UWMA: 31

Hai, new chapter is done!

Enjoy your reading!

[ Write: 060924, 090924 ]

[ Pub: 100424 ]






NAFASKU ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskannya setelah selesai sahaja pusing satu taman. Walaupun aku guna pace yang agak rendah, tetapi disebabkan aku dah kurang berjoging, maka tubuhku akan cepat penat.

Satu pusingan pun letih dia macam dah buat lima kali pusingan!

Entah apa yang merasuk aku hari ini untuk berjoging pada hari jumaat. Selalunya waktu-waktu macam ini aku akan habiskan masa dengan tidur. Lagi pula kalau aku stayback macam biasa.

Aku menolehkan kepala ke kiri dan ke kanan bagi mencari kedai atau gerai yang berada berdekatan. Tekak tiba-tiba mula terasa haus dan kering pula. Puas mencari, akhirnya aku jumpa juga gerai minuman yang berada tidak jauh dengan jarakku.

Tanpa membuang masa, langkah terus diatur menuju ke gerai tersebut memandangkan tekakku semakin lama semakin kering dan memerlukan air untuk membasahkannya. 

Sampai sahaja di gerai itu, bebola mataku mula bergerak melihat air yang dijual. Terdapat pelbagai minuman yang disediakan seperti jus tembikai, air milo, jagung dan sebagainya. Semua nampak mengiurkan apabila tekak tengah kering dan dahaga.

''Kak, saya nak air tembikai satu.'' Aku mula membuat pesanan kepada seorang perempuan yang sedang menyusun cawan plastik di atas meja. Perempuan tersebut mengganguk kepala lalu mula mengambil satu cawan dan mula menuangkan air tembikai ke dalamnya.

Purse yang dibawa bersama dikeluarkan dari poket seluar lalu duit kertas yang diselitkan di beberapa compartment diambil. Polaroid yang diletakkan di tempat yang sama terkeluar dan terjatuh ke atas jalan tar.

Baru sahaja aku ingin menunduk untuk mengambilnya, namun perbuatanku terhenti apabila melihat susuk tubuh seseorang terlebih dahulu mengambil gambar tersebut. Polaroid itu sekarang berada dalam genggamannya. Aku menundukkan sedikit kepala sebagai ucapan terima kasih.

Sebaik sahaja aku mengangkat kepala, wajahku mula berubah saat melihat wajah Inara yang berdiri di depanku. Pandanganku melorot ke arah polaroid yang berada di pegangannya. Kepalanya sedikit menunduk dan jelas kelihatan dia sedang menatap polaroid tersebut. Wajahnya tegang dan tiada senyuman yang terbit di bibir.

''Bila ni?'' soal Inara dengan nada yang cukup mendatar. Tidak lepas gambar itu di tangannya malah diperketatkan lagi.

Lambat-lambat aku membuka mulut untuk menjawab pertanyaannya. ''Last week.''

Minggu lepas merupakan minggu terakhir aku lepak sekali dengan Mikael memandangkan dia sibuk dengan kelas tambahan yang diadakan setiap hari. Jadi, sepanjang minggu ini aku langsung tidak stayback.

Kami berdua terdiam seketika.

''Jom... duduk dekat bangku tu. Aku ada benda nak sembang dengan kau.'' Sejurus sahaja dia menuturkan kata-kata, Inara langsung bergerak meninggalkan aku sendirian. Terkebil-kebil aku berdiri di situ untuk seketika sebelum membuntuti langkahnya.








***











KAMI berdua mengambil tempat yang sedikit jauh dengan orang yang ramai yang lalu lalang di situ. Sepuluh jari dicantumkan erat sambil menggigit bahagian bawah bibir. Jantung tidak berhenti berdegup setiap saat apabila berada di depan Inara. Dia yang hanya senyap sedari tadi buatkan diriku sedikit gementar.

''Happy betul Mikael dalam gambar.'' Suaranya memecahkan kebisuan antara kami berdua. Aku sedikit tersentak saat mendengar kata-kata yang dilontarkannya itu. Polaroid masih lagi berada di pegangan Inara dan aku tidak berani untuk minta kembali.

''Tak pernah pulak aku nampak dia happy macam ni. Setahu aku, Mikael tak suka tangkap gambar. Kenapa, bila dengan kau...''

Kata-kata Inara terhenti secara tiba-tiba. Aku segera mengangkat kepala dan menunggu dia menyambung kembali ayat yang tergantung.

''Dia boleh happy. Is it my fault?''

Tergamam aku buat seketika ketika mendengar kata-katanya itu. Dia seperti menyalahkan dirinya dan itu buatkan diriku rasa bersalah sangat. Tidak tahu untuk memberi respons apa, jadi aku hanya mendiamkan diri sahaja.

''Kau ingat lagi tak, waktu last year... ada satu program yang form 3 wajib join.'' Inara membetulkan duduknya dan menukarkan posisi badan menghadap tasik yang terbentang luas di depan kami berdua. Dapatku lihat senyuman yang terlakar di bibirnya.

''Aku dah lupa detail pasal program tu. Tapi, ada satu aktiviti yang aku ingat sampai sekarang. Aktiviti tu kena pilih seorang member yang paling cantik dalam setiap kumpulan,'' terang Inara panjang lebar. Dia menarik nafas dahulu dan menghembuskannya sebelum menyambung kembali.

Macam pernah dengar program ini.

''Aku... salah seorang yang terpilih. If I'm not mistaken, kau pun ada jugak.'' Dia menolehkan kepala memandang aku seketika. Kerutan di dahi mula muncul apabila mengetahui diriku turut terlibat di program itu. Otakku dipaksa untuk mengingat kembali benda yang berlaku tahun lepas.

Membulat kedua belah mataku saat momen tentang program tersebut hadir kembali dalam fikiranku. Wajahku sudah berubah tegang dan seluruh tubuhku sedikit menggeletar menahan emosi. Disebabkan program tersebut, keyakinan aku semakin berkurang dan hilang. Tidak pernah terdetik langsung sepanjang aku hidup, aku akan rasa benda itu.

Insecure.

Imbas kembali.

Setahun yang lepas...

Aku mengurut lututku berkali-kali yang mula lenguh setelah hampir beberapa jam hanya duduk di atas lantai tanpa bergerak. Bila entah program ini nak habis pun aku tak tahu. Rasa nak keluar sahaja dari dewan dan terus tidak masuk langsung.

Kebas tau punggung duduk lama-lama!

''Okey, kita pergi ke aktiviti seterusnya. Aktiviti ini korang kena...'' Penjelasan yang diberikan oleh pelajar tingkatan lima hanya masuk telinga kanan dan keluar kembali di telinga kiri. Rasa mengantuk mula menyelubungi diri. Mataku pun sudah samar-samar untuk melihat ke depan disebabkan rasa mengantuk yang teramat.

Aku menopang pipi menggunakan tangan yang dijadikan tongkat dan mata sudah terpejam rapat. Baru sahaja aku ingin melayari alam mimpi, lenganku secara tiba-tiba ditepuk oleh seseorang. Automatik mata tercelik dan terus aku menoleh ke sebelah. Kelihatan Iris sedang menunjukkan arah di depan.

''Ifti, pergi depan.''

Hah?

Wajah keliru ditayangkan kepada mereka semua dengan pelbagai soalan yang berada dalam kepala. Dengan mengantuknya lagi, tiba-tiba kena pergi depan dan berdiri di sana. Dahlah tak tahu sebab pula itu.

''Kenapa aku? Kau pergilah, Iris. Aku mengantuk ni,'' ujarku sambil menolak sedikit tubuh Iris bagi menyuruhnya menggantikan aku. Dia laju menggeleng kepala, menolak cadanganku serta-merta.

Dah kalau aku tak nak, siapa lagi?

Kumpulan aku hanya ada tiga orang sahaja ahli perempuan. Aku membuang keluhan berat sebelum lambat-lambat bangun untuk berjalan ke depan. Automatik dalam dewan kedengaran sorakkan murid-murid dari kelas lain.

Sebaik sahaja sampai di depan, aku berdiri di sebelah murid perempuan yang seperti malu-malu untuk berdiri di khalayak orang ramai. Kesian pula aku melihatnya itu. Lantas aku berdiri di depan perempuan tersebut bagi melindunginya dari pandangan murid-murid lain. Dia seakan tergamam dengan tindakan aku itu.

''Okey, terima kasih kepada semua yang berdiri di sini. Seperti yang saya jelaskan, pelajar yang terpilih ini akan melakukan cat walk dan mula posing di sini.''

Cat walk?

Posing?

Hampir nak tercekik aku apabila mendengar kata-kata pelajar lelaki yang sedang memegang mikrofon tersebut. Sejak bila dia ada terangkan ini? Kenapa aku tak dengar pun? Jangan cakap, mereka terangkan waktu aku tengah tidur tadi?

Automatik tanganku naik ke atas lalu menepuk dahi perlahan. Rasa menyesal mula bertandang dalam hati dan menyumpah diri sendiri atas kesalahan kecil yang aku buat itu. Serius, aku rasa nak lari aje sekarang ini.

Menyesal.

Aku melihat satu persatu murid perempuan yang mula berjalan melalui barisan di tengah yang telah dikosongkan awal-awal. Mereka juga melakukan gaya yang berbeza dan mengikut apa yang disuruh.

Kini, tiba giliranku untuk melakukan dua benda tersebut. Jantung berdegup kencang saat ini dan kedua belah tanganku mula berpeluh-peluh. Aku meliarkan pandangan ke sekeliling yang mula menunggu aku untuk memulakannya.

Nafasku ditarik dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Dengan penuh berdebar, langkah mula diaturkan ke depan dan melalui laluan yang telah disediakan di tengah-tengah dewan.

Sampai sahaja di tengah-tengah laluan itu, aku mula menggayakan seperti model. Sejurus selesai, aku mula berjalan kembali menuju ke tempatku tadi. Tidak tahu di mana silapku, kakiku mula tersilang antara satu sama lain dan terjatuh di atas lantai.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Bergema di dalam dewan itu dengan tawa budak-budak lelaki yang berada di dalamya. Wajahku mula berubah pucat lalu aku mula bangun dan mula berjalan keluar dari dewan. Langsung tidak hiraukan mereka yang memanggilku di belakang.




***



AKU tersentak apabila bahuku ditepuk perlahan oleh Inara, membuatkan aku tersedar kembali ke realiti. Entah berapa lama aku termenung jauh pun aku tidak tahu. Wajahnya aku pandang sekejap sebelum kembali menghadap ke tasik.

"Kau tahu tak, siapa lelaki yang pilih aku tu?" tanya Inara bersama senyuman nipis di bibir. Aku hanya mengunci mulut, membiarkan dia meneruskan ceritanya. Cawan plastik yang berisi dengan air tembikai dicapai dan straw mula diletakkan di bibir.

"Mikael."

Belum sempat aku menyedutnya, ulas bibirku terbuka sedikit dan mata membulat besar memandang Inara. Aku terpempan, terkejut mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Inara.

"Dia yang pilih aku, Ifti," sambung Inara.

Cawan plastik diletakkan di atas meja dengan tangan yang sudah menggeletar. Hampir sahaja air tembikai itu jatuh ke bawah namun sempat aku letakkan di situ. Benda yang baru diberitahuku ini betul-betul mengejutkan.

Baru aku faham semuanya.

"And after that, Mikael yang approach aku. Dia yang ajak aku in relationship. You know what, our relationship nak masuk one year." Inara tergelak sinis. Dapatku lihat rahangnya bergerak-gerak dan tangannya dinaik ke atas bagi menyeka air mata yang hampir menitis ke pipi.

Senyap.

"Ifti... kau suka dia, kan?" tanya Inara sambil menatap wajahku dalam-dalam. Seluruh tubuhku mula mengeras apabila soalan itu tiba-tiba dilontarkan. Tidak menyangka Inara akan bertanya secara depan-depan dengan aku.

Aku menunduk kepala ke bawah sebelum membuka mulut untuk membalas. Mata dipejam sejenak bagi menahan rasa dan nafas diambil dahulu.

"Kalau aku suka dia pun, tak ada effect apa-apa pun," balasku perlahan. Menyedari bahawa Inara merupakan orang yang dipilih oleh Mikael, membuatkan aku sedar akan sesuatu perkara. Segala layanan dia terhadap aku tiada makna untuk Mikael.

Betullah, kan?

"Lucky you. Dia tak pernah pandang aku," ujarku lagi. Setiap perkataan yang dituturkanku saat ini seperti pisau yang dihiriskan di dada berkali-kali. Pedih yang tidak mampu aku ungkapkan.

"Aku minta maaf kalau kau rasa aku punca segala-galanya. Salah aku semua benda ni terjadi," ucapku sambil menunduk kepala ke bawah. Kedengaran keluhan Inara yang dilepaskan sebelum dia mengarahkan aku untuk mengangkat kepala.

"Ifti, aku nak minta satu benda, boleh?" tanya Inara dengan pandangan yang penuh berharap. Berdegup kencang jantungku saat ini menunggu dia menyambung ayatnya itu. Tak tahu kenapa, dapat aku rasakan permintaannya akan membuatkan semua benda berubah.

Lambat-lambat aku mengganguk kepala.

"Jauhkan diri kau daripada Mikael." Aku tersentak mendengar permintaan Inara itu. Masa seakan-akan berhenti seketika apabila ayat itu kembali terngiang-ngiang di pendengaranku.

"Tolong... lupakan Mikael."








TBC

Vote and comments! 🤍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top