula aku lihatnya. Serba salah pun ada sebab mengajak Mikael untuk berjumpa. Kalau tidak, dia boleh luangkan masa dengan rehatkan diri di rumah.
''Duduklah,'' arahku sambil menguntum senyuman. Dia mengganguk kepala lalu mula melabuhkan punggung di atas kerusi. Masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. Tiba-tiba terasa kekok untuk berbual dengannya selepas sebulan kami melancarkan perang dingin.
Bukan dia, tetapi aku.
Mataku diliarkan ke sekeliling ruangan Foyer C ini. Di mana tempat aku dan Mikael berjumpa untuk kali pertama. Tempat kami berdua bersama-sama mengulang kaji. Tempat di mana kami berdua lepak dan luangkan masa bersama. Di sini bermula, di sini jugalah berakhirnya hubungan persahabatan yang terjalin.
Iye, hanyalah persahabatan. Tidak lebih dari itu.
Tetapi, itu semua hanya tinggal kenangan.
''Sorry, kalau aku kacau masa kau. Aku just...'' Belum sempat ayat aku dihabiskan, Mikael pantas memintas. Aku pasang telinga untuk mendengar.
''I just miss you, Ifti.''
Aku tergamam seraya mendengar kata-katanya. Muka segera dipalingkan ke arah lain. Tubir mata sudah bertakung dengan air mata yang bila-bila sahaja boleh tumpah. Bahagian dalam pipi digigit menahan diri dari tenggelam dengan emosi. Jari diggengam erat.
Tak, dia tipu. Dia tak maksudkan pun.
Dalam diam, aku mengharapkan apa yang diucapkannya betul-betul dia maksudkan.
''Aku tak tipu bila aku kata aku rindu kau. Aku tak tahu kenapa kau tiba-tiba ambil keputusan untuk jauhkan diri daripada aku. Aku confused. Kau tinggalkan aku without any explanation,'' ucap Mikael dengan nada yang sudah berubah kendur. Wajahnya sudah muram. Anak mata Mikael bergerak mencari bebola mataku lalu dia menatap dalam-dalam.
Sebab kau sendiri, Mikael.
''Mikael, kau sedar tak apa kau cakap ni? Kau dah ada Inara. Please, be careful with your words,'' balasku sambil membalas pandangannya. Menyedarkan apa yang dikatakan itu sekelip mata boleh rosakkan hubungan mereka berdua. Dia pantas menggeleng, menafikan kata-kataku.
''Salah ke kalau aku rindu kawan sendiri? Orang yang aku dah anggap adik aku sendiri? Salah ke?''
Kawan. Adik. Aku ulang dan sematkan dua perkataan itu dalam kepala.
Kelopak mata dipejamkan sesaat sebelum membukanya. Rasa sakit di dadaku seperti disiat-siat dengan pisau saat ini.
Hancur hatiku saat itu apabila dua perkataan itu kembali disebutnya. Aku tak pernah langsung dianggap lebih dari itu. Tak pernah langsung diberi peluang. Hanya dianggap kawan. Hanya adik sahaja. Itu sahaja.
Jari yang berada di bawah meja digenggam, memberikan sokongan dalam diri. Aku nak lari dari sini. Tak betah untuk berlama-lamaan dengan Mikael saat ini. Sebelum ada hati yang hancur lagi.
''Since SPM start next week, I want to wish goodluck. Do the best. Jawab elok-elok. Study smart, not hard. Maybe... tu je kut.'' Aku menyambung kembali dengan senyuman manis yang diukir di bibir. Coklat yang disorokkan dari pandangan Mikael diambil lalu diletakkan di atas meja. Kemudian, aku tolak ke arahnya.
Dia hanya diam memerhatikan sahaja.
''And this, anggap je hadiah. I guess that's all from me. Goodluck again, Mikael.'' Aku bingkas berdiri setelah selesai mengucapkan kata-kata kepadanya. Tanpa membuang masa, langkah terus diatur menuju keluar dari Foyer C. Namun langkahku terhenti apabila suara Mikael menjengah pendengaran.
''Until we meet again, Ifti.''
Perlahan, tetapi cukup jelas di telingaku.
Aku mengganguk kepala perlahan sebelum bibir mengukir senyuman nipis. Bibir yang bergetar diketap erat. Saat itu, tubir mata mula bergenang dengan air mata. Aku pejamkan mata untuk seketika sebelum mutiara jernih itu perlahan-lahan mengalir membasahi pipi.
Until we meet again too, Mikael Ayden.
***
BALIK sahaja dari sekolah, aku hanya mengurungkan diri dalam bilik. Tak ada mood nak keluar bilik. Keluar pun hanya untuk makan dan menolong mama dan papa kalau mereka memanggilku.
Siling di atas aku tatap lama tanpa emosi. Mata sudah sembab akibat menangis. Bantal jadi saksi bagaimana teruknya aku lepaskan emosi. Betullah orang kata, jatuh cinta semasa zaman persekolahan ini menyakitkan diri. Dan sekarang, aku sendiri merupakan salah seorang daripadanya.
Mulai minggu depan, aku dah berjumpa dengan Mikael. Dia akan mulakan ujian bertulis dan murid-murid lain dicutikan. Mungkin aku dapat berjumpa denganya sewaktu keputusan SPM dikeluarkan. Itu pun kalau berjumpalah.
Ting!
Bunyi pemberitahuan menyentakkan lamunanku lalu telefon pantas dicapai. Aku membuka telefon dan kemudian aplikasi Instagram dibuka. Kedua belah bahuku jatuh apabila melihat dua pasangan itu saling kemas kini di sosial media masing-masing. Aku tersenyum nipis sebelum menekan simbol 'love' di kedua-dua akaun.
Bohong kalau aku cakap aku tak cemburu. Kalau boleh diundurkan masa, aku nak beritahu Mikael lebih awal lagi perasaan aku terhadapnya. Sekurang-kurangnya aku tidaklah terseksa teruk macam sekarang. Hanya mampu memendam semua perasaan tanpa mampu memberitahunya.
Dan, aku takkan sesekali ada perasaan terhadap dia.
Aku ambil keputusan untuk keluar sebentar untuk tenangkan diri. Usai sahaja menyiapkan diri, aku pantas mencapai sling bag dan barang berharga lalu mula melangkah keluar dari bilik. Sempat aku memberitahu dan meminta izin mama untuk keluar.
Taman tasik yang berada tidak jauh dari kawasan rumah aku tuju. Tempat yang aku selalu pergi untuk hilangkan rasa sedih dan masalah yang membelenggu diri. Bersyukur kawasan ini dijadikan tasik dan bukan benda lain. Jadi senang untuk tenangkan diri di sini.
Kerusi kosong yang berhadapan dengan tasik aku tuju. Lantas punggung dilabuhkan di situ sambil mata memandang tasik yang terbentang di depan.
Kenangan demi kenangan dengan Mikael seakan-akan terlayar kembali di depan mata. Bagaimana aku berjumpa dengannya. Masa yang diluangkan bersama. Mikael yang sentiasa melindungi aku. Mikael yang sentiasa memberi kata-kata semangat.
Mikael yang sentiasa ada dengan aku.
Aku menunduk ke bawah sebelum tangan di bawa dada. Lalu mata dipejamkan erat. Beberapa saat kemudian, esakan yang aku tahan sedari tadi akhirnya terlepas. Dada dipukul berkali-kali melepaskan semuanya. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.
TBC
Vote and comments 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top