UWMA: 28
Hai, new chapter is done!
Enjoy your reading!
[ Write: 200824, 230824 ]
[ Pub: 230824 ]
SAMPAI sahaja di sekolah, aku pantas meletakkan beg di dalam kelas. Rasanya aku seorang sahaja yang akan letak beg di kelas pada awal pagi. Sepatutnya tidak boleh. Namun, aku masih meneruskan perbuatanku ini lagi-lagi sudah terbiasa melakukannya. Lagi pun, pengawas pun ramai tidak datang lagi.
Hari ini pula hari Jumaat. Sekolahku selalunya akan mengadakan bacaan Yasin di dataran pada pukul 7:30 pagi pada setiap hari Jumaat kecuali kalau ada aktiviti pada pagi itu. Dan selalunya yang akan ketuai bacaan Yasin ialah daripada kalangan pengawas-pengawas lelaki.
Aku mengangkat kedua belah tangan ke atas lalu merenggangkannya seketika. Buku latihan subjek Matematik Tambahan yang berada di atas meja dipandang sekilas. Siap akhirnya kerja yang cikgu bagi dua hari lepas. Soalan pun boleh tahan susah jadi aku terpaksa mengambil masa sedikit bagi menyiapkan semuannya.
''Argh, letihnya!'' rungutku perlahan. Mata diliarkan ke sekeliling bagi memastikan tiada siapa yang berada di sini. Lagi-lagi pengawas. Habis nanti namaku akan naik di bilik disiplin.
''Perhatian! Semua murid perlu gerak ke dataran sekarang. Bacaan Yasin akan dimulakan lima minit lagi.'' Aku pantas mengangkat kepala apabila suara pengawas lelaki yang baru sahaja membuat pengumuman tadi menyapa pendengaranku. Buku-buku dan alat tulis segera disimpan di dalam beg.
Sejurus selesai mengemas barang-barangku, aku pantas bergerak menuju ke dataran. Sebelum itu, suis lampu dan kipas aku tutup dahulu bagi mengelakkan cikgu-cikgu atau pengawas sekolah mengetahui kehadiranku yang berada di dalam kelas.
Jarak dari kelasku dengan dataran hanya mengambil masa lima minit untuk sampai. Tepat sahaja aku jejakkan kaki di situ, pengawas lelaki yang bertugas bagi mengetuai bacaan hari ini memulakan dengan surah Al-fatihah.
Aku pantas mengambil tempat di barisan kelasku dan mula duduk di situ. Buku Yasin sudah siap-siap aku ambil tadi. Dan bacaan Yasin dimulakan baca sehinggalah habis. Bergema satu sekolah dengan alunan ayat al-quran yang dilontarkan oleh seluruh warga sekolah.
Sebaik sahaja bacaan Yasin dan doa selesai dibaca, buku Yaasin itu diberikan kembali kepada pengawas yang bertugas untuk mengutipnya. Sekian lama duduk bersila, aku mengubah postur duduk dengan merapatkan kedua belah kaki antara satu sama lain.
Uih, lenguh!
''Ifti, kau dah siap kerja Addmath?'' bisik Alysa yang berada di belakangku. Dicuitnya pinggang aku berkali-kali, memaksa aku untuk menjawab soalannya.
''Gelilah!'' Tangan Alysa aku tolak kasar sambil menjelingnya tajam sebagai amaran. Bukannya nak berhenti, malah makin banyak kali pula dicuitnya pinggang aku.
''Eee, okey fine! Ye, dah siap.'' Akhirnya aku mengalah juga. Terus terukir senyuman lebar di bibir Alysa apabila mendengar jawapanku. Dan aku boleh agak apa yang dia nak cakap.
"Nanti nak tengok. Eh tak nak, nanti kau ajar aku tau!"
Kan dah cakap.
"Eh, baik pulak kau hari ni tak nak tiru," sindirku bersama senyuman sinis di hujung bibir. Iyelah, selalunya si Alysa inilah yang paling rajin nak tiru kerja aku lagi-lagi subjek Addmath.
Hari ini berubah pula?
"Bongoklah kau! Kesianlah kau asyik kena tiru je. So, hari ni aku nak kau ajar aku," balas Alysa sambil menggangukkan kepalanya berkali-kali.
"Alhamdulillah, Alysa Nur Raudah dah berubah ke jalan yang lurus. Semoga terus istiqomah," balasku pula sambil menadah tangan lalu meraupkannya di muka. Drastik Alysa menampar lenganku kuat menyebabkan aku tidak sempat mengelak darinya.
Pakk!
"Sakit, gila!" rungutku kegeraman. Kalau tidak difikirkan di mana kami berada, dah lama aku balas balik. Tak guna punya Alysa.
Tunggu dalam kelas nanti!
"Balasan!"
***
KELAS bagi subjek Matematik Tambahan selalunya akan diadakan di makmal komputer. Disebabkan kelasku ramai yang tidak mengambil subjek itu, cikgu mengarahkan kami yang mengambilnya belajar di makmal. Kadang-kadang kalau makmal penuh, kami akan menumpang di kelas yang kosong buat sementara waktu.
Aku menutup mulutku yang terbuka luas disebabkan rasa ngantuk yang mula hadir. Terpisat-pisat mata untuk melihat papan putih yang sudah penuh dengan jalan kerja di hadapan. Jam yang berada di tangan dikerling sekilas.
Lagi 15 minit nak rehat.
Tinggal lagi dua bab untuk cikgu ajar sebelum habisnya silibus. Aku hanya merenung soalan yang diberikan oleh Cikgu Fauzi di hadapan. Peninglah juga untuk aku selesaikan soalannya itu. Lagi-lagi pasal Geometri Koordinat.
Dia punya soalan kalau boleh semua benda nak complicated.
"Ifti, kalau cam ni... kena buat apa?" tanya Alysa dengan nada berbisik. Buku tulisnya ditarik perlahan dan aku mula melihat soalan yang ditanya tadi. Tidak semena-mena dahiku mula berkerut apabila membaca soalan tersebut.
"Panjang do jalan kira dia," balasku sambil menyerahkan kembali buku Alysa. Aku menarik nafas panjang lalu menghembuskannya. Wajah Alysa yang sedang menunggu aku untuk membantunya dipandang sekejap.
Geometri Koordinat ini tidak berapa susah, tetapi tidak senang juga. Kalau dah libatkan persamaan lokus, aku boleh katakan aku menyerah awal-awal.
"Aku tak reti sangat persamaan lokus ni. Nak explain pun takut salah. Kau try fahamkan, kalau still blur kau pergi tanya cikgu, okey?" ujarku sambil menulis jawapan penuh soalan itu di atas kertas. Alysa pantas mengganguk kepala laju dan ibu jarinya ditunjukkan kepada aku. Senyuman lebar terlakar di bibirnya.
''Okey, siap!'' kataku teruja sambil menutup kalkulatorku dengan penutupnya. Kemudian aku tolehkan ke sebelah sebelum terlopong buat seketika. Kelihatan Alysa elok sahaja sudah lena beralaskan kedua belah tangannya. Aku mengetap bibir perlahan sambil menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya.
Penat-penat aku buat, dia boleh pula bantai tidur.
''Woi, sedap kau tidur! Bangun sekarang!'' Aku menggoncang lengannya perlahan namun tiada respons daripada Alysa. Mata dikecilkan memerhatikan Alysa yang nyenyak tidur di sebelahku. Mentang-mentang tempat dia duduk itu sedikit tersorok, laju sahaja ambil kesempatan.
''Alysa, bangun!'' kejutku lagi. Alysa ini berani mati betul. Kalau Cikgu Fauzi nampak, ada juga yang tak boleh rehat nanti.
''Erm, kau nak apa? Jangan kacaulah,'' rungut Alysa sambil menepis tanganku kasar sehingga jatuh ke sisi. Membulat terus kedua belah mataku melihat tindakan Alysa itu. Kemudian dia mengalihkan wajahnya ke arah lain dan menyambung kembali melelapkan mata.
Tok tok!
Kepala dialihkan ke arah pintu makmal sebelum terbuntang bebola mataku saat melihat susuk tubuh seseorang yang mula melangkah masuk. Lelaki tersebut menghampiri Cikgu Fauzi yang sedang menulis di papan putih dan mula bersembang buat seketika.
Aku pantas menolak tangan Alysa dengan kuat bagi menyedarkan dirinya yang sudah tidur mati itu.
''Alysa, bangunlah. Ada...'' Belum sempat aku menghabiskan ayat, Cikgu Fauzi secara tiba-tiba sudah berada di meja kami berdua bersama marker pen yang setia di tangannya. Aku mengangkat kepala lalu memandang Cikgu Fauzi bersama sengihan di bibir.
Crush kau...
''Alysa Nur Raudah!'' Nama Alysa disebut lantang sehingga menyebabkan Alysa segera bangun dari tidur. Kedua belah bahuku terus terangkat dek terkejut mendengar suara Cikgu Fauzi tersebut. Aku menyambung kembali menyiapkan soalan yang diberikan cikgu. Langsung aku tidak memandang cikgu yang sedang menghampiri tempat Alysa.
Aku rasa aku boleh agak denda apa yang cikgu akan bagi dekat Alysa.
''Awak pergi buat soalan dekat depan!''
***
SEBAIK sahaja bunyi loceng sekolah berbunyi, aku pantas mengemas semua barangku lalu menyimpan alat tulis di dalam kotak pensel. Perutku sudah beberapa kali berbunyi ketika dalam kelas tadi.
Alysa yang sedang berdiri di hadapan aku pandang sekejap sebelum menggelengkan kepala. Dia sibuk menulis jalan kerja bagi soalan nombor tujuh di papan putih dengan sebelah tangannya lagi memegang kalkulator. Tahu-tahu sahaja aku tengah melihatnya, terus dia mengalihkan kepala ke arahku.
''Ifti, jangan mengada nak tolong!'' Baru aku ingin membuka mulut, Cikgu Fauzi terlebih dahulu memberi amaran. Siap pakej sekali dengan jelingan maut.
Aku pantas mengangkat kedua belah tangan ke atas tanda mengalah.
''Alysa, aku tunggu kau dekat luar tau,'' beritahuku dahulu sebelum melangkah keluar dari makmal komputer. Buku teks dan alat tulis diletakkan sekejap di atas lantai sementara aku memakai dan mengikat tali kasut. Selesai mengikat tali kasut, aku pantas berdiri dan mata diliarkan ke sekeliling mencari seseorang.
Mikael tak datang ke hari ini? Tak nampak pun pagi tadi.
''Yow, cari siapa!'' Bahuku ditepuk dari arah belakang menyebabkan seluruh tubuhku mengeras automatik. Lantas aku pusingkan badan ke belakang dan wajah Alysa yang tersenyum lebar menyapa pandanganku.
''Tak reti tegur elok-elok ke?'' tanyaku geram. Jelingan tajam diberikan kepadanya.
''Sorry, sorry,'' ucap Alysa sambil menundukkan kepalanya beberapa kali sebagai tanda minta maaf. Aku menghela nafas panjang dan hanya memerhatikan dia yang sedang duduk di lantai untuk mengikat tali kasutnya.
"Okey, jom!"
Usai sahaja Alysa selesai mengikat tali kasut, kami berdua melangkah menuju ke kantin. Aku pantas meletakkan barangku dan barangnya di atas meja dahulu setibanya sampai. Alysa awal-awal lagi sudah beratur untuk membeli makanan kegemarannya.
Nasib kami berdua baik kerana ramai murid bagi tahap kedua belum keluar lagi jadi tidak perlu susah payah untuk beratur lama. Aku membeli nasi goreng dan Alysa pula membeli nasi lemak beserta ayam goreng. Katanya, dia peminat nombor satu nasi lemak mak cik kantin ini.
Aku menggeleng kepala perlahan.
''Kau tahu tak, hari ni kelas 5 Zuhal pergi lawatan.'' Alysa membuka topik sambil menyuapkan nasi lemaknya ke dalam mulut. Duduk dengan Alysa ini aku rasa tambah dosa saje. Ada sahaja benda nak digosipkan.
''Oh, ye ke,'' balasku sambil menyuap nasi goreng yang tinggal lagi sedikit untuk habis. Aku lebih selesa untuk diam semasa makan sehinggalah habis makanan tersebut. Sembang sambil makan ini bahaya. Tanpa sedar waktu rehat pun habis.
''Mana kau tahu?''
''Aik, Mikael rapat dengan kau, kan? Dia tak bagi tahu kau ke?''
Terhenti terus suapanku yang terakhir saat mendengar pertanyaan Alysa. Perlahan-lahan kepala dialihkan memandangnya dengan wajah keliru. Beberapa saat kemudian, barulah aku teringat kelas yang disebutkan Alysa tadi merupakan kelas Mikael.
Berbalik kepada soalan Alysa tadi, patutlah aku tak nampak Mikael langsung hari ini. Tanpa sedar, ada sekelumit rasa kecewa yang hadir di hati. Senyuman nipis diukir paksa di bibir.
''Mana kau tahu?'' ulangku dengan soalan sama. Rasa ingin tahu membuak-buak di hati. Wajah serba salah Alysa aku pandang lama, menunggu jawapan daripadanya.
''Aku... aku terdengar Inara sembang dengan Adam tadi,'' beritahu Alysa lambat-lambat. Jelas terpamer riak serba salah di wajahnya itu. Mungkin takut aku terasa atau kecewa dengan apa yang dikatakannya.
''Oh, faham. Thanks.'' Senyuman nipis disimpulkan di bibir sebelum memalingkan wajah ke arah lain. Lantas aku mengambil bungkusan nasi goreng tadi lalu dibuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.
Kolam mata yang mula bergenang pantas aku lap sebelum ia jatuh ke pipi. Sedarlah Ifti, kau tu siapa je sampai dia nak beritahu semua benda dekat kau.
TBC
Vote and comments 🤍
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top