UWMA: 33
Hai, new chapter is done! Aku rasa, korang dah boleh agak ending dah dia macam mana HAHAHAHKSJ.
Enjoy your reading!
[ Write: 120924 ]
[ Pub: 120924 ]
SEPERTI yang diucapkan oleh Mikael, dia memutuskan untuk menghormati permintaan aku. Setiap kali aku terserempak dengannya, aku akan memilih jalan lain bagi mengelakkan diri bertembung dengan Mikael. Walaupun terpaksa memilih jalan yang jauh sekali pun.
Sudah tiada lagi istilah 'stayback' dalam kamus hidupku sejak hubungan kami berdua mula renggang. Habis sahaja kelas, aku akan terus pulang ke rumah. Foyer C yang selalu akan riuh dengan suara aku dan Mikael mula kembali sunyi seperti asal.
Rindu.
Sejujurnya, aku rindu akan hubungan kami yang dulu.
Rindu belajar dengannya.
Jalan yang lenggang tiada kenderaan aku pandang dengan pandangan kosong. Jiwa dan fikiran sudah terbang jauh. Tanpa sedar, mataku mula berlinangan dengan cecair jernih dan mula jatuh setitis demi setitis di pipi.
''Ifti? Kenapa ni?''
Tersentak aku apabila mendengar suara asing yang memecahkan kesunyian di perhentian bas saat ini. Aku menolehkan kepala ke sebelah sebelum kedua belah mata membulat melihat Khai yang sudah pun mengambil tempat di sebelahku. Jariku pantas menyeka air mata bagi mengelakkan dia melihatnya.
''Kau buat apa dekat sini?'' tanyaku dengan nada yang sedikit serak. Nangis punya pasallah ini. Menyedari wajah Khai yang sudah berubah, aku segera berdeham bagi mengelakkan dia bertanya lebih lagi.
''Kau okey ke?''
Aku tersentak seketika mendengar soalan Khai itu. Wajah segera dipalingkan ke arah lain apabila merasakan mataku mula bergenang dengan air mata. Bibir dikemam kuat menahan diri dari menangis.
''Kalau nak nangis, nangis jelah,'' kata Khai tanpa memandangku. Ini membuatkan aku ingin lepaskan semuanya. Namun, aku tahan sahaja dari melepaskan tangisan kerana tidak ingin Khai melihat sisiku yang ini.
Aku tak kenal sepenuhnya pasal Khai.
''Aku okey,'' balasku perlahan. Senyuman nipis diukirkan di bibir. Khai menolehkan kepalanya menghadap aku sebelum keningnya terjongket tinggi. Bebola matanya bergerak-gerak menatapku lama sehinggakan aku terpaksa mengalihkan pandangan ke arah lain.
''Tak okey cakap tak okey. Jangan tipu diri sendiri.'' Senyuman yang terukir di bibir mula memudar sambil kepala ditekurkan ke bawah. Setiap perkataan yang dilontarkan oleh Khai seperti peluru yang ditembak tepat menembusi jantung.
Tepat.
''Kau buat apa dekat sini?'' Aku menanyakan soalan kepadanya bagi mengelakkan dia meneruskan topik ini. Kalau bersambung lagi, tidak mustahil untuk Khai dapat menekanya. Dapatku lihat Khai sedang menjelingku tajam menandakan ketidakpuasan hatinya.
Aku tergelak kecil.
''Kan cantik kalau kau gelak macam ni,'' puji Khai sambil tersenyum lebar. Terhenti terus tawaku sebelum berdeham perlahan. Aku memberikan dia jelingan tajam sebagai amaran supaya berhenti memujiku berterusan.
''Kau tak jawab soalan aku, Khai,'' ujarku tidak puas hati. Kedua belah dikembungkan bulat sambil menyilangkan tangan di dada.
''Saje, nak tengok princess yang manis ni,'' balas Khai selamba. Wajahnya langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun sewaktu mengucapkan ayat itu. Selamba dan sarkastik. Aku tak boleh bayangkan siapalah yang bakal jadi kekasih Khai ini.
''Kepala hotak kau princess!'' balasku kegeraman. Selamba sahaja dia bantai gelak saat-saat ini. Mataku dikecilkan sambil memerhati Khai yang sedang mengambil nafasnya setelah puas menggelakkan aku.
''Sorry, not my princess. But Mikael's princess.'' Senyumanku terus mati saat Khai mula menyebut kembali nama Mikael. Air liur yang terasa kelat ditelan perlahan. Entah kenapa, mendengar sahaja nama Mikael, aku akan mula sedih.
''Kau gaduh dengan Mikael ke?''
Kepala digelengkan bagi menjawab pertanyaannya.
''Habis tu?''
Aku mengukir senyuman nipis. Nafas ditarik dahulu lalu menghembuskannya seketika. Wajah Khai yang menunggu aku untuk membalas soalannya aku pandang.
''Kalau classmates kau in relay dengan crush kau, kau akan give up?'' tanyaku ingin tahu. Mana tahu jawapannya boleh aku ikut. Berhari-hari aku fikirkan benda ini, patut ke aku mengalah dan lupakannya seperti apa yang diminta oleh Inara?
Atau menunggu dia yang entah sampai bila pun aku tidak pasti?
''Tengok situasi jugak. Kalau before tu aku tak tahu, aku tak give up. Kalau waktu tu aku dah crush dekat dia, and at the same time aku tahu. Of course, I will give up.''
Aku hanya senyap mendengar kata-katanya.
''But it's up to you. Sanggup ke kau tunggu bertahun-tahun untuk orang yang tak pernah pandang kau."
Zap!
Seperti pisau yang tajam yang dihiriskan di dadaku berkali-kali. Pedih sungguh ayat yang diberikan oleh Khai. Aku hanya mengganguk kepala sebagai balasan. Tidak mampu untuk bersuara bagi membalasnya.
Apa yang dikatakan Khai itu semuanya tepat.
''Ifti, bas dah sampai!'' Jeritan Khai menyentakkan aku dari lamunan. Cepat-cepat aku mengambil buku lalu dibawa ke dada untuk dipeluk dan kami berdua mula melangkah masuk ke dalam bas.
***
SEBAIK sahaja sampai di Terminal Bas, aku bergegas turun dari bas dan berjalan masuk ke dalamnya. Khai masih lagi ada dan turut berjalan bersama denganku menuju ke dalam terminal.
"Kau nak pergi mana ni? Dari tadi aku tanya, kau tak jawab-jawab pun," tanyaku pelik. Ke mamat ini stalker? Tetapi, muka dia baik. Tak nampak macam stalker langsung.
Muka suci bak kata orang.
''Aku nak jumpa bidadari.'' Mendengarkan balasan Khai, wajah jengkelku ditayangkan kepadanya. Tadi princess, sekarang bidadari pula. Memang mulut manis betul lelaki ini. Bahaya kalau Khai jumpa perempuan lain, ada juga yang tersangkut nanti.
Persoalannya, ada ke?
''Tadi princess, sekarang bidadari pulak. Siapa bidadari kau ni?'' Sinis aku bertanya kepadanya.
''Kaulah. Kau ada nampak perempuan lain ke?'' balas Khai selamba.
Aku berdecit perlahan sebelum melepaskan keluhan. Buat sakit otak aje layan Khai. Nampak sangat cuba mengelak dari jawab soalan aku. Akhirnya, aku mengalah sahaja.
Malas nak berbalah dengannya, aku mengajak Khai untuk menemaniku membeli air di sebuah gerai yang berada berdekatan. Alang-alang dah lama tidak datang ke sini, aku singgahlah sekejap. Air yang mereka jual semua sedap-sedap. Terdapat juga kuih-kuih dan ice blended dijual bersama.
''By the way, yang kau tanya tadi tu... pasal siapa?'' Terhenti terus langkahku mendengar soalannya. Wajah segera dihalakan ke arah lain bagi mengelakkan Khai melihat reaksiku yang sudah berubah. Soalannya aku hiraukan dan mula memesan air yang diingini sebaik sahaja sampai di gerai tersebut.
''Ifti, kau tak...'' Belum sempat dia menghabiskan ayat, aku segera memintas laju. Tahu apa yang ingin ditanya.
''Well, just nak tahu. Tak salah, kan?'' balasku sekian lama membisu. Khai terdiam seketika sebelum membuang keluhan berat. Kepalanya dianggukkan beberapa kali, setuju dengan ayatku.
''Tapi, sakitkan bila dia layan kita macam partner dia. Dia layan kita baik without kita sedar yang dia dah berpunya.''
Tanpa sedar, aku meluahkan kepada Khai. Senyuman nipis dipaksa ukir di bibir. Segala kenangan bersama Mikael kembali terlayar di depan mata. Dari pertemuan pertama hinggalah hari terakhir kami berjumpa. Semuanya nampak sempurna dan elok. Dari layanan dia pun, aku tidak pernah sedar bahawa dia sudah berpunya.
Rasa diperbodohkan pun ada.
''No 21, air dah siap!'
Tersentak aku apabila mendengar suara pelayan yang sedikit nyaring itu menyebut angka giliranku. Baru sahaja berura-ura untuk pergi, Khai terlebih dahulu mendahuluiku. Sekelip mata, air sudah bertukar tangan dan sekarang berada di pegangan Khai pula. Aku terkebil-kebil memandangnya dengan wajah keliru.
''Disebabkan aku tengok mood kau macam tak baik, aku belanja. Take it. Aku nak balik dah ni.'' Air tersebut mula dihulurkan kepada aku. Aku memandang air yang berada di tangan Khai itu lama. Khai ini serius ke main-main? Tetapi, melihat air tersebut sama seperti apa yang aku pesan, mustahil pula kalau nak kata dia main-main.
''Take it, Ifti. Penat tau aku pegang ni,''' rungut Khai sambil menjulingkan kedua belah mata ke atas. Dia berjalan selangkah mendekatiku dah kembali menghulurkan seperti tadi. Lambat-lambat aku mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih.
Aku menghadiahkannya senyuman lebar.
''Okeylah, Ifti. Aku balik dulu. Minum tau, jangan membazir pulak!'' Sempat Khai berpesan sebelum melangkah meninggalkan aku sendirian. Aku hanya mengganguk kepala sebagai balasan. Tangan dinaikkan di paras bahu lalu mula melambai-lambainya. Langkah Khai diperhatikan sehinggalah hilang pada pandangan mataku.
Air tersebut aku pandang sebelum mataku menangkap sesuatu di situ. Baru aku sedar terdapat nota yang ditampal di badan cawan tersebut menggunakan nota pelekat. Lantas cawan itu didekatkan dengan mataku untuk melihatnya dengan lebih jelas. Nota yang ditulis menggunakan pen itu aku baca.
''Keep smiling, Ifti. Don't be sad. Because your smile wil brighten up the world.''
Senyuman nipis perlahan-lahan diukirkan di bibir dan tanpa sedar, mataku mula bergenang dengan air mata. Ayat itu pernah diungkapkan oleh Mikael dahulu. Tatkala membaca nota itu, seperti terngiang-ngiang suara Mikael di pendengaranku memujuk dan menenangku. Suaranya yang menyuruh aku untuk bangkit.
Namun, itu semua hanyalah tinggal kenangan. Kalau dulu, Mikael yang selalu berada di sisiku. Mulai sekarang, aku perlukan biasakan tanpa Mikael di sisi.
TBC
Vote and comments! 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top