UWMA: 30
Hai, new chapter is done! This chapter is so cute! It's gonna be my fav chapter 🤏🏻🤍
Enjoy your reading!
[ Write: 280824, 040924 ]
[ Pub: 040924 ]
AKU mengerling sekilas Mikael yang sedang menunduk menulis esei di atas kertas kajang. Langsung tidak beralih anak matanya sejak dari tadi. Serba salah pula aku nak tegur atau bercakap dengannya.
Aku ingin bertanya kepadanya tentang dua minggu lepas, namun soalan tersebut hanya mampu terdetik dalam hati sahaja. Tidak berani untuk aku luahkan kepada Mikael. Takut dia tidak selesa pula.
"Kau tahu tak..."
Aku tersentak sedikit apabila mendengar suara Mikael yang memulakan perbualan. Pandangan segera dikalihkan ke arahnya. Mikael sedang membetulkan postur duduk sebelum tangan sebelah kirinya naik menopang dagu.
"Aku pernah masuk taekwando," ujar Mikael sambil tersenyum. Keningnya terangkat-angkat dan wajah bangga ditayangkan kepada aku.
Wajah keliru ditayangkan kepada Mikael. Aku nak bagi respons apa ini?
"Kau nak suruh aku puji kau ke, Mikael?" tanyaku sambil mengukir senyuman mengejek di bibir. Kedua belah mata pantas dijulingkan ke atas.
"Bukanlah! Aku just bagi tahu kau je." Setiap perbuatanku terus terhenti dan segala alat tulis diletakkan di atas meja. Tumpuan mula dialihkan kepada Mikael. Lagi pun, sudah jarang kami berdua berbual lama sebegini. Apa salahnya aku luangkan masa sekejap untuk mendengar cerita Mikael.
"Then, kenapa kau stop?" tanyaku ingin tahu. Kalau diperhatikan balik, tak pernah pula aku nampak Mikael berlatih sepanjang aku bersekolah di sini. Muka Mikael dalam persembahan untuk taekwando lagilah aku tak pernah nampak.
Ke dia sembang je lebih?
"Nak sambung, tapi tulah busy. Kau tu Ifti, sepatutnya masuk. Boleh sambung legasi aku," seloroh Mikael sebelum menghamburkan tawanya. Aku memerhatikan sahaja dia sedang gelak bersama muka menyampah yang sengaja dibuat. Namun, ia tidak berkekalan lama sebelum aku turut mengikutnya gelak.
"Tiber," ujarku sebelum menggeleng-geleng kepala. Tengok cara budak-budak taekwando berlatih pun dah seram. Inikan lagi aku nak masuk.
"Mikael, jom pergi 7e kejap. Craving slurpee do," ajakku secara tiba-tiba. Alatan tulis aku kemaskan ala-kadar dan memasukkannya ke dalam beg. Telefon dan dompet sahaja aku bawa ke 7e.
"Bila?"
"Esok."
"Okey."
Aku terlopong melihat Mikael kembali menyambung menulis eseinya dengan selamba. Langsung tidak ada rasa bersalah. Mataku mula dikecilkan memandang Mikael yang duduk di depan. Rasa geram bertimpa-timpa dalam hati.
"Kepala hotak kau. Sekaranglah!" Geramnya aku dengan perangai Mikael ini. Terus terangkat kepala Mikael lalu dia mula tersengih, menayangkan barisan giginya yang tersusun cantik itu.
"Ha camtulah baru betul! Wait a minutes," ujar Mikael sambil menayangkan ibu jarinya sebagai simbol 'bagus'. Kemudian dia mula mengemas buku-bukunya dan kotak pensel lalu semua barang dimasukkan ke dalam beg.
Usai sahaja dia selesai mengemas barangnya, kami berdua mula berjalan menuju ke pagar utama. Sampai sahaja di sana, terdapat seorang pengawal keselamatan yang sedang duduk di tepi pondok berdekatan dengan pagar. Lantas aku menghadiahhkan senyuman kepadanya. Dan pengawal tersebut turut membalas senyumanku balik.
"Ifti." Aku pantas mengalihkan pandangan ke sebelah. Kening pantas dijongketkan ke atas. Tengok itu, dah panggil pastu boleh pula senyap.
"Kau panggil aku ni kenapa?" tanyaku pelik. Cuba cakap terus sahaja. Ini tidak, nak juga panggil nama aku. Lepas itu, tak reti nak sambung.
"Emonya kau hari ni," balas Mikael sambil menghamburkan gelak kecil. Bibirku pantas dijuihkan ke depan lalu dompet dijadikan alas untuk pukul lengan Mikael beberapa kali.
"Okey, okey! Sakitlah, ei!" rungut Mikael bersama kerutan di dahinya. Aku menjulingkan kedua belah mata ke atas sebagai tanda menyampah.
Sampai sahaja di 7-Eleven, kami berdua melangkah masuk dan mula berpisah bagi mengambil makanan dan minuman masing-masing. Aku segera menuju ke tempat minuman yang disediakan. Cawan plastik yang disediakan di situ aku ambil lalu mula meletakkan di bawah mesin slurpee tersebut.
Selesai sahaja mengisi slurpee, aku beralih pula ke rak makanan. Slurpee yang baru aku isi tadi diletakkan sekejap di tepi rak yang berdekatan. Beberapa bungkus roti dan sedikit coklat aku capai untuk makan sekejap lagi. Cukuplah sekadar alas perut sementara aku stayback hari ini.
Mataku mula diliarkan ke sekeliling sebelum terpaku pada susuk tubuh Mikael yang tidak jauh berdiri dengan jarakku. Dia sedang mengambil beberapa bungkus roti dan kemudian menapak ke ruangan peti ais pula.
Nafas dihela lega saat melihat Mikael masih lagi berada dalam satu tempat denganku. Ingatkan dia nak tunggu dekat luar.
Kemudian aku berjalan menghampiri kaunter dan mula meletakkan makanan yang aku ambil tadi. Seketika, mataku mengecil mencari sesuatu sebelum terpandang di satu sudut. Kelihatan air slurpee yang aku isi tadi elok sahaja terletak di situ.
"Kejap ye, cik." Aku segera mengambil airku lalu melangkah laju ke kaunter untuk membuat pembayaran. Serba salah pula nak buat pekerja itu tertunggu-tunggu.
"Berapa ye total?" tanyaku sambil meletakkan air slurpee itu di atas meja kaunter. Purse pantas dikeluarkan dan beberapa helai not Rm 10 berada di tangan.
Plastik yang berisi dengan makanan dihulurkan kepadaku. Soalan aku tadi dibiarkan sepi. Dan secara tiba-tiba pekerja tersebut mengukir senyuman lebar di bibir. Tindakannya itu buatkan aku keliru buat seketika.
"Boyfriend cik dah bayar tadi. Untung cik tau! Gentleman betul boyfriend cik ye," beritahu pekerja itu bersama senyuman lebar. Terkebil-kebil aku dibuatnya saat mendengar bicara pekerja itu.
Aik, siapa bayarkan?
Kepala ditolehkan ke kiri dan ke kanan sebelum mataku mula bersabung dengan Mikael yang sudah berada di luar. Kedua belah pipi mula membahang saat dia memberikan senyuman kepadaku.
Jangan-jangan...
"Iye, boyfriend cik yang dekat luar tu yang belanja."
Automatik darah naik menyerbu ke mukaku sebaik sahaja mendengarkan kata-kata pekerja tersebut. Kedua-dua belah pipiku membahang menahan malu. Cepat-cepat aku mengambil plastik tersebut lalu mengucapkan terima kasih kepada pekerja itu sebelum melangkah keluar.
***
BIBIR bawah digigit perlahan bagi menahan rasa debar yang hadir dalam diri. Bebola mataku mula bergerak memandang sekeliling sebelum akhirnya beralih ke sisi. Mikael langsung tidak bersuara sejak dari tadi dan itu buatkan aku rasa gelisah tiba-tiba.
''Er, Mikael...''
''Kenapa kau diam, Ifti? Aku ada buat salah ke?''
Mikael yang sedang berjalan di sebelahku pantas beralih ke depan dan menghalang aku dari meneruskan langkah. Dan tindakannya itu buatkan aku berhenti mendadak dan hampir sahaja melanggarnya.
"Kau marah aku ke?" tanya Mikael lembut sambil memandangku tidak lepas. Pandangannya yang satu itu buatkan jantung aku semakin lama semakin laju berdegup kencang.
Oh jantung, relax please.
"Tt... tak. Aku... aku cuma..." Terus tergagap-gagap aku dibuatnya sebelum menghela nafas berat. Mikael masih setia memandangku dan menunggu jawapan yang bakal keluar. Lantas aku menarik nafas dalam-dalam menghembuskannya bagi mengurangkan rasa debar. Aku rasa aku patut cakap benda ini.
"Kenapa kau bayarkan tadi? Aku bukan sesiapa pun sampai kau nak belanja aku." Terluah segala terbuku yang berada dalam hati. Wajah Mikael aku pandang lama. Aku tak suka bila dia berterusan melayan aku sebegini.
"Kenapa kau fikir macam tu pulak, Ifti? Aku ada hak nak belanja siapa pun. Lagi pun, aku dah anggap kau lebih dari kawan," balas Mikael dengan nada sedikit tegang. Sedaya upaya dia menahan diri dari membalas kata-kataku dengan kasar.
"Sebagai apa?" Aku memandangnya tajam, meminta jawapan daripada Mikael. Sudah banyak kali aku keliru dengan setiap tindakannya itu. Mikael terdiam seketika saat soalan itu meluncur keluar dari bibirku.
"Aku tak ada adik. Salah ke kalau aku spend duit dekat orang yang aku dah anggap adik sendiri?" Mikael membalas bersama pandangan yang semakin dalam. Mendengar kata-kata Mikael itu, semakin lama semakin aku sedar di mana kedudukan aku dalam hidupnya.
Aku tersenyum nipis.
"Please, don't spend your money to me. Aku ni bukan sesiapa pun dalam hidup kau," ujarku dengan nada yang sedikit kendur sambil perlahan-lahan menjatuhkan pandangan ke jalan bagi mengelakkan Mikael melihat wajahku yang mula berubah.
''I don't care what you want to say. Duit aku, so suka hati aku nak belanja sesiapa pun." Selamba Mikael membidas kata-kataku. Wajah tidak bersalah ditayangkan kepada aku. Nafas panjang dihela seketika.
Mikael inikan...
Kami berdua meneruskan perjalanan kembali ke sekolah. Jarak antara 7-Eleven dengan sekolah mengambil masa dalam lima minit sahaja. Tidaklah jauh sangat 7-Eleven dengan sekolah kami.
"Mikael, hari ni ada sekolah lain datang ke?" tanyaku sambil memerhatikan ke arah tepi jalan yang sudah dipenuhi dengan kereta. Selalunya, situasi begini berlaku apabila pelawat dari sekolah lain hadir di sekolah.
"Not sure. Jomlah masuk,'' ajak Mikael lalu dia berjalan sedikit laju ke depan. Namun, aku masih boleh mengejar langkahnya tersebut dan berjalan beriringan menuju ke Foyer C. Ketika melalui tangga blok B, dapatku lihat sekumpulan murid yang berpakaian sedikit lain daripada murid-murid sekolah ini sedang berjalan lurus menuju ke bilik seni.
'Mungkin budak sekolah lain,' getusku sendirian.
Sebaik sahaja sampai di Foyer C, aku terus meletakkan minuman dan makananku di atas meja. Hampir penuh meja tersebut dengan barang aku dan MIkael. Dia sedang menyedut saki-baki air yang tersisa di cawan plastiknya. Yang tinggal hanyalah sedikit air dan ais di dalamnya. Bebola mataku bergerak melihat di atas meja tersebut sebelum dahi berkerut hairan.
''Kau tak beli roti ke makanan ke?'' soalku sambil menjongketkan kening. Langsung tidak nampak makanan Mikael selain makananku yang terletak di atas meja. Mikael pantas menggeleng kepala.
''Tak lapar ke?'' tanyaku sambil menatap wajah Mikael. Roti coklat dikeratkan menjadi dua lalu sebahagian diberikan kepada Mikael.
''Tak naklah, aku kenyang,'' balas Mikael sambil menolak roti tersebut. Terus wajahku berubah garang dan roti tersebut masih lagi dihulurkan kepadanya. Setelah puas memaksanya untuk mengambil, akhirnya Mikael mengalah juga dan mula mengambil roti itu. Bibirku menyimpul satu senyuman puas setelah berjaya memaksa Mikael untuk makan.
Bunyi derapan kasut dari arah belakang mematikan senyumanku serta-merta. Perlahan-lahan aku memalingkan badan ke belakang untuk melihat wajahnya. Kelihatan tiga orang lelaki bersama kamera DSLR yang disangkut di bahu berdiri di tepi meja kami berdua. Salah seorang daripada mereka membawa instant camera. Mereka bertiga mula menghadiahkan senyuman lebar di bibir.
Kejap...
Setelah menganalisis baju yang dipakai mereka, mereka bertiga bukanlah dari sekolah kami. Dan merekalah sebahagian yang aku lihat ketika melalui blok B tadi. Salah seorang daripada mereka bertiga berdeham perlahan.
''Hai, sorry kacau. Kitorang dari SMK Lestari. Hari ni kitorang ada lawatan pergi bilik seni korang. One more, dekat bilik seni tu ada pertandingan untuk kelab fotografi.'' Seperti tahu-tahu sahaja soalan yang bermain-main di mindaku, lelaki itu pantas mengenalkan diri.
''Nama aku Khai.'' Lelaki yang mempunyai kamera DSLR di bahunya mengenalkan diri.
''Aku pulak Fahad.'' Rakan mereka yang paling pendiam turut melakukan benda sama.
''And aku... Raes.''
Aku hanya mengganguk kepala sebagai balasan. Mikael pula berjabat tangan dengan mereka bertiga. Giliran kami pula mengenalkan diri masing-masing.
"Boleh tak... kitorang nak tangkap gambar korang berdua? Kitorang ni ahli kelab fotografi dekat sekolah. So, of course lawa kalau kitorang tangkap." Raes meminta izin sambil menunjukkan instant camera miliknya kepada kami berdua.
Aku dan Mikael tergamam seketika saat mendengar permintaan lelaki tersebut sebelum memandang antara satu sama lain . Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Gembira? Teruja?
Gembira untuk aku, bukan untuk Mikael.
Aku mengukir senyuman nipis.
Baru sahaja aku ingin menolak pelawaan lelaki itu, Mikael terlebih dahulu memintas. ''Boleh je.''
Laju aku menolehkan kepala memandang Mikael dengan wajah yang terkejut. Namun, Mikael langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi di wajahnya. Seperti tahu aku sedang melihatnya, dia pantas membalas pandanganku bersama senyuman di bibir.
Klik!
Tersentak aku dibuatnya apabila mendengar bunyi yang terhasil dari kamera DSLR milik Khai itu. Kedua-dua belah pipiku mula membahang apabila memandang wajah Khai dan Raes yang sedang tersenyum. Tahu sangat apa yang mereka fikirkan itu.
''Meh guna kamera aku pulak,'' celah Raes bersama instant camera di tangannya. Khai mula berundur ke belakang bagi memberikan ruang kepada Raes. Bibirku ternaik sedikit mengukir senyuman dalam diam.
''Ready?''
Aku membetulkan postur badanku dengan duduk tegak agar dalam gambar nanti akan cantik. Mikael yang duduk berhadapan dengan aku membetulkan rambutnya yang mula jatuh ke dahi.
''1.''
Bibirku mula bersedia menyimpulkan senyuman.
''2.''
Tanganku pula diangkat ke sisi lalu jari membentuk gaya peace bersama senyuman lebar.
''3.''
Instant camera itu aku pandang dan mula melakukan gaya peace bersama senyuman di bibir. Dan secara tiba-tiba, tangan Mikael yang membentuk 'C' sebagai gaya love diletakkan di sebelah pipiku. Tubuhku serta-merta mengeras, terkejut dengan tindakan Mikael tersebut.
Klik!
''Bapak comelnya!'' Raes menjerit sedikit kuat sambil mengibas polaroid yang baru keluar dari kamera. Tidak lekang sengihan di bibirnya dari tadi. Aku pula yang malu sekarang ini!
''Sumpah comel do korang. Kalau korang kahwin ni, aku fans nombor satu korang! Jemput kitorang bertiga tau!'' Khai pula menyampuk setelah dari tadi sibuk membetulkan tetapan di kameranya. Aku hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.
Dalam mimpi sahaja.
''Guys, satu gambar lagi. Sebab gambar first tu macam kurang lighting dia. Mikael, kau duduk sebelah Ifti, boleh?''
''Boleh je.''
Rasa seperti tercekik ketika mendengar kata-kata setuju daripada Mikael. Tidak lama kemudian, bangku panjang yang aku duduki sekarang terasa seperti berat sedikit menunjukkan Mikael sudah pun melabuhkan punggung di sebelah. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya.
Relax.
''Okay guys, ready!'' Khai mula bersedia untuk menekan butang di kameranya. Perlahan-lahan bibirku mengukir senyuman. Belum sempat aku melakukan gaya yang ingin aku buat, pipiku secara tiba-tiba rasa tersentuh dengan sesuatu yang sejuk. Melalui
Klik!
''Cantik wey! By the way, thank you guys sebab bagi kitorang tangkap moments korang ni. Gambar dalam kamera ni aku bagi dekat Mikael, okey?'' Khai menunjukkan gambar yang baru ditangkap tadi kepada kami berdua. Mikael mengganguk kepala sambil turut mengucapkan terima kasih juga.
Aku masih statik duduk di situ sambil memikirkan segala tindakan Mikael tadi. Keliru dengan apa yang dilakukannya itu.
***
POLAROID yang berada di tangan dipandang lama. Aku memilih untuk mengambil gambar yang Mikael membuat 'love' di pipiku. Tindakannya itu masih bermain-main di mindaku berulang kali. Masih lagi terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dia buat.
''Ifti.''
Tersentak aku dibuatnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Mikael. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke pintu utama untuk keluar memandangkan jam pun sudah menginjak pukul 4:50 petang.
''Kalau one day, kau dah ada boyfriend, bagi tahu aku," ujar Mikael tanpa memandangku. Mendengarkan itu, serta merta keningku bertaut hairan.
''Kenapa kena bagi tahu kau?'' tanyaku ingin tahu. Aku menjengulkan sedikit kepala ke depan bagi melihat sebarang reaksi di wajahnya. Mikael terdiam sejenak sebelum menghela nafas panjang.
''Aku nak kenal jugak orang yang dah berjaya curi hati kau.'' Terkelu lidahku saat mendengar kata-kata yang meluncur di bibirnya. Wajah selamba Mikael ditayangkan di mukanya. Senyuman tawar diukirkan di bibir.
Kaulah orang itu.
''Kalau dia layan tak elok, bagi tahu aku. Biar aku tibai dia.'' Mikael menjeling aku dengan ekor matanya sebelum mengalihkan pandangan ke depan. Tak tahulah sama ada dia serius atau pun tidak.
Polaroid yang berada di tanganku digenggam kemas dan erat bagi mengelakkan ia terjatuh atau tercicir. Mana tahu, ini mungkin menjadi kenangan terakhir bagi kami berdua.
TBC
Vote and comments 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top